Bab 22

Humor Completed 55808

Jam 01.15 pagi Kereta di pandu Sharul iskandar masuk ke dalam pekarangan rumah mewah Arwah datuknya, selepas memarkirkan kereta, nada dering dari telefonnya berdering, tangannya pantas mencapai telefon yang di letak di tempat duduk penumpang mengharapkan Hani Ismail menghubunginya

Bibir Sharul iskandar tersenyum hambar, perasaannya sedikit hampa, terdapat dua rakaman video di kirim Fatin kepadanya, ibu jarinya menekan rakaman video pertama,

Sharul iskandar mengeleng kepala, bila menonton saat-saat Hani Ismail menyuap kek di mulut Zul Denial, tetapi yang membuatkan hatinya separuh hancur bila melihat tangan Zul denial sedang merangkul pinggang Hani Ismail di atas pentas

Keluh di lepaskan berat, setelah menonton rakaman pertama, ibu jarinya mentatal ke atas lalu menekan skrin untuk melihat rakaman kedua dan di saat ini, hatinya benar-benar telah hancur, Hani Ismail tidak ubah seperti Farah, Mirah dan semua perempuan yang pernah tergilakan Zul Denial bila dia melihat rakaman Hani Ismail sedang menari dengan Zul Denial di mana dalam rakaman itu Zul Denial sedang memegang kedua belah pinggang Hani Ismail manakala Hani Ismail pula merangkul leher Zul Denial,

kepala Sharul iskandar mengeleng-geleng sebelum tangannya mengosok-gosok dahinya dengan kasar bila melihat Zul Denial memeluk Hani Ismail, kemudian pasangan itu menari perlahan mengikut alunan muzik yang berkumandang

"Aku selalu harapkan kau Hani, supaya kau tidak seperti wanita yang mudah tergoda dengan Zul Denial tapi aku silap, kau sama je,"

Sharul iskandar mengeluh kuat,

"Ah sudahlah, tugas aku dah selesai, sekarang aku tiada apa-apa hubungan dengan kau lagi, aku harap sangat pada masa akan datang kita tak akan pernah berjumpa lagi sampai bila-bila,"

Bangsar

Jam 2.40 minit pagi

Hani Ismail belari sekuat hati tanpa mengetahui arah dia belari, Suasana di sekitarnya hening hanya sekali sekala kenderaan lalu lalang di jalan raya, sehinggalah dia melihat hentian bas

Nafasnya termegah-megah sambil kedua tangannya menekan perut untuk mengatur penafasannya, kakinya tanpa alas langsung tidak di endahkan, namun dia tidak menyedari saat dia bergegas keluar dari dewan tadi, dia tidak mengambil beg tangannya

"Eh?,"
wajah Hani Ismail cemas sambil tangannya meraba-raba jubahnya
"Aduh, beg tangan aku,"

Hani Ismail menoleh ke belakang, air matanya mengalir, seribu penyesalan mula membelenggu dirinya, dia terus belutut menangis teresak-esak, barulah dia sedar walaupun perasaan cintanya pada Sharul iskandar semakin mendalam akan tetapi perasaan itu terlalu mudah menghilang saat dia bersama dengan Zul Denial

Selang beberapa detik kemudian kelihatan sebuah kereta jenis Honda city berhenti di tepi jalan, seorang wanita bertudung biru keluar dari kereta berjalan menghampiri Hani Ismail yang masih duduk berlutut

"Cik Suraya?,"
Panggil wanita itu

Hani Ismail pantas menoleh sebelum berdiri
"Ya saya,"

"Tadi Cik suraya keluar, Cik Suraya tertinggal beg tangan Cik,"
Kata wanita itu sambil menghulurkan beg tangan kecil berwarna merah bersaiz kecil kepada Hani Ismail

Hani Ismail tersenyum sayu, beg tangan yang di hulur cepat-cepat di ambil

"Terima kasih banyak Cik,"
Ucap Hani Ismail sambil mengesat-ngesat air matanya

Wanita itu mengangguk
"Cik suraya jangan bimbang, sekejap lagi ada Grab akan datang jemput Cik Suraya kat sini,"

Kening Hani Ismail bertaut, hairan kenapa wanita itu baik dengannya, padahal dia langsung tidak mengenali wanita itu

"Maafkan saya Cik, Cik nie siapa?,"

Wanita itu mengeleng sebelum mengeluh pelan
"Tak sepatutnya cik suraya buat begitu pada Encik Sharul, dah macam-macam dia buat untuk bantu Cik suraya, jika cik Suraya nak tahu, semua tu umpama ujian, untuk melihat isi hati wanita yang dia bantu, tapi terang-terang Cik suraya dah gagal, apa pun tahniah saya ucapkan karana telah menjadi teman wanita Zul Denial yang baru,"

Hani Ismail terus meraung sambil menutup wajahnya, bunyi tangisannya memecah hening sunyi kawasan itu, wanita yang berbicara dengannya tadi sudah pun memecut kereta meninggalkan tempat itu

Jam 3.20 minit malam, Hani Ismail tiba di rumah mewah arwah datuk sharul iskandar, Rumah mewah itu kelihatan sunyi sepi, remote pagar rumah yang tergantung bersama kunci kereta di keluarkan dari beg tangannya

Pagar rumah terbuka secara automatik, bola mata Hani Ismail memerhati pekarangan rumah, berkerut wajahnya menahan tangisan bila kereta milik Sharul iskandar tiada di situ, pelan-pelan langkah di susun berjalan menghala ke bahagian kiri tepian rumah, kaki yang melangkah tidak terus meng-arah ke biliknya tetapi menuju ke pintu yang bersambung dengan dapur

Daun pintu di kuak, suasananya hening dan gelap, tangan kanannya meraba dinding di sebelah kanan, jarinya menekan suis lampu.
Setelah pintu di tutup Hani Ismail terus melangkah ke arah meja makan, dia berdiri seketika melihat sekeliling,

Tidak berapa lama kemudian bunyi nada dering telefonnya berdering, kunci yang masih di pegang di lepaskan di atas meja, tergesa-gesa dia mengeluarkan telefonnya di dalam beg tangan, Skrin masih menyala, terdapat beberapa mesej whatAspp yang masuk

Hani Ismail menutup mulut, terketar-ketar tangannya bila membaca mesej dari Sharul iskandar

Mesej dari Sharul iskandar
"Congratulations Hani, apa yang saya buat untuk Hani selama nie tak sia-sia, wow fantastic, saya dengan Mama saya sangat terkejut dan kagum bila melihat rakaman video Hani di jamuan Denial,"

Tangan yang memegang telefon terketar-ketar bila menekan rakaman pertama, Serta-merta Hani Ismail merasakan lututnya merasa lemah sehingga terduduk di lantai, telefon yang di pegang turut telepas dari pegangannya manakan tidak, bila melihat rakaman di saat dia menyuapkan kek di mulut Zul Denial

telefon yang terbaring di atas lantai pelan-pelan di tarik, setelah di nyalakan semula, rakaman kedua terus di tekan, Hani Ismail meraung sekuat hati kerana kuatnya raungannya itu boleh terdengar sehingga di luar pagar rumah,

Hani Ismail terjerit-jerit bagaikan terkena histeria, tangannya memukul-mukul lantai, dia menangis sekuat hati

"Maafkan saya tuan! Maafkan saya!,"

Hani Ismail terus menangis dan memohon dan akhir tubuhnya rebah di lantai, tidak lagi sedarkan diri

Azan berkumandang di telefon Hani Ismail, bergetar-getar di lantai bila azan di laungkan, kelopak mata yang masih berair di buka pelahan-lahan, dia mengeluh bila merasakan sakit dan pedih dalam kerongkongnya, dalam keadaan terbaring mengiring, pelan-pelan telefon di lantai di capai, setelah azan habis di laungkan whatAspp terpampang di skrin telefonnya, bola matanya melihat mesej terakhir dari Sharul iskandar

"Mulai hari ini kita tiada apa-apa lagi hubungan, tugas saya dah selesai, Hani bukan lagi perkerja saya dan saya tidak minta apa-apa balasan, cuma apa yang saya minta, tolong keluar dari rumah itu, Hani binalah hidup Hani sendiri di luar sana, semoga hubungan Hani dengan Denial berakhir di jinjang pelamin, itu doa saya untuk Hani, selamat tinggal,"

"Tuan..., tuan...., Maafkan saya tuan,"
Sayu suara Hani Ismail memohon namun dia tetap sedar perbuatannya itu telah membuatkan hubungannya dengan Sharul iskandar mencapai titik noktah

Bangsar

Zul Daniel berjalan ke hulur ke hilir di halaman belakang rumahnya, Fikirannya runsing setelah di marahi ayahnya kerana menghabiskan wang untuk membuat jamuan hari jadinya di hotel memandangkan masalah kewangan yang di hadapi syarikat ayahnya

Namun di saat itu fikirannya asyik memikirkan Suraya Khalid, sejak dia pulang dari hotel, dia tidak mampu melupakan wanita itu,

Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi Sharul iskandar namun sahabatnya itu langsung tidak menjawab panggilannya bahkan mesej di whatAspp juga tidak di baca

"Where are you Sharul, please answer my call,"
Bisik Zul Denial, raut wajahnya tampak resah

"What wrong Deni,"
Tegur seorang wanita berambut kerinting, kulitnya putih bersih

Zul Denial Pantas menoleh
"Mama?,"

"Yes ini Mama, Siapa lagi,"
Jawab wanita itu, ibu kepada Zul Denial, Datin Linda,
"Hmm.. kenapa nie, Mama tengok Deni sejak tadi gelisah je, Sebab papa ke?,"

Zul Denial mengeluh pelan tidak menjawab pertanyaan ibunya

Datin Linda mengeleng pelan, walaupun anak bujangnya keberatan mahu menjawab namun dia sudah tahu apa yang sedang di fikirkan anak bujangnya itu

"Don't worry Deni, nanti semua duit yang Deni guna untuk jamuan Deni semalam, Mama akan bayar pada papa,"

"Betul ke Mama?,"

Datin Linda terangguk-angguk, bibirnya tersenyum
"Memang syarikat Papa kamu ada masalah kewangan sekarang, tapi kewangan Mama sentiasa okay,"
Jawab Datin Linda sedikit mendabik dada memandangkan dia adalah anak sulung kepada pemilik syarikat Sealand logistics group untuk perbuatan kapal kargo

Zul Denial tersenyum nipis, hatinya sedikit lega,

Kening Datin Linda bertaut
"Deni, kenapa nie, macam tak happy je Mama nak tolong?,"

Zul Denial mengusap-ngusap dahi luasnya kemudian mendongak melihat ke arah dada langit, satu keluhan di lepaskan sambil mencekak pinggang

"Please Deni, jika Deni ada masalah, cakap je pada Mama, mana tahu Mama boleh bantu,"

"Masalah perempuan Mama,"

Datin Linda mengeleng-geleng kepalanya
"Masalah apa lagi Deni, Deni kan baru putus dengan Rina,"

"Yes Mama, tapi malam tadi, Deni ada celebrate dengan seorang perempuan, cantik betul, tapi Deni lupa minta number phone dia,"

"Omg, itu saja masalahnya sampai Deni gelisah macam nie,"

"Mama tak faham, perempuan tu tak sama dengan perempuan yang pernah Deni bercinta, ada something special membuatkan Deni betul-betul jatuh cinta dengan dia,"

"So? perempuan-perempuan sebelum nie, Deni tak pernah betul-betul jatuh cintalah?,"

"Mama nie, bukan itu maksud Deni,"

Datin Linda seakan terkejut
"Nanti, tolong jangan cakap pada Mama Deni dah bersedia nak tamatkan zaman bujang Deni,"

"What!, Mama,"
Zul Denial tersenyum lebar, kulit wajahnya kemerahan

Datin Linda mengankat tangan seperti sedang menyerah
"Okay.., Mama tak kisah apa saja pilihan Deni, But? Deni kena tahu, Mama tak akan terima wanita dari keluarga bawahan okay, Mama serius, sebab tiada lagi dalam keturunan Mama yang kahwin dengan keluarga bawahan,"

"Habis tu, Mirah, kenapa Mama setuju pula?,"

"Mirah tu, Mak dia tu Doktor pakar, ayah tiri dia, dekan Hospital pakar, pakcik dia pangkat datuk, nie Mama tanya, Deni dah jumpa Mirah ke belum?,"

Zul Denial mengeleng

"Cari dia cepat!, entah macam mana dia besarkan Lily, kalau Mama tahu dia nak lari, jangan harap Mama serahkan Lily pada dia, Geram betul Mama di buatnya,"

Sungai buloh

Jari di tekan berkali-kali di skrin namun nombor yang di dail serta merta di reject seakan nombor telefonnya telah di block,

Hani Ismail duduk di lantai bersandarkan birai katil, wajahnya tampak tidak keruan, biliknya pula tunggang langgang, pakaian-pakaian bersepah di lantai, beberapa helai jubah yang di beli Sharul iskandar untuknya ada yang telah di koyak,

Hani Ismail tergelak terkekeh-kekeh sambil tangannya menarik-narik rambut kemudian memaki hamun dirinya sendiri, setelah itu dia menangis, tingkahnya tidak lagi seperti sedang waras,

"Tuan, Tuan!! maafkan saya Tuan!,"
Jerit Hani Ismail sambil tangannya menepuk-nepuk lantai

Tingkah Hani Ismail itu terus menerus seakan tiada hentinya kerana terlalu menyesal, malu atas tindakannya itu, malah di saat dia menghubungi Datin Dibah ingin bertanyakan tentang Sharul iskandar, hatinya terus hancur bagaikan berkeping-keping bila Datin Dibah dengan riang memberitahunya Sharul iskandar telah membuat keputusan untuk bertunang dengan Farah, tiada apa lagi yang mampu dia lakukan hanya mampu ketawa, menjerit, menangis sepuas hatinya, semuanya telah berakhir

Jam 5 petang, Hani Ismail dengan lemah keluar dari bilik sambil membawa dua beg pakaian, wajahnya comot bagaikan tidak di cuci, tudungnya senget, jubah yang di pakainya pula koyak rabak di sana sini sehingga terlihat baju dalamnya

Kakinya di ayun pelan, wajahnya berkerut menahan tangisan, bola matanya memerhati rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar untuk kali terakhir, sejuta kenangan yang begitu indah telah di cipta di rumah mewah itu namun di leburkan hanya dengan sekelip mata atas tindakan bodohnya

"Selamat tinggal tuang, selamat tinggal,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience