Bab 23

Romance Completed 8392

Disepanjang malam.. Adriana hanya menangis sampailah malam berganti siang, dia masih lagi tidak berhenti menangis.

"Kenapa sayang menangis ni..? Sayang..." Ujar syahrif yang baru selesai solat subuh.

"Tolonglah bie.. Ceraikan mia.." Adriana masih lagi merayu.

"No! Kenapa nak paksa bie ni?! Kenapa? Supaya mia boleh kahwin dengan danial?" Marah syahrif.

"Memang saya nak khawin dengan dia." Bentak adriana. Syahrif meraup wajahnya kasar.

"Jangan harap mia.. Saya takkan lepaskan awak. Awak milik saya, dan sampai bila-bila pun! saya takkan ceraikan awak mia!" Syahrif rasa tercabar dengan setiap bicara adriana, namun dia tahu, adriana bercakap macam tu hanya untuk membalas dendam.

"Awak tak jijik ke?! Saya dah buat dengan danial. Kenapa masih tak lafaz?!" Tipu adriana.

"Mia.. Cukuplah tipu saya. Saya bukannya bodoh! Saya boleh rasa awak tak pernah disentuh selepas kita berpisah." Sinis sahaja syahrif berbicara. Sengaja dia menekan setiap ayat, supaya isterinya itu faham.

Mata adriana melilau keseluruh ruangan bilik, dia mencari baju dan tudungnya. Hanya selimut tebal ini yang menutupi badannya. Adriana mahu bangun dari katil itu namun kerana tiada seurat benang pun yang menutupi badannya, dia tidak jadi bangun. Dari semalam juga, adriana merasa sakit kerana syahrif berkasar semalam.

Syahrif menanggalkan kain pelikatnya yang dia pakai solat subuh tadi, dan dia tukar dengan memakai seluar jens berwarna biru, bajunya juga dia tukar dengan tsirt hitam. Badannya peri dia rasakan. Tadi semasa dia mandi, dia melihat belakangnya penuh dengan cakaran, dia tahu itu perbuatan adriana semalam. Itulah akibatnya dia memaksa. Bisa cakaran itu tidak mampu menandingi rasa sakit hatinya kerana perbuatan adriana. Dari situ dia tahu yang adriana tidak pernah disentuh setelah mereka berpisah.

Syahrif merenung adriana tajam. Adriana membuang pandangannya kearah lain, malas bertentang mata dengan lelaki itu. Adriana benci lelaki yang bernama MOHD SYAHRIF YUSUF CHONG BIN ABDULLAH, sampai bila-bila pun hatinya masih lagi terluka. Namun semakin dia membenci syahrif, semakin dalam rasa cintanya pada syahrif. Mungkin sebab syahrif masih lagi suaminya yang sah.

Syahrif tersenyum sinis. Dia kemudian mendekati adriana lagi, adriana panik.
Cepat sahaja syahrif berjalan kekatil, dia merebahkan tubuhnya disebelah adriana, wangian yang selama ini dia rindui dia hidu sepuasnya, disebabkan rindu dia lupa akan kisah pahit yang pernah terjadi antara dia dan suaminya itu, namun tidak lama selepas itu hatinya kembali sakit, bagaikan dihiris-hiris oleh belati yang paling tajam didunia, bila dia kembali teringat kenangan lama, membuatkan wanita itu menghindar sehingga kesisi katil.
Syahrif mendekatinya, hampir sahaja dia terjatuh dari katil akibat mengelak dari syahrif, Pantas tangan syahrif menariknya sehingga adriana terdorong kedalam pelukannya.

"Lepaslah.." Suara adriana tersekat-sekat. Syahrif tidak memperdulikannya. Dia membelai rambut adriana lembut, membuatkan hati adriana sedikit tersentuh dengan belaiannya.
Syahrif memberikan salam meminta izin. Adriana lemah...

Lama syahrif membelai isterinya dengan penuh kasih. Sehinggalah adriana menolak lembut tangannya.

"Bie.. Tolonglah.. Ceraikan saya.." Pahit, pedih, dan sakit, itulah yang adriana rasakan bila mengungkapkan perkataan cerai itu. Dia tidak sanggup berpisah namun hatinya masih lagi terluka. Airmatanya mengalir.. Mengharapkan suaminya itu bersimpati padanya.

Lama syahrif memeluk tubuh adriana. Dia rindukan isterinya itu. Airmata lelakinya yang sedaya upaya ditahan, jatuh juga.

"Bie faham sayang.. Bie tahu sayang dah banyak terluka. Tapi tolonglah.. Jangan pernah meminta lafaz tu dari bie, bie tak mampu.. Tapi demi kebahagiaan sayang.. Bie bagi sayang masa untuk berfikir, seandainya sayang betul-betul dah tak boleh teruskan perkhawinan ni dan tak cintakan bie lagi. Sayang bebas untuk memilih kata putus." Panjang lebar syahrif mengatakan itu semua, walaupun hatinya tidak mampu untuk menerima namun demi kebahagiaan adriana dia terpaksa.

"Terima kasih bie.." Adriana membalas pelukan syahrif. Jujur dia tidak mampu untuk berpisah, namun dalam masa sekarang dia tidak melihat jalan penyelesaian.

"Boleh bie tahu, Danial tu siapa?" Syahrif menguatkan hati untuk bertanya begitu.

"MOHD DANIAL ARIF BIN ZAINAL, dia tu kawan saya. Macam yang saya cakap, dia ada masa saya susah. Dia banyak membantu saya dalam perniagaan sehinggalah saya berjaya membuka butik dan restoran kat sini. Tapi bisnes pembangunan tu okay jugalah. Alhamdulillah.."
Teruja adriana bercerita.

"Alhamdulillah.. Bie pun nampak juga perubahan mia sekarang ni. Mia dah banyak berubah.." Sayu hatinya melihat adriana berubah, dia rindukan adriana yang dulu. Dia rindukan kepolosan adriana, sifatnya juga telah banyak berubah, adriana yang dulu seorang wanita yang lemah lembut dan sopan sahaja. Adriana yang sekarang memang nampak lebih anggun dan cantik, namun kematangan wanita itu jelas terlihat, wanita didepannya juga selalu berhias. Adriana dahulu hanya bersederhana dalam berhias, hanya didepannya wanita itu berhias sekali-sekala, wanita ini sekarang nampak lebih moden dengan tudung dan pemakaian yang lebih menarik. Sebegitu cepat adriana berubah. Namun dia faham, memang pahit apa yang adriana lalui selama lebih setahun ini.

Lama.. Mereka berdua berdiam diri. Tiba-tiba bunyi perut adriana jelas syahrif terdengar. Mereka berdua ketawa.

"Bie pergi beli makanan dulu, mia nak apa?" Syahrif bertanya simpati.

"Adriana.. Panggil saya adriana, boleh?" Adriana kurang senang bila syahrif masih lagi memanggilnya mia, kerana baginya mia telah lama terkubur tanpa batu nisan, mia telah lama hilang. Semenjak hatinya dilukai, dia bencikan nama mia yang baginya lemah.

"Sorry.. Tapi bie tak boleh, bie tetap nak panggil mia, juga." Terang syahrif.

"Baiklah.." Apa boleh dia buat kalau lelaki itu tidak mahu.

"Boleh bie tahu.. Mia ada apa-apa perasaan ke pada danial?" Soal syahrif tanpa berselindung, dia perlu tahu.

"Saya anggap dia tak lebih dari seorang kawan, tapi tak tahulah.. Sebenarnya, dia ada luahkan perasaan dia, siap melamar saya untuk jadi isteri dia tapi.. Saya dah cakap yang saya dah kahwin, dia kecewa. Sebenarnya saya memang ada perasaan sayang pada dia, sebab budi yang dia taburkan selama ni. Cuma.. Saya tak pasti sama ada itu perasaan sayang sebagai kawan atau lebih dari itu." Adriana berterus terang.

Syahrif tidak senang hati mendengar penjelasan adriana. Syahrif takut jika suatu hari nanti adriana tinggalkan dia, namun dia kena redha ataupun sebenarnya pasrah...

"Bie cuma nak mia tahu, yang bie akan berusaha dapatkan mia semula." Syahrif bersungguh-sungguh dengan ucapannya. Dia tidak mahu kalah sebelum bertanding. Dia perlu perjuangkan cintanya.

"Maksud bie..?" Adriana kurang faham.

"Bie akan pikat mia semula.. Dapatkan cinta mia balik. Tapi kalau mia dah bagi keputusan, bie akan menyerah kalah dan akan melafazkan." Syahrif yakin, adriana masih lagi cintakan dia. Dia melihat kerinduan dari mata adriana.

"Bie pergi beli makan dulu ye.. Lepastu bie hantar mia balik." Ujar syahrif, menukar topik. Adriana menganggukkan kepala tanda setuju. Perutnya pun sudah berbunyi minta diisi.

INDAY pembantu rumah adriana memandang pelik kearahnya dan seorang lelaki dengan kereta mewah, baru pertama kali dia melihat lelaki itu. Beruntung majikannya itu, dikelilingi lelaki 'hensem'. Inday tertanya-tanya siapa lelaki yang menghantar adriana balik, namun dia tidak berani bertanya. Dia hanya melihat aksi pasangan itu.

"Bie balik dulu ye.. Lagipun, bie kena balik malaysia petang ni, ada yang perlu bie selesaikan kat sana." Ujar syahrif.

"Okay hubby.. Hati-hati ye.." Nasehat adriana pula.

" Tapi akan datang sini balik, untuk pikat hati isteri bie ni." Tambah syahrif lagi.

"Bie.." Adriana menjeling tanda tidak puas hati.

"Yelah.. Bie minta diri dulu.. Eh! Baru bie ingat, minggu lepas bie ada balik kampung." Adriana yang sudah memusingkan badannya mahu masuk kedalam rumah, teruja bila dengar syahrif menyebut 'kampung'.

"Bie terpaksa cakap mia ikut mama ke beejing, Ayah tu rindu sangat dengan mia.. Adik nuraina pun sama.. Dorang kirim salam." Teringat salam yang dititipkan pada adriana sewaktu dia pulang ke kampung. Airmata adriana mengalir..

"Ayah dengan adik sehat ke bie..?" Airmatanya dia lap menggunakan jari telunjuk.

"Alhamdulillah... Dorang sehat, tapi rindu sangat dengan mia.. Ayah tanya kenapa lama tak balik? Bie cakap kita sibuk..." Ujar syahrif lagi. Membuatkan adriana bertambah sebak.

"Along pun rindukan ayah dan adik.." Ucapnya sambil membayangkan wajah keluarganya.

"So, macam mana? Nak ikut bie balik ke?" Soal syahrif simpati, dia tahu adriana rindukan keluarganya.

"Inshaa Allah.. Nanti saya balik bila sampai masanya nanti." Adriana memasang niat. Memang dia teringin sangat balik, tapi ada benda yang perlu dia selesaikan.

"Okaylah sayang.. Bie balik dulu ye.. Assalamualaikum..." Syahrif meminta diri sekali lagi.

"Waalaikumussalam.." Kereta syahrif laju sahaja hilang dari kawasan rumah banglo adriana. Adriana masuk kedalam rumah, dan naik terus ketingkat atas, dia mahu mandi kemudian akan pergi ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience