Bab 17

Romance Completed 8392

'Kau ingat MIA SARAH ADRIANA BINTI IDHAM,
aku tak akan ceraikan kau walaupun aku menanggung dosa sebab perbuatan maksiat kau!aku tetap tak akan ceraikan kau, aku nak kau rasa terhukum dengan perkahwinan ni.' Berulang kali kata-kata syahrif terngiang-ngiang difikirannya.

'Wahai Tuhanku yang maha kuasa lagi maha mengetahui, berikanlah aku sedikit ketabahan untuk menjalani ujianmu ini. Jangan engkau biarkan aku sendiri yaa Allah..' Airmatanya mengalir lagi, Selepas berdoa dia meletak telekung dan sejadah ditempat asal.
Dia meninggalkan masjid dengan hati yang sedikit tenang.

Mia kembali lagi berjalan tanpa arah tujuan. Semalam dia hanya duduk direstoran mamak sampailah subuh.
'Kenapa bie tak percayakan mia?.. Astaghfirullah.
Sampai bila aku nak jadi macam ni.. Aku kena tabah demi keluarga aku.' Bisiknya dalam hati.
Mia akhirnya memikirkan sesuatu. Nombor siti didial.

'Hello puan mia.. Kalau ye pun janganlah call awal sangat..' Marah siti dihujung talian.

'Aku perlukan pertolongan kau, Kau boleh tak jumpa aku sekarang?' Mia semakin sebak, namun digagahkan jua niatnya.

"Sori lambat sikit." Ujar siti sebaik sahaja tiba.

"Siti.." Airmata mia mengalir lagi..

"Kau kenapa ni mia?.. Ni kenapa jalan pagi-pagi buta macam ni? bahaya tahu?!" Marah siti, kawan baiknya itu dipeluk. Siti kemudian membawa mia ke kereta myvi miliknya. Dia tahu pasti ada yang tidak kena.

"Kau nak aku hantar kerumah encik syahrif ke?" Soal siti perihatin terhadapnya.

"Aku tak nak balik ke sana.." Balas mia sebak.

"Okay-okay.. Kau ikut jelah ke rumah aku." Siti memandu menuju kerumahnya. Sesekali dia memandang mia yang hanya menundukkan kepala.

Sampai dirumah, siti memberhentikan kereta.
"Masuklah" Pelawa siti. Mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah sewa kecil.

"Aku minta maaf sebab susahkan kau." Mia rasa bersalah pula.

"Tak adalah, tak menyusahkan pun.." Siti tidak mahu menambah kesedihan kawan baiknya itu.
Mia hanya tersenyum paksa. Siti berlalu kedapur untuk membuatkan air.
Tidak lama kemudian dia keluar dari dapur bersama dua gelas air nescafe susu dan biskut didalam bekas.
Mia mencicipi sedikit menghargai siti yang bersusah payah.

"Kau nak aku telefon cik syahrif ke?" Tanya siti.

"Jangan!" Mia pantas menolak.

"Kamu gaduh ye?"

"Siti.. Aku.. Aku dengan dia.." Mia tidak mampu untuk meneruskan.

"Aku tak tahu.. Masa tu aku..." Mia akhirnya bercerita dari mula.

Syahrif memberhentikan keretanya dibahu jalan, bila ada bunyi pesanan ringkas masuk. Mesej dari mia.

'Tolong rahsiakan perkara ni dari pengetahuan ayah.' Mia

'Kenapa? Kau malu kan?' Syahrif

'Mia tahu bie dah tak percayakan mia.. Tapi tolong, satu je mia minta dari bie.. Jangan bagitahu ayah. Mia takut penyakit ayah datang lagi, ayah tu tak boleh terkejut. Dia lemah jantung.' Mia

'Kau tahu pula ye, tapi masa kau buat maksiat tiada pun kau fikir semua tu.' Syahrif.

Mia mengetap bibir bila disindir begitu.
'Cukup-cukuplah bie hina mia.. Satu je mia nak pesan. Jangan terlalu menilai dengan apa yang bie nampak, apa yang bie nampak tu belum tentu itu adalah kebenaran. Lagi satu, kalau satu hari nanti terbukti yang mia tak salah, masa tu mia dah pergi jauh dari bie. Mia kecewa bila suami mia tidak percayakan mia.' Mia

'Kau tak payah nak ceramah aku. Kau sedar sikit diri kau tu. Macamlah bagus sangat!' Syahrif.
Meyampah pula dia.

'Terpulang pada bie untuk menilai mia. Satu lagi mia minta. Tolong halalkan makan minum mia selama ni. Mia minta maaf sebab tak mampu jadi isteri yang baik.' Mia

Sedikit sebanyak syahrif tersentuh dengan kata-kata mia namun apa yang dia nampak itu yang dia percaya.

'Mia akan pergi jauh.. Mia halalkan makan minum bie dan mia maafkan semua kesalahan bie pada mia.. Mia minta maaf sekali lagi. Assalamualaikum imamku.' Mia. Mesej terakhir dari mia selepas ini dia akan menukar simkad dan akan pergi jauh tinggalkan syahrif. Dia akan bawa hatinya yang terluka pergi jauh.

'Waalaikumussalam. Perempuan murahan' Syahrif.
Sempat syahrif menyindir. Mia membaca nesej itu dengan hati yang kecewa.. kemudian dia meminta siti untuk kembalikan telefon dan barang yang syahrif berikan termasuk cincin perkahwinan.

"Aku pun tak sangkah setipis ini encik syahrif percayakan kau." Ujar siti simpati.

"Tak apa siti.. Dia dah tak perlukan aku, aku nak buat macam mana lagi. Aku akan pergi jauh lepas ni." Balas mia sebak.

"Kau nak pergi mana?" Siti berharap dia tahu, Niatnya mahu menjelaskan pada syahrif biar bosnya itu sedar akan kesilapannya.

"Aku tak boleh bagitahu kau. Aku tak mahu nanti kau kesiankan bos kau tu, lepas tu kau bagitahu dia pula." Ujar mia seakan tahu apa yang bermain difikiran kawan baiknya itu.

"Baiklah.. Tapi kau jaga diri baik-baik ye.." Siti simpati terhadap nasib mia namun apakan daya dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menyokong sahaja mia. Hati mia dah terlalu banyak terluka, biarlah masa yang sembuhkannya. Itu sahaja dia harapkan untuk sahabatnya itu.

Mia pergi ke bank berhampiran. Terkejut dia melihat isinya. Jumlah didalam akaunnya hampir 2juta ringgit. Dia pasti suaminya yang mengisi duit itu, setahu dia duit dia dalam akaun ni, 3ribu lebih je. 'Alhamdulillah..' Dia bersyukur dalam hati.

Sedang dia berjalan sambil meneliti ticket, dia tanpa sengaja merempuh seorang lelaki. Lelaki itu mengaduh sakit.

"Buta ke apa kau ni?!" Marah lelaki itu, kelihatan lelaki itu macam mat salleh, tapi boleh pula dia cakap bahasa melayu. Pelik mia dibuatnya.
Mia terpegun dengan ciptaan Allah dihadapannya sekali pandang macam pelakon lelaki yang diminatinya 'Daler yusuf'.

"Hello.." Danial menggerakkan tangannya didepan muka mia tapi masih juga wanita itu termenung.
Wanita itu memandangnya tanpa berkedip.
Lelaki itu berdehem, barulah mia tersedar dari lamunannya.

"Saya tahulah saya hensem.. Tapi tak baik tau pandang lelaki bukan mahram." Danial mengusik. Sejujurnya, dia sendiri pun terpesona melihat kecantikan wanita dihadapanya.

"Si.. Siapa pandang? Ish! perasannya.." Mia mengalihkan pandangannya kearah lain. Malu...

"Oh.. Tak nak mengaku pula..." Ujar danial dengan senyuman nakal.

"Jangan nak perasan ye, Saya pandang tu!" Mia menunjuk dengan ibu jari kearah pasangan yang sedang berpelukan. Kelihatan si isteri seakan tidak mahu melepaskan suaminya pergi, si suami juga begitu. Akhirnya pelukan dileraikan sehingga tangan yang memegang suami perlahan-lahan dilepaskan. Si suami berlalu pergi sambil sesekali menoleh kearah isterinya.

Mereka berdua memerhati gelagat pasangan itu. Mia sebak, airmatanya mengalir.. 'Kalaulah bie halang mia sekarang, mia takkan pergi jauh, mia takkan tinggalkan bie... Mia sayangkan hubby..' Danial pelik melihat mia.
'Dah kenapa pula minah ni? takkan tengok dorang tu je boleh menangis. Macam dia pula yang lebih-lebih.' Danial mengutuk mia dalam hati. Kesian juga dia melihat mia menangis tapi baginya wanita itu cengeng.

Mahu sahaja dia mengesat airmata yang mengalir dipipi gadis itu namun dia tahu batas mereka yang bukan muhrim.

Mia berlalu pergi meninggalkan danial yang terpaku disitu. Cepat-cepat dia menyusul bila dilihatnya mia berlalu.

"Cik, saya nak duduk disebelah perempuan tadi ye." Pintanya pada seorang perempuan yang menjaga kaunter. Selepas membuat pembayaran dia masuk kedalam.

Danial tiba dibalai perlepasan.
Selepas melihat kelibat gadis itu tadi, dia mengambil tempat disebelahnya. Mukanya dia tutup dengan topi, sengaja tidak mahu mia mengenalnya.

Tidak lama kemudian kapal terbang berlepas menuju ke filipina.
Mia menutup matanya bila kapal terbang bergegar. Dia tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini. Mia hanya berdoa didalam hati semoga Allah menguatkan semangatnya.

Danial geli hati melihat gelagat mia yang sedang ketakutan.
"Pertama kali fly ke?" Tanyanya sambil tidak henti ketawakan mia.

"kau diamlah! Eh kejap, kau ni.." Mia cuba berfikir.

"Belum tua dah nyanyuk ke makcik?" Danial masih lagi ketawa perlahan namun mampu membuat darah mia seakan mendidih menahan marah.
Tidak lama kemudian kapal bergerak normal. Mia tenang.

"Ketawa jelah.. Kenapa berhenti? penat?" Sindir mia.

"Kerongkong saya dah pecah sebab ketawa banyak tadi." Danial membuat lawak free.

"So funny.. Baguslah kalau dah pecah." Sindir mia lagi. Dia memandang keluar tingkap. Cantiknya ciptaan Allah.. Mashaa Allah..

Danial memejamkan mata. Mahu berehat sekejap.

Kurang lebih 4 jam penerbangan, akhirnya pesawat tiba diairport manila.
Mia turun dari pesawat diikuti danial. Mia berjalan kearah tempat duduk.

"Kalau kat pesawat tadi saya boleh kata cuma kebetulan. Tapi kalau sampai saya kesini kesana pun awak ada,, saya rasa ini bukan kebetulan. Awak follow saya kan?" Marah mia.

"Sabar cik.. Saya cuma perihatin je." Terang danial.

"Kenapa pula?"

"Yelah.. Saya cuma nak pastikan awak sampai kedestinasi well,, awak kan perempuan. Lagipun saya rasa awak pertama kali kesini kan?" Danial menjelaskan. Memang dia perihatin pada gadis itu.

"Awak tak perlulah tunggu saya.. Sekejap lagi ada orang ambil saya." Bohong mia. Padahal dia ke filipina tanpa arah tujuan, yang dia mahukan hanya pergi jauh dari hidup syahrif.

"Awak tak payahlah nak bohong saya,, Awak tahu tak, kat filipina ni bahaya tau, macam-macam boleh jadi dengan awak." Seram sejuk juga mia mendengar. Nampaknya dia dah tersilap pilih negara.

"Tak apalah.." Kesedihan cuba dia sembunyikan tidak mahu ada orang bersimpati padanya.

"Degil kan awak ni?" Danial melepaskan keluhan berat.

Setelah lama berdiam diri, danial akhirnya menelefon pemandu peribadinya.

'Manong, na sa airport na ako.' Ucapnya dihujung talian. Talian dimatikan
•Pakcik, saya dah sampai airport.•

Mia hanya memerhatikan tingkah laku lelaki didepannya.

"Awak, jomlah ikut saya balik.." Pujuk danial. Mia pantas menggelengkan kepalanya.

"Awak mesti ingat saya ni ambil kesempatan kan? awak jangan risau.. Awak bukan taste saya." SIndir danial.
Mia mendengus marah. Danial geli hati melihat mia memuncungkan mulutnya.

"Baiklah.. Tapi awak jangan buat macam-macam ye! siap awak!" Ugut mia. Ugutannya mengundang rasa lucu pada danial.

Tidak lama kemudian, Sebuah kereta bmw berhenti didepan mereka berdua. Pakcik GARCIA yang dipanggil manong membukakan pintu kereta dan mempersilakan mereka berdua masuk. Mia hanya mengikuti langkah danial masuk. Manong tersenyum penuh makna kearah mereka berdua.

"Manong, malik yung iniisip mo.. Bago ko lang sia nakita kanina sa airport." Danial menjelaskan. Dia faham dengan pandangan manong.
•Pakcik, apa yang pakcik fikir tu salah.. Saya baru je jumpa dia tadi dekat airport.•

Siti hanya memerhatikan bosnya itu. Dah macam orang hilang nyawa, tak ada semangat langsung. Rasa bersalahnya menebal. Namun perbuatan syahrif pada mia itu baginya adalah salah.

Baru beberapa hari mia tinggalkan dia tapi rasa macam dah bertahun. Semakin dia benci mia semakin hatinya terluka. Cintanya pada mia terlalu besar disebabkan itu dihilang semangat hidup. Mahu sahaja dia melupakan kesalahan mia dan mencari mia namun setiap kali dia teringat perbuatan mia, hatinya bagai disiat-siat dengan belati tajam.
Syahrif kecewa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience