Adriana berjalan dipersisir pantai sambil menghirup udara segar yang terasa nyaman. Pukul 5 petang, suasananya sangat indah. Adriana tidak langsung berniat untuk pulang, malah dia teruja untuk melihat matahari yang akan melabuhkan tirainya, salah satu kelebihan resort ini adalah pemandangan lautnya dan matahari terbenam terlihat jelas didekat pantai.
Selepas penat berjalan, dia duduk dipondok kecil yang berada disitu, pondok itu sengaja dibina untuk pengunjung berehat atau makan.
Adriana termenung sambil menutup rapat kedua matanya. Suasana sedikit sejuk tapi nyaman. Adriana membuka matanya bila terdengar namanya dipanggil. Dari jauh seorang wanita melambai kepadanya. Semakin dekat barulah adriana mengenali wanita itu.
Mereka berdua berpelukan. Masing-masing teruja kerana sudah lama tidak bertemu. Bila pelukan dileraikan, adriana terus bertanya.
"Anong ginawa mo dito?" Adriana bertanya, pelik tapi dia gembira dengan pertemuan ini.
•Awak buat apa kat sini?•
"Honeymoon.." Jawap Nadine teruja. Bulat mata adriana mendengar. Dia memandang nadine seolah bertanya. Nadine pula menganggukkan kepala. Mereka berdua berpelukan semula.
•Berbulanmadu..•
"Babe.. Alika dito!" Lantang suara nadine memanggil seorang lelaki yang sedang duduk ditepi pantai. Lelaki itu menghampiri mereka berdua sambil tersenyum.
•Sayang.. Mari sini!•
"Babe,, ito ang kaibigan ko, si adriana. Adriana,, ito ang asawa ko, si jerick." Sambung nadine. Jerick menghulurkan tangannya untuk bersalaman, adriana seperti biasa meletak tangan didada. Jerick mulanya bingung namun dia tersenyum sahaja, kemudian memeluk pinggang nadine.
•Sayang,, ini kawan baik saya, adriana. Adriana,, ini suami saya, JERICK.•
"Ang dame na ang nag bago diba.. Ngayon may asawa kana. Congratulations.." Ujar adriana.
•Dah banyak yang berubah kan.. Sekarang awak dah ada suami. Tahniah..•
"Babe,, magusap nalang kayo hah, dun nalang ako maghintay." Ujar jerick sambil menunjuk kearah pantai. Niatnya untuk memberi ruang kepada mereka berdua. Nadine mengangguk sahaja.
•Sayang,, Korang berbuallah dulu, saya tunggu kat situ yah.•
Mereka berdua duduk dipondok itu sambil bercerita. Sedang asyik bercerita, nadine teringat surat yang diamanahkan padanya.
"Adriana.. Meron sulat gusto kung ibigai sayo. Pero, hindi ko nadala, nasa manila. Kung sana alam ko nandito kita makita, sana nadala kuna yun." Air muka nadine berubah terus bila teringat surat itu. Airmatanya mengalir...
•Adriana.. Ada surat yang saya nak bagi awak. Tapi, saya tak bawa, ada kat manila. Kalau saya tahu kita jumpa kat sini, baik saya baik saya bawa.•
"Anong sulat?" Adriana bertanya. Surat dari siapa pula...
•Surat apa?•
"Galing kay danial yun." Beritahu nadine. Adriana membuang pandangannya kearah laut. Malas dia mahu dengar apa sahaja yang berkaitan dengan danial.
•Dari danial.•
"Alam ko galit ka sakaniya, pero.. Binigay niya saakin yung sulat saoras na uspital siya. At.." Nadine tidak dapat menghabiskan bicaranya. Airmatanya semakin deras.
•Saya tahu awak marahkan dia, tapi.. Dia bagi surat tu kat saya bila dia masuk hospital. Dan..•
"Anong ibig mo sabihin? Oh, alam kuna. Kahit ano ang sabihin mo hindi parin ako maniwala. Bakit siya nauspital? Para mapatawad ko siya? Kaya sinabe mo sakin to, para,, maawah aku sakanniya. diba nadine?!" Marah adriana. Panas pula hatinya dipermainkan sebegitu sekali. Sampai bila-bila pun dia tidak akan dapat maafkan danial.
•Apa maksud awak? Oh, saya faham. Walau apapun yang awak cakap saya tetap tak akan percaya. Kenapa dia dibawa kehospital? supaya saya maafkan dia? Sebab tu awak bagitahu saya, supaya,, saya kesian kat dia. Betul tak nadine?!•
"Hindi sa ganon.." Belum habis dia bercakap, adriana bingkas bangun. Namun kata-katanya membuat adriana berhenti berjalan dan berpusing kearahnya.
•Bukan macam tu..•
Share this novel