Didalam biliknya dia mengerang kesakitan sambil menghentak kepalanya kedinding dengan kuat sehingga berdarah sedikit didahinya. Danial abaikan sahaja kepalanya yang terasa lebih sakit disetiap hentakan pada dinding itu. Sakit kepalanya menyerang lagi,, tapi kali ini lebih teruk dia rasakan.
'Allah... Aku tahu sakit ini dapat menghapus dosa-dosaku, tapi aku tak tahan lagi macam ni.. Kau ambil jelah nyawa aku..' Bisik hatinya sendiri.
Dipaksa badannya berdiri untuk mencapai obat-obatan dimeja lantas 5 tablet tahan sakit dia telan, berharap sakit kepalanya akan segera hilang...
Syahrif dan adriana tiba dirumah. Syahrif bersetuju sahaja bila adriana membawanya kerumah banglo mewah milik adriana walaupun dia mahu menetap dihotel.
.
Inday menyambut mereka mesra, pemandu peribadi adriana UNCLE BEN mengangkat barang ketingkat atas.
Inday atau nama sebenarnya MARINA dan uncle BEN adalah pasangan suami isteri yang beragama islam, Uncle ben memeluk agama islam selepas berkahwin dengan inday dan dikurniakan seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia lebih 5 tahun yang lalu. Adriana sememangnya mengambil mereka untuk memudahkannya, tidaklah dia pening kepala kerana inday dan uncle ben tahu yang mana halal yang mana haram.
"Cantiknya bilik sayang.." Puji syahrif apabila masuk kedalam bilik. Adriana hanya tersenyum mendengar. Kalau nak dibandingkan, rumah dan bilik mereka dimalaysia lebih besar dari rumahnya kat sini, suaminya itu sahaja yang memuji lebih sangat.
Adriana mengeluarkan baju dari dalam beg satu persatu dan meletak didalam almari. Adriana terkejut bila ada tangan kasar melingkar di pinggangnya.
"Bie ni.. Terkejut saya tau tak.." Syahrif hanya ketawa kecil. Sambil dia mengeratkan lagi pelukannya dari belakang.
"Pergilah mandi.. Bie busuklah.." Marah adriana, jelas terpancar wajah tidak puas hati. Syahrif melepaskan pelukannya lantas dihidu badannya. Tiada pula bau apa-apa hanya haruman minyak wanginya sahaja, atau dia sememangnya tidak mampu menghidu.
"Baiklah.. Bie pi mandi sekarang." Ujar syahrif sambil menarik muka. Adriana berasa lega bila melihat syahrif masuk kedalam bilik air sambil membawa tuala bersamanya.
Walaupun payah dan hatinya sangat sakit dengan perlakuan danial, adriana memaksa juga dirinya untuk ke pejabat danial atas urusan penting. Sebenarnya syarikat pembangunannya adalah miliknya tapi dibawa hak danial sepenuhnya kerana danial memiliki hampir kesemua aset syarikat pembangunan itu. Danial masih belum menyerahkan sepenuhnya kuasa pada adriana, disebabkan inilah adriana berfikir yang danial memang hanya mempergunakannya sahaja. Kalau dibandingkan dengan syarikat gergasi milik danial, syarikat adriana kecil sahaja. Sempat adriana berfikir, kenapa syarikat sebesar itu mengalami kerugian yang besar sedangkan bila dia amati syarikat danial semakin maju. Namun kerana sakit hati dia menutup semua kenyataan itu.
Adriana tiba dipejabat danial. Dari jauh nadine sudah tersenyum manis kearahnya, adriana hanya mampu tersenyum paksa.
"Good morning nadine.." Ujar adriana seraya memeluk wanita yang sudah dianggapnya kawan baik itu.
"Good morning.." Balas nadine. Adriana merungkaikan pelukan.
"Kumusta kana? Ang tagal natin dih nagkitah.." Ujar nadine, senyumannya. Nadine kurang faham dengan masalah adriana dan danial. Adriana hanya berlalu pergi haritu dan majikannya itu pula sudah lama tidak masuk kepejabat selepas kejadian haritu.
•Awak apa kabar? Dah lama kita tak jumpa..•
"Mabute naman.. Gusto kung makitah si danial, meron kaseng peroblema." Jelas adriana dengan payah.
•Kabar baik.. Saya nak jumpa danial, sebab ada masalah.•
"Matagal na siya hindi pumasuk." Air muka nadine jelas tampak sedih kerana risaukan majikannya. Namun dia sendiri tidak pasti punca masalah.
•Dia dah lama tak masuk.•
"Baka umuik sa malaysia?" Duga adriana. Dia juga risaukan danial. Lelaki yang telah banyak membantunya.
•Mungkin dia balik ke malaysia?•
"Maybe.. Wala talaga akong alam. Wala rin balitah." Ujar nadine lagi
•Mungkin.. Saya pun tak tahu apa-apa. Kabar pun takde.•
Share this novel