Edward termenung memikirkan permintaan mamanya semalam..
Mamanya memintanya untuk berkahwin, kalau tiada pilihan mamanya mahu menjodohkan dia dengan pilihannya, tidak lain lagi kalau bukan anak dato yang selalu dijemput kerumah mereka untuk makan malam ataupun makan tengah hari.
Melissa yap, gadis yang cantik dan seksi itu yang mahu dijodohkan dengan dia. Akhirnya dia meminta masa 3 bulan untuk mencari pilihannya sendiri kalau tiada juga, dia akur dengan keputusannya. Walaupun dia sudah ada pilihannya sendiri tapi dia bingung, syarat yang mamanya letakkan untuknya, mestilah perempuan yang berbangsa cina dan beragama sama dengan mereka.. Yang pasti mamanya itu mahukan yang setaraf dengan keluarga mereka.
Ketukan pintu membawanya ke alam nyata.
"Bos tan sri mahu berjumpa dengan bos dibilik mesyuarat katanya nak bincang hal penting." Terang siti yang merupakan pembantunya.
Edward bergegas kebilik mesyuarat.
"Papa buat apa kat sini?" Tanyanya tanpa memperdulikan muka papanya yang kelihatan serius.
"Salah ke papa datang ofis? papa cuma nak tengok perkembangan syarikat kita."
"Everything's fine papa."
"Papa gurau je, papa tahu ed boleh uruskan semuanya cuma.. Papa datang sini sebab papa nak bincang sesuatu."
"Tunggu jelah kat rumah pa.."
"Papa tak mahu mama dengar, sebab tu papa datang sini."
Edward mengangguk tanda faham.
Papanya yang tegas itu tetap fikirkan kebahagiaan anak tunggalnya.
"Papa cuma nak kamu pilih perempuan yang kamu cintai, jangan pilih pilihan mama. Edward.. kita ni cari pasangan bukan untuk satu dua hari, tapi untuk selamanya, papa cuma tak nak kamu salah pilih." Nasehat tan sri khalid chong penuh kasih.
"Ed tak tahu pa.. Mama selalu paksa ed." Terangnya pula, sakit kepalanya memikirkan.
"Papa tahu kamu suka siapa?" Papanya itu faham dengan isi hati anaknya.
Edward meraup kasar mukanya.
"Mama tak akan setuju pa.." Ujarnya kecewa.
"Soal tu biar papa uruskan.. Tahulah papa nak buat apa pasal mama tu."
"Tapi ed sendiri tak pasti yang dia ada perasaan yang sama pada ed.. Ed takut kalau ed luahkan perasaan edward yang sebenarnya, dia akan tinggalkan ed. Lagipun edward dengan dia beza agama." Terangnya sambil menongkat dagu diatas meja.
"Papa sangkah selama ini kamu bercinta.?" Soal papanya yang seakan tidak percaya.
"Tak pa.. Kami cuma sahabat." Jawapnya kecewa.
"Belum cuba belum tahu" Cadang papanya.
"Saya sendiri tahu apa yang akan dijawapnya. Saya kenal dia macam mana, apatah lagi ed ada kaji pasal islam, edward kena masuk islam kalau mahu kahwin dengan dia." Kenyataan itu yang dia tidak mampu terima.
Lama tan sri khalid terdiam sama sebelum memikirkan jalan penyelesaian.
"Kalau macam tu, ed masuk islam jelah."Cadangnya.
"Papa gila?! Nanti mama cakap apa?"
"Kan papa dah cakap.. Soal mama biar papa yang uruskan. Edward teruskan sahaja niat, jangan bagi tahu mama dulu soal ni." Macam mana pun kebahagiaan anaknya lebih penting.
Papanya berlalu pergi selepas lama mereka berbincang soal peribadi.
Edward buat keputusan untuk membuat janji temu disebuah restoran mewah, dia cuma berharap yang perempuan yang dicintainya itu mahu menerimanya dengan sepenuh hati, kalau tidak entah apa yang akan jadi dengan kehidupannya.
Dia hanya mampu berharap perempuan itu setuju untuk menikahinya.
Share this novel