Bab 23

Humor Completed 55808

"Hani, Ya Allah, kenapa doh macang pengemis,"
Kata Wati, sambil berlari-lari anak bersama Safura di lot parking Apartment Saujana brickfields untuk mendapatkan sahabatnya

Hani berdiri di luar kereta, wajahnya seakan tidak menunjukan sebarang reaksi di kala memandang wati dan Safura

Wati terus menepuk bahu Hani Ismail
"Doh kenapa pakai baju koyok rabok nie, hish nengok, nampok baju dalam tu, hiss,"
Marah Wati, berkerut wajahnya, bahagian yang terkoyak di bawah ketiak di tutup dengan tangannya

Hani Ismail membisu, bibirnya bagaikan mengeras untuk menjawab

Safura mengankat kepala saat memandang Wati, wati membalas dengan mengeleng kepala, sama-sama hairan dengan keadaan Hani Ismail

"Jomlah naik, nanti orang nampok,"
Arah Wati, tangannya memeluk bahu Hani Ismail manakala Safura pula membawa beg-beg pakaian sahabatnya itu

Sampai sahaja di tingkat 7, pintu rumah bernombor 79, air mata Hani Ismail tiba-tiba mengalir namun wajahnya tampak tenang menghairankan Wati dengan Safura

"Aduh.. berat doh nie, Cepat safura buka pintu,"

Bergegas Safura membuka pintu, Wati memeluk bahu Hani Ismail masuk ke dalam apartment,

"Duduk Hani,"

Safura kelihatan tergesa-gesa menutup pintu, selepas dia menaruh beg-beg pakaian Hani Ismail di dalam bilik, kakinya terus di ayun menghampiri Hani Ismail

"Kau kena rogol ke Hani?,"
Soal Safura dengan raut wajah cemas sambil duduk berlutut di depan hani Ismail

"Ape benda tu, ngata kawan sendiri kena rogol,"

"Cuba kau tengok pakaian dia wati, koyok rabok, kalu tok kene rogol, mungkin kot kena pukul,"

Berkerut kening Wati memandang Safura, kata-kata safura ada juga betulnya namun dia tidak berani membuat kesimpulan membabi buta dalam keadaan Hani Ismail sekarang ini hanya membisu saja

"Hani..,"
Wati menepuk lembut bahu hani Ismail namun sahabatnya itu seakan temangu

"Hani,"
Sekali lagi wati memanggil, tetap sama

"Aku hairan betui, camne dia bawok keta datang sini?,"
Kata Safura, bingung sungguh dengan keadaan Hani Ismail

"Hani!,"
Pekik Wati, Bahu Hani Ismail di tepuk kuat

"Ya?,"
Sahut Hani Ismail terpinga-pinga memandang wati dan Safura

"Sedor pung, ingat doh tok waras doh tadi,"
Kata Wati dengan raut wajah geram

"Kenapa?,"

"Tanya pulok kita kenapa,"
Wati mengeleng kepala

"Nie, kenapa dengan kau nie Hani, datang sini dengang muko comot cangnie, baju koyok rabok, kau kena rogol ke?,"
Soal Safura, cemas raut wajahnya

Dalam keadaan lemah Hani Ismail mengeleng kepala

"Tak,"

"Aduh Hani, kalu gitu cakaplah kenapa kau jadi cangnie, kalu tak aku report polis,"
Kata Safura lagi

Keluh di lepaskan pelan, Hani Ismail memandang sayu wajah Safura dan wati

"Buleh tak aku rehat dulu, aku penat sangat, nanti aku citer,"
Pinta Hani Ismail lemah nadanya

Wati mengeleng kepala, belakang Hani Ismail di gosok-gosok lembut

"Bangun, jom gie bilik,"

Setelah setengah jam Hani Ismail berbaring di dalam bilik, Anuar yang baru sahaja datang, berjalan mundar-mandir di ruang tamu dengan wajah cemas di kala itu Safura dan wati yang sedang duduk di sofa hanya memerhati tingkah Anuar

Anuar menghenyakkan punggungnya di Sofa dalam keadaan cemas, dahinya berkerut

"Kalu betui hani datang sini baju koyok rabok, mungkin doh keno rogol,"

"Kang aku doh kabor tadi, hani kata tak,"
Balas wati sebelum mengeleng

"Memanglah dia cakap tak, sapa nok ngaku kalu doh keno rogol,"
Kata Anuar lagi, masih tak berpuas hati

"Kita tunggu jelah dia bangung nanti, tak baik kita nuduh dia gitu,"

Safura hanya mendiamkan diri, dagunya di usap-usap seakan memikirkan sesuatu

"Aku rasa mungkin dia bercinta dengan bos dia kot,"
Kata Safura pula, wajah Wati dan Anuar di pandang silih berganti

"Korang tak perasang ke, sejok Hani datang sini, sikit-sikit dia beruboh, dari macang gadis kampung, berubah macang gadis bandor, kejo tak sampai tigo bulang doh ada keta, cubo korang pikir,"

Wati mengeluh pelan, Anuar mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal, kata-kata Safura seperti ada benarnya, selama dua bulan mereka betiga hanya berjumpa dengan Hani Ismail sebanyak empat kali dan telah melihat perubahan pada sahabatnya itu namun di sebabkan mereka semua bersahabat baik, Wati, Safura dan Anuar tidak pernah mempersoalkannya

"Macang ginielah, tak baik gok kalu kita nuduh dia bukang-bukang, bila hani bangung nanti, aku dengang Safura cuba tanye dia,"

"Aku tak nuduh pung, cuma firasat aku je,"
Balas Safura serba salah

"Ya aku tahu,"

Anuar mengangguk-angguk,
"Yelah, nanti tanye je dia elok-elok, tok usoh memaksa, kite jumpe je esok,"

Wati dan Safura mengangguk serentak

Jam di dinding menunjukkan pukul 11.45 malam, Hani Ismail masih lagi terlena di dalam bilik, wati dan Safura terpaksa membentangkan toto di ruang tamu, bimbang jika Hani Ismail bangun nanti dalam keadaan lapar,

Safura yang baring di sebelah wati sudah pun berdengkur, Wati duduk di atas toto bersandarkan sofa, kepalanya sejak tadi asyik menoleh melihat ke arah pintu bilik, masih bimbangkan sahabat baiknya itu

Dalam suasana hening dan gelap, kelopak mata terpejam-pejam, kepala Wati tersengguk-sengguk menahan mengantuk, kepala di toleh ke arah pintu bilik kemudian membaringkan badannya namun kepalanya terangkat bila mendengar suara tangisan di dalam bilik

Wati bergegas bangun, kaki di ayun ke arah pintu bilik

"Hani?,"
Panggil Wati, setelah membuka pintu, suis lampu bilik terus di tekan, bola matanya terpaku melihat Hani Ismail sedang duduk memeluk lutut di atas katil dalam keadaan menangis

"Kenapa nie Hani?,"
Cepat-cepat Wati naik di atas katil, tubuh Hani Ismail di peluk erat

"Takde apa-apa?,"
Serak suara Hani Ismail saat menjawab

"Kalu takde apa-apa, napa nangis?,"

Hani Ismail mengesat-ngesat air matanya, wajah wati di tatap hiba,

"Buleh tak, kalu nanti je aku citer,"

"Buleh Hani, tapi aku nok tanye dulu, ada orang pukul kau ke atau kau kena rogol, aku terpaksa tanye sebab aku, Safura dengan nuar tengoh risau nie?,"

"Takde sape-sape nok pukul aku atau rogol aku, semua nie saloh aku sendiri, aku yang bodoh Wati, aku doh lukakan hati orang yang aku cinta,"

"Masaloh cintalah nie,"
Wati mengeleng kepala
"Kalu ye pung Hani, janganglah sampai macam nie, muka comot, pakaiang koyok rabok, kawang-kawang mudoh salah paham, mati-mati ingatkang kau kena rogol,"

"Aku minta maaf sangat, buat kau, Safura dengan Nuar risau,"

"Takpe-takpe, nie? Hani lapor tak, ada nasi dengan lauk kat dapur, marilah makang,"

Hani Ismail mengeleng
"Aku tak lapor,"

Wati tergeleng-geleng pelan
"Hani?,"

"Ya?,"

"Hani doh lupe ke pasal Safura?,"

Raut wajah Hani Ismail seakan terkejut, bertaut keningnya memandang Wati, manakan tidak jika di bandingkan masalahnya dengan Safura, masalah sahabatnya itu lebih berat lagi, selepas tamatnya covid, Safura sepatutnya sudah pun bergelar isteri namun ketika akad nikah berlansung pengantin lelaki tidak muncul-muncul kerana mencintai perempuan lain

"Cuba Ingat nasib Safura, walaupung dia sedih, dia malu, tapi dia sabor, dia tetap balik KL keje macang biasa, tapi kita sebagai sahabat dia, kita tahu kalu dia tengoh sedih sangat tapi tujuang dia datang KL sebab nok cari duit, nok tulong orang tua dia kat kampung, takde masa untuk dia meraung, menangis, sedih sebab dalam kepala dia waktu tu, keluarga dia paling penting,"

Hani Ismail bagaikan tersedar bila mendengar kata-kata Wati, memang itulah tujuannya datang berkerja di KL untuk mencari rezeki bagi membantu meringankan beban ayahnya di kampung namun sekarang ini dia terjebak pula dengan masalah perasaannya pada Sharul iskandar

Wati merasa sedih bila melihat keadaan Hani Ismail, mata yang membengkak, wajah yang muram dan layu tak ubah seperti orang yang sedang sakit

"Dohlah tu Hani, tok usohlah fikir pasal masaloh cinta sampai memudaratkan diri kita, tak ado feadohnye pung, kalu Hani rasa masaloh cinta tu lebih penting dari keluarga Hani kat kampung, baik Hani tok usoh keja, balik je kampung,"

Hani Ismail diam tanpa memberi sebarang reaksi

"Marilah makang, tak elok biorkang perut tu kosong,"
Lembut suara Wati memujuk

Air mata kembali di tubir mata Hani ismail, Wati memeluk sahabatnya, belakang Hani Ismail di gosok-gosok lembut

**

Teguh Holding

Hani Ismail datang berkerja seperti biasa, tepat jam 8.30 pagi dia sudah berada di dalam bilik pejabatnya, menunggu Encik Sham memanggilnya untuk training, Di kala dia sedang duduk di kerusi bola matanya memerhati skrin telefon, gambar ahli keluarganya bersama sharul iskandar saat berkunjung di rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar di tatapnya penuh hiba

"Tuk.. tuk..,"
Kedengaran ketukan di luar pintu

"Masuk,"

Puan Kamala tersenyum bila pintu terkuak
"Cik Suraya, tadi ada panggilan dari receptionist, katanya ada seorang lelaki nak bertemu dengan Cik Suraya, urgent katanya,"

Hani Ismail mengeluh pelan, dia tahu gerangan lelaki yang ingin berjumpa dengannya,

"Boleh tak puan Kamala call receptionist kata pada mereka saya meeting sampai tengahari,"

Puan kamala terangguk-angguk
"Baiklah,"

Selepas pintu di tutup, Hani Ismail duduk menyandar, bila dia terfikirkan Zul Denial, hatinya merasa sebak, bila memikirkan perasaan Sharul iskandar saat menonton rakaman dia berpelukkan dengan lelaki itu

"Macam manalah aku boleh berpeluk dengan Denial, padahal aku doh cakap kat tuan, aku doh taknok kat jantang tu,"
Keluh Hani Ismail pelan sambil mengeleng-geleng kepala, menyesal sungguh dengan perbuatannya itu

Kaunter Receptionist

"Baik, Umm baiklah,"
Terangguk-angguk kepala salah seorang penyambut tetamu ketika bercakap di telefon

Selepas ganggang di letak, penyambut tetamu itu terus berdiri

"Encik?,"

Zul Denial yang sedang berdiri tidak jauh dari kaunter, bergegas melangkah menghampiri kaunter

"Bagaimana?,"

"Tadi setiausaha Cik Suraya telefon, dia kata Cik Suraya ada meeting sehingga tengahari,"

Zul Denial mengeluh pelan, kepalanya di toleh kiri dan ke kanan sebelum memandang penyambut tetamu semula

"Boleh tak i dapatkan nombor telefon Cik Suraya,"

Penyambut tetamu itu mengeleng
"Maafkan saya Encik, segala maklumat Staf-staf dalam bangunan nie memang tak boleh di berikan kepada orang luar,"

"Tapi nie urgent,"
Serius suara Zul Denial meminta

"Maafkan saya Encik, memang tak boleh,"

Zul Denial mengaru-garu rambut di belakangnya yang tidak gatal, hatinya gelisah rindu kepada Hani Ismail semakin lama semakin tak tertahan, tapi apakan daya nak tak nak dia terpaksa akur

Bilik Training tingkat 15

"Suraya,"
Panggil Encik Sham, lelaki separuh abad itu mengeluarkan sesuatu dari beg kerjanya

"Ya Encik Sham,"

"Ambil nie,"

Hani Ismail terus bangun dari kerusi, melangkah menghampiri Encik Sham

"Ini adalah maklumat syarikat-syarikat yang akan berebut projek pembinaan kapal kargo bersaiz sederhana dari bahagian Teguh logistics, saya mahu Suraya selidik semua syarikat-syarikat nie,"
Pinta Encik Sham, Sebuah Fail berwarna kuning di hulur kepada Hani Ismail

Berkerut dahi Hani Ismail saat mengambil fail kuning dari lelaki separuh abad itu

"Tapi Encik Sham, sayakan baru lagi?,"

Encik Sham tersenyum
"Ini arahan dari Encik Fuad, lagi pun saya ada banyak projek yang perlu saya uruskan, memang tak cukup tangan, tapi suraya jangan risau, suruh puan Kamala photocopykan semua maklumat nie lepas tu serahkan kepada Lela dengan Faizal, diorang tu dah expert memang boleh bantu Suraya nanti,"

"Habis tu, training macam mana?,"

"Congratulations Suraya, you dah jadi staf department nie, no need training lagi,"

Hani Ismail sedikit terkejut
"Katanya sebulan?,"

"Buat apa nak training lama-lama, Saya perhati Suraya selama dua minggu nie memang Suraya cepat faham apa yang saya ajar, so saya yakin Suraya boleh berkerja tanpa masalah,"

"Aduhh.., risaulah saya Encik Sham,"
Ngeluh Hani Ismail, jika dulu kalau dia ada sebarang masalah berkaitan dengan kerja, Sharul iskandar sentiasa ada di sisinya untuk membantu

"Hey, semangat sikit Suraya, mula-mula je struggle nanti dah lama-lama, confirm Suraya akan jadi lebih expert dari saya,"

Hani Ismail tersenyum hambar
"Insyaallah, Encik Sham,"

"Kalau ada apa-apa masalah, jumpa je saya okay,"

Hani Ismail mengangguk-angguk
"Baiklah,"

**

Hari demi hari terus berlalu, keadaan hidup Hani Ismail semakin ceria, tinggal bersama dengan Wati dan Safura sedikit sebanyak dapat melupakan masalah yang di hadapinya namun setiap hari selepas pulang dari kerja dia akan pergi ke sungai buloh untuk melihat rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar sambil menunggu Sharul iskandar pulang dan selama itu dia tidak pernah melihat sekali pun Sharul iskandar pulang

Hani Ismail membasuh pinggan mangkuk di singki, manakala Wati pula sibuk mengelap meja makan, Safura dan Anuar duduk di ruang tamu berbual, tiba-tiba Wati bersuara

"Bosannya aku kerja, bila Encik Sharul doh takde?,"

mendengar saja keluhan dari Wati, serta-merta tangan yang sedang mencuci pinggan terhenti, Hani Ismail mengelap-ngelap tangannya pada kain putih, pelan-pelan kakinya di ayun menghampiri Wati

"Dia pergi mana?,"
Tanya Hani Ismail terketar-ketar nada suaranya, sejak dia duduk bersama Safura dan Wati, dia tidak pernah menanyakan tentang bekas majikannya itu, bimbang jika Safura dan Wati salah faham padanya

Wati memuncungkan bibir
"Jakarta Indonesia,"

Hani Ismail sedikit terkejut
"Dia buat apa gie sana?,"

"Jaga cawangan baru, sepatutnya Fatin yang pergikang?,"
Celah Safura sambil berjalan ke arah meja di ekori Anuar di sebelahnya

Anuar mengangguk
"Itulah, memang tak best kalu Encik Sharul takde, macang takde semangat nok keje?,"

"Lama ke dia kat sana?,"

"Tak tahulah aku Hani, mungkin setahun kot,"
Jawab Anuar selepas mengankat bahu

Tangan Hani Ismail mengenggam-genggam seluar tidurnya, cuba menahan sebak di dada, gigi di balik bibir yang tertutup di getap bagi menahan dirinya daripada menangis

Safura dan Anuar sama-sama menarik kerusi, selepas melabuhkan punggung mereka, Safura terus mengeluh panjang

"Aku dengor cerita Encik Sharul gie sana sebab putus cinta,"

Anuar pantas menoleh memandang Safura
"Mesti kau dengor dari Fatinkan?,"

Safura tersengih-sengih saat mengangguk
"Habis tu dia cerite, aku dengor jelah,"

"Apa dia cerita,"
Tanya Wati, dia sendiri tidak tahu alasan mengapa majikannya pergi ke Indonesia,

Safura mengerut hidung, pandangannya bengis saat memandang Wati

"Fatin citer kat aku, Girlfriend Encik Sharul curang dengan kawang baik Encik Sharul sendiri, kata Fatin lagi, doh macang-macang Encik Sharul doh buat untuk girlfriend dia, last-last girlfriend Encik Sharul berpeluk-peluk kat jamuang hari jadi,"
Safura tergeleng-geleng
"bengong punya betina,"

"Jamuang hari jadi siapa?,"
Tanya Wati

"Siapa lagi, playboy tuleee,"
Celah Anuar pula

"Habis tu, girlfriend Encik Sharul berpeluk dengan siapa?,"

"Kau nie Wati, dengan siapa lagi, dengan Playboy tulee,"
Anuar mengeleng-geleng kepala

Safura tersengih-sengih memandang Hani ismail, wati dan Anuar silih berganti

"Girlfriend Encik Sharul tu memang bodohkang, doh terang-terang kawang Encik Sharul tu Playboy, dia nok jugok,"

"Alaa.., Lepas keluar masuk 20, 30 kali bilik hotel, kena bye-bye jugak nanti, Nasib baik kantoi awal, kalu tok mangkin kesihan hidup Encik Sharul,"
Kata Anuar sambil menopang dagu

Hampir pingsan Hani Ismail mendengar kata-kata Safura dan Anuar, namun tangannya cepat-cepat menarik kerusi,

"Aku doh lupo nama Playboy tu?,"
Tanya wati lagi, sudah duduk di kerusi sambil mengerutkan dahi cuba mengingat nama kawan baik Sharul iskandar

"Zul Denial,"
Jawab Anuar

Wati terangguk-angguk

"Wei.. weii..,"
Safura bersuara wajahnya kelihatan teruja, sambil punggung di angkat sedikit, tangannya pula bagaikan melambai di atas meja

"Korang ado dengor tak, pasal Encik Sharul tampor adik sepupu dia time rehat,"

Anuar mengeleng-geleng kepala, bibirnya menyenget memandang Safura
"Tu citer dua minggu lepas, kito doh citer banyok kali doh,"

"Tapi Hani tak tahu,"

Wati, Anuar terus menoleh memandang Hani ismail sejak tadi hanya mendengar

Hani Ismail terpinga-pinga, bibirnya terketar-ketar
"Ci.. citer jela,"

"Kalau kau nak tahu Hani, Sepupu Encik Sharul tu saloh seorang mangsa kawang baik Encik Sharul tu sendiri, siap ada anok lagi,"
Kata Wati kemudian mengeleng

berkerut wajah Hani Ismail
"Ha?, betui ke?,"

Wati mengangguk begitu juga dengan Safura dan Anuar

"Sebelum Covid, adik sepupu Encik Sharul tu supervisor kat tingkat 24, ramai staf cakap dia bagus, tapi tulah, bila dia doh tergilakang playboy tu, terus berubah, dari bertudung terus tak bertudung, jadi macang orang barat terus,"

"Tapi untung Playboy tu, dapat nikmat dua orang perempuan sekali gus,"
Anuar mencelah

"Da.. dapat apa?,"
Pantas Hani Ismail bertanya kurang mengerti maksud Anuar tadi

Wati mengeluh pelan, tangan Hani Ismail di atas meja di tepuk lembut

"Hani, apa yang kitaorang cerita nie habis kat sini je tahu, kitaorang pun tak sure semua tu betul ke tak,"

Hani Ismail bersungguh-sungguh mengangguk

"Sebelum Sepupu Encik Sharul tu tergilakang Playboy tu, playboy tu doh ada girlfriend, sapa nama perempuan tu?,"
Tanya Wati pada Safura dan Anuar

"Farah, anak bos syarikat tempat kau kerja Hani,"
Jawab Safura, bulat matanya

"Farah?,"

Safura, wati dan anuar mengangguk hampir serentak

"Itu pasal Sepupu Encik Sharul sanggup mengandungkan anak Playboy tu sebab nok berebut dengan si Farah tu,"
Kata Safura lagi

"Memang pandan ngan muko girlfriend Encik Sharul tu, meraunglah nanti bila kene tinggal, dapat jantang baik nok yang jahat, bengong betul,"
Tutur Anuar dengan menyenget bibirnya

"Kalu doh berpeluk kat jamuang tu, Confirm doh masuk bilik hotelkang,"

"Hish tak baik kate gitu Safura, kito mano ado bukti dia masuk bilik hotel dengan jantang tu,"

Safura menyenget bibir saat memandang Wati
"Kalu doh jalang jumpa dengan jantang playboy, doh buat apa lagi lepas tu,"

"Buat anoklah, buat apa lagi,"
Pantas Anuar menjawab lalu ketawa terbahak-bahak dengan Safura

Hani Ismail serta-merta berdiri, tingkahnya itu mengejutkan Wati, Safura dan Anuar

"Kenapa Hani?,"
Tanya Wati, hairan

"Aku masuk bilik dulu, kepala aku sakit,"
Jawab Hani Ismail, berpura-pura memicit-micit kepala, namun hakikatnya dia cuba menahan diri dari menangis

Di dalam bilik yang gelap gelita, tubuh Hani Ismail di selubungi kain selimut, dia menangis teresak-esak tanpa mengeluarkan bunyi tangisan, tangannya menarik-narik baju tidurnya, perasaan bersalah, kecewa dan geram bercampur baur dalam fikirannya

Malu sungguh bila mendengar kata-kata hinaan dari Safura dan Anuar, walaupun dia sedar Safura dan Anuar tidak mengenali siapa perempuan itu, namun dia dapat merasakan dia memang layak di hina seperti itu, seorang perempuan yang mudah lupa diri berpelukkan dengan seorang lelaki yang pernah menghina dirinya bahkan sudah berkali-kali Sharul iskandar memberi peringatan padanya malah Farah turut menyuruhnya menjauhi lelaki itu, namun kerana kebodohannya sendiri dengan mudah dia membenarkan lelaki itu merasai nikmat memeluk tubuhnya

"Tak sepatutnya cik suraya buat begitu pada Encik Sharul, dah macam-macam dia buat untuk bantu Cik suraya, jika cik Suraya nak tahu, semua tu umpama ujian, untuk melihat isi hati wanita yang dia bantu, tapi terang-terang Cik suraya dah gagal, apa pun tahniah saya ucapkan karana telah menjadi teman wanita Zul Denial yang baru,"

Kata-kata wanita yang membantunya tempoh hari tergiang-ngiang di telinganya, jika benar semua itu adalah ujian dari Sharul iskandar sememang dia telah gagal,

Hani Ismail menarik-narik rambutnya kerana terlalu kecewa namun hatinya bertekad walaupun apa yang terjadi, dia akan membalas Kebaikan Sharul iskandar, sampai mati sekali pun dia tidak akan jatuh cinta dengan mana-mana lelaki kecuali dengan bekas majikannya itu

Bab akan datang

Hani Ismail bersama Lela datang ke syarikat Sealand logistics group untuk membuat penyelidikan akan kemampuan syarikat itu bagi membina kapal kargo untuk syarikat Teguh holding

Secara kebetulan dia bertemu dengan Zul Denial bersama dengan Datin Linda, bila Datin linda mengetahui anak bujangnya begitu menyukai Hani Ismail, dia lansung tidak menyukai Hani Ismail kerana Hani Ismail terang-terang mengakui datang dari keluarga nelayan

Dalam pertemuan itu, Datin linda tidak habis-habis menghina Hani ismail, akan tetapi tindakan Datin linda itu membawa padah pada dirinya sendiri, kerana dia tidak sedar Hani Ismail adalah orang yang sangat penting sedang di tunggu pemilik syarikat Sealand logistics group iaitu ayah kepada Datin Linda

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience