Bab 10

Romance Completed 8392

Lama dia tersenyum melihat isterinya lena berbantalkan lengannya.
Dia rasa bersalah untuk kejutkan isterinya namun dia terpaksa juga kerana takut terlepas solat subuh.
"Sayang.. Bangun sayang.." Dia cuba menggoncangkan tubuh mia, namun tetap isterinya itu tidur pulas, penat agaknya gara-gara mahjlis tanpa henti kelmarin. Comel sahaja mia berdengkur, dia mencium dahi isterinya yang tertidur pulas.

Mia terjaga dari lenanya yang panjang, dia bergegas mandi kemudian solat subuh walaupun jam sudah menunjukkan 9:50 am.
Selesai membaca doa selepas sembahyang, dia mencari kelibat syahrif namun tiada.
Ayahnya juga tiada dirumah, dia membuat kesimpulan yang ayah dan suaminya jalan bersama.

Selesai memasak makan tengah hari dia masuk kedalam bilik semula untuk mengemas bilik selepas itu ruang tamu.
Semasa dia mengemas bilik ayahnya, dia terpandang gambar lama sewaktu ayah dan arwah ibunya menikah. Serentak itu kenangan bersama arwah teringat kembali.
'Ibu.. Mia rindukan ibu..' Bisiknya dalam hati, airmatanya mengalir.
Dalam masa dia bersedih, dia terkejut apabila ada tangan kasar yang melingkar dipinggangnya, perlahan-lahan dia memusingkan badan untuk melihat siapa yang memeluknya dari belakang.
Mukanya pucat bila melihat syahrif, syahrif sudah ketawa melihatnya.
Syahrif mengusiknya lagi dengan mendekatkan jarak mereka, bertambah merah muka mia menahan malu yang teramat sangat.

"A.. Aku.. Aku ada masak." Meletus ketawanya bila mia tergagap-gagap bercakap.

"Kenapa sayang malu sangat dengan bie?" Tanyanya sambil mengeratkan lagi pelukannya. Mia cuba meleraikan namun tidak berjaya.

"Bie nak makan ke? mia ada masak tadi." Balasnya tanpa menjawap pertanyaan syahrif.

"Sayang masak apa?"

"Sup ayam, jomlah makan." Ajak mia sambil terus berusaha melepaskan pelukan syah.

"Nak.." Ujarnya teruja, memang dia lapar pun sebab pagi tadi dia cuma minum kopi padahal kebiasaannya dia bersarapan berat setiap hari.

Selesai mengemas barang-barang yang akan dibawa balik, mereka berdua meminta izin pada ayahnya. Sempat ayahnya berpesan kepada pengantin baru itu.

"Mia.. Jadi isteri yang baik dan taat untuk suami mia yah.." Nasehat ayahnya. Mia menganggukkan kepala .

"Syahrif tolong jaga mia yah.. Satu je ayah minta,
kalau syah dah tak perlukan mia atau mia ada buat salah pada kamu, tolong jangan pukul dia, cukup syah kembalikan dia pada ayah." Nasehat tuan idham. Mia sebak dengan permintaan ayahnya.

"Inshaa Allah ayah. Syah akan jaga mia." Syahrif dan mia berlalu pergi selepas bersalaman dengan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience