Bab 13

Humor Completed 55808

Hari sabtu seperti biasa ramai pengunjung dari dalam dan luar negara akan berpusu-pusu mengunjungi Menara berkembar KLCC namun ia tidak menghalang Sharul iskandar bersama Farah menghabiskan masa mereka di KLCC Mall

Setelah selesai menjamu selera di sebuah restoran, sharul iskandar menemani Farah membeli belah, sehinggalah Sharul iskandar mengajak Farah menikmati aiskrim di baskin robbin untuk merehatkan tubuhnya yang lelah kerana terpaksa mengikut Farah ke setiap tingkat di KLCC Mall

Sedang asyik mereka berdua duduk sambil menikmati aiskrim masing-masing, Farah duduk menegak, bola matanya menatap Sharul iskandar, dahinya berkerut seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya saat itu

"Boleh i tanya Sharul?,"

"Tanya jelah,"

"Kenapa you buat semua tu?,"

Sharul iskandar tersenyum seraya mengeluh pelan seakan tahu maksud pertanyaan Farah
"Adalah, mana aku boleh beritahu kau, kan aku dah beritahu semua tu secret,"

"Alaaa.., dengan i pun nak secret, beritahu jelah, atau you buat semua tu sebab you sukakan Hani?,"
Kening Farah berkerut, bagaikan tidak sabar inginkan jawapan dari sharul iskandar

"Kau nie Farah, buat apalah aku nak suka dia, dia tu cuma pembantu aku,"

"That's why dari dalam kereta lagi i tanya, sebab dia tu cuma pembantu you, tapi kenapa pula sampai nak ubah dia,"

"Kenapa kau nak tahu?, suka hati akulah nak ubah dia,"
Sharul iskandar duduk menyandar, sambil menumpahkan pandangan ke wajah Farah dengan senyuman tawar

Farah diam seribu bahasa tidak menjawab pertanyaan Sharul iskandar namun dua kali Kedengaran keluhan yang muntah dari mulutnya, Sharul iskandar mengeleng

"Pembantu aku tu, dia datang dari kampung, kau tengok jelah rupa dengan pakaian dia tadi jelas sangat kekampungan sebab tu aku bantu dia,"

"keluar ribuan ringgit semata-mata untuk bantu pembantu you jadi lebih cantik, tapi tiada apa-apa hubungan, Wow Sharul bertuahnya dia ada bos macam you, teringin pula i nak jadi pembantu you juga,"
Sindir Farah sambil mengalih duduknya memandang ke arah lain

Sharul iskandar tersenyum sumbing, baki aiskrim cepat-cepat di habiskan sebelum melihat jam di tangan
"Lama lagi,"
Bisik Sharul iskandar, bola matanya menjeling Farah seakan merajuk, baki aiskrim di dalam bekas tidak lagi di usik

"Kau nak tahu sangat, kenapa aku buat semua tu?,"

Cepat sahaja Farah mengalih pandangannya memandang Sharul iskandar
"Ah.. ah, sangat-sangat nak tahu,"

Sharul iskandar memerhati sekeliling, beberapa pelanggan Baskin Robbins ada yang berdiri menikmati aiskrim, suasana juga bising

"Kat sini tak sesuai, apa kata kita pergi tempat lain,"

Farah mengangguk

"Kau nak lagi tak aiskrim tu,"

"Tentulah,"

Sharul iskandar mengetap giginya, geram
"Cepatlah habiskan,"

**

Salon kecantikkan Dr Dibah Nor

"Eh.., Eh jangan sentuh Cik, biarkan je, nanti saya letak krim sejuk,"
Tegur Seorang perawat wanita bila Hani Ismail ingin menyentuh mukanya yang baru di rawat dengan laser

"uhh Pedihnya,"
Ngeluh Hani Ismail bila merasakan muka, lubang hidung, bawah hidung, ketiak seluruh kaki bahkan atas celah kelangkangnya turut merasa pedih

"Tahan Hani ya, nak cantik cepat kenalah ada kesabaran"
Ucap Datin Dibah sambil melabuhkan punggungnya di kerusi di sisi kepala Hani Ismail yang sedang terbaring

"Lama lagi ke Auntie?,"

Datin Dibah memerhati muka Hani Ismail, tangannya yang memakai sarung tangan getah mengusap-ngusap setiap bahagian wajah Hani Ismail

"Bahagian muka nie tinggal sekali je Auntie nak rawat, itu pun sebab kulit muka Hani tiada jeragat, jerawat, bersih cuma banyak sangat tompok-tompok hitam sebab tu muka Hani nampak hitam,"

"Sebab Hani selalu turun laut tangkap ikan,"

"Turun laut?,"

Bola mata Hani Ismail melirik ke kanan memandang Datin Dibah
"Tuan Sharul tak beritahu Auntie, saya dari keluarga nelayan,"

Datin Dibah mengeleng
"Selalu ke Hani turun ke laut?,"

Hani Ismail mengangguk lemah
"Selalu, bila ada cuti sekolah je, saya memang akan ikut ayah saya ke laut, lepas habis Spm, itu dah jadi kerja saya selama dua tahun,"

"Time covid,"

"Ah.. ah,"

"Hebat juga Hani ya,"

"Hebat?,"

"Yalah, bukan semua anak dara sanggup turun ke laut nak bantu keluarga, kebanyakannya mencari kerja yang jaga penampilan, boleh makeup setiap hari, pakai baju cantik-cantik, tapi Hani tak,"

"Hani cuma risaukan ayah je,"

Bibir Datin Dibah melirik senyuman sambil jari jemarinya mengusap-ngusap ubun rambut Hani Ismail

"Hani bertuah tahu ada bentuk muka bujur, hidung tak terlalu mancung, tinggi kening, rahang, panjang dagu semuanya seimbang,"

"Kenapa Auntie,"

"Gadis yang memiliki bentuk muka bujur memang bertuah, sarung je apa jenis tudung semuanya akan nampak cantik, bila dah habis rawatan nanti, Hani boleh tengok wajah sebenar Hani,"

Hani Ismail tersenyum, kepalanya di angguk pelan, kata-kata Datin Dibah itu membuatkan hatinya tidak sabar untuk melihat perubahan pada dirinya nanti

"So lepas nie, bahagian rambut, lepas tu Hani kena belajar produk-produk yang sesuai untuk muka Hani, belajar cara makeup, last sekali baru Auntie pilih tudung dengan pakaian yang sesuai dengan Hani,"

Hani Ismail memuncungkan bibir
"Macam lama je lagi Auntie?,"

Datin Dibah tergelak pelan
"Kan Auntie dah cakap, Nak cantik kena sabar,"

**

KLCC Mall

"You tak takut ke kalau Hani terjebak dengan godaan Denial tu nanti?,"

Sharul iskandar mengankat bahu
"Biar jelah, itukan pilihan dia, mengapa aku nak halang,"

"Mudahnya you cakap Sharul, yang merana nanti Hani bukan you,"

"Relexlah Farah, aku tahulah apa yang aku buat, Hani pun dah tahu perangai Si Denial tu,"

"Tapi tetap tak baik Sharul, terang-terang you dah tahu perangai kawan baik you tu teruk, tak akan you tetap nak gunakan Hani kenakan dia, kesihanlah Hani,"

"Kau janganlah risau, dalam tempoh sebulan aku akan perhatikan dia, jika ada something, aku tegur, itu kalau dia nak dengar,"

Farah mengeleng
"Masalahnya sekarang, kenapa tiba-tiba you nak kenakan Denial, kenapa tak dari dulu lagi?,"

"Sebab aku tak jumpa perempuan yang sesuai,"

"Oh, so bagi you, Hani tu sesuailah,"

Sharul iskandar mengangguk
"Sesuai sangat, sebab pertama dia memang dah jatuh cinta dengan Denial, sebab kedua macam aku ceritakan pada kau tadi, dia dah terluka di sebabkan Denial, So kat situ bukan mudah dia nak buka hati dia semula untuk Denial,"

Farah mengeluh pelan
"Kenapa you tak gunakan i je?,"

Bibir Sharul iskandar tersengih senget
"Of courselah dia tak akan berani, kau dah lupa ke dia pernah kena belasah dengan Farid sebabkan kau,"

"OMG, i lupalah,"

"So macam mana, boleh tak kau tolong aku?,"

Farah memeluk tubuh, ibu jarinya di gigit, permintaan Sharul iskandar untuk mengenakan Zul denial dengan mempergunakan Hani Ismail agak berat untuknya turut, dia bimbang jika akhirnya Hani Ismail yang terjebak dengan godaan lelaki itu yang terkenal dengan sifat playboy

"I risaulah Sharul,"

"Apa yang kau risau?,"

wajah Farah berkerut, jarinya mengaru-garu tudung kepala
"I tahu you akan perhatikan Hani, tapi waktu dia kerja macam mana, dia bukan kerja dengan you,"

"Yes i know, kau kenalkan dengan Nor isteri Safie?,"

Farah mengangguk
"Tentulah i kenal,"

"Aku dah minta tolong dia untuk perhatikan Hani,"

Farah tersenyum namun dia mengeleng kepala
"Sharul, Sharul, dah berapa lama you planning semua nie?,"

"Dah lama,"
Sharul iskandar mengankat minumannya di atas meja
"Sebelum birthday Denial, aku dah plan Denial akan berjumpa dengan Hani secara tak segaja,"

"You nak suruh Hani pikat Denial,"

Sharul iskandar mengeleng
"No, aku tak akan suruh Hani buat macam tu, tapi aku akan buat Denial tu yang terpikat dengan Hani, tergilakan Hani sebab aku yakin dengan hasil tangan Mama aku,"

**

Bangsar

Salon kecantikkan Dr Dibah Nor

Jam di Tablet menunjukkan waktu 7.10 petang, Farah memberhentikan keretanya di hadapan Salon walaupun ketika itu terdapat beberapa petak kosong boleh di parking

"Kenapa kau tak parking?,"
Soal Sharul iskandar, hairan

"Sorry Sharul, I kena pergi rumah orang tua i, nanti apa-apa hal you call je i okay,"

Sharul iskandar mengangguk
"Okay, hati-hati drive,"

Farah mengangguk

Sharul iskandar berdiri sejenak memerhati kereta di pandu Farah berlalu pergi, kemudian berjalan pelan ke arah Salon ibunya,

Di dalam Salon kelihatan masih ada beberapa pelanggan duduk sedang menunggu giliran, Salon Kecantikan Datin Dibah biasanya akan tutup pada jam 10 malam, Selepas sahaja melangkah masuk, Sharul iskandar terus berjalan ke arah kaunter

"Encik Sharul, Datin suruh Encik sharul naik tingkat dua,"
Kata seorang wanita di balik kaunter bila melihat Sharul iskandar

Sharul iskandar mengangguk, tanpa membuang masa kakinya di ayun ke arah dinding kanan terdapat sebuah pintu dan ketika itu dua orang pelanggan wanita baru sahaja keluar dari dalam dengan membuka pintu itu

Kedua Kaki di angkat berselang seli ketika menaiki tangga ke tingkat dua sehinggalah dia berdiri di hadapan pintu kaca yang tertutup, Sharul iskandar memerhati seketika dari luar pintu suasana di ruangan tingkat dua agak sibuk, beberapa perawat keluar masuk, ada pelanggan yang masih berpakaian seperti pesakit berpindah bilik,

pintu cermin tiba-tiba di ketuk dari dalam mengejutkan Sharul iskandar, Datin Dibah melambai dengan senyuman menyuruh anak lelakinya masuk ke dalam, Sharul iskandar terus membuka pintu

"Is dah kenapa tercegat kat luar tu,"

"Letih Mama naik tangga,"

Datin Dibah tergelak sejenak
"Mana tak letih, tengoklah badan Is tu,"

Sharul iskandar menyeget bibir, tangannya mengesat peluh di dahi
"Dah siap ke Mama?,"

"Baru je siap pilih pakaian, tapi Mama suruh Hani pakai jubah paling cantik, saja nak surprise pada Is, marilah tengok,"

Sharul iskandar terus mengekori ibunya ke arah bilik paling hujung berdekatan dengan jendela tingkat dua, selepas ibunya berdiri di hadapan pintu belah kiri, ibunya mengetuk pintu

"Dah siap ke, ada tetamu nak tengok,"
Tanya Datin Dibah

"Masuklah,"
Jawab suara wanita di dalam bilik

Datin Dibah terus membuka pintu setelah mendapat kebenaran, dia melangkah masuk di susuli anak lelakinya di belakang

"Tuan Sharul,"

Sharul iskandar tergamam, rahangnya bagaikan terjatuh ke bawah, bila melihat seorang wanita berwajah putih, bertudung selendang persegi dihiasi dengan manik manik kristal dengan jubah moden keemasan menyerlahkan lagi kejelitaan si pemakai

"Is?,"
Tegur Datin Dibah sambil menepuk bawah dagu anak lelakinya

Sharul iskandar terkejut sambil menelan-nelan air liurnya bagaikan baru tersedar dari lamunan,

"Cantik tak tuan?,"
Tanya Hani Ismail sambil memusing-musing tubuhnya

"Kalau cantik macam nie, aku pun boleh tergoda,"
Getus Sharul iskandar dalam hatinya bila melihat kecantikkan Hani Ismail

"Wow.., wow, memang cantik, ini dah lebih dari Is bayangkan Mama, wow Is tak sangka Hani boleh jadi secantik nie,"

"Of courselah Is, sebab tu harganya mahal,"
Balas Datin Dibah sambil membetulkan tudung yang di kenakan Hani Ismail

Sharul iskandar tersengih seakan tahu maksud ibunya
"Don't worry Mama semua nie Is bayar,"

Wajah Sharul iskandar begitu teruja bercampur kagum bila melihat penampilan baru Hani Ismail, dia sungguh tidak menduga jika gadis yang selalu dia lihat di rumah boleh menjadi secantik ini

"Siapa nama awak?,"

Hani Ismail terpinga-pinga dengan pertanyaan Sharul iskandar namun bibirnya tersenyum manis

"Hani,"

Sharul iskandar mengeleng wajahnya serius
"Siapa nama awak?,"

Dahi Hani Ismail berkerut wajah majikannya di tatap bingung

"Suraya Khalid,"

kembang kedua pipi Sharul iskandar bila dia mengukir senyuman lebar
"Yes, selamat berkenalan Suraya,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience