Bab 26

Romance Completed 8392

Adriana tiba dimalaysia jam 2 subuh, Syahrif sedia menunggunya diKLIA.
Penatnya langsung tidak terasa kerana terlalu risaukan ayahnya. Selepas mengangkat beg adriana dan memasukkan kedalam bonet kereta mewahnya 'BMW'
Adriana meloloskan diri kedalam kereta begitu juga syahrif.

"Sayang nak singgah rumah dulu ke?" Soal syahrif perihatin melihat wajah isterinya yang ketara terlihat sangat penat.

"Tak apalah.. Saya nak terus ke hospital je." Balas adriana, lagipula dia belum bersedia untuk balik kerumah mertuanya selepas apa yang mertuanya buat. Syahrif tersenyum, dia memanduh cermat mahu ke hospital. Tidak lama selepas itu adriana terlelap. Syahrif memberhentikan keretanya dibahu jalan, dia menurunkan sedikit bangku adriana selepas itu dia meneruskan pemanduan menuju kehospital yang agak jauh.

Sepanjang perjalanan adriana tertidur. Syahrif sesekali menoleh kearahnya.

Setelah menempuh perjalanan yang agak jauh, mereka berdua tiba dihospital dipekan yang tidak jauh dari kampung halaman adriana.

Mereka berdua berjalan laju ke wad kecemasan selepas bertanya pada seorang jururawat yang berada dikaunter.
Adriana meluruh kearah nuraina yang sedang duduk dikerusi menunggu, lantas adriana memeluk adiknya.

"Kak long minta maaf.. Kenapa boleh jadi macam ni?.." Soal adriana. Jelas terdengar tangisan kedua gadis yang masih lagi berpelukan.

"Adik pun tak tahu kak long.. Sewaktu adik pulang dari kelas tambahan, adik nampak ayah tidak sedarkan diri diruang tamu.." Nuraina menjelaskan kejadian tadi. Pelukan dileraikan. Syahrif hanya memerhati, sememangnya dia pun berasa sedih.

"Macam mana keadaan ayah?" Soal adriana sambil mengesat airmatanya yang masih lagi tidak henti-henti mengalir.

Serentak sewaktu adriana habis bertanya, keluar seorang lelaki dari dalam bilik kecemasan.

"Saya minta maaf.. Tuan idham, tidak dapat diselamatkan." Ucap dokter yang tertera kad nama 'RASHID' disebelah kanan bajunya.

Nuraina bertambah menangis teresak-esak mendengar ucapan dokter itu. Tubuh adriana terasa sangat lemah, dia hampir sahaja terjatuh namun sempat syahrif memegang kedua bahunya. Selepas itu adriana tidak sedarkan diri.

Adriana memanggil-manggil nama ayahnya selepas dia sedarkan diri, dia dapati dirinya berada didalam sebuah bilik yang amat dia kenali iaitu biliknya dikampung. Dia bingkas bangun dari atas katil selepas mengingati apa yang terjadi.

Lututnya seakan tidak mampu menampung tubuh badannya selepas melihat ayahnya sedang terbaring kaku diruang tamu mereka dan dikelilingi orang ramai yang sedang membacakan 'surah yasin'. Dia melangkah lemah kearah tubuh ayahnya yang telah siap dikafankan, sebentar lagi akan dikebumikan.

"Allah.. Ayah..." Itu sahaja yang mampu keluar dari bibir adriana. Dia meluruh kearah tubuh yang terbaring kaku, tubuh inilah yang membesarkannya, tubuh ini banyak berjasa padanya. Dia memeluk erat tubuh itu, lantas menangis sepuasnya.

Adriana melepaskan tubuh ayahnya dari pelukannya, dia menggoncang-goncang tubuh ayahnya yang telah pergi kerahmatullah itu.

"Bangun ayah... Ayah.. Bangun.. Along tahu ayah takkan tinggalkan along..." Katanya sambil terus menggoncang tubuh ayahnya. Orang kampung yang melihat hanya menggelengkan kepala lantas menyambung kembali bacaan.

"Woii! Pakcik! Makcik! Boleh tolong diam tak?! Buat apa korang bacakan yasin ni? ayah saya masih hidup lagi!! Korang balik!!!" Marahnya pada orang kampung namun tidak dipedulikan apabila ustaz memberi isyarat pada mereka semua.

"Berhentilah!" Marahnya lagi. Syahrif yang baru sahaja sampai dari membeli barang terkejut mendengar suara yang amat dikenalinya. Pantas dia mendapatkan adriana.

"Kenapa ni sayang?" Tangan adriana ditariknya masuk kedalam bilik.

"Lepaslah bie.. Saya nak suruh dorang berhenti membaca, ayah masih hidup lagi! cuma ayah tengah tidur..." Rengek adriana pada syahrif. Syahrif memeluk tubuh adriana. Dia menenangkan adriana namun dia sendiri menangis kerana merasa kehilangan ayah mentuanya yang sangat baik hati dan isterinya pula tidak mampu menerima kenyataan.

"Sabar sayang.. Istighfar banyak-banyak.." Syahrif mengusap kepala adriana yang dibaluti tudung.
Adriana menangis teresak-esak didalam pelukannya. Kedengaran adriana mengucap berkali-kali.

Hampir sepuluh minit berlalu, akhirnya syahrif melepaskan pelukannya. Adriana sudah berhenti menangis.

"Jom kita keluar, kita jumpa ayah ye sayang.." Adriana mengangguk sahaja bila syahrif berkata begitu. Mereka berdua keluar dari bilik. Adriana terus meluruh kearah ayahnya.

"Ayah... Kenapa tinggalkan along.. Kenapa ayah tak tunggu along...?" Ujar adriana seraya menangis lagi. Dipeluknya tubuh itu. Orang ramai yang menyaksikan turut sebak.

"Sabar kak long.. Allah lebih sayangkan arwah ayah kita. Inshaa Allah... Kita doakan yang terbaik untuk ayah." Nuraina berkata sambil menyapu belakang kakaknya lembut.

Tubuh ALMARHUM TUAN IDHAM diangkat oleh beberapa orang lelaki, masuk kedalam van jenazah. Sekali lagi adriana menangis teresak-esak.

Adriana tidak dibenarkan ikut ketempat pengebumian, hanya syahrif dan adiknya yang ikut sekali. Adriana tinggal dirumah ditemani jirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience