Beberapa minggu berlalu..
Buntuh edward dibuatnya, mereka itu satu tempat kerja tapi susah sangat dia nak jumpa mia sekarang ini. Dia mula tertanya-tanya.
Akhirnya pada petang itu dia menyuruh mia masuk kebilik pejabatnya.
Mendengar sahaja arahan mia terpaksa akur untuk menemuinya.
"Encik panggil saya ke?"
Tersebur kopi yang diminumnya bila mia memanggilnya encik.
"Kau ada masalah apa ni mia? tiba-tiba je berubah?"
"Maafkan saya encik tapi kalau takde apa-apa lagi saya nak sambung kerja saya." Balasnya tanpa menjawap soalan.
"Aku belum habis cakap lagi, aku ada buat salah ke mia?" Edward meraup wajahnya kasar.
"Nanti petang lepas kerja, saya jumpa encik yah.
Saya sambung kerja saya dulu." Ujarnya, kaki sudah mahu melangkah pergi. Edward mengeluh berat.. Dalam hati sudah tertanya-tanya bermacam soalan.
Petang itu mia terus balik ke apartmentnya.
Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa edward ditempat kerjanya, dia balik dengan menaiki bas.
Sampai di bilik sewanya yang sederhana besar tapi lengkap dengan dapur kecil dan ruang tv, dia duduk dikerusi sambil menghadap tv.
Dia mengerling jam ditangan sudah menginjak ke pukul 6.
Langkahnya diatur ke bilik mandi, badannya terasa macam melekit sebab seharian belum mandi, Sempat dia menghantar pesanan ringkas untuk edward.
'Aku belanja makan malam kat gerai ye, tempat biasa lepas isyak.' Mia
Bunyi balasan dari edward diabaikan.
Tuala yang tersiadai disebelah bilik mandi dicapainya kemudian selepas mengunci pintu dia bernyanyi kecil didalam sambil tangannya sibuk membuka paip pancuran air.
Edward hanya membalas 'okay'. Petang tadi selepas kerja dia terus bergegas ke meja mia namun gadis itu sudah tiada, ed langsung kecewa sangkahnya mia menipunya lagi.
Sudah berminggu mia mengelakkan diri dari dia.
Bagaimanapun senyumannya meleret bia menerima mesej dari mia.
Selepas mandi dia terus bergegas keluar rumah, panggilan dari mamanya dia abaikan.
Tan sri khalid chong hanya memerhati.
Walaupun masa yang dijanjikan pada jam 9, tapi edward sudah sampai jam8 malam.
Sambil menunggu dia membuka akaun instagramnya, terlalu banyak dm dari peminatnya.
Dia terpandang mia yang tengah menuruni anak tangga, solekan tipis membuat dia kelihatan sangat cantik, jubah berwarna biru dipadankan dengan tudung bawal berwarna coklat.
Cantiknya.. Edward memandang mia tanpa berkedip. Mia pula berasa pelik.
Sampai digerai mereka berdua memesan mee kari dan air milo cincau. Sambil menunggu pesanan mereka berdua berbual.
"Ed, mia minta maaf sebab selalu mengelak berjumpa. Aku cuma tak suka kalau ada orang cakap buruk pasal aku." Jelas mia, jujur dia rindukan sahabatnya itu tapi apakan daya, dia cuma mahu mengelakkan diri dari terus difitnah.
"Patutlah aku heran, kau selalu mengelak.
Mia.. Jangan pedulikan apa yang orang cakap pasal kau, fitnah kau, kau tak payah fikir tu semua." Marah edward dengan nada yang perlahan, marah pada orang yang suka jaga tepi kain orang, kain sendiri..
Mia memandang sepi kearahnya. Dia malas orang bercerita pasal dia, tapi edward macam tak faham pula.
"Aku kalau boleh nak mengelak, aku tak suka ada orang anggap aku cuma pergunakan kau je."
Keluhan dilepaskan, pening dia dengan situasinya.
Edward memandang simpati.
"Kau tak payah fikir semua tu. Yang penting aku tahu kau bukan macam tu pun."
Tidak lama kemudian pesanan mereka tiba.
Setelah lama berdiam diri mia akhirnya dapat memikirkan sesuatu.
"Macam ni jelah, kalau kat pejabat kita jaga batas antara majikan dan pekerja." Berkerut dahi edward memikirkan cadangannya.
"Aku tak naklah mia.."
"Kalau kau tak nak, aku elakkan diri jelah." Tegas mia.
"Baiklah.." Penat berfikir akhirnya dia setuju, daripada tak jumpa mia langsung.
Sedang mereka berdua menikmati makan malam. Seseorang memerhatikan mereka dari jauh, selepas dia pasti yang itu memang edward akhirnya robert mendekati mereka berdua.
"Hai.." Tegurnya, edward buat muka menyampah.
Dia kenal sangat dengan sepupunya itu.
Mia hanya memberikan senyuman kemudian kembali menikmati mee karinya.
"Nama saya robert." Terangnya tanpa ditanya, tangannya dihulurkan. Mia hanya senyum dan memberikan isyarat tangannya diletakkan didada tanda hormat. Robert kurang faham dengan isyarat itu, edward kemudian menyambut huluran tangannya, dan menjelaskan dalam bahasa cina. Robert faham kemudian berlalu pergi selepas berkenalan dengan mia.
Share this novel