Bab terakhir..
Adriana terbang jauh kemanila semata-mata ingin mendapatkan sepucuk surat terakhir dari danial. Disebabkan itulah, sampai sahaja dimanila dia terus kerumah nadine untuk mengambil surat itu tanpa membuang masa.
Apabila dapat sahaja surat itu, dia kembali kehotel. Memandangkan dia sudah menjual rumahnya terpaksalah dia menyewa hotel.
Selepas mengunci pintu, dia duduk di tepi katil. Jari-jemarinya pantas mengoyak hujung sampul surat itu. Tidak sabar dia ingin mengetahui isi kandungan kata-kata ucapan terakhir dari insan yang bernama MOHD DANIAL ARIF BIN ZAINAL...
Assalamualaikum adriana...
Mungkin,, masa awak baca surat ni.. Mungkin saya dah tak ade kat dunia ni. Maafkan saya adriana.. Saya tak berniat untuk melukakan perasaan awak. Jujur saya cakap, sayalah orang yang paling menyesal bila melihat airmata awak mengalir bila saya tipu awak. Tapi.. Apalah pilihan yang saya ada adriana.. Sayalah lelaki yang paling kecewa bila dapat tahu yang awak ada suami dan awak hanya cintakan dia, walaupun awak selalu cakap awak benci dia.. Tapi saya boleh nampak betapa besarnya cinta awak pada dia. Mulanya saya juga ego macam lelaki lain, saya berniat nak buat awak bercerai dengan dia supaya kita dapat bersama. Tapi.. Bila saya dapat tahu tentang penyakit saya... Saya tak mampu adriana... Mesti awak marah bila dapat tahu yang saya tak buat kemo kan? Tapi saya tak mampu kehilangan awak nanti disebabkan itulah saya lebih memilih kematian.
You know what, adriana.. Dalam saya mencintai awak, banyak hidayah yang saya dapat.. Awak bukan sahaja cantik dan merendah diri, malah awak juga perempuan yang paling baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Perempuan yang membuka hati saya untuk mendekati Tuhan. Saya yang dulunya hidup penuh maksiat berubah menjadi orang yang sentiasa mengingati Allah. Itulah hidayah Allah dalam saya bercinta.
Saya ada satu permintaan. Saya nak awak tunaikannya kalau tak saya tak akan tenang nanti. Tolonglah adriana.. Cintailah saya, eh! bukan tu hihihi.. Adriana... Tolong hidup bahagia dengan suami awak, saya tak minta awak lupakan saya sebab saya tahu awak tak boleh sebab saya ni hensem kan? Tapi.. Takkan awak tak nak hidup bahagia sedangkan saya dah bahagia dengan bidadari syurga yang menanti saya. Kalau awak sayangkan saya.. Berbahagialah. Jangan lupa doakan saya dan ziarah pusara saya nanti bersama suami awak yang saya tak sempat kenal...
Awaklah wanita yang amat saya cintai.. Hingga kejannahnya Allah saya mengharap akan ditemani bidadari yang seindah awak MIA SARAH ADRIANA BINTI IDHAM...
Dari insan yang amat mencintaimu.
MOHD DANIAL ARIF...
Adriana menangis lagi semahunya...
'Tulusnya cintamu danial...'
Adriana melangkah masuk kedalam rumah yang dia tinggalkan bertahun lamanya. Dirumah inilah kasihnya terbina dan dirumah ini juga tersimpan kenangan manis dan pahit.
"Cik mia..." Panggil kak hasnah. Dia teruja dengan kedatangan adriana. Adriana mencium tangan kak hasna penuh kasih, perempuan itu sudah dianggap macam ibu kandungnya.
"Papa dengan mama mana kak? Macam sunyi je rumah ni?" Adriana bertanya. Matanya melilau kesana kemari. Dah berapa lama agaknya dia tak balik...
"Kamu tak tahu ke?" Soalan berbalas soalan.
"Tahu apa kak?" Adriana bingung pula dengan tingkah kak hasna.
"Mia dari mana ni? Sampai tak tahu suami sendiri masuk hospital." Mendengar perkataan terakhir adriana terasa mahu pitam.
"Kak.. Kak hasnah jangan main-main.." Marah adriana.
"Kenapa muka aku ni macam muka main-main ke? Soal hidup dan mati mana boleh bawa main.."
Kak hasna turut memarahinya. Macam dia dah tak ada kerja lain sahaja dari main-main soal hidup dan mati orang. Kepala lutut adriana terasa mahu tertanggal sahaja. Dia terduduk diatas lantai.
"Apa yang dah jadi kak hasna?" Adriana meraup wajahnya dengan kasar. Rasa bersalah mula menyelubinginya.
"Encik syahrif kemalangan.. Keretanya berlanggar dengan lori..." Suara kak hasna tersekat-sekat kerana menahan sendunya...
Selepas diberitahu hospital mana syahrif dirawat, adriana bergegas memandu keretanya.
Sampai sahaja dibilik kecemasan syahrif dirawat, adriana berpelukan dengan puan maymay.
"Mama tahu ini bukan masa yang sesuai, tapi tolong maafkan mama sayang.. Mama tahu, mama dah banyak buat salah." Ujar puan maymay sambil menangis teresak-esak.
"Mama.. Saya dah lama maafkan mama, tapi saya cuma terlalu lama untuk balik." Balas adriana seraya mengeratkan lagi pelukan.
"Sudahlah.. Masalah dah selesai cuma sekarang kita tunggu sahaja. Mudah-mudahan syahrif selamat. Inshaa Allah..." Tan sri khalid menepuk bahu adriana. Adriana memandang tan sri khalid dan puan maymay silih berganti.
"Iya sayang.. Mama dan papa dah memeluk agama islam tahun lepas." Beritahu puan maymay. Adriana tersenyum senang. Dalam dia risaukan keadaan syahrif, kabar baik ini menenangkan hatinya.
"Alhamdulillah.." Adriana bersyukur kehadrat ilahi atas dua khabar gembira ini.
'Yaa siin.. walqur'an. nillhakim.. In..nakalaminal mursaliin..' Bacaan yang sangat merduh menyedarkan syahrif... Bacaan surah yaasin dan surah lain berulang-ulang kali adriana baca ayat suci itu semenjak dari semalam lagi, dia hanya berhenti untuk solat kemudian menyambung lagi bacaan. Adriana bersyukur.. Akhirnya syahrif sedar juga.
"Alhamdulillah.. Syukurlah bie dah sedar..." Ujar adriana. Tangan syahrif diciumnya lama. Syahrif menepis tangan adriana. Dalam kesakitan dia cuba bangun namun sakit dikepalanya bertambah. Dia terpaksa baring semula.
"Mama! Papa!! Mama!!!..." Adriana terpinga-pinga bila syahrif berteriak memanggil mama dan papanya.
"Bie.. Mama dengan papa balik sekejap. Bie nak apa-apa ke? Biar mia yang ambilkan." Ujar adriana lembut.
"Aku tak nak kau! Aku nak mama!!" Bentak syahrif.
"Sabar bie.. Okay mia call dorang mama sekarang." Adriana kecil hati bila kehadirannya tidak diperlukan.
"Kau keluar! Keluar!!" Marah syahrif sambil memegang kepalanya yang terasa sangat sakit dan berdenyut.
"Bie... Hubby.. Kenapa ni? Kenapa halau mia..." Adriana menangis dengan perbuatan syahrif.
Adriana membawa kakinya yang terasa berat tapi belum sampai beberapa langkahnya terhenti bila syahrif bersuara sinis.
"Ini yang kau nak kan?" Sinis sahaja syahrif berkata begitu.
"Bie cakap apa ni?" Adriana mula tinggikan suaranya. Sakit hatinya dibuat begitu.
"Aku dah habis sabar dengan kau selama ni. Aku tahu kau ada perasaan dengan danial sebab tu kau buat aku macam tu. Apa kau ingat aku ni tunggul? Tak ada perasaan ke mia!" Terluah juga apa yang selama ini dia pendam.
"Bie.. Bukan macam tu.. Mia minta maaf sebab selama ni mia keliru, mia penat... Mia tak jumpa jalan keluar. Mia minta maaf sebab derhaka dengan bie. Lukakan perasaan bie... Mia minta maaf..." Adriana tidak mampu lagi. Terlalu besar rasanya ujian yang dia jalani sekarang.
"Mia tipu bie kan... Mia balik pun sebab simpatikan bie kan?!" Bentak syahrif lagi.
"Bie... Mia balik bukan sebab simpati tapi sebab mia sayangkan bie. Lagipun... Mia mengandung.
Anak kita bie..." Adriana cuba berlembut tidak mahu masalah semakim besar. Namun lain yang terjadi. Syahrif ketawa terbahak-bahak dalam kesakitan yang dirasanya.
"Apa kau ingat aku ni bodoh? Jangan cakap tu anak aku! Entah-entah anak danial." Adriana tidak menyangkah sampai macam tu sekali syahrif menuduhnya.
"Kalau bie marahkan mia, mia tak kesah tapi jangan kaitkan arwah dalam hal ni." Marah adriana. Syahrif terdiam seketika.
"Oh... Patutlah kau balik ke sini, supaya aku jadi pak sanggup kau kan?!" Bentak syahrif. Sakit kepalanya sudah tidak dipedulikan.
"Sampai hati bie.. Sampai macam tu sekali bie tuduh mia... Apa hina sangat ke mia ni sampai sanggup buat kerja terkutuk tu? Lagipun.. Bie tak ingat ke bie paksa mia haritu? Danial meninggal sebab barah otak 1 tahun yang lepas. Kandungan mia ni baru berusia 3 bulan. So? bie masih nak tuduh mia?!" Adriana sudah tidak mampu bersabar lagi. Syahrif dirasakannya sudah melampau. Puan maymay yang baru sahaja sampai tergamam didepan pintu.
"Apa ni syahrif? Kenapa tuduh mia yang bukan-bukan? Mia tu mengandung anak syah!" Marah puan maymay yang turut merasa syahrif sudah keterlaluan. Syahrif tidak berkata apa-apa. Dia hanya terdiam.
"Tak apalah mama.. Kalau kehadiran mia ni dah tak diperlukan lagi, biarlah mia yang mengalah. Mia dah tak nampak jalan penyelesaian lagi. Abang syah dah tak perlukan mia." Adriana berjalan dengan payah kemuka pintu.
"Mia... Tolong... Tolong jangan tinggalkan bie..." Selepas syahrif berkata begitu dia terus tidak sedarkan diri. Puan maymay dan adriana panik...
3 Tahun kemudian...
Selesai membaca surah yaasin, adriana mendoakan arwah supaya tenang disisi Allah. Dan semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman disyurganya Allah.
"Terima kasih atas semua yang awak dah buat demi kebahagiaan saya... Saya harap awak bahagia juga di alam sana." Selepas mengusap batu nisan adriana menggulung tikar dan berjalan kearah kereta yang sedia menantinya sedari tadi lagi.
"Mommy ni.. Lambatlah.. Abang penat tau tunggu mommy..." Marah danial tidak puas hati. Dahlah panas didalam kereta.
"Mommy minta maaf.. Okay jom kita jalan-jalan sambil makan aiskrim, nak?" Danial teruja mendengar.
Inilah akhir kisah MIA SARAH ADRIANA BINTI IDHAM. Selepas menjalani berbagai macam ujian Alhamdulillah... Semua ada hikmah. Kini dia bahagia disisi keluarganya.
"Abang.. Pelan-pelan makan tu.. Macam tak pernah makan ais je." Marah adriana. Bibir anaknya yang comot dilap dengan tisu.
"Sorry mommy.. Ais ni sedaplah..." Ujar MOHD DANIAL HANIFF BIN MOHD SYAHRIF YUSUF CHONG, sambil terus menikmati aiskrim coklat kegemarannya. Adriana hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya itu.
"Kak long.. Janganlah marah dia.." Nuraina membela danial yang kini sudah tersenyum puas.
"Yelah.. Manjakan sangatlah budak ni..." Marah adriana pula seraya berpeluk tubuh. Adriana bingkas bangun meninggalkan pondok, menuju ke tepi pantai.
"Kan.. Mommy dah modjok." Danial membuat muka marah.
"Mommy tak merajuk sayang.. Mommy nak pergi pantai je." Nuraina mencubit manja pipi danial. Comel...
"Merajuk ye isteri bie.." Syahrif memeluk belakang isterinya. Adriana cuba meleraikan, dah gila agaknya suaminya ni, tak ingat ke ni tempat terbuka. Adriana hanya mampu tersengih pada mata-mata yang memandang mereka.
"Bie.. malulah..." Muka adriana meronah merah padam.
"Buat apa nak malu.. Bie peluk je, bukannya bie buat yang lain." Syahrif tersenyum penuh makna. Sebentar kemudian dia terjerit kesakitan...
"Adoii!!! Bisanya ketam tu." Syahrif mengusap tangannya yang berbekas dek kerana ketam berbisa itu.
"Hah, peluklah lagi depan orang ramai." Adriana bercekak pinggang. Syahrif sudah membuka langkah mahu melarikan diri.
"Untung nasib bie sebab sayang macam ni kalau tak,, sayang kejar sampai lubang cacing." Adriana mengusap-usap perutnya yang kelihatan sedikit besar kerana mengandung lagi 6 bulan.
"Baiklah.. Cubitlah kat sini ke, kat sini ke.. Bie rela demi sayang." Ujar syahrif. Adriana tersenyum gembira. Sedang mereka berdua bertatap mata, baju syahrif ditarik-tarik perlahan. Kacau daunlah...
"Mommy.. Daddy..." Panggil danial manja.
"Kenapa sayang.." Jawap mereka berdua serentak.
"Nanti kalau adik lahir.. Abang nak mommy dengan daddy sayang abang lebih ye.." Habis sahaja budak kecil itu bercakap, adriana dan syahrif saling berpandangan antara satu sama lain. 1 2 3 lantas pipi tembam itu mereka berdua cium serentak.
Bagi adriana.. Cinta itu memang pahit.. Namun pasti akan manis akhirnya bila kita menjalani sahaja ujian yang Allah beri. Inshaa Allah... Ada hikmah terindah dari Allah.
Allah telah susun cantik jalan kehidupan setiap hambahnya jadi jangan mengeluh jika diuji..
Cinta itu masam dan manis tapi hal yang terindah bagi setiap insan yang merasainya...
THE END....
.
Terima kasih sudi baca. Jangan lupa! Follow saya kerana saya akan menghasilkan banyak lagi novel selepas ini. Jangan lupa juga komen agar membimbing saya dan memperbaiki lagi penulisan selepas ini.
Jangan lupa juga untuk bagi Sokongan pada saya untuk terus berkarya dalam bidang penulisan.
Sekian dulu dari author.. Lot's of LOVE.
Share this novel