"Selamat pagi encik syahrif.." Ucap siti sambil tersenyum. Selepas kejadian itu dia dan mia jadi kawan baik.
"Selamat pagi" Balas syahrif seraya tersenyum padanya. Siti hanya memerhatikan bosnya berlalu pergi mesuk ke dalam pejabat.
Syahrif sedia maklum dengan meeting jam10 bersama klien dari singapura.
Sedang puan maymay menikmati makan tengah hari, loceng berbunyi.
'Siapa pula yang datang tu?' Puan maymay tertanya-tanya.
"Kak hasnah! pergi tengok siapa tu!" Arah puan maymay. Kedengaran kak hasna mengiakan arahan itu.
"Cik cari siapa?" Tanya kak hasnah sebaik melihat seorang wanita muda dihadapan rumah banglo majikannya.
"Saya nak jumpa puan maymay, ada hal penting." Tasha mengutarakan hasratnya, senyuman dimaniskan sebaik mungkin.
"Cik siapa?" Kak hasna cuba mengenali wanita itu.
"Tak payah banyak tanya boleh tak, saya nak jumpa puan maymay sekarang." Kesabarannya cepat sahaja habis bila disoal berkali-kali.
"Maaf cik, tapi.." Belum sempat kak hasna bertanya lebih lanjut, tasha terus melangkah masuk dengan kasar.
"Cik tak boleh masuk!" Marah kak hasna. Puan maymay melihat kearah mereka berdua. Tasha terus meluruh kearahnya.
"Saya nak jumpa puan. Ada hal penting saya nak cakap." Ucap tasha sebaik memastikan itu adalah puan maymay.
Kak hasna rasa bersalah dibuatnya.
"Tak apa kak hasna, pergi sambung kerja." Arah puan maymay bila melihat pembantunya itu merasa bersalah.
"Nice house.." Puji tasha, matanya melilau mencari kelibat syahrif.
"Thank's, tapi kau ni siapa?" Soal puan maymay kepada gadis yang tiba-tiba masuk kerumahnya. Panas pula hatinya.
"Saya nak cakap tentang mia." Tasha berterus terang. Puan maymay mengangkat kening.
"Kenapa dengan dia?" Buat hilang moodnya sahaja bercakap pasal perempuan tu. Sudahlah moodnya hilang entah kemana bila tengok kemesraan pasangan pengantin baru itu. Entah apa yang boleh buat mereka bercerai, lemah semangat pula dia untuk memisahkan mereka.
"I tahu, u bukan suka sangat dengan menantu hantu u tu." Ujar tasha tanpa berselindung. Hal rumah tangga mereka sudah terlebih dahulu disiasatnya.
"Macam-mana u boleh tahu?" Berkerut kening puan maymay dibuatnya.
"I tahu dari muka u je, memang u meluat kan?" Tasha menguji.
"Memang, i kalau boleh nak hapuskan je dia dari hidup anak i." Puan maymay mencebik meluat. Dalam hati sudah menyumpah serana menantunya itu. Tasha ketawa kerana sangkaannya sangat tepat. Tasha kemudian perkenalkan dirinya, begitu juga puan maymay.
"I ada cara nak buat mereka berdua bercerai but, ada syarat." Tasha tersenyum jahat. Paun maymay pula mengerutkan dahi.
"I nak kahwin dengan edward." Sinis senyuman puan maymay mendengar syarat itu.
"U nak kahwin dengan anak i? No way! i sanggup bayar berapa je u minta asalkan bukan kahwin dengan anak i, sebab i dah ada calon menantu." Kecewa tasha dibuatnya namun kemudian dia pasrah yang penting duit dia dapatkan.
"Baiklah kalau macam tu, i setuju." Ujar tasha.
Rancangan diatur sebaik mungkin. Senyuman puan maymay meleret bila mendengar rancangan itu.
Syahrif mematikan talian bila habis bercakap dengan mamanya. Dia kemudian melangkah kemeja mia.
"sayang,, mama suruh kita balik awal sebab mama ada buat makan-makan sikit katanya." Ujar syahrif sebaik sahaja melihat mia.
Mia melihat jam ditangannya kemudian senyum.
"Okay hubby.. Tapi mia nak siapkan kerja dulu." Balas mia sambil menaip sesuatu diskrin komputer. Syahrif tersenyum melihat isterinya itu. 'Rajin sungguh isteri saya ni.' Bisik hatinya.
Puan maymay mencebik, meluat pula dia tengok pasangan itu bermesra, siap suap menyuap lagi.
Niatnya buat makan malam ini hanya untuk terlihat baik didepan syahrif, didalam hatinya menyampah sebab terpaksa berbuat baik dengan perempuan yang baginya telah merampas kebahagiaan keluarganya. Baginya, syahrif tidak akan masuk agama islam jika bukan kerana perempuan itu. Baginya juga mia berkahwin hanya untuk menginginkan harta mereka bukan kerana cinta. Sebab itu dia sanggup bayar tasha berapa sahaja untuk membuat syahrif ceraikan mia.
Petang itu mia balik dari kerja dengan abang mat, pemandu mereka.
Syahrif pula terpaksa kerja lebih masa disebabkan jadual yang padat, kerja pula melambung tinggi. Bermacam fail perlu disemak dan ditanda-tangani.
Entah kenapa sejak dari pagi tadi sampailah sekarang ini, mia tidak sedap hati sahaja sehinggakan dia menelefon ayahnya dikampung untuk bertanya kabar, dia bersyukur bila kabar baik dia terima namun masih juga hatinya tidak tenang. Dia hanya mampu berdoa pada Allah minta dijauhkan dari perkara buruk.
Sampai dirumah dia mandi kemudian duduk diruang tamu menonton tv.
Puan maymay menghampiri dengan segelas susu.
"Mia.." Panggil puan maymay lembut.
"Mama." Sahut mia pula.
"Mana syah?" Tanyanya sambil tersenyum manis pada menantunya.
"Belum balik lagi.. Banyak kerja katanya tu yang balik lambat." Jawap mia sambil membalas senyuman mertuanya.
"Oh yeke?.. Ni mama buatkan susu, minumlah.. Nanti nyenyak tidur. Lagipun.. Mama nak mia banyakkan minum susu nanti cepatlah mama dapat cucu." Ujar puan maymay teruja sambil menghulurkan segeles susu.
"Terima kasih mama.. Susahkan mama jelah." Huluran disambut kemudian dia minum seteguk demi seteguk. Sedap saja rasanya. Puan maymay mengambil tempat disebelah mia sambil tersenyum kearahnya. Tidak lama kemudian dia merasa mengantuk dan pening.
"Mama.. Mia masuk tidur dulu, mia mengantuklah.." Mia meminta diri. Langkahnya diatur menaiki tangga. Baru beberapa langkah dia terjatuh pengsan. Puan maymay ketawa jahat sebelum mengarahkan seorang lelaki mengangkatnya.
"Angkat cepat! Nanti kau buka tudung dia dan baring didekatnya. Kau pun buka baju juga supaya nampak lebih asli lagi. Tapi ingat ye, aku tak nak kau apa-apakan dia." Arah puan maymay tegas.
"Baik puan!" Patuh lelaki itu. Badan mia dicempung lelaki berbadan besar itu kemudian meletakkan mia diatas katil dan membuka tudungnya. Terkejut dia dengan kecantikan wanita didepannya.
'Cantiknya..' Bisiknya dalam hati. Mahu sahaja dia menikmati tubuh itu, tapi dia teringat pesan puan maymay, terasa rugi pula dia tapi jika dia ingkari arahan itu mesti dia tidak dapat duit. Akhirnya dia baring sahaja dan pura-pura tidur.
Tidak lama kemudian langkah kaki terdengar dari luar bilik.
"Sedapnya sayang.. Terima kasih.." Ujar NORMAN sambil mencium leher mia. Mia tersedar dari akhirnya, dia sangkahkan suaminya yang tengah menciumnya namun dia terkejut bila melihat lelaki asing yang sedang mencium menyentuhnya. Serentak itu juga syahrif masuk kedalam bilik dan melihat adegan tidak senonoh didepan matanya.
"Kurang ajar!" Syahrif meluruh kearah norman dan menariknya kasar sehingga lelaki itu jatuh terduduk.
"Hubby.." Mia cuba memeluk lengan syahrif namun pantas ditepis.
"Kau jangan sentuh aku! Aku jijik dengan kau!" Bentak syahrif. Mia terdiam, airmatanya mengalir
"Apa ni sayang, tadi kata laki ni lama lagi balik.." Norman membuat syahrif bertambah panas.
"Kau siapa? Aku tak kenal kau! Bie, mia tak kenal dia ni siapa.." Mia cuba menjelaskan.
"Buat-buat tak kenal pula, dah sedap dengan aku.." Belum sempat norman menghabiskan kata-katanya, syahrif pantas menumbuknya, darah pekat mengalir dari bibir lelaki itu. Dia kemudian membuat keputusan untuk lari dari rumah itu. Syahrif cuba mengejar namun dihalang oleh mamanya.
"Kenapa ni?" Tanya puan maymay. Norman berjaya lari dari rumah itu.
"Biar syah ajar jantan tu!" Marahnya. Airmata lelakinya deras mengalir. Tidak sangkah mia yang selama ini dia kenal wanita muslimah tapi perangai macam perempuan murahan.
"Mama dah cakap dah, dia ni nakkan harta je tapi syah tak percaya." Marah puan maymay.
Mia tidak tahu macam mana dia mahu jelaskan, dia sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku. Dia cuma tertidur dan lelaki asing itu berada disebelahnya bila dia terbangun.
"Bie.. Mia tak salah.. Mia tak tahu apa yang jadi, mia bangun je lelaki tu dah ada disebelah mia.."
Rayu mia. Dia berlutut dihadapan syahrif.
"Sampai hati mia.. Apa salah bie? Apa kurangnya bie?!!" Syahrif masih berharap itu hanya mimpi namun semuanya nyata. Mia melukai hatinya.
"Mia minta maaf.. Tolonglah percayakan mia.." Mia masih lagi berharap, ada sedikit rasa percaya syahrif untuknya.
"Selepas apa yang mia buat?! kau tak payah nak tunjuk baik dengan aku! kau ingat aku masih percayakan kau?!!" Badan mia ditolak kasar.
"Mia merayu bie.. Tolong percayakan mia.. Mia tak salah.." Berulang kali mia mengatakan hal yang sama. Syahrif juga langsung tiada kepercayaan padanya.
"Kau tak lebih dari perempuan murah! Kau dah tunjuk perangai kau yang sebenar! Aku tak akan maafkan kau!" Tengking syahrif.
"Kalau dah tak ada sedikitpun kepercayaan bie pada mia, biarlah mia mengalah.. Biarlah mia pergi jauh.. Dah tak ada guna perkahwinan ni kalau tiada kepercayaan." Mia rasa bersalah namun rasa kecewanya menebal kerana suaminya tidak percayakannya.
"Kau ingat mia sarah adriana binti idham, aku takkan ceraikan kau walaupun aku menanggung dosa sebab perbuatan maksiat kau! Aku tetap tak akan ceraikan kau, aku nak kau terhukum dengan perkahwinan ni." Balas syahrif, sakit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
"Syahrif cerai jelah perempuan ni! kenapa masih nak pertahankan!" Marah mamanya. Mia dipandang sinis.
"Syah nak dia rasa terseksa dengan ikatan tak bertali ini." Syahrif berlalu pergi keluar dari bilik dia kemudian memandu laju keretanya.
Panggilan mia langsung tidak dihiraukan. Bertambah sakit hatinya melihat muka mia yang kononnya baik, suci. Hakikatnya..
"Kau tunggu apa lagi? berambus kau dari rumah ni!" Bentak puan maymay. Dia tersenyum puas kerana berjaya hancurkan perkahwinan yang dibencinya itu.
"Mia tak salah mama. Tolonglah percaya.." Mia masih lagi menagih simpati.
"Kau pekak ke apa?!! Kau keluar dari rumah aku! Berambus kau dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi!!" Tengking puan maymay. Bertambah deras airmata mia. Dia kemudian melangkah keluar dari rumah itu selepas dia mencapai beg tangannya. Sebelum berlalu sempat dia menoleh,, berharap syahrif mengejarnya dan memaafkannya namun hampah.
Kepekatan malam menambah lagi suram dihatinya. Kemudian guruh dilangit berbunyi menandakan hujan bakal turun. Tidak lama kemudian hujan lebat turun tanpa diminta. Airmatanya bercampur dengan air hujan. Bunyi guntur dan kilat sambung menyambung membuatkan dia berasa takut namun digagahkan jua langkah untuk pergi jauh dari rumah yang menyimpan kenangan manis dan disitu juga kenangan pahit tercipta. Airmatanya deras mengalir...
Share this novel