Bab 19

Romance Completed 8392

Tan sri khalid chong, memerhati anak tunggalnya dimuka pintu bilik anaknya. Sayu hatinya melihat anaknya itu setiap kali selalu termenung, Seperti orang kehilangan semangat hidup.

"Syahrif.." Panggil tan sri khalid lembut, sebaik sahaja duduk ditepi katil. Tersedar syahrif dari lamunannya. Dia memberikan senyuman pada papanya.

"Why don't you take some rest.. Syah pergi bercuti ke..?" Cadang papanya, manalah tahu dengan anaknya pergi bercuti boleh memberi sedikit semangat pada anaknya itu.

"It's cool but.. Syah malaslah." Balas syahrif acu tak acu.

"Okay.. Kalau syah tak nak, tapi syah pertimbangkan ye.. Papa tak nak tengok syah terus terusan macam ni." Jawap Tan sri khalid simpati. Syahrif hanya tersenyum melihat papanya itu keluar dari biliknya. Mungkin betul
apa yang papanya cakap, dia perlukan rehat.


Tuan idham tersenyum melihat kereta yang dikenalinya berhenti betul-betul dihadapan rumahnya. Dia melihat syahrif keluar dari kereta namun kemudian senyumannya mati bila melihat tempat duduk sebelah kosong. Syahrif menyalami tangan mertuanya selepas memberikan salam.

"Mana along..?" Tuan idham menyembunyikan keresahannya. Syahrif diam tidak tahu mahu jawap apa walhal dia sudah mengagak yang ayah mertuanya akan bertanya begitu.

"Mia tak dapat ikut, dia kirim salam kat ayah, katanya rindu sangat." Syahrif berbohong.

"Kalau rindu, kenapa tak ikut sekali?" Tuan idham sedikit berkecil hati, sudah lebih setahun anaknya itu tidak pulang kampung. Dia rindukan anak sulungnya itu. Belum pernah mia tidak balik selama ini.

"Mia bukan tak nak ikut, tapi dia temankan mama saya pergi ke beejing. Mama saya tu nak mia ikut sekali katanya nak berikthiar sedikit tentang nak dapatkan anak." Syahrif menipu. Memang mamanya pergi beejing harini melawat keluarganya disana. Syahrif tahu dia berdosa kerana menipu tapi itu untuk kebaikan ayah.
Tuan idham berfikiran yang mertua anaknya itu tidak bersabar sedangkan baru setahun mereka berkhawin takkan tak boleh sabar nak timang cucu. Namun dia faham dia juga teruja sebenarnya nak timang cucu.

"Syahrif masuklah dulu." Tuan idham tersenyum sambil mempersilakan menantunya masuk.

Syahrif melilau kesana kemari, terimbas kenangan sewaktu mereka baru sahaja berkhawin. Tanpa sedar senyumannya terukir.. Namun kemudian bila bayangan mia hilang, dia kecewa.

"Alahai syah.. Baru sahaja mia tinggalkan kamu, kamu dah rindu setengah mati macam ni." Tuan idham geli hati melihat telatah menantunya itu.

'Bukan sekejap ayah.. Mia dah tinggalkan syah lama.. Dah lebih setahun ayah,, dan setahun lebih itulah syah terseksa dengan rindu ini... Namun syah sedar yang ini semua salah syah sebab biarkan mia pergi..' Bisiknya dalam hati.

"Tak tahulah ayah.. Macam dah setahun mia tinggalkan syah." Syahrif senyum menutupi kesedihannya.

"Ish kamu ni.. Nanti bawalah mia kesini,, Ayah rindukan dia. Kamu tahu kan perasaan ayah bila dah lebih setahun tak jumpa dia." Tuan idham sebak.

"Baiklah ayah.. Syah faham.." Dia faham sangat erti kerinduan, memang menyiksa seluruh jiwa raga. Dia berjanji akan cari mia sampai dapat.
Sedang mereka berdua berbual mesra, kedengaran suara memberi salam.

"Eh, abang syah.. Kak long mana?" Soal nuraina sebaik sahaja masuk kedalam rumah.

Bukkk!! Syahrif seakan ditimpah batu besar rasanya. Dia seakan terhenti bernafas bila melihat adik iparnya yang mirip dengan mia, namun keremajaan wajah nuraina membezakan kematangan wajah mia. Bila diperhatikan secara saksama juga perbezaan mereka berdua jelas kelihatan. Dua-dua juga memiliki wajah yang cantik.

"Kak long tak dapat ikut sekali.. kak long pergi beejing." Tuan idham menjawap soalan SYAHFIKAH NURAINA BINTI IDHAM.

"Tak bestlah macam ni.." Kedengaran nuraina mengeluh berat.

"Nanti abang bawa dia.. Abang minta maaf sebab dah lama tak datang sini dengan kak long. Kami sama-sama sibuk." Ujar syahrif.

"Okay abang.. Adik masuk bilik dulu, penat." Memang penat sangat nuraina rasa setelah seharian disekolah menengah, kerana pada sebelah pagi mereka sibuk dengan pelajaran dan selepas rehat terus makmal sains buat kajian, petang pula dia menonton perlawanan 'Basketball' memang dia tidak pernah terlepas melihat perlawanan lelaki yang diminatinya sejak dulu lagi.

"Saya pun nak balik dulu yah ayah.." Syahrif meminta diri.

"Kejapnya syah balik, kenapa tak bermalam..?" Tuan idham sedikit kecewa.

"Tak apalah ayah.. Syah kerja awal esok." Ujarnya.

"Yelah syahrif.. Hati-hati memandu, jangan laju sangat ye.." Nasehat tuan idham.

"Baiklah ayah.. Syah minta diri dulu. Assalamualaikum.." Syahrif mmenyalami tangan tua tuan idham.

"Kirim salam dengan kak long dan papa dan mama kamu ye.. Waalaikumussalam.." Balas tuan idham. Syahrif berlalu kekeretanya. Dia tidak lupa memberi duit belanja Rm10,000. Tuan idham sempat meolak namun dia kalah dengan pujukan menantunya dan terpaksa menerima padahal duit yang mia bank-in haritu masih banyak lagi sisanya. Tuan idham memandang kereta syahrif sehinggalah kereta mewah itu semakin jauh dan hilang dari pandangan.

"Gusto kung makita si danial. Ano ang problema?" Marah KATARINE pada setiausaha danial, yang menghalangnya kerana tidak membuat temu janji terlebih dahulu.
•Saya nak jumpa danial. Apa masalahnya?•

"Sorry miss.. Pero hindi puede." Balas NADINE, setiausaha danial.
•Maaf cik.. Tapi tak boleh.•

"Ano ba ang problema dito?" Soal danial bila melihat kekecohan diluar bilik pejabatnya.
•Apa sebenarnya masalah kat sini?•

"Danial.. Matagal na kita dih nagkita." Katarine meluruh kearah danial lantas memeluk danial.
•Danial.. Dah lama kita tak berjumpa.•

"Puede mo ituloy ang tarabaho mo." Ujar danial faham akan pandangan nadine yang rasa bersalah.
•Awak boleh teruskan kerja awak.•

Nadine memberikan senyuman kepadanya dan menjeling katarine tanpa danial perasan.
Katarine pula senyum sinis mengejek 'Kau tu kuli je kat sini' Nadine panas hati namun berusaha dikawal kerana menghormati majikannya.

Tangan katarine melingkar dilengan danial. Danial pula rasa tidak selesa. Dia kemudian melepas pegangan itu namun katarine bertambah mengeratkan lagi pegangannya. Menyampah danial dibuatnya. Mereka berdua minum petang bersama dikantin. Ada hal yang perlu danial jelaskan pada perempuan dihadapannya.

"Ano ang gigawa mo dito?" Soal danial tanpa berselindung. Panas hatinya bersemuka dengan bekas teman wanitanya yang pernah disayanginya sampai dia terpesong tidak mampu membezakan halal dan haram. Sewaktu dia mahu membawa wanita itu keluar dari maksiat, wanita itu pula enggan. Malah wanita itu berani bermain api dengannya. Selepas danial mendapati katarine curang dibelakangnya wanita itu menghilang, selepas hampir 3 tahun wanita ini muncul kembali. Entah apa yang dia inginkan dari danial.
•Awak buat apa kat sini?•

Katarine membuat muka sedih, meminta danial bersimpati padanya.
"Hindi mo ba ako na miss? Ako, miss na miss kita danial..." Katarine cuba mencapai tangan danial namun danial menarik tangannya.
•Awak tak rindukan saya ke? Saya, rindukan awak sangat danial...•

"Ikaw at ako, matagal na tapos. Simula nuun pa walana akong naramdaman sayo. So.. Please, wag mo akong hanapin pa." Sudah terang lagi bersuluh. Itulah yang katarine nampak, memang danial dah tak ada perasaan padanya. Namun dia tak akan berputus asa, dia akan dapatkan cinta danial semula.
•Awak dan saya, dah lama berakhir. Bermula dari dulu lagi saya dah tak ada persaan pada awak. Jadi.. Tolonglah, jangan cari saya lagi.•

Danial berlalu pergi meninggalkan katarine.
Katarine hanya memandangnya sehinggalah danial hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience