Bab 11

Humor Completed 55808

"Terima kasih Sharul belikang Haikal nie hanphong, ikutkang tok payoh sebab saya risau kalu dia tok belajor nanti,"
Kata Khalid sambil memeluk bahu anak lelakinya

Sharul iskandar tersenyum
"Sama-sama Encik khalid, Saya dah cakap pada Haikal, kalau keputusan dia teruk, saya akan suruh Hani ambil balik handphone tu,"

"Saya doh janji dengan abang, saya akang belajor Betui-betui, ayoh janganglah risau,"
Kata Haikal pula, gelisah betul wajahnya ketika berdiri di sisi ayahnya

Disisi lain pula, Hani Ismail sedang berbicara dengan ibunya

"Mok, Hani balik dulunya, nanti Hani dapat gaji, Hani kirim kat mok,"

"Eh? tok usahloh dulu, Hani guno jelah duit gaji tu beli pakaiang Hani, duit untuk Mok pikir kemudiang takpe,"

Hani Ismail mengeleng kepala
"Tak apo mok, nanti Hani kirim jugok, Hani doh bagi tau doh kang, gaji pertama Hani nanti, Hani nok bagi mok dengang ayoh,"

Puan Samsiah terangguk-angguk, terpaksa mengalah
"Yelah, tapi tok usoh kirim banyok-banyok ya, Hani kena simpang jugo untok Hani, KL tu barang semuo mahal,"

Hani Ismail mengangguk kemudian memeluk tubuh ibunya dengan erat,

Sharul iskandar dan Khalid hanya memerhati dua beranak itu berpelukkan,

"Nie Sharul, saya mohong sangat kalu buleh tulong jage Hani baik-baik, dio tu kalu dengang adik-beradik, sepupu dio cukup berani, tapi kalu dengang orang lain dia jadi penakut, risau saya di buatnye,"

"Insyaallah Encik khalid, saya boleh tolong tengokkan dia, tapi bukan sampai mengekang hidup dia, apa keinginan dia itu hak dia, andai kata kalau dia ada buat sesuatu yang salah, saya akan cuba tegur dia,"

Khalid terangguk-angguk

"Ayoh, Hani balik dulu ya, nanti ayoh bawoklah mok dengang adik-adik datang KL, tapi..? kalu nok datang, lagi bagus datang waktu Hani dapat gaji,"
Pinta Hani Ismail kemudian dia tersengih

"Insyaallah, nanti kalu ayoh ada maso ayoh bawok semua gie sana,"
Jawab Khalid sambil menepuk bahu anak gadisnya ketika anak gadisnya mencium tangannya

"Ayoh, mok, adik, kakok balik dulu ye, nanti ayoh kirim salam kat Hana dengan Saiful kalu diorang balik, kabor kat diorang nanti kalu Hani dapat gaji, hani masukkang duit dalam akaun,"

Khalid terangguk-angguk

"Encik Khalid, puan, kami balik dulunya terima kasihlah banyak-banyak sebab carikan saya homestay, masak untuk saya,"

"Sama-sama, bawok keta tu hati-hati, kalu ngantuk berhenti,"
Nasihat Khalid,

"Tulong jaga Hani ya Sharul,"
Pinta Puan Samsiah, sedih raut wajahnya bila memandang anak gadisnya

"Eh! apa nie..., tok usohlah buat camnie Sharul,"
Mohon Khalid, tangannya menolak lembut tangan Sharul iskandar bila Sharul iskandar menaruh sampul duit raya di tangannya

"Ambil je Encik Khalid, nie pemberian ikhlas dari saya, kecil hati saya, kalau Encik Khalid tak terima,"

Khalid mengeleng, hatinya serba salah, malu pun ada
"Untuk kali nie saya buleh terimo, tapi saya mohon, Sharul jangang buat macang nie lagi, sabab kita pung takdo apo-apo hubungan, malu saya,"

"Baiklah Encik Khalid,"

Hani Ismail mengalih pandangan, diam-diam air matanya menitis, dia tidak menyangka majikannya akan memberikan duit pada ayahnya memandangkan dia tidak dapat memberikan apa-apa pada ayah dan ibunya kerana masih belum menerima gaji

Selepas Hani Ismail mengucap selamat tinggal pada keluarganya, kereta X50 di pandu Sharul iskandar bergerak meninggalkan halaman rumah orang tua Hani Ismail

Khalid mengeleng kepala, bila kereta di pandu Sharul iskandar hilang dari pandangannya, sampul raya yang di berikan Sharul iskandar tadi di tenung lama

"Macang ado tok keno jelah?,"
Keluh Khalid masih menatap sampul raya di tangannya

"Apo yang tok kene ye bang,"

Khalid mengankat muka memandang isterinya
"Kot-kot Hani tu hubungang dengan Sharul,"

"Hish tok baik nuduh gitu, Hani kang doh kabor dia takdo apo-apo hubungang dengang bos dio,"

"Cuba awok tengok, tebal isi nie?,"

"Duit singgit-singgit Yoh memanglah tebal,"

**

Kedengaran sayup tangisan esak Hani Ismail sambil tangannya mengesat-ngesat air mata, Sharul iskandar hanya mendiamkan diri cuma sekali sekala bola matanya menjeling ke arah Hani Ismail saat itu sedang melontarkan pandangan di luar jendela

Kereta proton X50 di pandu Sharul iskandar memasuki lebuh raya karak, jam di skrin tablet menunjukkan waktu 11.00 pagi, sepanjang perjalanan Hani Ismail langsung tidak bercakap dengan sharul iskandar hanya suara penyampai radio yang berkumandang di dalam kereta menjadi peneman mereka berdua

"Terima kasih ya tuan bagi ayoh saya duit,"
Ucap Hani Ismail, akhirnya dia bersuara, suaranya Kedengaran serak, bibirnya sedikit terketar, matanya masih berkaca

Sharul iskandar tidak terus menjawab namun kepalanya di angguk pelan

Hani Ismail mengenggam kedua tangannya, entah kenapa hatinya begitu gelisah, ingin saja dia meluahkan perasaannya pada Sharul iskandar tetapi dia tiada keberaniaan

"Saya buat semua tu ikhlas Hani, selama saya kat sana keluarga awak layan saya dengan baik, saudara mara awak pun sama, tak perlulah fikir sangat semua tu,"

Hani Ismail mengesat kelopak matanya, dia memandang Sharul iskandar

"Tuan, saya doh pikir masok-masok, saya nok jadi orang gaji tuan je,"

Sharul iskandar mengerutkan dahi namun pandangannya masih tertumpu pada laluan di hadapan

"Saya tiada masalah dengan kehendak Hani, kalau Hani nak sangat jadi orang gaji saya terpulang, tapi saya nak Hani call ayah Hani sekarang beritahu dia, Hani berkerja sebagai orang gaji,"

"Itu saya tok berani tuan,"

"Kenapa pula tak berani sebab Hani malukan,"

Hani Ismail membisu, satu keluhan berat di lepaskan,

"Kan saya dah cakap, saya tak minta balasan apa-apa, Hani tak perlu nak terhutang budi dengan saya, saya tak minta semua tu, saya cuma bagi perluang pada Hani, Hani hanya perlu rebut perluang tu,"

"Kalu saya cakap saya suka tuan, tuan suka tok saya?,"

Sharul iskandar tersenyum nipis, bola matanya menjeling pada Hani Ismail, pertanyaan Hani Ismail itu bagaikan tiada makna baginya

"Saya pun suka dengan Hani tapi tak lebih dari tu,"
Jawab Sharul iskandar, dia memandang Hani Ismail seketika

"Saya pun tahu kenapa Hani sukakan saya sebab saya baik dengan Hani, tapi perasaan Hani pada Denial berbeza, hanya dengan pandangan pertama Hani jatuh cinta dengan dia, So jangan jatuh cinta dengan saya kerana kebaikan yang saya beri, saya cukup benci semua tu,"

Hani Ismail termangu, dia menatap wajah Sharul iskandar, jawapan dari majikannya itu ada terselit kebenaran, memang perasaannya itu wujud dari kebaikan Sharul iskandar tidak lebih dari itu

"Please Hani, don't think about it anymore, buat saja apa yang saya suruh, itu semua untuk masa depan Hani, bukan untuk diri saya, kalau Hani nak suka pada saya tiada masalah tapi jangan lebih daripada tu,"

Agak lama Hani Ismail terdiam, kala itu dia merasa sungguh menyesal kerana pertanyaan bodohnya tadi,

"Baiklah tuan, saya minta maaf,"


Hari demi hari terus berlalu, siang berganti malam, malam terus berganti siang, masa berlalu begitu pantas, setelah pulang dari kampung halamannya, hubungan Hani Ismail dengan sharul iskandar berjalan seperti biasa namun setiap hari, tepat jam 10 pagi dia perlu menghadiri kelas Komputer dengan kelas bahasa English di bandar baru sungai buloh, selepas itu dia akan mengikuti ujian memandu untuk mendapatkan lesen kereta, sebelah malam pula Sharul iskandar akan memberi tunjuk ajar selok belok tentang perniagaan

Setelah Sebulan berlalu

"So, how about your class Hani?,"

"So far so good, minggu depan kelas saya akan tamat, speaking, listening, reading, grammar and writing semuanya saya dah mahir, kelas Komputer pun sama, tiada masalah,"
Jawab Hani Ismail, setelah sebulan tiada lagi loghat dari percakapannya

"Wow superb, bila ujian dengan JPJ?,"

"Sabtu,"

"Great, bila semua tu dah tamat, ikut saya jumpa dengan mak saya, oh ya saya ada sesuatu nak tunjukan pada Hani,"
Sharul iskandar menekan beberapa kali butang mouse laptop sebelum mengalih laptop itu di hadapan Hani Ismail
"Ini resume baru Hani, dua tahun pengalaman dalam bidang marketing dengan syarikat saya, berikan resume nie pada Fuad sobri nanti,"

"Bahagian marketing?,"

Sharul iskandar mengangguk
"Sekarang nie Teguh holding perlukan perkerja pengalaman dalam bidang marketing dengan advertising, semua tu saya dah ajar pada Hani,"

"Tapi tuan, belajar dengan kerja tak sama, saya takut kalau saya tak boleh buat,"

"Itu Hani jangan risau, Hani akan berkerja di bawah puan Nor, itu kawan saya, saya dah minta bantuan dia untuk bantu Hani nanti,"

Tangan Hani Ismail kelihatan terketar-ketar ketika memasukkan rambutnya yang terjuntai di dahi ke dalam tudungnya

"Nanti bila saya dah kerja dengan Teguh holding, boleh ke saya tinggal dekat rumah nie lagi tuan,"

Sharul iskandar mengankat dua jarinya
"Dua bulan je, lepas tu Hani kena pindah, sebab saya mahu cari pembantu rumah yang baru,"

Hani Ismail sedikit tersentak, hatinya semakin gelisah
"Tapi tuan, Sebelum saya pergi kerja saya boleh masakkan untuk tuan, bila balik pun sama, sabtu ahad saya boleh kemaskan rumah,"

Sharul iskandar mengeleng
"No need Hani, you need to be independent, sampai bila awak nak duduk di bawah jagaan saya,"

Hani Ismail terus berdiri, giginya di getap, wajahnya merah padam seperti menahan sesuatu dari melendak, telefon di atas meja cepat-cepat dia capai

Dahi Sharul iskandar berkerut, dia hairan dengan tingkah Hani Ismail

"Hani nak call siapa?,"

"Ayah,"

"Kenapa?,"

bola mata Hani Ismail melirik seimbas pada Sharul iskandar kemudian memandang semula skrin telefonnya

"Saya nak beritahu ayah saya, saya berkerja sebagai orang gaji, saya tak peduli!,"

Sharul iskandar serta-merta berdiri, tangannya pantas merampas telefon dari genggaman Hani Ismail

"Are you selfish!, setelah saya buat semua nie, you want to give up,"

"Yes!,"
Hani Ismail menatap tajam Sharul iskandar
"I don't know why I have to do all this, semuanya punca kerana Denial, saya jumpa dia hanya sekali dua, saya mengaku tuan, I have fallen in love with him, but I have forgotten him,"

"Hani dah lupa ke, kan saya dah cakap, saya buat semua nie bukan kerana cinta Hani pada Denial saja, it's for your future,"

"Saya tak perlukan semua tu tuan, saya cuma nak kerja kat sini je,"
Air mata Hani Ismail mengalir, seboleh-bolehnya dia tidak mahu berpisah dengan sharul iskandar

"For what reason Hani, because you have fallen in love with me, sebab dari kebaikan saya, kalau Hani tak nak buat semua nie, keluar dari rumah saya, jangan kerja dengan saya lagi,"

"Tuan!, Jangan cakap macam tu,"

"I don't care, you have to choose, stay or leave, you knows what I mean,"

Selepas meletakan telefon Hani Ismail di atas meja sharul iskandar melangkah pergi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience