Bab 5

Romance Completed 8392

Luluh hatinya melihat edward tidak sedarkan diri.
Menurut doktor yang merawat, luka tikaman tidaklah terlalu dalam tetapi edward banyak kehilangan darah, buat masa sekarang ed masih tidak sedarkan diri.

Luka yang berbalut dipandang penuh rasa bersalah.
"Kau tak perlu pun korbankan diri kau ed.. Kalau aku tahu kau akan jadi macam ni aku rela dibunuh." Katanya perlahan namun penuh dengan rasa bersalah.
Mia bergegas memanggil jururawat yang berada berhampiran bila tangan edward bergerak.

1minggu kemudian..

Bunyi telefon menyedarkannya dari lamunan,
tertera nama #my_honey.
Dia memandang sekilas telefonnya kemudian menyambung kembali kerjanya, screen laptop dipandang sepi.
Sebentar kemudian bunyi pesanan ringkas masuk, laju tangannya membuka.

'Aku nak jumpa kau kat kantin nanti lunch break.' Mia

'Bosanlah aku makan kat kantin tu, kita makan mcd ya..' Edward

'Ikut kau jelah tapi kau belanja kan? sebab aku baru je kerja.' Mia

'Baiklah..' Edward.

Pekerja sibuk melihat mereka berdua ada yang berbisik-bisik ada pula yang beriak wajah menyampah.
Mia serbah tak kena dibuatnya.

"Kenapa tak makan?" Tanya edward. Heran dia melihat mia, biasanya kuat makan.
"Tak ada apa-apalah" Senyuman dimaniskan.
Selepas membaca doa makan, mia juga turut menikmati burger dengan berselera.

Selepas makan tengah hari mereka berdua kembali menyambung tugas masing-masing.
Sedang mia sibuk buat kerja, hanis dan siti menyindirnya.
"Eh kau tahu tak hanis, aku ni dah betahun kerja kat sini tau, tapi tak pernah pula bos kita bawa makan." Sindirnya, mia sudah memasang telinga.
Hanis pula mengiyakan.
"Itulah, aku pun pelik juga, macam ada apa-apa je kan?"
"Zaman sekarang ni kan, apa yang nak dipelikkan,, manusia sekarang ni demi duit sanggup buat apa saja. Memanglah kalau dah namanya perempuan murahan." Pedas sekali sindiran itu, hati mia panas mendengar, bukannya dia tidak tahu yang dorang tenga sindir dia.
Cepat-cepat dia beristighfar, dia kerja cari rezeki yang halal bukan jual tubuhnya.
Apa-apapun dia kena juga elakkan diri dari difitnah.

Jam menunjukkan 5:30 petang ramai yang
sudah balik. Hanya beberapa orang sahaja yang masih berada disitu, petang tadi edward berpesan padanya yang ed akan menghantarnya balik.
Semenjak kejadian hari itu edward telah menyuruhnya berpindah kerana tempat itu sudah tidak selamat lagi, sempat mia menolak bila ed mahu sewakan rumah untuknya tapi ditolak mentah-mentah olehnya. Akhirnya edward menyewakan satu apartment untuknya kali ini dia tidak mampu menolak lagi walaupun dia berkeras. Apartment yang lengkap dengan keselamatan edward pilih itu sebab bimbangkan keselamatannya. Namun dia tetap mahu membayar akhirnya edward buat keputusan untuk bank in ke akaunnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience