Bab 32

Romance Completed 8392

Setahun kemudian...

Adriana semakin jauh melupakan kehidupannya difilipina. Dia juga sudah menjual rumah mewahnya yang bernilai jutaan ringgit, hasil titik peluhnya dan bantuan daripada danial. Syarikat pembangunan pula, adriana sudah menyerahkan sepenuhnya pada danial, tanpa menuntut satu sen pun. Jika itulah yang boleh buat danial gembira dan boleh menyelesaikan masalah kewangan syarikat danial,, adriana ikhlaskan. Namun jauh disudut hatinya masih segar kebenciannya pada danial begitu juga sakit hatinya pada lelaki itu masih terasa walaupun dia sudah mencuba untuk membuang jauh namun semakin rasa benci itu menebal.

Sudah setahun lamanya dia tidak bertemu lelaki itu. Kadang dia rindu namun dia buang perasaan itu sejauh-jauh, kerana dia isteri syahrif yang sah. Dan juga kebencian yang telah mengusir jauh perasaan itu.

Semakin hari, semakin syahrif rasa yang perkahwinan mereka semakin dihujung tanduk.
Permasalahan dari kecil mampu menjadi besar apatah lagi masalah besar yang semestinya menggugat rumah-tangga mereka. Syahrif sendiri tidak tahu dimana salah dan silapnya, hinggah membuat wanita yang amat dicintainya itu semakin hari semakin dingin dan selalu mencari masalah. Syahrif sudah jemuh juga mendengar perkataan 'cerai' miniti dibibir adriana disetiap pergaduhan. Syahrif takut kehilangan adriana, disebabkan itulah dia hanya bersabar dengan setiap perlakuan adriana. Apa yang syahrif pasti.. Beberapa bulan yang lalu.. Adriana mengandung anak pertama mereka, sayangnya anak mereka tidak sempat melihat dunia luar akibat adriana mengalami 'Morning sickness' yang teruk, disebabkan itu dia tidak langsung berselera makan. Salah satu sebab punca keguguran adalah stress dan kemurungan teruk. Adriana mengalami keguguran, disitulah bermulanya sikap adriana berubah.

Bermacam cara dan usaha syahrif untuk memulihkan hubungan mereka, namun semuanya tidak berhasil. Adriana tetap bersikap dingin. Syahrif tidak pernah putus berdoa semoga perkahwinannya kekal hinggah ke jannah dan juga meminta kesabaran untuk menempuhi dugaan yang dia tahu datangnya daripada Allah. Allah sedang mengujinya. Dia juga pasti, Allah sedang menyusun cantik jalan kehidupannya. Janji Allah itu pasti 'Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah.' Itulah yang membuat dia tabah menjalani kehidupan.

Syahrif selesai menunaikan solat isyak. Dia menutup dengan bacaan doa selepas sembahyang dan berzikir mengagumkan nama Allah. Selepas itu membaca doa seperti biasanya bersyukur dengan apa yang ia miliki dan meminta berbagai macam. Tidak lupa juga disetiap akhir doanya, dia meminta Allah melembutkan hati isterinya, dan juga kesabaran dan ketabahan yang selalu diminta untuk menjauhkan rumah-tangganya dari perceraian.

Selesai berdoa, syahrif menggantung sejadah ditempat biasa. Dia kemudian membawa kaki kekatil dan duduk disitu. Tanpa diminta,,, Ingatannya mengimbas kembali, perkara yang berlaku lebih sebulan yang lepas. Kejadian yang membuat adriana tidak lagi tinggal sebumbung dengannya...


Syahrif baru balik dari kerja. Adriana waktu itu tiada dirumah, entah kemana dia berjalan syahrif sendiri tidak tahu. Adriana juga keluar rumah tanpa meminta izin darinya. Namun dia sentiasa memaafkan.

Tanpa pengetahuan syahrif, MAK LEHA pembantu rumah mereka pulang kekampung yang berada tidak jauh dari rumah mereka kerana anaknya jatuh sakit. Sebenarnya syahrif tidak mahu mengambil mak leha berkerja disitu kerana tidak sanggup melihat wanita dalam lingkungan 50an itu berkerja. Walaupun mak leha tak berkerja dia tetap akan membantu mak leha mengurangkan beban mencari nafkah sendiri demi menampung 5 orang anak kerana suami mak leha telah meninggal akibat sakit tenat.

Namun untuk mengelakkan fitnah, syahrif mengambil mak leha berkerja dirumah. Syahrif kerap memarahi mak leha kerana membuat kerja rumah. Kerja yang mak leha perlu buat hanyalah memasak.

Syahrif menonton tv diruang tamu, sambil beberapa kali memanggil nama mak leha.
Nuraina yang mendengar panggilan itu terpaksa turun kebawah. Dengan rambut yang masih basah kerana dia baru sahaja habis mandi dan memakai baju jubah tanpa bertudung dia turun kebawah.

"Mak leha balik kampung sebab, anaknya sakit. Kenapa bang?" Soal nuraina.

"Tak ada apa-apalah adik, abg cuma nak minta mak leha buatkan abang kopi je. Tak apalah kalau dia tak ada." Balas syahrif tanpa menoleh, matanya masih melekat kat tv. Siaran ulangan bola sepak menarik minatnya. Almaklumlah.. Orang sibuk seperti dia, tiada masa mahu menonton. Ada masa begini tengok jelah ulangannya walaupun semua sudah tahu siapa yang menjadi pemenang namun dia tetap mahu tengok macam mana gol boleh dijaringkan.

"Laaa.. Kalau macam tu, biar adik buatkan ye.." Nuraina berlalu kedapur. Belum sampai beberapa langkah, kedengaran pintu depan diketuk dan ada suara lelaki memberi salam sambil mengetuk pintu dengan kuat.

"Assalamualaikum! Assalamualaikum!!" Sapa suara itu, mendoakan isi didalam rumah semoga sejahtera.
Nuraina mengerling abang iparnya yang masih kusyuk menonton tv. Mahu tidak mahu, nuraina terpaksa membuka pintu. Sebaik sahaja pintu terbuka luas...

"Waalaikumussalam.." Balas nuraina. Dahinya berkerut mencuba mengenali 5 orang lelaki dihadapannya. Serta merta nafasnya bagaikan tersekat dikerongkong, jantungnya pula dengan kelajuan maksima mengepam. Membuatkan debarannya terdengar jelas oleh telinganya sendiri.

"Kami berlima datang dari pejabat agama islam. Ada orang melaporkan yang dirumah ni ada berlaku maksiat, betul ke?" Selesai salah seorang dari mereka bercakap, syahrif meluruh kearah mereka.

"Maaf encik berlima ni mungkin dah salah faham. Ini adik ipar saya. Kami tak buat apa-apapun." Ujar syahrif dengan suara meninggi. Mereka berlima berpandangan sesama sendiri sebelum mereka tersenyum sinis.

"Dah biasa sangat orang bagi alasan macam tu. Kami tak nak dengar apa-apa alasan dari kamu. Saya nak kamu tunjukkan sijil nikah." Tegas lelaki itu lagi.

"Maaf, encik berdua terpaksa ikut kami." Tegas lelaki itu lagi bila dilihatnya syahrif dan nuraina diam, tunduk memandang lantai.
Nuraina dan syahrif terpaksa menurut.

Selepas adriana menerangkan pada pegawai yang menyoal dan juga menjelaskan serta menidakkan tuduhan itu. Adriana mempertahankan, bahawa tiada maksiat yang berlaku dirumah mereka seperti yang dilaporkan.

Akhirnya.. Tanpa bukti yang kukuh, syahrif dan nuraina bebas dari tuduhan. Mereka berdua berasa lega...

Namun sebaik sahaja tiba dirumah, adriana mula menuduh mereka berdua macam-macam. Akhirnya untuk mengelakkan kejadian sama berlaku, syahrif membeli satu buah rumah lagi untuk nuraina tinggal. Mak leha juga ditugaskan menjaga nuraina.
Syahrif menyangkah adriana akan berhenti menuduhnya macam-macam selepas itu. namun sangkaannya meleset bila adriana memutuskan untuk keluar dari rumah kerana syahrif tidak mahu menceraikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience