Bab 7

Humor Completed 55808

Sharul iskandar menjeling ke arah Hani Ismail ketika sedang memandu, sejak mereka berdua minum bersama Zul Denial, Hani Ismail banyak termenung, tiada lagi wajah teruja ketika saat gadis itu melihat bandar kuala lumpur

Sharul iskandar mengeluh pelan, dia seperti tahu apa yang sedang di fikirkan Hani Ismail

"Hani dah jatuh cinta ke dengan Denial?,"

Hani Ismail sejak tadi hanya melontarkan pandangan di luar jendela, terus mengalih pandangannya memandang Sharul iskandar

"Kalu jatuh cinta pung, tepok sebeloh tangang je tuan, perempuang macang saya nie, manolah layok lelaki macang kawang tuan,"

Sharul iskandar tergelak pelan, tidak menyangka Hani Ismail akan mengaku kalau sudah jatuh cinta dengan sahabatnya

"Kenapa cakap macam tu, Hani tak dengar ke tadi, Denial puji kalau Hani cantik,"

Hani Ismail tersenyum hambar
"Dia puji sebab tuan cakap saya nie adik sepupu tuan, cuba tuan cakap kalau saya nie orang gaji, mungkin dia nok pandang saya pung dia tok hingin,"

Sharul iskandar terangguk-angguk, mungkin ada benar juga Kata-kata Hani Ismail

"Relex Hani, kalau ada jodoh Hani dengan dia, tak kemana pun, atau mungkin Hani akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia,"

Hani Ismail mengangguk, bibirnya tersenyum memandang Sharul iskandar

"Terima kasih tuan, sebab tuan tok cakap pung saya nie orang gaji, saya hargai sangat,"

Sharul iskandar memandang seimbas Hani Ismail yang ketika itu sedang memandang padanya

"Itu bukan pecuma tau, kebaikan tu Hani kena balas,"

"Tuan nok saya balas apa,"

"Nanti balik, Hani boleh masak tak,"

Hani Ismail mengangguk
"Oh buleh, nanti saya masok, tuan rehat je,"

**

hujan turun mencurah-curah membasahi bumi, langit di selubungi awan-awan hitam tanpa sinar atau silauan matahari, Hani Ismail hanya menyandar lesu di ruang tamu,

Sharul iskandar masih berada di atas merehatkan diri selepas makan tengahari, Entah mengapa setiap kali hujan lebat Hani Ismail merasa tidak sedap hati bila memikirkan ayahnya yang sedang berada di laut, setiap kali hujan, laut akan bergelora di tambah pula dengan ribut kapal pasti akan terumbang ambing dengan kuat,

Satu keluhan di lepaskan perlahan, matanya terpejam, fikirannya menerawang, Wajah kacak Zul denial tiba-tiba bermain-main di mindanya, bibirnya tersenyum

Sharul iskandar melangkah perlahan-lahan, bola matanya menjeling ke arah Hani Ismail yang sedang tersenyum, entah apa yang sedang di fikirkan gadis itu sekarang, selepas melabuhkan punggungnya di atas Sofa

"ehemm!,"

Hani Ismail membuka mata, bola matanya melirik ke arah Sharul iskandar

"Tuan?,"

"First time saya tengok orang tidur sambil tersenyum,"

Hani Ismail ketawa kecil
"Takdolah tuan, saya bukang tidur,"

"Hani teringat Denialkan?,"
Sharul iskandar cuba mengagak

Hani Ismail tersipu-sipu malu tetapi dia tetap mengangguk, itulah sifat yang sharul iskandar suka yang ada pada Hani Ismail sejak dia mengenali Hani Ismail, gadis itu tidak malu untuk mengaku

"Sabar je Hani, satu hari nanti saya akan bagi peluang pada Hani,"

"Peluang?,"

Sharul iskandar mengangguk
"Tapi bukan sekarang, tapi akan datang,"

Hani Ismail menekan bibirnya sambil merenung wajah Sharul iskandar

"Tuan tok pernoh terpikir ke untuk kurus kang badang?,"

Pertanyaan Hani Ismail mengejutkan sedikit Sharul iskandar

"Kenapa Hani tanya?,"

"Tok lah, dari mata saya, kalu tuan kurus, mesti tuan lebih kacok dari Denial,"
Jelas Hani Ismail bila dia melihat wajah majikannya putih dengan hidung mancung walaupun tembam tapi masih kelihatan comel

Sharul iskandar tergelak mendengar kata-kata Hani Ismail

"Kalau saya kurus, saya kena jaga makan, tapi saya suka makan, saya tak kisah pun kalau badan saya gemuk,"

"Nanti takdo perempuang yang suka kang tuan,"

"Hani,"
Sharul iskandar berdiri
"Hidup zaman sekarang nie paras rupa orang dah tak pandang Hani, zaman sekarang nie yang penting ada duit, bila ada duit semua benda kita boleh beli, termasuk kebahagian, Hani terima tak kalau Zul denial tu cuma kerja riders,"

"Terima,"
Hani Ismail tersengih-sengih

"Tapi? Zul denial tu terima tak kalau Hani cuma orang gaji?,"

Hani Ismail terpinga-pinga sambil mengankat muka, dia memandang sharul iskandar sebelum mengeleng kepala,

"Buat masa nie, Hani fokus je dengan kerja, tak usah fikirkan Denial tu sangat, lelaki yang ada rupa macam dia Hani, walaupun dia kaya atau miskin dia tetap akan cari perempuan yang sepadan dengan dia, so Hani tunggu je, nanti saya bagi perluang kat Hani,"

"Peluang apa tuan,"

Hani Ismail berdiri, kakinya di ayun mengekori belakang sharul iskandar

"Tuan mesti nok kurus kang badan, lepas tu bercinta dengang saya kang,"
Ujar Hani Ismail selamba

Sharul iskandar serta merta ketawa terbahak-bahak

"Boleh tak Hani jangan kuat sangat berangan,"

**

Masa berlalu begitu pantas sudah dua minggu Hani Ismail berkerja di rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar sebagai pembantu rumah, hubungan dengan majikannya juga bagaikan adik dengan abang, Ayah dan ibunya pula selalu merasa gembira setiap kali mendapat panggilan darinya bila mendengar suaranya yang selalu ceria

Hani ismail berdiri tegak di hadapan cermin wajahnya berkerut, tangannya pula mengosok-gosok perut,

"Pelik?, macang making gemuk je aku nie, muka pung doh tembam, hiss bahaye nie,"
Bisik Hani Ismail, bola matanya menjeling pula ke arah baju kurung yang tergantung di pintu almari,

Esok hari ahad, dia ingin berjumpa dengan kawan-kawannya di NU sentral, Sharul iskandar juga sudah memberi kebenaran dan mahu menghantarnya ke sana esok

Dahi Hani Ismail berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu, beberapa minit kemudian, dia melangkah keluar dari biliknya

Di ruangan dapur Sharul iskandar sedang memanaskan lauk tengahari yang di masak Hani Ismail, bau masakan singgang ikan kembung benar-benar menyelerakannya di kenakan pula dengan sambal belacan dari air tangan Hani Ismail

"Tuan nok makang ke?,"

"Yes,"
Jawab Sharul iskandar sambil memusingkan badan, Hani Ismail sedang berjalan ke arahnya

"Tuan duduk, bior saya yang buat,"

Sharul iskandar menganguk, Hani Ismail mengambil alih tugas di dapur, saat Sharul iskandar sedang duduk menopang dagu, bibirnya tersengih-sengih memerhati Hani Ismail

Pinggan berisi lauk singgang ikan kembung di letakkan di atas meja, sebelum Hani Ismail meletakkan hidangan sayur sawi ikan bilis dengan sambal belacan, bola matanya melirik memandang Sharul iskandar sejak tadi tersengih

"Hiss tuan mesti nok cakap saya doh gemukkan?,"
Hani Ismail cuba mengagak

"Takdelah gemuk, cuma makin berisi je, muka Hani pun dah nampak cerah,"

Hani Ismail menepuk-nepuk pipinya, bibirnya tersenyum

"Ini kesan dari ubat vitamin C yang tuan bagi kat saya minggu lepas, setiap pagi saya minum,"

"Kalau sebulan Hani amalkan, insyaallah nanti makin cerah muka Hani,"

"Kulit asal Hani memang putih pung,"
Balas Hani Ismail sambil menyedok nasi dalam periuk

"Esok pukul berapa Hani nak pergi UC?,"

"Pukul 10.30,"

"Esok saya ajar Hani naik komuter, kita pergi sama-sama,"

"Tuan nok ikut sekali ke jumpe kawang-kawang saya,"

Sharul iskandar mengeleng
"Saya cuma ikut Hani sampai KL Sentral je, nanti kalau Hani nak balik, Hani kena balik sendiri naik komuter nanti saya jemput,"

Hani Ismail mengangguk, walaupun dia lebih suka jika Sharul iskandar mengikutnya sekali

**


Stesen KTM sungai buloh

KTM komuter sungai buloh menghala ke Kl Sentral kelihatan tidak terlalu ramai penumpang, Hani ismail duduk di sebelah Sharul iskandar sambil memerhati Kad touch n go pemberian Sharul iskandar, berlatarkan watak utama anime naruto

"Simpan baik-baik kad tu, jangan hilangkan,"
Tegur Sharul iskandar, wajahnya kelihatan tidak selesa ketika berada di dalam komuter

Hani Ismail mengangguk

"Ingat tahu, stesen yang Hani perlu turun bila balik nanti stesen sungai buloh, jangan sampai terlepas,"

"Kalau Hani telepas?,"

Sharul iskandar menarik nafas tenang
"Seboleh-bolehnya Hani janganlah sampai terlepas,"

Hani Ismail mengangguk lagi, wajah gelisah Sharul iskandar di tenung seketika, selepas komuter berhenti beberapa stesen penumpang yang ada di dalam komuter bertambah ramai, Sharul iskandar berdiri memberi tempat duduknya pada seorang wanita india yang sudah berusia

Hani Ismail mendongak memerhati wajah gelisah Sharul iskandar sedang berdiri di hadapannya, dia menjadi risau

"Abang!, duduk bior Hani je berdiri?,"
Pinta Hani Ismail dengan nada yang agak kuat membuatkan beberapa penumpang tersengih memandang ke arahnya namun dia tidak mengendahkan, bola matanya hanya tertumpu pada wajah majikannya

Sharul iskandar mengeleng, bibirnya tersenyum, tangannya memberi isyarat supaya Hani Ismail duduk

Setelah komuter begerak dari stesen kuala lumpur, hanya selang beberapa minit untuk KTM komuter tiba di stesen Kl Sentral

Hani Ismail terpaksa memaut lengan Sharul iskandar kerana ketika itu kelihatan begitu ramai para penumpang yang ingin turun di stesen KL Sentral, setelah mereka berdua melangkah keluar, Sharul iskandar duduk seketika di bangku untuk melepaskan lelah,

"Abang okay tak?,"
Tanya Hani Ismail, wajahnya cemas memandang majikannya

"Don't worry saya okay je, lagi pun saya dah lama tak naik komuter, kena pula badan dah gemuk macam nie, cepat betul letih,"

"Sebab tulah abang kene kuruskang badang, baru kacok,"
Hani Ismail tersengih

Sharul iskandar menyeget bibir
"Jangan mengarut, let's go,"


Hani Ismail berjalan di sisi Sharul iskandar sambil mendengar arahan dari majikannya itu, cara keluar dari Stesen komuter sebelum mereka berdua berdiri di tepi tangga eskalator

"Hani naik eskalator nie, nanti sampai atas Hani jalan je terus, Hani akan masuk dalam NU mall, lepas tu Hani call kawan-kawan Hani cakap Hani tunggu dekat pintu keluar masuk ke KL sentral,"

"Abang tak nok ikut ke?,"

"Hiss mana boleh, saya niekan majikan mereka, Hani pergi je lepak dengan kawan-kawan Hani,"

Hani Ismail mengangguk kemudian melangkah ke arah tangga eskalator, dia menoleh beberapa kali memandang Sharul iskandar sedang berjalan ke arah pintu masuk stesen komuter, entah mengapa hatinya tiba-tiba merasa sedih meninggalkan majikannya itu walaupun dia hanya pergi berjumpa dengan kawan-kawannya

Setelah tiba di atas Hani Ismail mengeluarkan telefon dari poket baju kurungnya, dia melangkah sambil cuba menghubungi kawan-kawannya

"Hai Hani,"

Hani Ismail menoleh ke arah suara yang memanggil, alangkah terkejutnya bila bola matanya melihat Zul Denial sedang melambai sambil berjalan ke arahnya

"Lama tak jumpa Hani, Hani apa khabar,"
Tegur Zul denial setelah berdiri di hadapan Hani Ismail

"Ha..Hani o.. okay je,"
Hani Ismail tergagap-gagap, pandangannya di alih ke arah lain

Zul Daniel tersenyum manis,
"Hey, kitakan dah pernah jumpa, saya nie pun kawan baik sepupu Hani, buat apa nak malu,"

Bola mata Hani Ismail menjeling, jantungnya berdebar-debar bila melihat betapa kacaknya Zul Denial saat ini

"Sa..saya bu.. bukangnya ma.. malu cu..cu?,"

"Dengan siapa you bercakap tu Zul?,"

Celah seorang wanita berkulit putih berambut ikal berwarna coklat sedang berjalan ke arah Zul Denial

"Kenalkan, ini Hani sepupu Sharul,"
Jawab Zul Denial,

Wanita itu memeluk tubuh, bola matanya memerhati Hani Ismail dari bawah hingga ke atas

"Ada lagi orang pakai baju kurung macam nie, you nie dari kampung ke?,"

Hani Ismail tertunduk

"Hey Rina, please okay,"

"Darling, i cuma tanya je, tak usahlah you marah, i tahulah dia nie sepupu kawan baik you,"

"Ya betui saya dari kampung,"
Jawab Hani Ismail, wajahnya merah padam kerana malu

"See, okay je dia jawab,"

Zul Denial mencekak pinggang, wajahnya tampak resah

"Maaf ya Hani, saya kenalkan ini girlfriend saya Rina,"

Hani Ismail pelan-pelan mengankat muka, namun dia tidak berani memandang wanita di sebelah Zul Denial

"Hai Cik Rina,"

Rina tidak membalas hanya tersenyum sinis memandang Hani Ismail

"So apa lagi yang you tunggu, cakaplah cepat apa yang you nak cakap dengan budak nie, i tiada masa nak tunggu?,"

Zul denial mengeleng sebelum melepaskan keluhan

"Nothing,"
Jawab Zul Denial ringkas, kedua kakinya segera di ayun tanpa memandang Hani Ismail namun kekasihnya perlahan-lahan mendekati Hani Ismail

"Hey budak, please tolong cerminkan muka you dulu sebelum nak bercakap dengan boyfriend i okay, because you look disgusting,"
Ucap Rina sebelum membuat gerakan geli seraya mengejek Hani Ismail

Hani Ismail hanya mendiamkan diri saat ini dia benar-benar merasa malu sehinggakan dia berdiri sambil menundukkan kepala, air matanya menitis namun tanpa dia sedar jika Sharul iskandar sedang memerhatikannya dari jauh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience