Bab 4

Humor Completed 55808

Stesen Bas TBS

Setelah menempuh hampir 4 jam perjalanan dari kuantan akhirnya Bas yang di naiki Hani Ismail tiba di stesen bas TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Wajah Hani Ismail kelihatan cemas ketika dia turun dari bas, dia memberanikan diri berjalan mengikut penumpang yang turun dari bas yang sama, Dalam masa yang sama juga, dia cuba menghubungi Najwa tetapi panggilannya itu tidak di jawab, whatsapp juga tidak balas

Hani Ismail cuba menghubungi kawan-kawannya pula namun semua panggilannya itu tidak jawab, Hani Ismail menjadi semakin cemas, padahal Najwa ada memesan padanya supaya menghubungi sejam awal sebelum dia tiba di stesen bas TBS namun tiada satu pun panggilannya di jawab oleh wanita itu

Hani Ismail berdiri di tepi tangga eskalator sambil memerhati di sekelilingnya, fikirannya mulai buntu

"Mungkin aku doh kena tipu,"
Bisik hati Hani Ismail, wajahnya tampak sedih dan kecewa, dia melihat jam di skrin telefon menunjuk waktu hampir 12 tengahari

"Maaf saya Kok,?,"
Tegur Hani Ismail pada seorang wanita yang sedang ingin mengunakan tangga eskalator

Wanita itu berpaling
"Kenapa Dik?,"

"Boleh saya tahu, nok beli tiket bas, kat mana?,"

"Ada Kat atas, jom ikut kak naik atas, nanti kak tunjuk,"

Hani Ismail mengangguk, dia terus mengikut wanita tadi menaiki tangga eskalator

"Adik jalan je terus, nanti adik akan lihat banyak kaunter bas,"
Jelas wanita itu selepas dia dan Hani Ismail naik ke lobi utama

Hani Ismail mengangguk sambil tersenyum
"Terima kasih kak ya,"

"Sama-sama,"
jawab Wanita itu sebelum melangkah ke arah laluan berbeza

Hani Ismail berjalan laju dengan hati kecewa, dia ingin pulang semula ke kuantan daripada terus menunggu di situ,

kedua kakinya di ayun laju, Hani Ismail mencongak, bercamtum keningnya, berkerut teruk sambil melihat nama-nama bas dan detinasi yang tertera di depan kaunter

Akhirnya Hani Ismail berhenti di depan sebuah Kaunter, tetapi tidak terus membeli tiket, keluhan berat di lepaskan, selepas menarik nafas, kakinya terus di ayun untuk membeli tiket

"Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai kulumpuh, tak mampu berdiri
Aku tetap begini?,"

Nada dering yang berdering mengejutkan Hani Ismail, dia segera menjawab

"Hello!, Cik Hani kat mana sekarang,"
Kedengaran cemas suara Najwa di hujung talian

"Saya doh ade kat stesen bas TBS,"

"Saya pun dah ada kat sini, Cik Hani sekarang ada kat mana?,"

Hani Ismail mendongak untuk melihat nama di atas kaunter

"Depan Kaunter Bas Ehsan Murni,"

"Ha, saya tahu tempat tu, Cik Hani tunggu je kat situ, jangan gie mana-mana sekejap lagi saya sampai,"

"Baik saya tunggu,"

Bibir Hani Ismail tersenyum lebar, bola matanya bulat memerhati sekeliling, hatinya kembali bersemangat

Tidak berapa lama kemudian Hani Ismail memandang seorang wanita mengenakan kasut tumit tinggi dengan rambut terikat ke belakang, sedang terburu-buru berjalan ke arahnya

"Cik Hani ke?,"
Tanya Najwa, dia kelihatan lebih tinggi dari Hani Ismail di sebabkan kasut tumit tinggi yang di pakainya

Hani Ismail mengangguk
"Ya saya Cik,"

Najwa mengosok-gosok dada, wajahnya tampak lega

"Maafkan saya Cik Hani, meeting lama sangat tadi, jalan pun jem sebab tu saya tak dapat nak jawab call Cik Hani,"

"Tak apa Cik Najwa saya pung baru je sampai,"
Balas Hani Ismail walaupun hakikatnya dia baru saja mahu membeli tiket untuk pulang semula ke kuantan

Agak lama Najwa memerhati wajah Hani Ismail sampai berkerut dahinya

"Kenapa Cik Najwa, ade tok kene ke dengan muko saya,"
Tanya Hani Ismail, Hairan

Najwa mengeleng
"Kat gambar resume nampak putih, tapi?,"

Hani Ismail tersengih-sengih
"Tu gambor saye waktu sekoloh, lepas habis sekoloh saya ikut ayoh saya ke laut, tu muko saya hitang,"

"Time covid pun turun laut?,"

Hani Ismail bersungguh-sungguh mengangguk
"Kalu Nelayan tak turung laut nanti kebulor orang pahang,"

Najwa tergelak pelan
"Jomlah Cik Hani ikut saya pergi kat kereta,"

Hani Ismail terangguk-angguk

Sebuah kereta perodua myvi berwarna unggu kelihatan sedang keluar dari lot parking stesen bas TBS kemudian menyusur laju masuk ke laluan lebuh raya menghala ke sungai buluh

Wajah Hani Ismail berkerut hairan bila merasakan kereta di pandu Najwa bukan menghala ke arah bandar kuala lumpur, tapi dia tidak berani bertanya memandangkan Najwa ketika itu begitu fokus memandu

Setelah setengah jam berlalu, kereta di pandu Najwa berhenti di tepi sebuah rumah mewah yang besar,

"Besornya rumoh, rumoh sape nie Cik Najwa?,"

"Rumah bos saya,"
Jawab Najwa sambil menanggal tali pinggang keledar

"Jom Cik Hani, bawa beg Cik Hani sekali,"

Hani Ismail mengangguk, namun hatinya mulai gelisah tertanya-tanya mengapa Najwa membawanya ke rumah mewah itu

Selepas Najwa membuka pagar rumah, dia menyuruh Hani Ismail mengikutnya, Hani Ismail memerhati sekeliling, dia mula tidak sedap hati

"Buat apo kito kat sini Cik?,"

Pertanyaan Hani Ismail membuatkan Najwa merasa hairan

"Mulai hari nie, Cik Hani kerja kat sini,"

"Ha? keje kat sini, keje ape?,"

Najwa mengaru-garu rambutnya sambil memandang Hani Ismail

"Pembantu rumah,"

Alangkah terkejutnya Hani Ismail bila mendengar jawapan dari Najwa, bagaikan gugur jantungnya saat itu

"Bila masa pulok saya mintok keje pembantu rumoh?,"

"Eh?,"
Najwa sedikit terkejut
"Tapi itulah jawatan yang Cik Hani mohon dengan kami,"

Hani Ismail terdiam, bola matanya merenung rumah mewah di hadapannya

"Kenapa Cik Hani?,"
Najwa mulai risau

"Betui ke Gaji pembantu rumoh 3 ribu?,"

Najwa mengangguk

"Banyok jugo gaji pembantu rumoh,"
Bisik Hani Ismail dalam hatinya

"Maaf Cik Najwa kalu saya tanye, berape orang pembantu rumoh, rumoh nie?,"

"Cuma Cik Hani seorang je,"

"Saya sorang je?,"

Najwa mengangguk

"Habis tu, berapo orang duk rumoh nie?,"

Najwa menunjuk jari telujuknya
"Seorang saja,"

"Aduh.. macang kena tipu je, nok balik ke nok keje nie, tapi gaji beso, tolak nanti rugila pulok, bukang susoh pung ngemas rumoh,"
Getus hati Hani Ismail sambil mengaru-garu kepalanya yang bertudung, hatinya mula bebelah bahagi

Najwa memerhati seketika Hani Ismail membiarkan gadis itu berfikir sejenak

Selang beberapa minit, akhirnya Hani Ismail membuat keputusan, dia memandang Najwa sambil kepalanya di angguk

"Baiklah Cik, saya terimo keje tu,"

Bibir Najwa tersenyum

"Jom Cik Hani ikut saya masuk dalam rumah,"

Ketika Najwa membawa Hani Ismail masuk ke dalam rumah mewah itu, mereka berdua begitu terpegun bila melihat bertapa luasnya ruang tamu, di hiasai dengan perabot-perabot antik namun di ruangan dapur pula kelihatan berbeza, kitchen kabinet, tabletop seperti baru di ubah suai, di lengkapi barangan elektrik yang berjenama,

Saat itu Najwa tidak menunjukkan pada Hani Ismail keseluruhan rumah mewah itu kerana ini pertama kali dia datang ke rumah mewah Sharul iskandar,

setelah setengah jam berlalu, mereka berdua duduk di ruang tamu, Najwa meminta segala maklumat peribadi dari Hani Ismail untuk kegunaan syarikat

"Cik Najwa?,"
Panggil Hani Ismail, lembut

Najwa mengankat muka ketika ibu jarinya sedang menaip di skrin tablet

"Buleh saya tahu, tuan umoh nie orang tuo ke orang mude?,"

Najwa tersenyum, tiba-tiba hatinya terdetik ingin mengusik Hani Ismail

"Bos saya tu muda lagi, tapi badan dia gemuk, orangnya garang, dia suka sangat menengking orang, salah sikit je dia tengking, sampai saya fikir, bos saya tu memang di lahirkan untuk menengking orang,"
Ujar Najwa membuatkan Hani Ismail berdiri serta merta

"Saya tak muhlah keje nie Cik Najwa, saya takut,"

"Maafkan saya Cik Hani, Cik Hani dah terima kerja nie, saya pun dah proses semua maklumat Cik Hani, So Cik Hani tak boleh nak berhenti, kalau Cik Hani berhenti juga, syarikat kami boleh ambil tindakan pada Cik Hani nanti,"

"Tapi saya takut Cik Najwa,"

"Biar betul perempuan nie, dia lebih takut bos aku dari rumah macam berhantu nie,"
Bisik hati Najwa, wajahnya hairan memandang Hani Ismail

"Cik Hani jangan bimbang, bila saya balik office nanti, saya beritahu bos saya, Cik Hani tak nak kerja nie, tapi untuk hari nie Cik Hani kena duduk sini, esok insyaallah saya datang,"

Tubuh Hani Ismail terketar-ketar, kedua tangannya di genggam erat, wajahnya berkerut bimbang

"Kalau Cik Najwa jumpa bos Cik, tulung beritahu dia, kalu jumpe saya kat sini, jangan tengking saya, saya tak muh kerje nie,"

Najwa terangguk-angguk serius akan tetapi dalam hatinya sedang tergelak ketawa

"Cik Hani jangan bimbang, oh ya saya lupa nak beritahu Cik Hani, nanti, kalau Cik Hani jumpa dengan bos saya, Cik Hani kena panggil dia Tuan sharul ya,"

Nak tak nak Hani Ismail terpaksa mengangguk sambil hatinya berdoa semoga waktu cepat berlalu supaya dia dapat kembali semula ke kampung halamannya

Waktu terus berlalu, setelah Najwa pulang semula ke office, Hani Ismail hanya duduk di ruang tamu, bahkan dia langsung tidak pergi ke tandas kerana dirinya sedang di belenggu perasaan takut, bola matanya hanya merenung kosong meja di hadapan sambil fikirannya sedang memikirkan yang bukan-bukan

Hani Ismail mula merasakan matanya berat, asyik sahaja terpejam-pejam, malam tadi dia langsung tak dapat melelapkan mata sehingga ke subuh, begitu juga ketika dia berada di dalam bas namun saat ini

"Hiss tulunglah mata, janganlah tidur, nanti kena tengking,"
Kata Hani Ismail sambil memukul-mukul matanya

Jam di dinding berdetik setiap saat, oleh kerana Suasana ruang tamu begitu sunyi, kedengaran jelas jarum jam berbunyi setiap detik, Hani Ismail sudah terbaring di atas Sofa, kedua kakinya terjuntai ke bawah tanpa menyedari masa terus berlalu

Bahu Hani Ismail di tepuk Beberapa kali, namun gadis itu langsung tidak begerak, tangan itu seakan tidak mengalah masih terus menepuk-nepuk bahu gadis itu

Hani Ismail cuba membuka matanya, dia dapat merasakan bahunya di tepuk berkali-kali tanpa henti, dia mengankat muka untuk melihat

"BERANI BETUL AWAK TIDUR YA,"

Hani Ismail serta merta terkejut dengan suara garau Kedengaran menakutkan namun matanya terbeliak luas bila dia melihat susuk tubuh besar sedang berdiri di depannya sehingga menyebabkan detak jantungnya menjadi lemah dan terus pingsan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience