Bab 10

Humor Completed 55808

"Tahniah Kok Seha,"
Ucap Hani Ismail pada sepupunya Seha sedang duduk di atas pelamin

"Laa.. Hani, kok ingat sapa tadi,"
Balas Seha berbaju pengantin ala jubah muslimah berwarna putih, dia bangun dari kerusi terus saja memeluk Hani Ismail

"Nah.., making cantik doh Hani sekarang,"
Puji Seha sambil melihat jubah biru di kenakan Hani Ismail

"Kok seha apa kurangnya, cantik sangat hari nie,"

"Tentulah kok keno cantik hari nie, kok kang pengantin,"
Jawab Seha, bibirnya tersenyum riang

Mereka berdua berbual di atas pelamin, manakala Sharul iskandar pula sedang menjamu selera duduk bersama Haikal, adik lelaki Hani Ismail, Khalid dan kamal,

Suasana riuh dengan muzik yang bergema memeriahkan lagi majlis perkahwinan yang di buat di hadapan rumah, kelihatan begitu ramai para tetamu yang datang untuk meraikan majlis perkahwinan anak buah khalid, anak kepada adik perempuannya

Haikal sejak tadi hanya memerhati Sharul iskandar makan, tertelan air liurnya bila melihat betapa seleranya Sharul iskandar, begitu juga Khalid dengan kamal

"Sedap tok Sharul,"
Tegur Khalid

Sharul iskandar terangguk-angguk
"Sedap, first time saya makan kat majlis perkahwinan tiada masakan ayam dengan daging,"

Khalid tergelak kecil
"Sebab sini kampung Nelayan, orang kampung lebih gemor masak ikang dari ayam,"

Sharul iskandar menoleh memandang Khalid
"Kari kepala ikan nie sedap betul,"

"Memang sedap, tu bukang ikang biasa, ikang merah tu,"

Dalam rumah, Bola mata Hani Ismail sejak tadi melirik ke arah Sharul iskandar walaupun dia sedang berbual dengan saudara maranya, bimbang jika majikannya bersendirian

"Saya balik dululah Encik khalid, kesihan kat tetamu tengah tunggu meja kosong,"
Kata Sharul iskandar selepas selesai makan

"Yelah, saya tok buleh balik lagi, keno dok sini sampai majlis habis, Sharul baliklah dulu dengan Kamal, buleh,"

"Boleh tiada masalah,"

"Haikal ikut sekali abang, buleh tak yoh,"

"Tanyolah abang, jangang tanyo ayoh,"

Sharul iskandar tersenyum memandang Haikal
"Boleh, jomlah kita rounder bandar kuantan,"

Tersenyum lebar Haikal bila mendengar ajakan dari sharul iskandar,

Dari jauh Hani ismail dapat melihat Sharul iskandar sedang berjalan bersama Kamal dengan Haikal keluar dari khemah, kedua kakinya cepat-cepat di ayun mahu mengejar namun seorang wanita bertudung hitam tiba-tiba menyapa

"Amboi kemain lagi anok daro Khalid nie, mangkin cantik doh sekarang,"

"Ya Allah, mokcik Ramlah, bila sampai?,"

**

Sharul iskandar memandu keretanya menghala ke pusat bandar kuantan, Haikal yang sedang duduk di sebelahnya begitu riang sekali, kamal pula duduk di belakang hanya memerhati di luar jendela segan mahu berbual dengan Sharul iskandar

Bola Mata Sharul iskandar melihat cermin atas untuk melihat Kamal di belakang

"Kamal tingkatan berapa sekarang?,"
Tegur Sharul iskandar

Kamal sedikit tersentak, cepat-cepat dia beralih tempat dari hunjung ke tengah

"Saya tingkatan lima,"

"Spmlah tahun nie,"

Kamal mengangguk

"Boleh ke?,"

"Insyaallah Bang, nak kata 100 peratus tu saya tok berani, tapi untuk lulus tu mungkin buleh,"
jawab Kamal seakan mengerti maksud Sharul iskandar

Sharul iskandar tersenyum
"Mana tempat best kat kuantan nie?,"

Kamal terdiam sejenak
"Kita gie kuantan mall je Bang,"

"Yey! kuantan mall,"
Bersorak Haikal, gembira sungguh adik lelaki Hani Ismail bila mendengar nama Mall tersebut

"Kamal tunjuk jalan ya,"

**

"Doh berapo lamo Hani kerja KL?,"
Tanya Puan Ramlah bertudung Hitam adik bongsu dalam keluarga Khalid, dia duduk semeja dengan Hani Ismail, puan Samsiah dengan puan kamariah ibu kepada pengantin perempuan

"Tak sampai sebulan lagi mokcik,"
Jawab Hani ismail,

"Mokcik dengor, Hani kerjo pembantu bos, betul ke?,"

Hani Ismail mengangguk, bibirnya tersenyum
"Gitulah mokcik, pembantu je, takdo apa yang special,"

"Hiss, ayoh Hani kabor, Hani datang dengan bos Hani, tu baru sebulan doh ikut Hani balik kampung, bagusloh tu,"

"Mano ado mokcik, dio ikut sebab nak nengok suasana kampung, tu je,"

"gemuk bos dia,"
Celah Puan Samsiah, pelan saja nada suaranya

"Gemuk ke?,"

Puan Samsiah mengangguk

"Gemuk sebab banyok duit, tu bagus, nie Hani,"
Puan Ramlah menepuk tangan Hani Ismail

"Tak yoh memilih sangat, zamang sekarang nie bagus cari lelaki yang buleh tanggung kito, buka kito tanggung dia, tok usah peduli kalu bos Hani tu gemuk, janji dia baik tok loket, sempurna doh tu buat laki,"

Hani Ismail mengeluh pelan
"Kalu Hani suka dio pung mokcik, dio tok suka Hani, dio anggap Hani nie pembantu je tok lebih dari tu,"

"Gituloh pulok, doh gemuk memilih pulok tu,"

"Hiss tok baik mokcik ngata gitu,"

**
Kuantan City Mall

"Jom kita pergi makan,"

"Ha?,"
Kamal sedikit terkejut
"Kita baru je makan tadi Bang,"

Sharul iskandar tersenyum nipis
"Tu tadi, nie sekarang,"

Kamal mengaru-garu rambutnya
"Perut saya doh penuh bang, tok leh doh nok isi,"

"Saya pung sama, kenyang doh,"

Sharul iskandar mengosok-gosok dagunya seraya berfikir
"Jom kita tengok wayang dulu, lepas tu kita pergi main bowling, baru gie makang, ada bowling sini kan?,"

"Ada,"
Jawab kamal dengan Haikal hampir serantak

Selepas menonton wayang, Sharul iskandar, kamal bersama Haikal menunaikan solat Asar sebelum mereka bertiga menghabiskan masa terluang bermain bowling,

"Kita gie makang kat KFC bang, buleh?,"
Pinta Haikal dengan wajah polosnya

"Boleh,"
Sharul iskandar melihat jam di tangannya, menunjukkan waktu 6.45 minit petang
"Haikal nak apa-apa tak, abang belanja,"

Haikal mengankat muka kemudian menuduk semula seakan malu meminta pada Sharul iskandar

"jangan takut, Haikal cakap je apa Haikal nak,"

"Hanphong, kawang-kawang saya semuo ado, saya je takdo,"

"Haikal darjah berapa sekarang?,"

"Darjah enam,"

"Belajar pandai tak?,"

Haikal terangguk-angguk
"Pandai,"

Sharul iskandar mengecil mata memandang Haikal seakan tidak pecaya sebelum menoleh memandang kamal inginkan kepastian

"Adik beradik Hani semua pandai-pandai bang, abang haikal nombor duo dengan kakak dio nombor tigo asrama penuh, Haikal nie buleh tahang jugok cerdik,"

Sharul iskandar menarik nafas panjang, wajah Haikal yang begitu mengharap di tenung seketika
"Tapi Haikal kena janji, kalau abang belikan handphone pada Haikal, Haikal kena belajar betul-betul, jika tak, abang suruh Hani ambil semula handphone tu,"

serta merta bibir Haikal tersenyum lebar
"Saya janji, saya belajor Betui-betui,"


Hani Ismail melihat jam di skrin telefon sambil berjalan mundar-mandir di tepi rumahnya, waktu di skrin sudah menunjukkan 8.15 minit malam, wajahnya tampah gelisah namun dia tidak berani menghubungi Sharul iskandar bimbang jika panggilannya itu menganggu

"Kejap lagi baliklah tu,"
Tegur Khalid sedang duduk di bawah rumah menjahit jala

"Hani takut, dia sesat,"

"Hish ngarut Hani nie, dia dengan Kamal, tok akanglah buleh sesat,"
Khalid tergeleng-geleng pelan

Hani Ismail mengeluh pelan, kedua kakinya di ayun mendekati ayahnya kemudian duduk di belakang ayahnya

Tidak berapa lama kemudian kereta proton X50 di pandu Sharul iskandar berhenti di sisi jalan, Haikal dan kamal keluar dari kereta, kamal berdiri sambil berbicara sebentar dengan Sharul iskandar sebelum dia menutup pintu

Haikal berlari-lari dengan wajah riang sambil membawa satu beg plastik KFC dengan satu paper beg tertulis XIAOMI dan kamal pula terus berjalan menghala ke rumahnya selepas kereta Sharul iskandar bergerak semula

Hani Ismail memerhati kereta Sharul iskandar, wajahnya tampak hairan mengapa majikannya tidak singgah terlebih dahulu

"Apo tu Haikal?,"
Tegur Khalid bila melihat anak lelakinya membawa sesuatu
Haikal tidak terus menjawab plastik KFC di taruh di atas bangku
"Nie KFC, abang Sharul belanja, Nie pulok?,"
Haikal terkinja-kinja dengan wajah riang

"Nie hanpong! wuuu, abang Sharul belikan untuk saya,"
Habis saja mengucapkan kata-katanya, Haikal terus belari ke tangga untuk naik ke rumah

Khalid dengan Hani Ismail saling berpandangan, wajah anak beranak itu tampak Hairan kemudian Hani Ismail mengambil plastik KFC sebelum naik ke rumah bersama ayahnya

"Hish, betuiloh ayoh, kenapa pulok saya nok nipu, abang Sharul bukang belikang untuk saya je, dia belikang untuk abang kamal jugok,"

"Kamal pung dapat,"

Haikal mengangguk

Hani Ismail membelek-belek telefon pintar jenama Xiomi yang terbaru sudah di daftarkan simkad

"Hanphong nie lebih baru dari hanphong kakok,"
Hani Ismail memandang adik lelakinya, bibirnya tersengih
"Tukar dengan kakok dik, buleh,"

"Mana buleh,"
Haikal cepat-cepat mengambil semula telefonnya dari tangan Hani Ismail
"Hanphong kakok payoh sungguh nok main game asyik sekat je, hanphong nie tok, sedap gilo kalu main games,"

Hani Ismail menyenget bibirnya
"kalu gitu kakok tak nok topapkan adik,"

Haikal ketawa, sambil menyeluk poketnya
"Tengok nie kok?,"
Haikal menunjukkan sesuatu di tangannya
"Nie lima keping topop untuk lima bulan, satu keping 30 ringgit, abang sharul bagi,"

Khalid terus mengelengkan kepala seakan tidak pecaya Sharul iskandar membelikan anak lelakinya telefon padahal keluarganya dengan majikan anak gadisnya itu tiada apa-apa hubungan dengannya

"Pelik sungguh laa, Hani cakap betui-betui, Hani ada hubungan ke tok dengang bos Hani, sampai belikang hanphong dekat adik tu, bukangnya muroh,"

"Ayoh nie, Hani doh kabor Hani takdo apo-apo hubungan dengang bos Hani, mano Hani tahu kalu dia nok belikang adik hanphong, Hani pung pakai lagi hanphong lama nie ha,"
Hani Ismail menunjuk telefon jenama samsung pada ayahnya
"Baik dia belikang hanphong kat Hani, dari dia belikang untuk adik,"

Puan Samsiah sejak tadi hanya mendengar, tergelak kecil bila melihat wajah merajuk anak daranya

"Bior jelah bang, dio doh beli, tok kang kito nok pulangkang balik,"
Ujar Puan samsiah sambil mendodoi anak bongsunya sedang tidur di riba

"Haikal, mih tukar ngan ayoh,"

"Tok muh, tok muh!,"

**
Pagi Ahad,

Suasana pagi di kampung perlindung sangat indah, Sharul iskandar berdiri di tepi pantai sambil melihat matahari di ufuk timur mulai bangkit untuk menyinari cahayanya di belah timur dunia

Kakinya tanpa alas bermain-main dengan air laut yang menyirami tepian pantai

"Tuan!,"

Sharul iskandar menoleh, Hani Ismail sedang berjalan laju ke arahnya dengan bibir tersenyum

"Mana Hani tahu saya kat sini,"

Hani Ismail tersengih walaupun termegah-megah
"Jelas sangat mata saya nie buleh nampok tuan kat tepi pantai,"

Sharul iskandar tergelak kecil
"Hani nak gie mana?,"

"Tok gie mana pung, saya hanto nasi goreng kat tuan tadi, saya ingat tuan tidur, waktu saya nak balik saya nampak tuan kat sini,"

Sharul iskandar menoleh kembali melihat ke arah hujung laut, separuh badan matahari kelihatan bangkit, Hani Ismail berdiri di sisinya, deruan angin dari arah laut menyapu tubuhnya sehingga belakang tudungnya berterbangan di tolak angin

"Terima kasih tuan, sebab belikang KFC untuk keluarga saya, terima kasihlah jugok sebab belikang adik saya Hanphong,"

"Sama-sama,"

Hani Ismail memuncung bibirnya, kakinya menguis-guis pasir pantai

"Saya pung masih pakai hanphong lame,"

Sharul iskandar tergelak
"Maafkan saya Hani, sebenarnya memang saya nak bagi Hani telefon tapi saya terlupa ada dalam beg saya, nanti saya bagi,"

bibir Hani Ismail tersenyum
"Hanphong apa tuan?,"

"Umm.., Samsung S22,"

"itu kang hanphong baru, kenapa tuan nok bagi kat saya,"

"Saya tak pakai Android,"
Sharul iskandar mengankat iphone seraya menunjukkan pada Hani Ismail
"Lagi pun telefon tu saya dapat pecuma, saya tak pernah guna pun,"

Hani Ismail menepuk-nepuk tangan pelan sambil kakinya terkinja-kinja dek kerana gembira

"Hani?,"

"Ya tuan,"

Sharul iskandar mendongak separuh kepala, memerhati dada langit

"Mulai isnin, Hani kena ingat, Hani kena berlajar secepat yang mungkin, saya juga akan ajar Hani selok belok tentang bisnes,"

wajah Hani Ismail yang riang tadi terus berubah muram

"Kenapa saya keno buat semuo tu Tuan?,"

Sharul iskandar mengalih pandangan memandang Hani Ismail

"Sampai bila Hani nak jadi pembantu rumah, 5 tahun, 10 tahun, sampai saya ada cucu?,"

"Kalu tuan ado cucu, tu cucu dari anok dari kito berduo,"
Jawab Hani Ismail begitu selamba membuatkan Sharul iskandar ketawa dengan gelagatnya

"Saya pun tak tahu mengapa saya tolong Hani padahal saya kenal Hani bukannya lama atau mungkin ini rezeki Hani yang Allah dah tetapkan untuk Hani, So Hani kenalah rebut perluang nie,"

Hani Ismail mengeluh pelan
"Tuan, saya tak muh lagi dengan Denial tu, saya nok kerjo macang biaso je, buleh tok tuan?,"

Sharul iskandar mengeleng
"Saya dah minta tolong dengan kawan saya di Teguh holding salah satu syarikat terbesar di Malaysia, lepas sebulan saya nak Hani kerja kat sana,"

"Saya tak muh tuan, saya nok kerjo dengan tuan je,"

"Hani nak kerja sebagai pembantu rumah sampai bila, sampai ayah dengan mak Hani dapat tahu anak gadis mereka kerja sebagai orang gaji, lepas tu bila Hani balik kampung orang hina Hani, Hani nak tundukkan kepala sampai ke mati ke,"
Tegas Sharul iskandar dengan sedikit nada tinggi

Hani Ismail sekadar membisu, langsung tidak menjawab, wajah Sharul iskandar tidak berani di pandang

"Hani, keputusan Spm Hani tu bagus sangat, saya punya Spm pun tak sebagus Hani, itu salah satu sebab saya nak bantu, rebutlah perluang nie, saya tak minta balasan pun, cuma saya minta, Hani kena ingat keluarga Hani, bantu mereka, jangan sekali lupa mereka,"

"Tapi tuan, saya tak muh doh dengang Denial tu,"

"Ini bukan tentang Denial saja Hani, ini berkenaan masa depan Hani, supaya Hani tak mudah tunduk dengan hinaan orang, Hani suka ke kena Hina?,"

Hani Ismail mengeleng pelan

Sharul iskandar menarik nafas panjang kemudian di lepaskan perlahan, dia berdiri tegak memandang matahari hampir sepenuhnya bangkit, Hani Ismail berdiri di sisinya

"Baiklah tuan, saya akan buat semua tu,"
Kata Hani Ismail, dia mengalah, walaupun hatinya berat untuk menurut kemahuan Sharul iskandar namun apakan dayanya, untuk meluahkan perasaannya pada majikannya itu pun dia tidak berani, takut jika perasaannya di tolak

"Nanti saya akan bawa Hani jumpa dengan ibu saya, bila Hani berkerja dengan Teguh holding nanti jangan gunakan nama Hani untuk kenalkan diri,"

"Tuan nok suruh saya kenalkan diri saya guno name apa?,"

"Suraya,"
Sharul iskandar terangguk-angguk pelan, bibirnya tersenyum
"Suraya Khalid,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience