Bab 9

Romance Completed 8392

"Aku terima nikah MIA SARAH ADRIANA BINTI IDHAM dengan mas kahwin 300ringgit tunai." Ucap MOHAMMAD SYAHRIF YUSUF CHONG.

Tok kadi memandang saksi dikiri dan kanannya, apabila mereka berdua sahkan barulah tok kadi umumkan, sah!.
Semua menadah tangan berdoa semoga pasangan ini bahagia selamanya.

Selepas dizinkan syahrif berjalan kearah pengantin perempuan untuk upacara membatalkan wudukh.
Semakin dekat semakin kuat debaran yang mereka berdua rasakan.

Para tetamu ketawa dengan gelagat pengantin baru itu, Syah teragak agak untuk menyarung cincin, mia pula menggenggam tangannya sendiri, Syah menghembuskan nafas kemudian menarik perlahan tangan mia, muka mia kemerahan menahan malu, Syah dapat rasakan betapa sejuknya tangan isterinya itu.

Cincin emas berpermatakan berlian berbentuk hati tersarung dijari manis mia.
Giliran mia pula menyarungkan cincin putih polos tanpa ada biasan, malu mia memegang tangan syahrif.. Para tetamu ketawa lagi menyaksikan.

Mia teragak-agak mencium tangan syah namun dia beranikan diri. Selepas itu syah pula yang menciumnya didahi.
Lama... Syah mencium dahi mia.
Airmata lelaki syahrif mengalir walaupun cuba ditahan. Sungguh dia sangat mencintai perempuan itu, dia tidak tahu bagaimana jika mia akan meninggalkannya.
Semua kata-kata yang diucapkan tok kadi dan nasehat untuk mereka dalam menjalani pahit manis rumah tangga, dia dengar dengan penuh kusyuk, dia berjanji untuk menjaga dan mem bahagiakan mia.

Suara salah satu tetamu yang hadir mengejutkan mereka berdua, muka masing-masing kemerahan menahan malu.

Selesai mahjlis para tetamu yang sudah pun pulang ke rumah masing-masing, termasuk papa syahrif dan kawan-kawannya.
Mama syah pulak tidak hadir kerana syah merahsiakan perkahwinan mereka dan dipersetujui oleh papanya.

Syahrif dan mia selesai mengelap piring dan sebagainya. Selepas memastikan semuanya sudah rapi dan kemas mereka berdua menuju ke bilik. Bilik milik mia dikampung kecil sahaja, nanun biliknya kelihatan berserih apabila katilnya dihias selayaknya bilik pengantin.

"Siapa hias bilik ni? cantiknya.." Syah tersenyum nakal kearahnya. Muka mia kemerahan lagi menahan malu.
Dia menutup mukanya dengan tangan, ed mendekatinya selangkah dia pula mengundur selangkah kebelakang, sampai dinding mia terhenti. 'Aduh.. Dinding ni pun tak mahu bekerja sama.' Rungutnya dalam hati.
Syahrif mendekatkan badannya sehingga mia mampu mendengar nafasnya.
Debaran mia dapat syah dengari dengan jelas.

"ka..kau.. kau nak buat apa?" Tergagap-gagap mia bercakap akibat situasi mereka yang terlalu dekat. Syahrif perlahan mengalihkan kedua tangan mia yang menutupi wajahnya. Mia pula memejamkan matanya, jantungnya semakin kuat berdebar.

"Kenapa tutup mata? pandanglah aku.."
Pintanya namun mia menggelengkan mata. Keadaan sunyi, mia tidak mendengar apa-apa bunyi, akhirnya dia membuka matanya, dia terkejut bila syahrif mencempung badannya dan diletakkan diatas katil.
Syahrif berbaringan bersamanya diatas katil sambil merenungnya tidak berkedip.

"Aku.. Aku.. Tak.. Aku tak ready lagi.." Ujarnya seraya berpusing membelakangi suaminya. Syahrif menahan ketawanya, lucu melihat muka isterinya pucat dan kemerahan.
Serentak itu syahrif memeluk isterinya dari belakang dan berbisik ditelinganya.
"Mia.. kita tukar panggilan nak tak? takkanlah kita suami isteri panggil kau aku je, tak sweetlah.." Mia perlahan memusing badannya menghadap syahrif. Dia memandang suaminya dengan perasaan ingin tahu.

"Yelah.. Tapi terpulang sayang nak panggil saya apapun, yang penting jangan panggil nama lagi lepas ni."
"Sayang.. awak langgil saya sayang ye..
Saya pula nak panggil apa?"
"Terpulang dari sayang nak panggil apa sahaja."

Mia berfikir, tidak lama kemudian dia mendapat idea.
"Panggil abanglah.. Ish tapi mia tak suka pula."
"kalau tak suka janganlah."
"Owh.. Saya panggil Hubby jelah, singkatannya Bie." Cadang mia teruja.
Syahrif tersenyum dan mengiyakan.

Lama mereka berdua diam.
Syahrif kemudian mengangkat perlahan kepala mia yang masih berbalut tudung itu dan diletakkan diatas lengannya, mia hanya menurut.
Kurang selesa mia dibuatnya, dah macam ketam rebus dah mukanya menahan malu.

"Bie.." panggilnya manja. Syahrif suka bila mia bermanja dengannya.
"Ye sayang.." Sahutnga.

"Betulkah janji bie semua pada ayah haritu?"
Anak matanya memandang penuh kasih ke dalam anak mata hazzel suaminya.

"Betul sayang.. Bie bersungguh-sungguh dengan janji bie. Bie akan jaga sayang dan bahagiakan sayang sampai akhir nafas bie. "
"Hmmm.. Nak merajuklah kalau macam ni." Rajuknya badan syah ditolak namun tidak berjaya.
"Kenapa ni sayang..?" Tanya syah bila mia dilihatnya merajuk dan cuba meleraikan pelukannya.
"Bie tipu.. Sehinggah akhir nafas je bie jaga mia, haritu kata hingga ke jannah."
Meletus ketawa bila melihat mia memuncungkan mulut. Comel...

"Maafkan bie.. Iya, bie jaga sayang dan cintakan sayang sampai kejannah." Ucap syah seraya mencium dahi mia.

"Bie pun nak merajuk juga"
Mia tidak tentu arah dibuatnya.

"Kenapa pulak?" Tanya mia pelik.
"Bie ni mahram sayang kan, kenapa masih bertudung?" Syah pura-pura merajuk.
"Sebenarnya.. kepala mia botak. Bie masih sayang mia ke?"

Riak wajah syahrif terus berubah.
Giliran mia pula tertawa
"Nakal ye sayang ni.. Kalau macam ni bie nak denda." Terus mia berhenti ketawa.

Mereka berdua terlena akhirnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience