Bab 2

Romance Completed 8392

Dari jauh edward melihat kelibat gadis pujaan hatinya. Lama dia memerhatikan gelagat gadis itu yang sedang termenung sambil menggoncang minuman dihadapannya.

"Sori lambat.. Jalan jem nak mampus." keluhnya
Mia tersentak dari lamunan dan minumannya tumpah akibat terkejut tangannya tidak sengaja tertepis minuman air bandung laici. Tepat pada masa itu juga air yang tumpah itu mengenai skirt seorang pelanggan yang berjalan didekat meja mereka.
"How dare you?!" Marah perempuan itu sambil melihat kearah skirtnya yang sedikit basah dan kotor.
"Maafkan saya cik. Saya tak sengaja, saya.." Belum sempat dia menghabiskan kata maafnya, perempuan itu tadi menengkingnya sehingga pelanggan yang berada direstoran itu memandang kearah mereka. Edward juga turut terkejut sama tapi masih berdiam diri.
"Kau ni kenapa? kau buta ke buat-buat buta!?" Marah perempuan cantik yang memakai baju tidak cukup kain itu.
"Maafkan saya cik.. Saya betul-betul tak sengaja."
Ucap mia sambil mengambil tisu untuk melap namun ditepis tangannya oleh perempuan itu.
Mia tersentak. Dalam satu harini dia asyik kena maki. Apalah malang nasibnya.
"Wei pompuan! kau ni aku tengok dahlah miskin, lepastu takde otak lagi!" Tengkingnya.

Edward yang mendengar panas hati.
Dia menarik kasar tangan perempuan canti dan seksi itu.
"Kau ni pun apa hal?! kan dia dah minta maaf?!" Marah ed, kesabarannya tercabar bila perempuan itu suka hati sahaja menghina gadis yang dia cintai.
"Kau ni siapa?! Jangan masuk campur!" Tengkingnya pada edward seraya meluruh kearah mia dan..
Paannnggg!
Dunia bagaikan terhenti mia rasa. Sakit, perit mukanya. Dia macam tak percaya pertama kali ada orang yang berani naik tangan padanya. Dia merabah-rabah mukanya.
Dengan pantas ed menarik tangan mia pergi dari situ, mia hanya menurut tanpa ada reaksi. Sakit yang dia rasa buat dia lupa yang ed sedang pegang tangannya.

Perempuan tadi masih lagi marah-marah dan memaki mereka berdua.
Laju sahaja langkah mereka meninggalkan restoran itu. Mia masih berdiam diri airmatanya sudah tumpah dari tadi.

Sesampai mereka dekat kereta baru edward melepaskan tangannya. Mia diam seribu bahasa.
"Mia duduk sini kejap, biar aku ajar sikit perempuan tak cukup kain tu." Suara tinggi ed menyentakkan mia dari lamunannya.
"Sudah ed.. Tolong hantar saya balik.." Edward hanya mampu menurut kata mia walaupun hatinya panas.
Masuk sahaja kedalam kereta, mereka diam seribu bahasa.
Mia akhirnya bersuara memecah kesunyian.

"Aku lapar.." Rengeknya.
"Kau okay tak ni?"
"Okay.. Tapi aku lapar sangat.."
"Kau tunggu sini, aku pergi bayar minuman tadi." Edward pun meninggalkan mia didalam kereta.

Mia memang begitu. Hilang rasa malunya kalau dengan ed, dia memang sedikit manja dengan edward. Malah dia sudah menganggap edward macam abangnya, tapi dia tahu batas pergaulan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience