Bab 1

Romance Completed 8392

Kring kringgg..
Bunyi Telepon bimbitnya mengejutkannya dari lenanya yang panjang. Dengan malas dia cuba membuka matanya, tangannya bergerak ke meja sisi katilnya untuk mencari telepon. Dengan malas dan mengantuk dia melihat kearah skrin telepon.
Tertera nama bosnya 5 penggilan terlepas. Matanya kemudian tertumpuh kearah jam, 8:50 am. Itulah akibatnya tidur balik selepas solat subuh.
Cepat-cepat dia menuju ke arah meja solek.
Dia berdandan tipis sebelum memakai jubah hitam dan dipadankan dengan tudung warna merah jambu pudar. Pantas tangannya mencapai beg tangan dan fail.

Selepas mengunci pintu biliknya, langkahnya diatur kearah tangga. Laju sahaja dia turun dari bangunan itu.
Sesampainya dia diterminal bas, satupun bas tidak kelihatan. Mahu sahaja dia naik teksi tapi mengenangkan harga teksi sekarang mahal akhirnya dia mematikan niatnya. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga naik teksi kerana dia sudah terlalu lambat.
Keluhan berat dilepaskan bila dia melihat kearah jam tangannya jarum kecil sudah berada diangkah sembila dan jarum besar diangkah 8 bermakna dia lambat lebih kurang 2 jam lebih.

Bagaikan mahu menangis bila ditiba dipintu pejabat bosnya, mukanya dibaling dengan fail yang berisi kertas kerja yang sudah siap dia kerjakan namun akibat kelalaiannya fail itu tidak berguna lagi kerana disebabkan dia meeting pada jam8:30 dibatalkan.
"What's wrong whit you mia?" Marah bosnya.
"Saya minta maaf bos, saya janji perkara ni takkan berulang lagi." Pujuknya dengan rasa bersalah. Mahu sahaja dia menghantar surat perletakan jawatan namun dia terpaksa mengalah kerana sekarang ini susah untuk mendapatkan pekerjaan walaupum dengan kelulusan yang tinggi sekalipun.
"But it's to late mia.. Awak dipecat!" Bentak majikannya. Airmatanya cuba ditahan sedaya upaya supaya tidak mengalir. Mia hanya mampu tertunduk kerana dia sedar akan kesalahannya. Entah kenapa dia masih mengharap yang bosnya itu mahu memaafkannya, tapi nampaknya keputusan itu muktamad.
"Now get out! Orang bodoh macam awak cuma layak untuk jadi tukang cuci je!" Maki bosnya yang sudah hilang sabar, kesalahan mia tidaklah besar sangat tapi akibat mia menolak pinangannya minggu lepas itu yang buat dia sakit hati. Tanpa berlengah dan berlama-lama lagi mia terus sahaja keluar dari pejabat itu. Airmata yang cuba ditahan mengalir bebas tanpa dia tahan lagi. Mia tahu akan kesilapannya tapi kenapa harus dia kehilangan pekerjaan.
Pada masa itu jugalah wajah ayah dan adiknya yang bergantung harap padanya terbayang. Bertambah sedih dia mengenangkan nasib mereka sekeluarga.

Baru puas hati dato nasir bila memecat mia.
lelaki tua yang tidak sedar diri itu menyangkah yang mia akan menerima pinangannya tapi tidak.
Lelaki bujang tua berumur 57 tahun itu hanya silau dengan kecantikan mia, dia selalu berharap untuk menikmati diri mia. Sangkahnya mia seperti perempuan lain yang hanya mahukan hartanya namun dia silap disebabkan itulah dia mahu memperisterikan mia sarah adriana.
'Berani kau tolok pinangan aku.. hah! kau taulah nasib kau betina' Marahnya dalam hati. Meja didepan jadi sasaran penumbuk lelaki tua itu.

"Hello ed.." Sapanya ditelepon bila panggilan itu
bersambung.

"Hello mia. Wei kau ni, aku kol tak jawap mesej pun tak reply." Marahnya dihujung talian.

"Sori.. Aku busy memanjang. Kau free tak petang ni?" Tanya mia. Ed mampu menangkap ada nada sedih dihujung bicaranya.

"Aku free je.. Sekarang pun free." Tipunya padahal dia meninggalkan meeting penting bersama penguruks hotel cawangan yang jauh datang dari indonesia dan client penting pada masa itu.

"Boleh aku jumpa kau?"

"Boleh je mia.. Anytime." katanya penuh keihklasan. Memang Sudah hampir sebulan dia tidak melihat wajah ayu mia. Dia rindu..
Selepas menamatkan panggilan, mia menghantar satu pesanan ringkas pada edward, isinya adalah lokasi pertemuan dua sahabat itu.

Anak Tan sri khalid chong itu laju sahaja melangkah masuk kebilik meeting dan membatalkan meeting penting itu. P.Anya siti sempat menghalang namun dia tetap meninggalkan pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience