Bab 21

Humor Completed 55808

Dalam suasana bilik yang gelap, Hani Ismail tidur bersama adiknya Hana di atas katil manakala Khalid, puan Samsiah bersama anak bongsunya tidur di bawah beralaskan tilam lipat bercadarkan toto tebal, Haikal dan saiful pula tidur bersama Sharul iskandar

Air mata yang mengalir di kesat pelan, memikirkan betapa gembira keluarganya tadi menjamu selera di restoran satay kajang sebelum mereka semua berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Lumpur, Kebaikan Sharul iskandar melayani setiap kerenah adik-adiknya benar-benar membuatkan dirinya bahagia malah adik-adiknya Hana dan Saiful semakin mesra dengan bekas majikannya itu

Hani Ismail yang tidur mengiring ke arah kanan seakan dapat merasakan pergerakan adiknya Hana sedang bangun dari katil, dia membiarkan sahaja mungkin adiknya itu ingin pergi ke tandas namun dia mendengar pintu bilik di buka perlahan, pelan-pelan Hani Ismail mengiring tubuhnya ke arah kiri, saat itu pintu bilik sudah di tutup, kedengaran tapak kaki melangkah di luar bilik

"Mana Hana tu nok pergi?,"
Bisik Hani ismail dalam hati nya, hairan

Secara Pelan-pelan Hani Ismail mengensot badannya sehingga ke birai katil bimbang jika ayah dan ibunya terjaga, daun pintu di kuak pelahan selepas kedua kakinya melangkah keluar, pintu di tutup pelan

Hani Ismail berjalan terjonket-jonket ke arah pintu rumah bersambung dengan dapur, saat itu dia mendengar suara adik-adiknya sedang bercakap begitu juga dengan suara Sharul iskandar

"Ada betul ke abang?,"

Sharul iskandar mengangguk dengan pertanyaan Hana, selepas Saiful mengirimkan mesej pada kakaknya Hana supaya datang ke dapur kerana Sharul iskandar ingin menunjukkan ruang bawah tanah rumah mewah itu yang di bina penghuni sebelum arwah datuk Sharul iskandar

"Dulu bawah tu, tentera British simpan minuman keras tapi semua tu dah kena angkut lepas tentera British tu pindah,"

"Habis tu kita nak buat apa kat bawah sana?,"
Tanya Hana lagi penasaran sebiji perangai seperti kakaknya

Dan saat itu juga pintu di bahagian tepi di kuak perlahan-lahan, Hana, Saiful dan Haikal cepat-cepat bersembunyi di belakang Sharul iskandar,

"Tok tido lagi ke?,"
Tegur Hani Ismail bila daun pintu terkuak sepenuhnya

"Hish Kok Hani rupanya, ingatkang ape tadi?,"
Rungut Hana

Sharul iskandar tersenyum memandang Hana kemudian mengalih pandangan memandang Hani ismail

"Saya nak bawa diorang semua nie tengok ruang basement,"

Dahi Hani Ismail berkerut, daun pintu yang terkuak pelan-pelan di tutup semula

"Ada raung basement ke rumah nie?,"

"Ada, tak akan Hani tak perasan pintu yang bergrill dekat dengan toilet belakang tu,"

"Oh Itu basement ke? saya ingatkan store, tapi nak buat apa gie bawah tu,"

"Bawah tu tempat simpanan barang-barang keluarga saya yang dah tak guna, sebelum covid, saya simpan semua barang saya bawah tu, handphone pemberian sponsor ada saya simpan bawah tu, ingat nak bagi pada Hana dengan Saiful,"

"Tapi hari tu, tuan cakap ada pencuri pecah masuk rumoh nie, tak akang pencuri tu tok masuk bawah tu,"
Tanya Hani Ismail sambil melangkah mendekati Sharul iskandar

"Entahlah, mungkin pencuri tu fikir macam Hani juga, bilik tu hanya store,"

"Ah.. ah betul juga tu,"
Hani Ismail tersengih sambil mengangguk

"Dah, jom gie tengok,"

Hana dan Saiful tersengih-sengih bila melihat Kakaknya memegang lengan Sharul iskandar ketika mereka berdua berjalan di belakang,

Selepas Sharul iskandar membuka grill dan pintu, jari telujuknya menekan beberapa suis di tepi dinding, cahaya terus menerangi terang anak tangga sehingga ke bahagian ruangan basement

"Hati-hati turun,"
kata Sharul iskandar, dia terlebih dahulu menuruni tangga di susuli Haikal, Hani Ismail, Hana dan Saiful

"Besornya,"
Ucap Haikal bila melihat ruangan basement begitu luas

Hani Ismail, Hana dan Saiful memerhati sekeliling ruangan itu, terdapat banyak kotak-kotak besar dan kecil, ada bingkai-bingkai gambar, barangan perabot seperti kerusi, rak dan meja perhiasan tersusun rapi di tepi-tepi dinding

"tengoklah, kalau ada barang-barang yang Haikal, Hana dengan saiful suka, ambil je,"

Haikal, Hana dan Saiful berpandangan sambil tersengih sebelum mengayun langkah mereka ke arah kotak-kotak di tepi dinding

Hani Ismail melangkah perlahan, bingkai-bingkai gambar yang bersandar di dinding di tatap satu persatu, Sharul iskandar pula sibuk mencari kotak-kotak barangan simpanannya

Bola mata Hani Ismail terpaku di hadapan sebuah bingkai gambar ahli keluarga Sharul iskandar, kelopak matanya mengecil bila menatap gambar seorang gadis berwajah campuran berdiri di sebelah Datin Dibah kemudian mengalih pandangannya ke arah Sharul iskandar saat itu sedang mengeluarkan barang-barang dalam kotak

"Siapa gadis nie tuan?,"
Tanya Hani Ismail

Sharul iskandar menoleh namun seimbas sahaja dia memandang Hani ismail

"Sepupu saya,"

"Sepupu? kenapa muka dia macam india?,"

"Sebab mak dia kawin dengan india muslim,"

"Oh ye ke, mana dia sekarang tuan?,"

Sharul iskandar mengeluh pelan
"Entah, saya pun tak tahu,"

Hani Ismail merasa hairan bila melihat reaksi wajah Sharul iskandar seakan tidak menyukai bila dia menanyakan tentang gadis di dalam gambar itu lalu perlahan-lahan kakinya di ayun mendekati Sharul iskandar

"Tuan tak suka ke saya tanya tadi?,"
Tanya Hani Ismail pelan

Sharul iskandar mengeleng
"It's okay Hani,"

"Abang Sharul, boleh saya ambil kasut nie?,"
Tanya Saiful sambil memegang kasut jenis seekers

Sharul iskandar menoleh begitu juga Hani Ismail
"Ambil je kalau muat,"

"Adik tak takut ke kalau kena curi nanti kat asrama?,"
Hani Ismail melangkah mendekati adiknya Saiful, kasut yang sedang di pegang adiknya di tatap

Saiful mengeleng,
"Adik nak guna kasut nie untuk sukan,"

"Muat ke,"

"Muat,"

"Jumpa jugak,"
Ucap Sharul Iskandar, setelah membuka beberapa kotak untuk mencari kotak yang menyimpan simpanan handphonenya
"Okay come here,"

Hana melonjak-lonjak gembira, di belakangnya tergantung beg galas berwarna pink cerah di luarnya pula tertampal poket-poket kecil

"Okay mari kita tengok headphone mana yang sesuai,"

"Haikal buleh ambil satu tak?,"

"Adikkang doh ada handphong, wat ape lagi nok,"
Tegur Hani Ismail

Haikal memgerut kening memandang kakaknya, Sharul iskandar tersenyum

"Boleh, tapi haikal kena bagi handphone Haikal pada abang, So abang boleh bagi yang lain,"

Haikal tergeleng-geleng
"Tok muh. Tok muh,"

"Haikal nie,Tok baik tamak tahu,"
Celah Hana pula

Saiful dan Hana betul-betul kelihatan gembira setelah mereka semua berada di dapur, Handphone yang masih berada di dalam kotak di belek-belek dengan senyuman riang, Haikal pula hanya mengambil game portable PsVita milik Sharul iskandar, Hani Ismail tersenyum lebar memerhati tingkah adik-adiknya, tangannya saat itu sedang memegang kotak tablet jenama Huawei pemberian dari Sharul iskandar untuk adik bangsunya

"Dohlah tu, Hana gie masuk bilik, Haikal, Saiful gie naik atas, doh pukul 1 doh nie,"
Arah Hani Ismail

"Kok tak nok gie tido ke?,"
Tanya Hana hairan

"Jap lagi, kok nok sembang jap dengang abang Sharul,"

Hana mengangguk kemudian melangkah ke arah pintu manakala Haikal dan Saiful terus saja berlari masuk ke ruang tamu

"Nak sembang apa Hani, malam buta dah nie,"

Hani Ismail tidak terus menjawab, selepas Adiknya Hana menutup pintu, dia menoleh memandang Sharul iskandar

"Saya cuma nak tanya, kenapa tuan macam tak suka saya tanya pasal adik sepupu tuan?,"

Sharul iskandar mengeleng
"Itu lagi, kenapa Hani nak tahu sangat,"

"Tak boleh ke?,"

"Nanti je saya beritahu, Hani pergilah tidur"

Hani Ismail mengeluh pelan kemudian mengangguk, entah kenapa dia ingin sangat mengetahui tentang adik sepupu Sharul iskandar itu

"Yelah, saya masuk bilik dulu, selamat malam tuan,"

Keesokan Harinya

"Ayoh? kenapa nok balik doh, esokkang cuti lagi,"
Tanya Hani Ismail, Hairan

"Ayoh keno balik hari nie, esok ayah kena hantor Hana ngang Saiful balik Asrama,"

Hani Ismail menatap wajah ayahnya dengan tatapan kecewa
"Baik tok usoh datang kalu sehari je jumpa Hani,"

Khalid yang sedang memasukkan barang di dalam bonet kereta terus memandang anak gadisnya

"Hish Hani nie, tak usoh ngata gitu, nanti cuti panjang, ayoh datang lagi, nie? Hani kang doh ado keta, ado maso nanti baliklah kampung,"

"Ayoh nie,"
Hani Ismail menghentak kakinya dengan raut wajah merajuk

"Hani,"

"Mokk?,"
Hani Ismail menoleh memandang ibunya

"Jangangloh sedih, semalang pung Mok, Ayoh, adik-adik Hani puas doh jalan, tapi tuloh, setiap kali berenti, setiap kali tuloh makang, rasa nok meletup peruk mok nie,"

Hani Ismail tergelak namun seketika, tubuh ibunya di rangkul erat

"Insyaallah mok, nanti gaji bulang nie, Hani balik kampung,"

"Yelah Hani, jage diri Hani baik-baik ya,"
Puan Samsiah mengosok-gosok belakang anak gadisnya

Hani Ismail mengangguk, diam-diam tangan ibunya di tarik kemudian menaruh beberapa keping duit 100 ringgit di tapak tangan ibunya

"Iss Hani nie kang?,"

Kata-kata puan Samsiah tergantung bila Hani Ismail mengeleng-geleng kepalanya

"Terima kasih abang Sharul,"

"Terima kasih abang Sharul,"

Terima kasih abang sharul,"

Hani Ismail, Puan Samsiah dan Khalid serta-merta menoleh melihat Hana, Saiful dan Haikal sedang melonjak-lonjak gembira setelah menerima setiap seorang sampul raya dari Sharul iskandar

Khalid mengeleng sambil menutup bonet kereta, setelah itu kakinya di ayun mendekati Sharul iskandar

"Buat apolah Sharul gie bagi lagi duit kat diaorang, kang doh bagi handphong, tu.. kasut saiful tu pakai macang baru lagi,"

Sharul iskandar tersenyum
"Itu kasut waktu saya sekolah dulu, tak pernah pakai, lagi pun handphone tu semua saya dapat pecuma, Encik khalid janganlah risau,"

Khalid terangguk-angguk, namun wajahnya kelihatan gelisah dan serba salah seakan ada sesuatu yang berat sedang di fikirkannya,

"Kenapa Encik khalid?,"
Tanya Sharul iskandar, hairan dengan raut wajah Ayah Hani Ismail

"Ginie Sharul, saya bukannya apa, Aduhhh? Saya cakap nie, Sharul jangang saloh fahang ya,"

"Eh tak apa Encik khalid, cakap je,"

"Bagi sayalah, walaupung Hani bukang duk satu umoh dengan Sharul, tapi kalu dia mudoh keluar masuk rumoh nie, gok elok jugok, sebab Hani ngan Sharul dok ade apo-apo hubungang, memang orang dok nampok tapi kiri dan kanan kita nampok,"

"Ayoh,"
Hani Ismail yang mendengar cepat mencelah, kedua kakinya ingin melangkah mendekati ayahnya namun lengannya di pegang ibunya

"Encik khalid jangan risau, Hani tinggal kat sini sampai hujung bulan nie je, nanti saya tolong dia cari rumah yang dekat dengan tempat kerja dia,"

Hani Ismail mengetap gigi, kecewa sungguh dengan ayahnya seakan cuba memisahkan dia dengan Sharul iskandar

"Emm.. baguslah gitu, tapi kalu Sharul nok terus tinggal dengang Hani, buleh, tapi keno ado ikatang soh dulu, saya dengang mok Hani setuju je,"

Kata-kata Khalid mengejutkan Hani ismail

"Ayoh nie, buat hani malu je,"

wajah Hani Ismail yang tadi tampak kecewa serta-merta berubah kemerahan kerana malu, Puan Samsiah mengeleng melihat tingkah anak gadisnya seperti cacing kepanasan

"Kita setuju je, tapi kalu kakok tak nok, Hana nok,"
Seloroh Hana segaja bergurau

"Amboi.., sekoloh pung tok habis doh gatal nok kawing,"
Marah Khalid walaupun dia tahu Hana sekadar bergurau

Saiful, Haikal tergelak tawa, Sharul iskandar hanya diam, bibirnya tersenyum-senyum namun reaksinya itu diam-diam di perhatikan puan Shamsiah, ibu Hani Ismail saat itu seakan dapat membaca isi hati Sharul iskandar

Puan Samsiah mengeluh pelan
"Hani?,"

"Ya mok,"
Hani Ismail cepat-cepat berpaling

"Mok balik dulu ya,"

Jam 2.15 minit tengahari, keluarga Hani Ismail bertolak pulang ke kuantan,

Hani Ismail duduk di ruang tamu termenung bersendirian, hatinya redha dengan pertemuan singkat dengan ahli keluarganya, namun pada saat itu kata-kata ayahnya pada Sharul iskandar masih terngiang-ngiang di gendang telinganya membuatkan bibirnya tersenyum-senyum

Sharul iskandar yang sedang menuruni anak tangga mengeleng kepala bila melihat Hani Ismail tersenyum-senyum seperti nangka busuk

"Hani,"

Hani Ismail tersentak, wajahnya pantas menoleh ke arah tangga

"Ya tuan?,"

"Nanti pukul 10 malam, ikut saya pergi salon mama saya, bersiap kat sana,"

kening Hani Ismail bertaut hairan setahunya salon Datin Dibah tutup jam 10 malam
"Buka lagi ke Salon?,"

Sharul iskandar mengangguk
"Semua tu khas untuk Hani,"

Hani Ismail mengeleng, retinanya memerhati Sharul iskandar dari atas hingga ke bawah

"Tuan nak gie mana?,"
Lemah saja pertanyaan Hani ismail

Bibir sharul iskandar menyeget, hairan dengan pertanyaan itu

"Dating dengan Farah,"
Jawab Sharul iskandar sengaja mengusik

Hani Ismail mengeluh berat, wajahnya mencuka saat menatap sharul iskandar

"Pergilah tuan, saya dah penat nak larang,"

"Siapa suruh larang,"

Kerana terlalu geram Hani Ismail menepuk-nepuk pemukaan Sofa sebelum bangun

"Hani?,"
Panggil Sharul iskandar bila Hani Ismail ingin pergi ke ruang dapur

"Pergi jelah!,"

"Bukan ke lepas keluarga Hani balik, Hani ajak saya pergi beli barang?,"

Membulat mata Hani Ismail, serta-merta dia berpaling, belari anak mendekati Sharul iskandar, entah bagaimana dia boleh terlupa semua itu

"Saya minat maaf tuan, saya betul-betul terlupa,"
Mohon Hani ismail sambil memegang tangan Sharul iskandar

Sharul iskandar mengeleng-geleng
"Tak apa, Hani pergilah siap,"

Grill pintu di kunci, Sharul iskandar berjalan perlahan menghala ke keretanya, ketika di hadapan kereta, langkahnya terhenti, dadanya di gosok-gosok pelan, tiba-tiba sahaja jantungnya berdebar-debar bila teringatkan kata-kata Khalid, dia juga sedar jika Hani Ismail menyukainya namun perasaan Hani Ismail itu wujud hanya kerana kebaikannya bukan perasaan cinta padanya, sejak dulu lagi dia sangat benci dengan wanita yang menyukainya semata-mata atas kebaikannya namun dalam masa yang sama menyukai lelaki lain, bagi Sharul iskandar mengahwini wanita yang mempunyai perasaan seperti itu tidak akan memberikan kebahagian kepadanya

**

Bangsar

Salon Kecantikan Dr Dibah Nor

Jam di dinding bilik Butik menunjukan waktu itu 11.15 minit malam, hampir satu jam Datin Dibah bersama seorang pembantunya menyiapkan Hani Ismail bagi menghadiri jamuan hari jadi Zul Denial, Tudung Sutera berwarna keemasan begitu cantik di sarung di kepala Hani Ismail di belakangnya pula lebihan tudung beralun alun menyebar menutupi belakang tubuhnya

Jubah moden keemasan, kembang di bawah beralun-alun dengan corak bunga ros tangkainya memanjang dari bawah hingga ke bahagian dada terbentuk bunga ros yang mekar di kilaukan dengan manik-manik Kristal berwarna merah

Wajah Hani Ismail di solek seperti wanita dewasa kelihatan jelas hidungnya yang memancung, solekkan di rahangnya menyerlahkan lagi bentuk wajahnya yang bujur, bibirnya pula berwarna emas, begitu cantik sehinggakan tidak terlihat lagi wajahnya sebelum ini, semuanya berubah

"Okay dah siap, Hani boleh tengok kat cermin sekarang,"
Kata Datin Dibah, lebar senyumannya

Pelan-pelan Hani Ismail memusingkan badan, alangkah terkejutnya Hani Ismail bila melihat perubahan pada wajahnya begitu padan dengan tudung dan jubah yang di kenakan, dia tidak menyangka gadis sepertinya boleh berubah secantik ini

"Tuk.. Tuk..,"
Pintu bilik di ketuk

"Masuklah Is,"

Hani Ismail terus memusingkan tubuhnya teruja sungguh mahu menunjukkan pada Sharul iskandar namun tingkahnya itu mengejutkan Datin Dibah

"Hani, pelahan-lahan,"
Tegur Datin Dibah

"Maaf Auntie,"

Sharul iskandar masuk ke dalam bilik, Saat bola matanya memandang Hani ismail, kepalanya terangguk-angguk

"Dah siap dah?,"

Senyuman yang mekar, wajah yang teruja serta-merta hilang dari raut wajah Hani Ismail setelah melihat tiada lagi pujian atau pandangan teruja saat lelaki itu melihat perubahannya sebelum ini, pandangan Sharul iskandar padanya Saat ini begitu dingin

"Kenapa dengan Is, tak cantik ke Mama buat untuk Suraya nie?,"

"Cantik, tapi Is suruh Mama buat semua nie bukan untuk Is tapi untuk orang lain,"

"Untuk Denial ke?,"

Sharul iskandar tergelak sambil mengangguk

"Siapa lagi,"

Hani Ismail mengeleng pelan, diam-diam gigi di balik bibir yang tertutup di getap, hati merasa geram, ikutkan hatinya, ingin saja dia membuka semua pakaian yang tersarung di tubuhnya,

"Jom hani, nanti lewat pulak,"

Tepat jam 11.35 malam, kereta yang di pandu Sharul iskandar berhenti tidak jauh dari pintu lobi hotel Majestic Royal menunggu giliran untuk menurunkan Hani Ismail kerana saat itu kelihatan banyak kereta-kereta mewah sedang beratur

"Ingat Hani, Jam 12 hani kena keluar dari hotel, saya akan tunggu Hani dekat depan tu,"

"Kenapa kene jam 12 tuan, kenapa bukan jam 11.45 ke, 11.55 ke,"
Soal hani ismail yang sudah mengenakan topeng emas untuk menutupi separuh wajahnya

"Saya saja nak bagi perluang pada Hani supaya Hani dapat lihat macam mana Denial sambut hari jadi dia,"

"Kalau saya terlewat macam mana?,"

"Hani balik je naik Grab, tapi? Hani kena ingat kalau Denial nak hantar Hani balik, jangan balik rumah saya, tidur je kat hotel dengan dia,"

"Tuan!, apa yang tuan mengarut nie, kenapa pulak saya kena tidur hotel dengan dia,"

"I don't care, yang penting kalau Hani lewat naik Grab, saya tak akan tunggu,"

Kerana terlalu geram dengan kata-kata Sharul iskandar, Hani Ismail terus membuka pintu, kedua kakinya bergegas keluar dari kereta setelah pintu di hempas, kakinya pantas di ayun ke arah pintu lobi

Hani ismail berjalan pelan memasuki ke dalam dewan seperti mana di arahkan oleh pelayan-pelayan Hotel namun kemunculannya itu telah mencuri perhatian para tetamu terutama tetamu lelaki yang hadir begitu teruja memandang ke arahnya, para tetamu wanita pula berbisik-bisik

Namun tidak dapat di nafikan penampilan Hani Ismail antara yang paling menyerlah dari tetamu-tetamu yang hadir,

Hani Ismail mendongak, timbul perasaan kagum bila melihat begitu cantik perhiasan yang tergantung di atas siling bagaikan bintang berkelipan

"Cik Suraya khalid ke?,"

Hani Ismail pantas menjatuhkan wajahnya, seorang pelayan lelaki yang bertopeng bertubuh tinggi dan tegap sedang berdiri di hadapannya, namun dia hairan bagaimana pelayan itu mengenalinya

"Ya saya, tapi..,"
Kata-kata Hani Ismail tergantung bila lelaki itu mengankat tangan

"It's okay, sila ikut saya,"

Hani ismail mengangguk dan terus mengikut pelayan itu seakan membawanya ke arah meja paling hadapan

"Cik Suraya betul-betul nampak cantik hari nie, terkejut saya,"
puji Pelayan itu tanpa memandang Hani Ismail di sebelahnya

Hani Ismail tersengih
"Biasa je Encik, ada lagi yang lebih cantik dari saya, mungkin Encik tak perhatikan betul-betul

Pelayan itu sekadar tersenyum

"Sila duduk di kerusi ini Cik Suraya,"
Pinta pelayan itu sambil menarik kerusi

Di balik topeng yang menutupi separuh wajahnya, berkerut, Hani Ismail memerhati sekeliling, Saat itu hampir seluruh para tetamu memandang ke arahnya, apa yang membuatkannya hairan semua meja di ruang dewan kelihatan terdapat banyak kerusi, hanya mejanya sahaja yang mempunyai dua kerusi dan sangat hampir dengan pentas

"Betul ke nie meja saya?,"
Tanya Hani Ismail, bingung

Pelayan itu mengangguk
"Ya betul Cik Suraya, silakan duduk,"

Hani Ismail mengeluh pelan, nak tak nak dia terpaksa menurut tanpa mengendahkan tatapan dari para tetamu yang hadir

Beberapa detik kemudian, tiba-tiba sahaja muzik bergema memenuhi seluruh ruang dewan, Hani Ismail melihat ada segelintir para tetamu perempuan asyik mengoyang-goyangkan badan mengikut alunan muzik yang di mainkan

"Are you ready!!,"
Ucap Hos di atas pentas mengejutkan Hani Ismail dari tadi begitu asyik memerhati sekeliling

"Yes!!,"
Jawab para tetamu yang hadir serentak

"Are you Ready!!,"

"Yes!!,"

Hos di atas pentas melihat jam di skrin tv gergasi tergantung di dinding belakang pentas

"Okay everybody please stand up,"
Arah Hos itu kepada para tertamu

Semua para tetamu mengikut arahan, berdiri beramai-ramai, ada yang kelihatan menari-nari di kerusi masing-masing, Hani Ismail terpinga-pinga saat berdiri ingin bertanya tetapi tiada teman

"now it's time to celebrate Zul Denial's birthday And I hope let's count the time that will be on TV, Are you ready!,"

"Yes!,"

Melihat suasana dewan yang begitu riuh dan meriah sedikit sebanyak membuatkan Hani Ismail teruja sehinggakan dia turut menjerit mengatakan yes

Skrin di Tv gergasi mula menunjuk angka 10, pada masa yang sama, seluruh ruangan dewan menjadi gelap

"sekarang ramai-ramai!,"

"10!,"
Jerit para tetamu dengan serentak begitu juga dengan Hani Ismail

"9!,"

Setelah pengiraan masuk ke angka 1, secara tiba-tiba lampu spotlight di atas siling menyala dan nyalaannya itu mengenai seluruh tubuh Hani Ismail

"Congratulations, Saudari di sana telah di pilih menjadi teman Zul Denial untuk acara memotong kek, sila berikan tepukan,"

Seluruh dewan bergema dengan bunyi tepukan, Hani Ismail terpinga-pinga menoleh ke kanan dan ke kiri, detak jantungnya tiba-tiba berombak, di saat itu juga, satu lagi lampu spotlight menyala dan nyalaannya itu menyinari susuk tubuh seorang lelaki tampan bertubuh tegap mengenakan tuxedo berwarna emas, melangkah dengan penuh bergaya menghampiri Hani Ismail

"Apa khabar Cik Suraya?,"
Tanya Zul Denial dengan senyuman manis

Mata Hani Ismail di balik topeng terbeliak luas, jantungnya berdebar-debar, dia tidak menyangka Zul Denial yang sedang berdiri di hadapannya benar-benar tampan, membuatkan hatinya tergoda

"Okay semua, sekarang anda semua boleh menanggalkan topeng masing-masing!,"
Arah Hos itu kepada para tetamu

"Cik suraya?,"

Bahu Hani Ismail terangkat bagaikan tersentak dari lamunan

"Ya?,"

Zul Denial tersenyum

"Cik Suraya boleh tanggalkan topeng sekarang,"

Hani Ismail mengangguk, tangannya terketar-ketar saat mahu menanggalkan topeng

Lampu di ruangan dewan kembali menyala, Zul Denial bagaikan membeku, mulutnya melopong bila melihat wajah Hani Ismail

"Wow!! Fantastic, very beautiful,"
Kata Hos di atas pentas sambil melihat ke arah Hani Ismail

Hani Ismail terpinga-pinga hairan, seluruh dewan sunyi sepi, dia merasakan saat itu seluruh mata para tetamu seperti sedang menatap tajam ke arahnya

"Can.. can.. cantiknya,"
Ucap Zul Denial tergagap-gagap masih lagi dalam keadaan terkejut

Hani Ismail tersenyum manis, hatinya begitu senang dengan reaksi Zul Denial

Tanpa membuang masa Zul denial menghulurkan tangannya

"Cik Suraya please,"

Tepukan gemuruh kedengaran, Hani Ismail memerhati para tetamu sebelum tangan Zul Denial di sambut

Sudah hampir setengah jam Sharul iskandar memarkir kereta di hadapan pintu lobi Hotel, bola matanya memerhati jam di Tablet kereta kemudian menjenguk-jenguk di pintu lobi hotel jika ada kelibat Hani ismail, seorang pengawal bangunan berjalan menghampiri keretanya dan mengarahkan Sharul iskandar supaya bergerak

Sharul iskandar mengankat tangan sebelum memijak padel minyak, Bibir tersenyum kemudian ketawa terbahak-bahak

"Congratulations Hani, Selamat tinggal untuk selamanya,"
Ucap Sharul iskandar

Jam di skrin Tv gergasi sudah menunjukkan Jam 2.35 pagi, Hani Ismail begitu riang saat menari bersama Zul denial begitu juga dengan para tetamu yang hadir menari dengan pasangan masing-masing

"Boleh i tanya?,"

Hani Ismail yang sedang melonjak-lonjak mengikut alunan muzik mengangguk

"You kenal Sharul iskandar?,"

Serta-merta wajah Hani Ismail berubah, kepalanya lantas menoleh melihat jam yang tertera di skrin Tv,

"Ya allah apa yang aku dah buat nie,"
Tanpa membuang masa Hani Ismail lantas berlari tanpa mengendahkan Zul Denial

"Cik suraya!,"
Panggil Zul Denial, hairan dengan tindakan Hani Ismail

Hani Ismail berlari sepantas mungkin sehingga kedua kasutnya tercabut, Zul Denial yang cuba mengejar tidak lagi melihat kelibat Hani Ismail, pelan-pelan dia melangkah lemah untuk mengutip sepasang kasut milik Hani Ismail di atas lantai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience