Bab 17

Humor Completed 55808

Hani Ismail duduk sebentar di dalam kereta selepas dia memarkirkan keretanya di pekarangan rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar, bola matanya melirik cermin di sisi kiri ingin melihat jika kereta Sharul iskandar sudah tiba

Tubuh yang letih di sandarkan di kerusi bukan kerena banyak berkerja tetapi otaknya yang letih setelah menghabiskan masa di bilik training, yang mengajar pula seorang wanita berbangsa cina, selama di dalam kelas hampir 90 peratus wanita itu mengajarnya mengunakan bahasa English

Baru sahaja hani Ismail ingin memejamkan mata, bunyi Hon kereta Kedengaran dari arah belakang keretanya, bibir terus mengukir senyuman riang, cepat-cepat enjin kereta di matikan, dia bergegas keluar

Sharul iskandar tergeleng-geleng bila melihat Hani Ismail berdiri di balik pintu pemandu, riang sungguh wajah gadis itu

"Hani, hani, janganlah call saya selalu, ganggu tau saya tengah berkerja,"
Rungut Sharul iskandar setelah membuka pintu keretanya

Hani Ismail memuncungkan bibir, keningnya berkerut
"Saya takde kawan kat sana, sebab tu saya call tuan,"

"Ya saya tahu, masalahnya selang sejam Hani call, Hani kenalah faham saya kerja,"

"Saya minta maaf, esok saya tak call dah,"
Jawab Hani Ismail segaja bertingkah merajuk

Sharul iskandar mengeleng
"Nanti Hani masak nasi je, saya dah beli lauk kat restoran tomyam,"

Bibir Hani Ismail serta merta tersenyum, sejak tengahari tadi dia tak makan apa-apa kerana tiada kawan untuk menemaninya ke kantin

"Banyak tak tuan beli?,"

Sharul iskandar mengangguk
"Tentulah banyak, tapi hani kena makan sepinggan je tak boleh lebih,"

"Aargh..., janganlah macam nie, saya dari tengahari tak makan, kesihanlah kat saya,"

Sharul iskandar tersengih
"Ya.., saya gurau je, dahlah jom masuk, nanti lepas Hani masak nasi, pergi mandi dulu, lepas mandi baru kita makan ya,"

Hani Ismail terangguk-angguk
"Baik tuan,"

Saat Hani Ismail berjalan masuk ke dapur bersama Sharul iskandar entah kenapa hatinya teringin sangat merangkul tangan majikannya itu, hujung matanya menjeling, hanya mampu melihat lengan Sharul iskandar bergerak ke depan dan ke belakang

Selesai sahaja makan malam, Hani Ismail dan Sharul iskandar masuk ke bilik masing-masing untuk menunaikan solat maghrid dan isyak setelah selesai solat, Hani Ismail bergegas keluar dari biliknya terus ke ruang tamu tidak sabar bertemu dengan Sharul iskandar

"Hish mana tuang nie, tak ankang doh tido,"
Rungut Hani Ismail dalam hatinya, dia berdiri di kaki tangga sambil melihat ke atas

"Tuan! saya kat bawah nie,"
Akhirnya Hani Ismail memanggil dari bawah, tidak mampu lagi menahan sabar gelora di hatinya

Kedengaran bunyi pintu di buka di atas, Hani Ismail melompat gembira, cepat-cepat kaki di ayun ke arah Sofa berpura-pura sedang duduk membaca latter offers dari Teguh holding

Sharul iskandar berpakaian tidur, melangkah pelan ketika turun dari tangga

"Hani tak letih ke?,"
Tanya Sharul iskandar

Hani Ismail menoleh sebelum mengeleng
"Tak letih pung,"

"Hani makan dahlah banyak tadi, sampai tiga kali tambah, hiss kalau saya, dah terlena kat atas katil sekarang nie,"
Ujar Sharul Iskandar sambil melabuhkan punggung di atas single Sofa

Hani Ismail tidak membalas, wajahnya sayu, bola matanya melirik-lirik atas ke bawah melihat sharul iskandar duduk di kerusi single sofa padahal di begitu berharap Sharul iskandar duduk di sebelahnya

"Aduhai Hani, Hani,"
Sharul iskandar bangun semula dari duduknya seakan tahu apa yang sedang di fikirkan Hani Ismail saat ini,

"Letter offer ke tu?,"

Hani Ismail terangguk-angguk, riang sungguh senyumannya bila Sharul iskandar duduk di sebelah

"Tengok tuan,"

Tangan Sharul iskandar lantas mengambil latter offer dari tangan Hani Ismail
"Hmm.., boleh tahan juga Teguh holding bagi gaji kat Hani, tapi kalau ikutkan gaji untuk jawatan nie lagi banyak,"

Hani Ismail mengangguk
"Sebab saya ada Spm je,"

"Alhamdullilah, ini pun dah kira banyak,"

"Kenapa tuan tak bagitahu saya, Encik Fuad offer saya jawatan nie,"

"Kalau saya bagitahu, Hani mesti tak nak kan,"

Hani Ismail memuncungkan bibir lalu mengangguk

"Sebenarnya jawatan nie hanya ada dalam syarikat Teguh holding je, syarikat lain tiada, sebab dulu arwah ayah Datuk sri Hassan kamarudin wujudkan department nie sebab dia nak tengok anak atau cucu-cucu dia ada amanah tak bila berurusan dengan syarikat-syarikat kat luar, selepas Arwah tu meninggal, Datuk sri Hassan kamarudin masih kekalkan department nie,"

"Encik Hamdan ada bagitahu saya tuan, sebelum nie dah ada yang kena buang sebab ambil rasuah,"

Sharul iskandar mengangguk sebelum melepaskan keluhan pelan
"Itulah pada mulanya saya keberatan juga bila Fuad Sobri nak tawarkan jawatan nie pada Hani, alasan dia sebab saya kenal dengan Hani,"

"Habis tu kenapa tuan terima?,"

Sharul iskandar tersenyum, wajah Hani Ismail di tatap seketika

"Anggap saja ini rezeki Hani, yang penting Hani buat kerja betul-betul, kerja nie melibatkan kerjujuran dengan Amanah, jangan mudah sangat menghulurkan tangan bila berurusan dengan syarikat-syarikat yang inginkan kepentingan dari Teguh holding diorang tu akan berpura-pura baik, So Hani kena tegas jangan takut,"

Hani Ismail terangguk-angguk kemudian tersengih memandang Sharul iskandar

"Saya langsung tak paham tuan, apa yang miss Sue ajar saya tadi, buat saya mengantuk je,"

Sharul iskandar ketawa seketika
"It's okay, nanti hari sabtu dengan hari ahad, saya akan ajar Hani apa yang saya tahu,"

"Okay, tuan jangan lupa tau,"

Sharul iskandar mengangguk
"Oh ya, malam nie Hani rehat puas-puas, esok pagi tak payah masak sarapan, bila Han..?,"

Hani Ismail cepat-cepat memotong kata-kata Sharul iskandar
"Eh takpe-takpe, tuan jangan risau, saya boleh masak sarapan untuk pagi esok,"

"Hani tak penat ke?,"

Hani Ismail mengeleng-geleng kepalanya
"Saya langsung tak penat tuan, bukannya saya berlari ke sana sini, saya cuma duduk je,"

Sharul iskandar mengankat kening, tidak lagi berkata apa-apa walaupun dia melihat jelas wajah hani Ismail tampak keletihan

Jam yang tergantung di dinding bilik saat Hani Ismail masuk dan terus merebahkan tubuhnya di atas katil menunjukkan waktu itu 10.00 malam, jarum panjang terus berpusing, detak bunyinya bagaikan di tentang hebat dengan bunyi dengkuran dari pemilik bilik namun pusingannya tidak pernah terhenti, Setelah berjam-jam berpusing, jam pendek terhenti tepat di nombor 7

Kedengan samar-samar bunyi nada dering dari telefon Hani Ismail membuatkan pemilik telefon terbangkit dari lenanya, dalam keadaan mamai tangannya menyeluk di bawah bantal mencari telefonnya, Skrin telefon di nyalakan,

Hani Ismail mengosok-gosok mata

"Tak usah masak,"
Ringkas sahaja mesej dari Sharul iskandar

"Ya allah, dah pukul 7!,"
Hani Ismail terus bangun dari katil, kakinya pantas di ayun ke arah dinding, jari telujuknya menekan suis lampu,

"Hiss...., macam mana boleh lupa set alarmmm!,"
Jerit Hani Ismail, giginya di getap geram

Pintu bilik di tutup rapat, Hani Ismail bergegas melangkah ke arah depan rumah, Sharul iskandar baru sahaja mengunci grill pintu, dia menoleh bila melihat Hani Ismail tergesa-gesa menghampirinya

"Tuan saya minta maaf, saya terlupa setkan alarm,"
Ucap Hani Ismail, wajahnya tanpa makeup pucat lesi saat memandang Sharul iskandar

"It's okay Hani, saya faham, nie? kenapa dengan muka Hani pucat semacam je,"

"Tak sempat makeup,"

Sharul Iskandar mengeleng
"Makeup ada bawa tak?,"

Hani Ismail mengangguk
"Ada,"

"Nanti kalau Hani lapar pergi je sarapan kat tingkat 1, tak payahlah nak kena ada teman baru nak pergi,"

"Yelah.., tapi tuan macam mana?,"

"Tak usahlah risau pasal saya, saya ada setiausaha boleh belikan sarapan untuk saya,"

Hani Ismail menghentak-hentak kakinya bagaikan anak kecil sedang marah
"Geram ye.., napa saya boleh lupa,"

"Dahlah tu, cepat.., nanti Hani lewat,"

**
KL sentral

Sharul iskandar tiba di syarikatnya tepat pukul 8.30 pagi, entah kenapa dia berasa tidak sedap hati sejak menerima mesej dari Zul Denial

"Apalah si playboy tu nak kali nie, macam terdesak sangat nak jumpa aku,"
Bisik Sharul iskandar saat berjalan ke arah bilik pejabatnya

"Selamat pagi Encik Sharul,"

"Selamat pagi Najwa, ada beli nasi lemak,"

"Of courselah ada, sambal ayam,"

Sharul iskandar tersenyum
"Thank you,"

"Orang gaji Encik sharul tak masak ke pagi nie?,"
Tanya Najwa, kedua tangannya memeluk fail di dada sambil berjalan di belakang majikannya

"Oh? saya lupa nak bagitahu awak, saya dah tiada orang gaji,"

Wajah Najwa tampak terkejut
"Eh?, Cik Hani dah berhenti ke?,"

Sharul iskandar mengangguk
"Dia dah kerja tempat lain,"

Najwa cepat-cepat melangkah melewati badan Sharul iskandar untuk membuka pintu pejabat

"Dia kerja mana?,"

Sharul iskandar mengankat bahu sambil melangkah masuk ke dalam bilik pejabat, Setelah itu bola matanya menjeling ke arah Fail sedang di pegang Najwa

"Fail apa yang awak bawa tu?,"

Najwa tidak terus menjawab, selepas menutup pintu, dia terus melangkah ke arah kabinet teletak di dinding kanan pejabat

"Encik Sharul sarapan dulu, nanti saya bagitahu,"

Sharul iskandar menyenget bibirnya
"Aik.., macam ada something tak kena je,"

Najwa menoleh saat menyediakan sarapan untuk majikannya
"Tiada apa-apa yang penting pun, Encik sharul janganlah risau,"

**
Bangsar

"Tuk.. Tuk..,"

"Masuk,"

Pintu pejabat di buka, bibir Zul Denial tersenyum bila melihat ayahnya Datuk Hisyam sedang duduk membelek-belek Fail di atas meja

"Good morning Daddy,"

"Good morning Deni, come sit,"

Zul Denial terus melangkah menghampiri meja ayahnya tetapi tidak terus duduk, dia memerhati Fail-fail di atas meja

"Busy ke Daddy?,"

Datuk Hisyam mengeluh pelan, kumis yang hampir memutih di usap sehingga ke dagu

"Macam biasalah Deni, kerja Daddy nie tak pernahnya tak busy, duduklah,"

Kerusi di tarik pelan, punggungnya di labuhkan di atas kerusi, Zul Denial duduk menyandar sambil menyilang kakinya

"Kenapa Daddy nak jumpa dengan Deni?,"

Datuk Hisyam menarik nafas sambil menutup Fail yang sedang di baca,

"Deni berkawan lagikan dengan anak Datuk iskandar?,"

Zul Denial mengankat keningnya
"Of courselah Daddy, itukan kawan baik Deni, kenapa daddy tanya?,"

"Sebenarnya ayah ada dengar kabar angin, Teguh holding dalam perancangan nak bina kilang di perak, tanah pun dalam proses pembelian, cuma ayah tak tahu tarikh sebenarnya Teguh holding akan buka tander untuk pembinaan tu,"

Zul Daniel mengerut dahi
"Apa kena mengena dengan kilang baru tu dengan Sharul?,"

"Anak Datuk iskandar tu kan paling rapat dengan anak-anak Datuk Sri Hassan kamarudin, so Daddy fikir nak minta Deni cuba tanyakan dia, maybe dia ada dengar pasal pembinaan kilang tu,"

"But daddy?,"
Zul Denial mengusap-ngusap dahi
"Masalah tu Daddy, selama Deni berkawan dengan dia, Deni tak pernah campur adukkan kerja dengan persahabatan,

"Ya Daddy faham, tapi Deni kena faham juga dengan situasi syarikat kita sekarang, kalau betul projek tu ada, Daddy kena rebut projek tu sampai dapat, itu je satu-satunya jalan untuk selamat syarikat nie,"

"Teruk sangat ke Daddy?,"

Datuk hisyam bangun dari kerusi, kakinya di ayun pelan ke arah jendela kaca, satu keluhan berat jelas kedengaran di lepaskan dari mulutnya

"Jika bukan kerana covid, syarikat kita nie tak akan berdepan dengan situasi macam nie, kita masih stabil pun di sebabkan menara PNB tu, cuma masalahnya sekarang syarikat kita dah tak boleh nak buat apa-apa pinjaman dari bank sebab syarikat kita tiada projek,"

"Mana perginya semua duit dari projek PNB tu Daddy?,"

"Semua tu daddy gunakan untuk bayar gaji staf, bangunan nie, pinjaman bank, semuanya kena bayar, nasib baik daddy tak buat pinjaman untuk projek di johor tu, kalau tidak lingkup kita,"

Zul Daniel bangun dari kerusi, bimbang bila melihat wajah ayahnya dalam keadaan tertekan

"Daddy sure ke, Teguh holding memang nak bina kilang kat perak?,"

Kepala Datuk hisyam terangguk-angguk
"Daddy dapat tahu dari kenalan Daddy di perak, dia kata Teguh holding beli tanah kat sana untuk bina kilang minyak kelapa sawit,"

"Okaylah daddy, nanti Deni cuba tanyakan Sharul tentang tu, tapi kalau dia tak tahu, Daddy jangan salahkan Deni pula,"

Datuk Hisyam mengeleng kepala saat memandang anak lelakinya
"Kalaulah dulu Deni tak buat masalah dengan Farah, mungkin sekarang nie Deni dah jadi suami dia,"

"OMG Daddy, janganlah ungkit pekara tu,"

**

KL sentral

"Mirah nak minta kerja?,"
Berkerut dahi Sharul iskandar bila melihat resume di tangannya

Najwa mengangguk
"Petang semalam lepas Encik sharul pulang, dia ada datang sini, cara dia minta kerja macam terdesak sangat,"

"Kenapa awak tak call saya?,"

Najwa diam tidak menjawab, wajahnya tampak serba salah bila melihat majikannya dalam keadaan marah

Fail yang terkandung resume di campak di atas meja, Sharul iskandar berdegus sambil menyandarkan badannya,

"Nanti awak call dia, kata pada dia, tiada jawatan kosong kat pejabat nie, kalau dia nak kerja sangat, cakap pada dia hanya ada jawatan kosong sebagai orang gaji, kalau dia tak nak jangan layan dan jangan biarkan dia masuk dalam office nie,"

"Jadi orang gaji Encik sharul ke?,"

Sharul iskandar menghempuk mejanya
"Jangan beritahu dia, cakap je kalau dia sanggup dia boleh mula kerja bulan depan,"

"Gaji berapa nak offer?,"

"Offer je macam saya offer Hani,"

Najwa terangguk-angguk
"Baiklah, nanti saya beritahu dia,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience