Bab 26

Humor Completed 55808

Terpinga-pinga Hani Ismail saat keluar dari Lif, langkahnya di ayun pelan, otaknya pula ligat memikirkan kembali suara-suara bisikan dari Staf-staf yang asyik bergosid ketika di dalam lif tadi

"Farid Husin doh kahwing, kahwing dengang siapa?,"
Bisik Hani Ismail sambil menempel access kad di tepi pintu kaca

Setelah dua minggu berlalu, wajah Hani Ismail semakin cerah dan ceria, bibirnya sentiasa tersenyum, jalan pun melenggang-lenggok, sudah seminggu buah hatinya Zul Denial menghantar dan mengambilnya dari tempat kerja dan layanan Zul Denial padanya juga ibarat permaisuri yang baru sahaja di mahkotakan

"Selamat pagi semua,"
Ucap Hani Ismail pada rakan sekerjanya di dalam pejabat

"Selamat pagi Cik Suraya,"
Jawab Puan Kamala, Lela dan Faizal hampir serentak

Selepas pintu pejabat di tutup, Hani Ismail melangkah beberapa tapak lalu berdiri di hadapan meja Puan Kamala

"Tadi saya ada dengar gosip dalam Lif, katanya Encik Farid dah kahwin, betul ke?,"

"Ya betul,"
Lela terus berdiri, teruja sungguh wajahnya
"Dengar cerita, dia kahwin dengan cleaner, sekarang nie satu bangunan tengah kecoh cerita pasal dia,"

"Dengan Cleaner, Siapa?,"
Berkerut kening Hani Ismail memandang Lela

Lela mengusap-ngusap dagu seraya berfikir
"Saya tahu cleaner tu, tapi saya tak tahu nama dia, kalau tak silap saya dulu ada satu rakaman kat lobi, Encik Farid pegang kepala cleaner tu,"

"Betul-betul, kecoh time tu,"
Faizal terangguk-angguk, mengiyakan kata-kata Lela

Hani Ismail sedikit terkejut
"Kenapa dia pegang kepala cleaner tu?,"

"Dia suruh cleaner tu menunduk macam orang jepun,"
Jawab Faizal tersengih

"Yeke.., kejamnya,"

"Tahu takpe.., siapa yang berani dengan Encik Farid, ayah dia sendiri pun tak berani nak tegur,"
Kata Lela pula kemudian dia menyilangkan tangan memeluk tubuhnya, wajah hani Ismail di tatap dengan bibir tersenyum
"Sejak kebelakangan nie saya tengok muka Cik suraya semakin lama semakin berseri-seri, Umm, apa kabar dengan Driver Cik Suraya sekarang,"

Wajah Hani Ismail yang putih bersih terus berubah merah, malu dengan pertanyaan Lela
"Takpelah saya masuk bilik dulu ya,"

"Nantilah dulu Cik Suraya, awal lagi nie,"
Pinta Faizal, sengaja mengusik

"Sorry ada banyak kerja,"
Hani Ismail cepat-cepat membuka pintu bilik pejabatnya,

"Ala nak call abang driverlah tu,"
Lela tergeleng-geleng sambil melihat gelagat hani Ismail tersengih-sengih masuk ke dalam pejabat

Selepas saja masuk di dalam bilik pejabatnya, Hani Ismail berjalan pelan, dia teringatkan Fazura, setahunya hanya Fazura sahaja yang kelihatan rapat dengan Farid Husin,

"Kot-kot homelander tu kahwin dengan Zura,"
Hani Ismail mendongak, siling di tatap kosong
"Tapi zura call semalam katanya nak balik kampung, hish, betul ke? Ah kalau betul pun elok jugak, homelander tu bukan jahat sangat pun, mulut dia je yang puaka,"

Hani Ismail ketawa sendiri sambil menaruh beg galasnya di bawah meja

"Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai kulumpuh, tak mampu berdiri
Aku tetap begini…,"

Hani Ismail melihat Skrin telefon yang masih berdering, bila melihat nama yang tertera di skrin satu keluhan di lepaskan pelan

"Menyampah pulak aku nak layan jantang nie, hish nak babelah nak abanglah, macam-macam cengkadak kau,"
Rungut Hani ismail, bibirnya tersenyum kepura-puraan bila menjawab panggilan itu

"Hello abang..,"

"Hello babe,"

Bibirnya Hani Ismail menyenget sambil bahunya mengeliat

"Ya, abang nak apa?,"

"Laa, kenapa babe cakap macam tu, tak tanya pun abang dah breakfast ke belum,"

Hani Ismail mengeleng
"Sorrylah, saya ada meeting, tak boleh sembang lama,"

"Oh yake, kira abang tengah menganggu babe kerjalah nie,"

"Ya abang, nanti bila saya dah habis meeting, saya call abang ya,"

Okay, babe, sayang babe"

Ucapan itu membuatkan Hani Ismail seperti ingin termuntah
"Sayang abang jugak,"
Hani Ismail mengeliat
"Gelinya aku,"
Rungut Hani Ismail setelah Zul Denial menamatkan panggilan

"Tuk. Tuk. Tuk.,"

"Masuk,"

Puan Kamala membuka pintu namun sedikit saja daun pintu terkuak
"Cik Suraya, Encik Fuad nak jumpa,"

"Nak jumpa saya?,"

Puan Kamala mengangguk

"Baiklah, terima kasih puan Kamala,"

"Sama-sama,"
Jawab Puan Kamala sebelum daun pintu di tutup semula

Hani Ismail bergegas mengambil tablet di atas meja, segala maklumat hasil kajian dan penyelidikan semuanya tersimpan di dalam peranti itu,

Bilik pengarah operasi Teguh holding

Fuad sobri duduk menyandar dengan kaki menyilang, tangannya mengusap-ngusap misai tebalnya sambil retinanya begitu fokus meneliti setiap kajian dan penyelidikan yang telah di laksanakan team Department Analysis ke 2 melalui tablet Hani Ismail

"So macam mana, Suraya dah jumpa Fadil ke belum?,"

Hani Ismail mengeleng
"Belum lagi Encik Fuad, dia pun tak panggil saya lagi,"

Fuad sobri terangguk-angguk pelan
"Okay semua ada enam syarikat, bagi saya semuanya bagus-bagus, bagaimana dengan pendapat Suraya, agak-agak syarikat mana yang paling bagus,"

"Bagi pendapat saya S&E Berhad dengan Sealand logistics, sebab setiap kapal yang mereka bina sentiasa mengikut jadual, cuma yang berbeza dari segi kepakaran, S&E sepenuhnya mengunakan kapakaran dari dalam berbanding Sealand, syarikat mereka mengunakan kepakaran dari Syarikat korea,"

"Kalau S&E mengunakan kepakaran dari dalam, diorang mampu menjimatkan kos bahan, berbanding Sealandkan,"

Hani Ismail mengangguk
"Betul tu Encik Fuad, walaupun S&E mampu menjimatkan kos, tapi kapal yang diorang bina pun setaraf dengan kapal yang di bina menggunakan kepakaran dari luar,"

"Bagaimana dengan Sealand?,"

Hani Ismail menghela nafas panjang, lama juga dia berfikir
"Entahlah Encik Fuad, saya pun tak berani nak bagi pendapat yang lebih-lebih, sebab kalau Encik Fuad baca kajian yang kami buat mesti Encik Fuad dah dapat agak mana syarikat yang paling sesuai,"
Jawab Hani Ismail bukan sengaja tidak mahu memberi pendapatnya tentang Syarikat Sealand logistics, memandangkan sekarang ini dia sedang bersama dengan Zul Denial bimbang jika pendapatnya nanti di salah ertikan Fuad sobri

"It's okay, minggu depan, suraya kena join meeting dengan Datuk, Fadil dan saya, Nanti pastikan jawab apa sahaja pertanyaan dari Datuk ataupun Fadil tahu, jangan takut,"

Hani Ismail mengangguk penuh yakin
"Baik Encik Fuad,"

"Oh ya satu lagi. Saya lupa nak bagitahu Suraya, nanti Teguh holding akan keluarkan tender untuk pembinaan kilang kelapa sawit di perak, tapi tarikh tu belum di pastikan lagi bila akan keluar, cuma saya nak bagitahu, tugas penyelidikan tu akan di serahkan kepada team Suraya,"

"Baiklah Encik Fuad,"

Bangsar

Datuk Hisyam tersenyum lebar bila melihat anak lelakinya dari jauh, dia mengankat tangan melambai setelah mengajak Zul Denial bersarapan di Kafe Bistro Ronda

Zul Denial berkemeja biru tampak segak tersenyum memandang ayahnya

"Good morning daddy,"

"Good morning Deni, duduklah,"

"Sorrylah daddy, sebab dah lama Deni tak breakfast dengan Daddy kat rumah,"
tutur Zul Denial sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi

"It's okay Deni, ayah faham, Deni nak makan apa?,"

"Sama macam Daddy,"

Zul Denial tersenyum namun sedikit hairan dengan sikap ayahnya, seperti ada sesuatu yang mengembirakan ayahnya saat ini

setelah memesan dua nasi lemak ayam rendang, Tengku hisyam duduk menyandar, bibirnya tidak lekang dengan senyuman, wajahnya tampak senang

"kenapa Daddy nampak happy je pagi nie?,"
Tanya Zul Denial hairan

Datuk hisyam mengankat kening
"Yes daddy memang happy but at the same time daddy sedikit terkilan dengan Deni,"

"Omg, kalau daddy terkilan sebab dah lama Deni tak breakfast dengan Daddy, Deni minta maaf,"

"No, no, no bukan itu yang buat daddy terkilan,"

"Habis tu?,"

"Yaa.., selama dua minggu nie, Deni tak beritahu pun Daddy yang Deni dah ada girlfriend baru,"

"Oh Pasal itu ke, I'm sorrylah daddy, bukan Deni sengaja, cuma Deni risau kalau daddy tak suka,"
Berkerut dahi Zul Denial saat menjawab,

"Kenapa Deni nak risau?,"

"Of courselah Deni risau Daddy, mesti daddy dapat tahu daripada Mamakan, Mama mesti bagitahu Daddy girlfriend Deni tu cuma anak Nelayan je,"

"Deni? i don't care about her family okay, Daddy happy sekarang nie, sebab perkerjaan girlfriend Deni tu, kenapa dari awal Deni tak beritahu daddy, girlfriend Deni kerja dengan Teguh holding,"

Zul Denial tersenyum mengulum
"Sorrylah daddy,"

Datuk hisyam tergeleng-geleng namun bibirnya tetap tersenyum
"Jawatan dia tu Deni, penting sangat bagi Daddy memang pada mulanya Daddy terkejut, tapi bila Daddy dapat tahu dari Mama Deni girlfriend Deni tu wakil Teguh holding, Daddy happy sangat umpama 99 percent projek kilang tu dah ada dalam genggaman Daddy tahu,"

"Yes i know Daddy but Daddy Don't worry, bila sampai masanya, daddy tunggu je berita baik dari Deni,"

Datuk hisyam terangguk-angguk, hatinya begitu puas dan lega
"So.. bila Deni nak jemput girlfriend Deni makan kat rumah, yelah, daddy pun tak sabar nak berkenalan dengan girlfriend Deni tu,"

"maybe dalam masa terdekat nie,"

**

Apartment Saujana brickfields

Pintu di buka perlahan, selepas lama bola matanya mengintai di balik pintu yang terkuak sedikit, Hani Ismail melangkah terjenket-jengket ke arah pintu biliknya, namun langkahnya terhenti bila Wati membuka pintu bilik di sebelah dari dalam

Wati mengeleng-geleng, tetapi tidak menegur, langkahnya terus di ayun ke arah bilik air

Hani Ismail menarik nafas lega, tombol pintu di pulas perlahan, selepas masuk ke dalam biliknya, terus sahaja badan di rebah di atas tilam, bola matanya menatap siling walaupun bilik dalam keadaan gelap,

Keluh di lepaskan sungguh berat sekali sebelum tangannya mengurut-urut bibirnya, penat sungguh tersenyum, dari jam 9.00 malam sehingga jam 1 pagi, Zul Denial mengajaknya menghadiri sebuah night party khas untuk golongan Vip, arak, wiski bagaikan minumum biasa bagi golongan itu, wanita berpakaian seksi berjoget-joget tanpa segan silu,

Bibir Hani Ismail menyenget, kepalanya di geleng bila teringatkan Zul Denial bergaduh dengan salah seorang sahabatnya bila sahabatnya itu cuba mengoda dan memaksanya supaya minum minuman haram itu, selepas pergaduhan itu di leraikan oleh sahabat-sahabatnya lain, Zul Denial terus mengajaknya pulang

Sepanjang perjalanan pulang, dia hanya mendiamkan diri, membiarkan Zul Denial memandu dalam keadaan tenang, sehinggalah sampai di parking lot apartmentnya, Zul Denial terus memohon maaf berkali-kali dan berjanji tak akan membawanya ke tempat seperti itu lagi

"Bau apa nie,"
Tiba-tiba wati bersuara, suis lampu di tekan

Hani ismail cepat-cepat bangkit, di menghidu bau tudungnya, dia lupa saat Zul Denial bergaduh tadi, minuman haram itu tertumpah terkena tudungnya

"Ya Allah, kau minung arok ke Hani,"
Soal Wati, seperti tahu bau yang di hidunya itu

Pantas Hani Ismail mengeleng
"Tak,"

"Habis tu mana datangnya bau nie?,"

Hani Ismail mengibas-ngibas tudungnya sebelum tudung itu di tarik keluar dari kepalanya

"Tadi jantang aku tu godoh dengan kawangnya sebab nok goda aku, sampai tertumpoh air haram jadah tu kat tudung nie,"

Wati duduk di sebelah Hani Ismail, tudung di tangan Hani Ismail di hidu
"Busuknya,"

"Kang, macam manolah diorang buleh minum air tu, hairang betul aku,"
Hani Ismail tergeleng-geleng, berkerut keningnya memandang wati
"Ngeri betul parti tu Wati, ado perempuang berjoget-joget macam pakai baju dalam je,"

"Kau tengok ke?,"

"Doh habis tu, perempuang tu menari depang aku, aku tengok jelah,"

"Bengong betul kau Hani, yang kau gie ikut jantang tu ke sana buat apa?,"
Wati mengeleng

"Sebab aku saja je nok tengok gaya hidup anok-anok golongan Vip tu berhibur, tapi tak sangka pulok cangtu,"

"Habis tu jantang Hani tak minung?,"

Hani Ismail mengeleng
"Ado aku, dio tak minunglah, tapi kawang-kawang dia cakap dia kuat minung,"

Wati mengeleng
"Nie doh sebulang lebih doh kau couple dengan jantang tu, bila nok putus?,"

"Eh, Awal lagi Wati, tunggulah dia betui-betui tergila kat aku, lepas dia lamar aku, time tu aku minta putus, bior padan ngang muke dia,"

wati mengeluh pelan
"Takut nanti kau yang tergila kat dia, bukangnya dia,"

Hani Ismail menyenget bibir
"Dulu mungkinlah kot, tapi sekarang nie making aku kenal perangai dia making jijik pulok aku,"

Wati menyenget bibir

"Ha? jumaat nie, jadi tak balik kampung sama-sama?,"
Tanya Hani Ismail, memandangkan hari isnin minggu hadapan hari cuti, dia dan sahabat-sahabatnya sudah pun membuat rancangan untuk pulang ke kampung bersama-sama

"Aduh Hani, aku minto maaf sangat, sebab sabtu tu aku, Safura ngang Nuar keje,"

"Kalu gitu, kita baliklah hari sabtu,"

Wati membuat wajah moyok, tangan Hani Ismail di tepuk-tepuk lembut, kemudian mengeleng kepalanya

"Kau jelah balik,"

Hani Ismail mengetap giginya, geram betul bila memandang wajah Wati
"Sekejap nok balik sekejap tak, benci betui akulah,"

Tudung di tangan terus di baling ke lantai, kakinya menghentak-hentak saat melangkah ke arah bilik air, Wati mengusap-ngusap pipi, serba salah bila melihat Hani Ismail marah,

**

Bangsar

"Hani ambil jubah nie, tapi Hani beli tau Auntie,"

Datin Dibah tersenyum
"Ya Hani,"

Hani Ismail mengecilkan anak matanya saat memandang Datin Dibah, setiap kali dia datang ke salon itu untuk melihat koleksi jubah moden terbaru, mesti Datin Dibah akan memberi percuma satu jubah kepadanya, membuatkan dia naik malu untuk sering datang ke salon itu walaupun niatnya mahu melawat ibu Sharul iskandar

"Okay yang nie,"

Pantas Hani Ismail tergeleng-geleng
"Argh!.. tak nak.. tak nak, semua nie Hani beli auntie,"

Datin Dibah mengigit bibir, geram pula dengan tingkah comel Hani Ismail

"Yelah,"

"Aduh sakitlah Auntie,"
Rungut Hani ismail bila pipinya di cubit

Datin Dibah mengusap-gusap pipi Hani Ismail seperti anak gadisnya, sebelum mengambil dua jubah yang di pilih gadis itu tadi di taruh di atas meja sambil di perhatikan Hani Ismail, bibirnya di gigit-gigit seakan ingin menanyakan sesuatu

"Tuan sharul apa kabar Auntie?,"
Akhirnya Hani Ismail memberanikan diri bertanya

Datin Dibah mengeluh pelan
"Entahlah Hani, telefon pun jarang, bila auntie suruh dia balik, ada je alasan,"

Hani Ismail menunduk, dia bimbang jika alasan Sharul iskandar tidak mahu balik ke sini di sebabkan dirinya

"Auntie tak gie sana ke lawat Tuan sharul?,"

Datin Dibah Mengankat muka,
"Hani nak temankan Auntie gie sana?,"

Hani ismail terangguk-angguk,
"Bila?,"

Datin Dibah tersenyum lebar, belum pun sempat dia menjawab pintu bilik butik khas itu tiba-tiba di buka dari luar

Seorang wanita berwajah putih, cantik bertudung sutera corak bunga, tersenyum berdiri di muka pintu

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam,"
Jawab Datin Dibah dengan Hani ismail serentak

"Sufiya..,"
Panggil Datin Dibah, kakinya sudah pun di ayun mendekati wanita itu, lalu tangannya di depa luas

"Auntie,"
Sufiya Ariffin memeluk Datin Dibah
"Auntie apa kabar?,"

"Alhamdullilah, Auntie sihat je Sufiya, bila sufiya balik?,"
Jawab Datin Dibah selepas meleraikan perlukannya, dia pula bertanya

"Semalam,"

"Balik dengan tengku?,"

Sufiya Ariffin mengeleng
"Sorang je Auntie,"

"Hish sorang je, Tak takut ke?,"
Tagur Datin Dibah sambil memegang kedua tangan Sufiya Ariffin

"Ala.. Sufiya dah biasalah Auntie,"

Datin Dibah mengeluh pelan, wajah anak adiknya itu di renung seketika
"Sini, Auntie nak kenalkan seseorang,"

Datin Dibah menarik tangan Sufiya Ariffin lembut ke arah meja

"Hani, kenalkan ini Sufiya, anak buah saya, mak Sufiya nie adik saya,"

Hani Ismail tersenyum manis sambil menghulurkan tangan, tangannya terus di sambut

"Nie Hani, Sufiya, dah macam anak Auntie,"

Sufiya Ariffin mengangguk, bibirnya tersenyum
"Apa kabar Hani?,"

"Saya Baik je Sufiya, Sufiya apa kabar?,"

"Baik je Hani,"
jawab Sufiya Ariffin

"Sufiya dengan Hani, berbual dulu ya, Auntie nak turun sekejap kat bawah, nanti Auntie naik semula,"

"Baik Auntie,"
Jawab Sufiya, Hani Ismail sekadar mengangguk

Dengan bibir tersenyum, Datin Dibah terus mengayunkan langkah menuju ke pintu sambil di perhatikan Hani Ismail dan Sufiya Ariffin

"Hani orang sini ke?,"
Tanya Sufiya Ariffin selepas Datin Dibah keluar dari bilik

Hani Ismail mengeleng
"Tak, Saya orang pahang, kerja je kat sini,"

"Kerja kat mana?,"

"Teguh holding,"

"Oh Teguh,"

Hani Ismail tersenyum
"Sufiya baru pulang dari luar negara ke?,"
Hani Ismail cuba mengagak kerana mendengar pertanyaan Datin Dibah tadi

"Ala dari jakarta Indonesia je, bukan jauh pun,"

"Indonesia?, Sufiya memang tinggal kat sana?,"

Pantas Sufiya Ariffin mengeleng
"Baru empat bulan Sufiya kat sana ikut husband, Husband ada bisnes sendiri buat setup Komputer untuk company baru, lepas tu dapat projek dari company abang Sharul, itu sebab kena pergi sana,"

Wajah Hani Ismail terus berubah bila mendengar nama Sharul iskandar di sebut
"Abang Sharul pun memang kat sana sekarangkan?,"
Hani Ismail sengaja bertanya

"Ah..ah, dia duduk dengan kitaorang kat sana, Hani kenal ke dengan abang Sharul,"

"Kenal sangat,"
Hani Ismail mengangguk
"Macam manalah keadaan abang Sharul kat sana, mesti kuat makankan?,"
Sekali lagi Hani Ismail sengaja bertanya benar-benar ingin tahu keadaan Sharul iskandar di sana

Sufiya Ariffin melepaskan nafas pelan, sebelum dia mengeleng kepala
"Tak Hani, semenjak dia datang jakarta, abang Sharul dah tak ceria macam dulu, makan pun kurang, dia pun dah rajin exercise, cuma itulah setiap hari dia murung je, macam tak bersemangat,"

Terketar-ketar tubuh Hani Ismail mendengar keluhan Sufiya Ariffin namun sedaya upaya cuba mengawal perasaannya

"Kenapa jadi macam tu?,"
Tanya Hani Ismail lagi perasaan ingin tahunya semakin meluap-luap

"Sufiya dengar dari husband, semua tu di sebabkan perempuan, yelah dari dulu abang sharul tu memang baik, tapi tulah sayang, walaupun dia baik macam mana pun, tak akan ada perempuan yang akan kekal dengan dia, kesihan, husband cakap cuma kali nie abang Sharul kecewa sangat dengan seorang perempuan, dia dah anggap perempuan tu sebahagian dari hidup dia,"
Sufiya Ariffin diam sejenak, kepala di geleng lagi
"Last-last perempuan tu khianat dia, sebab tu dia kecewa sangat, Kadang-kadang Sufiya ada juga perasan bila abang Sharul duduk sorang-sorang dia kesat-kesat mata macam tengah menangis, Hish kesihan betul Sufiya tengok,"

Tubuh Hani Ismail bergoyang-goyang seakan mahu tumbang, tangannya pantas memegang meja, jantungnya berdetak laju, dahinya berkerut cuba menahan air matanya mengalir

Tiba-tiba Sufiya Ariffin memegang perutnya, wajahnya berkerut menahan sakit

"Kenapa nie Sufiya?,"

"Perut sakit, nie mesti sebab makan sambal tempoyak banyak sangat tengahari tadi, Sufiya gie tandas dulu ya Hani,"

Hani Ismail terangguk-angguk, Setelah Sufiya Ariffin keluar, wajahnya berkerut teruk, air mata yang sejak tadi di tahan terus mengalir, Hani Ismail menangis teresak-esak, wajah Sharul iskandar bermain-main di mindanya

"Tuan Sharul.., Saya rindu sangat kat tuan,"
Ucap Hani Ismail sayu nadanya dengan esak tangisnya

**

Zul Denial duduk di kerusi penumpang, bersandar santai, mata begitu ghairah meratah seraut wajah hani Ismail

Hani Ismail kian gelisah namun terus bermanis wajah, walaupun hatinya agak bengang dengan lelaki itu tiba-tiba muncul di parking lot Teguh holding berkeras mahu mengikutnya pulang ke kampung,

"Kalau abang tak selesa kat kampung saya nanti, bagitahu saya sebab saya dah cakap awal-awal rumah saya tu kecik je rumah kampung,"

Zul Denial mengeluh berat, dia mengalihkan pandangannya di luar jendela, memang ikutkan hatinya dia tidak mahu mengikut Hani Ismail namun semua ini atas paksaan dari ayahnya supaya menunjukan pada Hani Ismail yang dia sangat serius ingin menjalinkan hubungan yang lebih jauh, padahal hakikatnya memikirkan saja perkataan kampung sudah membuatkan tekaknya merasa mual

Hani Ismail tenang menunggu jawapan dari Zul denial, anak matanya sekejap-sekejap melirik di hujung mata melihat lelaki itu

"Jawablah bila saya tanya,"

"Tenanglah babe, salah ke abang nak kenal dengan keluarga babe, nanti pandai-pandailah abang cari hotel kat kuantan,"

Hani Ismail mengeleng, tajam jelingannya pada Zul Denial

"Kalau abang cakap awal-awal saya boleh suruh ayah saya carikan homestay, ini tak tiba-tiba je nak ikut,"

"It's okay babe, abang lebih selesa tinggal dekat hotel, lagi pun jalan dekat bandar kuantan tu abang dah tahu,"

Kampung perlindung

"Kenapa Bang?,"
Puan Samsiah hairan melihat tingkah suaminya mundar Mandir di halaman rumah sambil menghubungi kenalan-kenalan di kampung, sejurus pulang dari pasar ikan tanjung Api

"Nie, Hani nok balik hari nie, tapi tulah, dia kate dia bawok boyfriend dia sekali,"

Bibir puan samsiah tersenyum riang
"Sharul ke?,"

"Bukang, Hani kate jantang laing,"

"Bile masa pulok Hani ade jantang laing, dia tak kabor pung,"

"Itulah pasal, aduh, saya tengoh dok mencari homestay nie, tapi semua doh penuh,"

"Hani pung satu jugok bagi tahulah awal-awal doh ado boyfriend, nie seyap je,"

Khalid mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal
"Serabut ginie, nie saya lupa nok bagitahu, nanti pesang kat anok-anok kita, bila Hani balik nanti jangang panggil nama Hani panggil Suraya,"

Berkerut dahi Puan Samsiah, hairan
"Doh kenapelah pulok gitu?,"

"Hiss manalah saya tahu, Hani doh pesang cangtu ikut jelah,"

Suasana tenang dan dingin di dalam kereta sudah kian membahang bila Zul Denial mengadu kelaparan

"Apa salahnya makan kat rumah saya, mak saya pun dah masak,"

Zul Denial tersengih seget
"Babe.., abang nie dari kecil sampai ke besar duduk bandar je, makan pun masakan bandar, mana boleh tiba-tiba je babe suruh abang makan masakan kampung, nanti abang sakit babe juga yang risau,"

Hani Ismail menyenget bibirnya
"Hey kau mampus pun aku tak kisahlah,"
Getus hati Hani Ismail, berang sungguh mendengar alasan dari Zul denial ibarat sedang menghina masakan ibunya

"Abang jangan risau, kita pun dah nak sampai, nanti abang makan je kat hotel,"

"Babe tak nak teman abang ke?,"

"Buat apa saya nak teman, saya balik kampung nie pun sebab saya rindu masakan mak saya,"
Tinggi nada Hani Ismail menjawab membuatkan wajah Zul denial terpinga-pinga

"Sorrylah babe,"

Hani Ismail tergeleng-geleng, perasaan menyesal kerana berpura-pura menjalinkan hubungan cinta dengan Zul Denial mula membelenggu hatinya kala itu

Jam 4.45 petang, kereta Suv Aruz di pandu Hani Ismail memarkir keretanya di tepi halaman rumah bersebelahan kereta ayahnya

Khalid, Puan Samsiah, Hana, Saiful dan Haikal sudah pun menunggu di halaman luar rumah, tidak sabar ingin melihat kekasih Hani Ismail

Hani Ismail bergegas keluar dari kereta, kakinya di ayun laju ke arah keluarganya yang sedang menunggu

"Ayoh, mok,"

"Han..,"
cepat-cepat Khalid menutup mulutnya, Puan Samsiah hampir ketawa
"Suraya,"

"Ayoh nie,"
Bisik Hani ismail sebelum mencium tangan ayahnya, Khalid tersengih-sengih

"Suraya apa kabor?,"
Tanya puan Samsiah, tubuh anak daranya itu di rangkul erat

"Alhamdulilah baik je mok, mok ngang ayoh sihat tak?,"

"Syukur Alhamdulilah, mok ngang ayoh sihat je,"

Hani Ismail tersenyum mengulum, bola matanya menjeling ke arah adik-adiknya memanjang leher masing-masing melihat dalam keretanya

"Adik tengok siapa tu?,"
Tanya Hani Ismail, sengaja mengusik adik-adiknya

Hana mengerling
"Nok tengok boyfriend koklaa, nok tengok sapa lagi,"

Zul Denial bercemin mata hitam keluar dari kereta, dahinya berkerut memerhati sekeliling, langkahnya perlahan, seperti sengaja membiarkan keluarga Hani ismail menunggu

Hani Ismail mengeleng, membiarkan sahaja tingkah Zul Denial, malas untuk menegur, lagi pun hubungan yang di jaling hanya sendiwaranya saja

Mata Puan Samsiah dan Hana terbeliak luas, teruja bila melihat wajah kacak Zul denial lebih-lebih lagi bila Lelaki itu tersenyum manakala Khalid, Saiful dan Haikal, kelihatan tenang tanpa ada sedikit pun reaksi di wajah mereka

"Handsome ye temang laki kamu Hani?,"
Kata Puan Samsiah pelan

"Mok?, Suraya bukang Hani,"

"Maaf, maaf, mok lupo sebab tengok temang laki suraya, handsome betui,"

Hani Ismail tergelak pelan

"Nie Ayoh, mok, kenalkang nie teman lelaki suraya, zul Denial,"
Hani Ismail terus mengalih pandangan memandang Zul Denial
"Abang, kenalkan ini ayoh ngang mok saya,"

Zul Denial pantas menghulurkan tangan menyalam Khalid

"Khalid apa khabar?,"

Agak tersentak wajah Khalid bila Zul Denial membahasakan dirinya dengan nama tanpa ada Encik di hadapan sebagai tanda hormat kerana dia adalah ayah kepada Hani Ismail

"Saya baik je,"

"Baguslah tu,"
Balas Zul Denial selamba tanpa memandang Khalid, bola mata di balik cermin mata hitam memerhati rumah di hadapannya

Diam-diam Puan Samsiah menjeling anak daranya, Hani Ismail perasan jelingan ibunya terus tersengih, bahunya di angkat

"Adik-adik babe ke tu?,"

berkerut kening Khalid, bila mendengar panggilan Zul Denial pada anak daranya, wajah isterinya di pandang seakan tidak berpuas hati sambil kakinya melangkah mendekati isterinya itu

"dia panggil anak kita Babi ke?,"

"Hish abang nie,"
Puan Samsiah menepuk bahu suaminya
"Baby, maksudnya bayi,"

"Beso panjang doh anok kita tu, gie panggil bayi buat apa, bengong betui,"
Bisik Khalid pelan masih terkilan sikap Zul denial

"Itu panggilan manja orang bercinta,"

Hana langsung tidak berkelip saat memandang Zul denial, ketika Zul denial menghulurkan tangan untuk bersalaman wajah gadis itu tampak kemerahan, Saiful dan Haikal pula seperti tidak menyukai kehadiran Zul Denial

"Suraya,"
Panggil khalid

pantas Hani Ismail berpaling
"Ya ayah,"

"Jemputlah temang lelaki Suraya naik ke rumah, mok Suraya doh siap masok,"

"It's okay khalid,"
Zul Denial mencelah
"Saya tak biasa makan masakan kampung, saya makan kat hotel je nanti,"

Khalid mengeleng semakin terkilan dengan sikap Zul Denial
"Gitulah pulok, Umm takpe gielah makang kat hotel,"

"Suraya pung nok makang kat hotel jugak ke?,"
Tanya puan Samsiah pada anak daranya itu

"Hish taklah mok, dia je,"
Jawab Hani Ismail kemudian memandang Zul denial,
"Tunggu jap saya nok ambil beg saya,"

Setelah Hani Ismail mengeluarkan beg pakaian dan barang-barang yang lain dari kereta, kunci keretanya terus di berikan kepada Zul Denial, itu pun masih sempat Zul denial memujuk Hani Ismail supaya menemaninya

"Saya dah cakap tadi, saya balik sini sebab saya rindu dengan masakang mok saya, saya rindu dengang keluarga saya, bukangnya saya datang sini nok layan kerenah abang, kalau abang rasa tak selesa pergi je balik KL semula,"

Zul Denial membisu, terus saja menghidupkan enjin kereta,

Tergeleng-geleng kepala Khalid memerhati kereta anak daranya yang di pandu Zul Denial begerak meninggalkan halaman rumahnya, pelan-pelan kakinya di ayun ke arah bangku di bawah rumahnya, wajahnya murung saat duduk

Hana, Saiful dan Haikal, membantu membawa beg dan barangan yang dibawa kakak mereka masuk ke dalam rumah, Puan Samsiah sudah pun duduk di sebelah suaminya sambil mengosok-gosok belakang suaminya itu

"Kenapa Yoh,"
Tegur Hani Ismail sambil berdiri di hadapan ayah dan ibunya

Khalid mengeleng, keluh di lepaskan serentak
"Macang manalah Hani leh kenal ngang laki macang tu, panggil ayoh khalid je,"

"Susoh gitu Hani kalu masakang kampung pung dia tak makang, kalu Sharul tak usoh di ajok, dia yang menanya dulu,"

Khalid tersengih memandang isterinya bila nama Sharul iskandar di sebut

"Lama mok tak jumpa Sharul, rasa rindulah pulak, adik-adik Hani pung rindu sangat kat dia,"

Hampir menitis air mata Hani Ismail saat mendengar luahan ibunya namun dia cuba mengawal perasaan

"Ayoh ngang mok janganglah risau, Hani bukangnya serius pung ngang jantang tu,"

"Kalu tak serius napa bersama?,"
Tanya Khalid, hairan

"Nantilah Hani cerita,"

Di subuh pagi yang hening, setelah selesai solat berimamkan adiknya Saiful memandangkan ayahnya solat di masjid, telekung terus di buka bersiap untuk membantu ibunya di dapur,

Hani Ismail tergelak ketawa saat berbual dengan ibunya, bermacam-macam topik di bualkan, ada masanya dia cuba menyekat adiknya Hana yang turut membantu di dapur

Suasana begitu aman, menyejukkan hati Hani Ismail kala itu sedang duduk di muka pintu memerhati pantai Berserah, Saat bola matanya kusyuk memerhati tiba-tiba mindanya teringatkan saat-saat dia bersama Sharul iskandar berjalan di tepian pantai

Wajah Hani Ismail mengerut, air matanya menitis, di kesat-kesat namun tetap terus menitis, rindunya pada Sharul iskandar begitu menyesakkan dadanya

Masa terus berlalu, tengahari tadi, Zul denial datang ke rumah mengajak Hani Ismail berjalan-jalan di bandar kuantan akan tetapi Hani Ismail menolak, dia menyuruh Zul Denial membawa adik-adiknya berjalan, walaupun pada mulanya Zul denial agak keberatan namun dia tetap bersetuju takut jika dia menolak akan menguris perasaan Hani Ismail

Hani ismail yang sedang duduk bersantai di bangku bawah rumah orang tuanya, agak terkejut bila melihat dari jauh kereta miliknya sedang menghala ke rumah orang tuanya, Telefon di tangan terus di angkat, jam di skrin telefon sudah menunjukkan pukul 4.30 setengah petang, hampir dua jam Zul denial membawa Hana, Saiful dan Haikal keluar,

"Sekejapnya,"
Berkerut dahi Hani Ismail, setelah kereta miliknya berhenti di halaman rumah, dia terus berdiri

Hana, Saiful dan Haikal tergesa-gesa keluar dari kereta, laju saja langkah mereka bertiga di ayun tanpa mengendahkan Hani Ismail sedang berdiri di sisi kereta

"Kenapa dengan adik-adik saya tu?,"
Soal Hani Ismail sejurus Zul denial keluar dari kereta

Zul denial berdiri sambil menyandar di body kereta, tangannya mengaru-garu rambut di belakang kepala

"Alaa, tadi dekat Mall saya offer adik-adik babe kalau nak beli apa-apa abang mahu belanja, but Hana minta abang belikan dia iphone,"

Hani Ismail sedikit terkejut
"Iphone baru ke?,"

Zul Denial mengeleng
"Iphone second hand je,"

"Habis tu abang beli ke tak?,"

"Tak babe, harga iphone tu 1500 Ringgit mahal tau, So abang marahlah Hana supaya jangan minta yang bukan-bukan, babe dengan abang bukanya kahwin lagi, cuba bayangkan apa dia minta kalau kita dah kahwin nanti,"

"Abang marah Hana?,"

Zul Denial diam tidak menjawab, wajahnya bersahaja memandang ke arah pantai seakan tidak kisah dengan pertanyaan Hani Ismail

Kunci yang tergantung di jari Zul Denial serta-merta di rampas, Hani Ismail melangkah laju ke arah pintu pemandu, Zul Denial terpinga-pinga, hairan

"Babe,"

"Tak payah nak babe-babe, masuk cepat,"

Melihat wajah Hani Ismail yang sedang marah membuatkan Zul Denial cepat-cepat masuk ke dalam kereta tidak berani membantah,

Hani Ismail mengetap giginya, marah sungguh bila Zul Denial mengaku memarahi adiknya Hana, ikutkan hatinya ingin saja dia memaki hamun Zul Denial di dalam kereta, namun sedaya upaya dia menahan amarahnya, rancangan untuk mengenakan Zul denial masih lagi jauh, hanya menunggu masa sehingga lelaki itu melamarnya untuk berkahwin

"Babe, I'm sorry kalau abang ada buat salah,"

Hani Ismail sedaya upaya menenangkan hatinya namun bibirnya terketar-ketar saat mahu mengukir senyuman

"It's okay abang, tapi,"
Hani mengerling sekilas
"Better abang balik je KL, saya tak kisah abang balik naik bas ke, naik Grab ke, tolong jangan ganggu saya saat saya ingin menghabiskan cuti saya dengan keluarga saya,"

"Omg, tak akan babe nak biarkan abang balik sorang, kesihanlah kat abang babe,"

"Itu saya tak perduli, kalau abang tak suka, kita putus je hubungan nie,"

"Okay-okay, please babe jangan cakap macam tu, abang cintakan babe, abang minta maaf, abang akan stay je kat hotel, abang janji abang tak akan ganggu babe,"

Hani Ismail menyenget bibirnya
"Terserah, tapi saya tak akan berikan kereta nie pada abang dan satu lagi kalau saya terlupa ambil abang kat hotel nanti, abang jangan marah ya,"

"Pleaselah babe jangan buat macam tu pada abang,"

Setelah menghantar Zul Denial ke hotel, Hani Ismail bergegas naik ke rumah, Saiful dan Haikal sedang berbaring di ruang tamu sambil bermain game, ibunya pula sedang berada di dalam bilik menemani adik bongsunya sedang menyusukan botol susu, Matanya merayau mencari adiknya Hana,

"Mana Hana dik?,"
Tanya Hani Ismail pelan pada Saiful

"Dalam bilik, merajuk,"
Jari telujuk Saiful menunjuk ke arah bilik

Hani Ismail bergegas masuk ke dalam bilik, Saat itu Hana sedang duduk di meja mengerjakan pekerjaan sekolahnya, kaki di ayun pelan-pelan, leher adiknya Hana di rangkul lembut,

"Hana buat apa?,"
Tanya Hani Ismail sengaja merapatkan pipinya pada pipi adiknya

"Buat kerja sekolah,"
jawab Hana pelan

"Muargh, muargh, muargh,"

"Kok nie, gelilah,"
Hana menolak lembut muka kakaknya dari terus menerus mencium pipinya

Hani Ismail tergelak pelan, dia duduk berlutut sambil memegang tangan kanan adiknya Hana

"Kok nok minta maaf, sabab jantang tu maroh Adik,"

Hana mengeleng pelan, kepalanya menunduk
"Tak apa kok, Hana pung tak kisoh, lagi pung betui jugok kata dia, kalu kita tak mampu, buat cara tak mampu, tak payoh nak pakai benda yang kita tak mampu beli,"

"Napa adik tiba-tiba nok pakai iphone, kang abang sharul doh bagi phong kat adik,"

Hana diam tidak terus menjawab, mukanya di angkat, Handphone jenama Xiaomi note 12 diatas meja di tatap seketika

"Sebenarnya Hana tak nok pung iphong tu, Hana cuma nok tengok je kalu abang tu baik macam abang Sharul, rupanya tak,"
Hana mengeluh pelan, dia mengerling memandang wajah kakaknya
"Kok kira beruntung tahu,"

"Beruntung? napa?,"

"Sebab Hana tak dewasa macang kakok,"

Kali ini Hani Ismail memegang kedua tangan adiknya Hana membuatkan Hana terpaksa duduk bertentangan dengannya

"Apa maksud Hana?,"

"Sebab Hana tak akang lepaskan lelaki macang abang Sharul, hana tak kisoh pung abang Sharul tu gemuk, yang penting dia baik, baik dengan Hana, baik dengang keluarga Hana, itu yang penting, mok ada kata bukang senang nok dapat lelaki macang abang Sharul, kalu dapat doh kira bertuah sangat,"

Air mata Hani Ismail terus mengalir, sedih sungguh hatinya bila mendengar luahan adiknya

"Memang betul tu dik, sebenarnya kok yang bodoh lepaskan lelaki baik macang abang Sharul,"

**

Teguh Holding

Setelah tiga hari berada di kampung, Hani Ismail sibuk menyiapkan kerjanya di pejabat, minggu hadapan dia harus menghadiri mesyuarat tertutup dengan Datuk seri Hassan kamarudin, Fuad sobri dan Fadil Fitri

Segala maklumat penyelidikan yang telah di kaji harus di semak sekali lagi kerana semua maklumat tersebut akan di serahkan kepada setiap seorang pemegang saham syarikat selepas selesai mesyuarat tertutup itu nanti

"Tuk, Tuk, Tuk,"

"Masuk,"
Arah Hani Ismail tanpa memandang pintu pejabatnya

Pintu pejabat terus di buka, Fuad Sobri menjenguk di celah daun pintu yang terkuak sedikit

"Sibuk ke?,"

Pantas Hani Ismail mengankat mukanya.
"Encik Fuad?,"

Fuad sobri tersenyum sambil melangkah mendekati meja
"Suraya, nie perkerjaan baru untuk team Suraya,"
Fail yang sedang di pegang lantas di hulurkan kepada Hani Ismail

"Fail apa nie Encik Fuad?,"

"Projek pembinaan kilang kelapa sawit, tapi ada dua, satu di perak dan satu lagi di sabah,"

Hami Ismail mengaru-garu kepalanya
"Sabah?,"

Fuad sobri mengangguk
"Kilang di sabah tu cuma melibatkan penambahan loji dan penyelangaraan je. bukannya kita nak buat yang baru,"

"Habis tu, kalau ada syarikat di sabah yang bida projek nie macam mana?,"

"Suraya kena pergi sabahlah,"

Hani Ismail terangguk-angguk, faham

"Suraya ada passport?,"

"tiada,"

"Nanti buat passport,"

kening Hani Ismail berkerut
"Kena pakai passport ke pergi sabah?,"

Fuad Sobri tergelak sambil mengeleng pelan
"Tak Suraya, passport tu penting. Mana tahu pada masa akan datang syarikat kita nak bina kapal kargo yang lebih besar, itu akan melibatkan syarikat-syarikat dalam dan luar negara, Contoh kalau ada syarikat di US nak bida projek tu, Suraya kenalah pergi ke sana,"

"Oh macam tu,"

"Okaylah. Nanti saya akan bagitahu bila tarikh tender tu akan keluar ya,"

Hani Ismail mengangguk
"Baik Encik Fuad,"

Jam 5.45 petang Hani Ismail bersama Lela sibuk menyusun Fail berwarna putih di atas rak, Fail yang akan di serahkan kepada para pemegang saham untuk di semak untuk kali terakhir sebelum membuat keputusan memilih syarikat yang akan membina projek kapal itu nanti

"Akhirnya siap juga,"
Kata Hani Ismail sambil menarik nafas lega

Lela tersenyum
"Ini baru satu tugas Cik Suraya, nanti kalau dah lama, belambak-lambak kerja kita nanti,"

Hani Ismail mengeluh pelan
"Itulah, pagi tadi pun Encik fuad dah bagi dua tugas baru untuk kita, tapi yang satu tu kat sabah,"

"Pergi sabahlah kita nanti,"
Balas Lela dengan wajah teruja,

"Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai kulumpuh,..,"

Hani Ismail mengeluh lagi bila melihat nama yang tertera di skrin telefonnya

"Lela balik dulu ya, saya nak jawab panggilan nie,"

"Driver ke?,"

"Siapa lagi,"
Hani Ismail tersengih

Lela mengeleng
"Okaylah, Jumpa esok ya,"

"Okay,"

Sejurus saja Hani Ismail masuk ke dalam pejabatnya, panggilan itu terus di jawab

"Hello,"

"Hello babe, babe kat mana sekarang nie?,"

"Kat office lagi, kenapa?,"

"Babe ingat lagi tak Restoran periuk emas?,"

Hani Ismail diam sejenak, cuba mengingat restoran itu
"Ingat, tapi saya tak tahu jalan ke sana,"

"It's okay, nanti abang sharekan location restoran tu,"

"Nanti, Kenapa abang suruh saya pergi sana?,"

"Adalah, datang je, bila dah sampai nanti jangan lupa whatAspp abang,"

Hani Ismail mencekak pinggang, ikutkan hatinya dia malas nak pergi ke sana memandangkan hatinya masih lagi sakit di sebabkan sikap Zul Denial pada adiknya Hana,

Setalah memandu hampir setengah jam, Hani Ismail memarkir keretanya tidak jauh dari pintu masuk restoran Periuk emas, Selepas dia membuka Tali pinggang kelendar, dia mengankat telefon untuk menghantar mesej kepada Zul Denial

"Tuk.Tuk,"
Tingkap kereta di ketuk perlahan

Hani Ismail menoleh, Zul Denial sudah tercegat di luar pintu, beg tangan yang di taruh di tempat duduk penumpang terus di capai

"Kita nak buat apa kat sini?,"
Tanya Hani Ismail selepas membuka pintu

"Laa, buat apa lagi makanlah,"

"Saya tak boleh lama-lama tau,"

"Ya, abang tahu,"

Hani Ismail berjalan masuk kedalam restoran bersama Zul Denial dan seperti biasa akan ada seorang pelayan yang akan bertanya jika ada membuat tempahan meja

Dahi Hani Ismail berkerut bila mendengar Zul Denial mengatakan kepada pelayan itu ada seseorang sedang menunggu mereka di dalam

"Kita nak jumpa siapa nie?,"
Tanya Hani ismail dalam keadaan bingung

"Jumpa kawan baik saya, dia baru je balik dari luar negara,"
Jawab Zul Denial, wajahnya tampak teruja

"Siapa?,"

Zul Denial tidak menjawab, saat mereka berdua berjalan bersebelahan, tangan Hani Ismail tiba-tiba di pegang, Hani Ismail tersentak dengan tindakan berani Zul denial itu. Bulat matanya memandang Zul Daniel

"Take off yo..,"

"Sharul!,"

Belum pun sempat Hani Ismail menarik tangannya, dia sudah pun berdiri di hadapan lelaki yang paling di rinduinya selama ini

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience