Bab 28

Humor Completed 55808

Jakarta Indonesia, sebelum kepulangan Sharul iskandar ke Malaysia

Seorang lelaki berpakaian segak keluar dari lif, berjalan menuju ke arah restoran hotel penginapannya, sejurus sahaja lelaki itu masuk ke dalam restoran, seorang lelaki berkemeja hitam melambai-lambai padanya

"Lama dah tunggu?,"

Sharul iskandar mengeleng
"Baru je aku telefon kau kan,"

Farid Husin tersenyum, kerusi di tarik sebelum melabuhkan punggungnya, wajahnya tampak teruja memandang Sharul iskandar

"Berapa lama kau exercise sampai jadi kurus macam tu?,"

Sharul iskandar tersengih nipis
"Dua bulan Farid, sejak aku datang sini nasib baik masakan kat sini kurang buat aku berselera. So macam mana dengan tender iklan tu, dapat tak,"

"Tentulah, semua projek iklan tu aku dapat,"

"Termasuk Tesla,"

Farid Husin mengangguk-angguk
"Semuanya tiga projek, aku sapu,"

Sharul iskandar menepuk-nepuk tangannya
"Congratulations farid, aku yakin semua orang kat Teguh mesti terkejut bila dengar kejayaan kau tu nanti,"

"Thanks Sharul,"
Farid Husin sedikit mendabik dada
"Kau tak nak order apa-apa ke?,"

Farid Husin menoleh ke kanan, dia mengankat tangan memanggil seorang pelayan yang sedang berdiri

"Kau tak nak makan, aku belanja?,"
Tanya Farid Husin lagi

Sharul iskandar mengeleng
"It's okay, aku minum je,"

Selepas membuat pesanan, Sharul iskandar bersama Farid Husin diam sejenak,

"Aku dengar dari Mama aku, kau dah kahwin betul ke?,"

Farid Husin mengangguk
"Betul,"

"Kau kahwin dengan siapa?,"

"Dengan cleaner pejabat aku,"
Farid Husin ketawa pelan

Sharul iskandar sedikit terkejut
"Biar betul kau farid, kau tak guraukan?,"

"Aku tak bergurau Sharul, memang bini aku tu Cleaner,"

"Wow?,"
Sharul iskandar tergeleng-geleng namun raut wajahnya tampak kagum
"Bertuahnya perempuan tu,"

"Hey, Suraya tu pun bertuah juga dapat kau, mesti dia terkejut nanti kalau tengok kau dah kurus,"

Bertaut kening Sharul iskandar memandang Farid Husin, dia tidak menyangka akan mendengar nama itu di sebut farid Husin di sini

"Dia tak pilih aku Farid, dia pilih orang lain,"

farid Husin mengeluh pelan, bibirnya menyenget
"Dia pilih siapa pulak?,"

"Siapa lagi,"

"Si keparat tu lagi?,"

Sharul iskandar mengangguk, dia tahu siapa yang di maksudkan Farid Husin itu

"Sharul, Sharul. Sampai bilalah kau nak mengalah, yang aku hairan, sejak dari dulu lagi kau biar je si keparat tu rampas perempuan yang kau suka, tak akan kali nie pun kau nak biarkan jugak, kau bukannya tak handsome,"

"Hati perempuan Farid, mana kita boleh paksa,"

Farid Husin mengeleng
"Macam nielah Sharul, cuba kali nie je, kau pergi balik Kl, jumpa dengan perempuan tu, kau suruh dia pilih, kau atau si keparat tu, dengan keadaan kau sekarang, bagi aku kau lebih handsome dari keparat tulah,"

"Tak akanlah aku nak buat macam tu kalau dia dah pilih si Denial tu,"

"Hey Sharul, kau jangan ingat aku tak tahu, kau yang ubah perempuan tu, lepas beribu duit kau habis, kau nak biarkan je, fikirlah sikit sharul,"

"Hish?,"
Sharul iskandar mengaru-garu rambutnya
"Aku tak beranilah Farid, kau ingat dia nak ke kat aku..?,"

"Enough, stop talking, petang nie ikut aku balik,"

Bangsar

Restoran periuk emas

Sejak Sharul iskandar duduk di salah sebuah meja makan di dalam restoran periuk emas, dia asyik memerhati penampilannya melalui camera telefon, niatnya balik ke Malaysia mahu berjumpa dengan Hani Ismail, inginkan jawapan dari gadis itu namun Hani Ismail masih lagi berada di kampung itu pun setelah dia menanyakan pada Safura

Hari ini dia akan pulang ke Indonesia semula, dan dia berharap dapat berjumpa dengan Hani Ismail selepas dia berjumpa dengan Zul Denial

"Weii Sharul,"

Sharul iskandar mengankat muka, bibirnya tersenyum namun dia tidak menduga jika perempuan yang sedang berdiri di sebelah Zul Denial adalah Hani Ismail

Hani Ismail tiba-tiba pingsan, mengejutkan Sharul iskandar, dia pantas berdiri ingin mambantu Hani Ismail

"Babe, babe?,"

Serta-merta Sharul iskandar mematikan niatnya, panggilan Zul Denial pada Hani Ismail itu sudah pun memberikannya jawapan, dengan langkah yang lemah, dia meninggalkan restoran itu tanpa berpaling lagi

Hospital serdang

"Sejak kebelakangan nie, Cik suraya ada tak mengalami tekanan, mungkin kat tempat kerja atau sebab hal peribadi?,"
Tanya Doktor wanita sambil berdiri di sisi katil

Hani Ismail mengeleng pelan

"Sebab sekarang nie, tekanan darah Cik Suraya rendah, tapi takdelah terlalu rendah, cuma bila Cik suraya selalu tertekan nanti mudah pingsan,"

Hani Ismail diam tidak menjawab, dia menunduk lesu, bahkan sekarang ini pun dia masih tertekan kerana memikirkan Sharul iskandar,

"Petang nanti cik Suraya boleh pulang, saya akan berikan beberapa ubat pada cik, tapi kalau boleh jangan biarkan diri cik Suraya terbeban dengan tekanan, itu tak baik untuk kesihatan,"

Hani Ismail mengangguk pelan
"Baiklah Doktor,"

Setelah Doktor itu keluar, Hani ismail membaringkan tubuh, kepalanya memiring ke kiri melihat jendela bilik, wajah Sharul iskandar bermain-main di mindanya, dia tidak menyangka Sharul iskandar tidak lagi gemuk seperti dulu, Wajah majikannya benar-benar tampan,

Bibir Hani tersenyum meleret namun hanya seketika, wajahnya berkerut lalu menangis bila teringat wajah sayu Sharul iskandar saat mendoakan dirinya bahagia besama Zul Denial

Pintu tiba-tiba di buka dari luar
"Assalamualaikum Hani?,"

Hani Ismail mengesat-ngesat air matanya sebelum menoleh

"Waalaikummusalam, Eh kak Farah,"
Pelan-pelan Hani Ismail bangun dari baringannya untuk duduk

"It's okay Hani, tak usah bangun,"
Farah cepat-cepat membantu

"Saya masuk sini bukannya sakit, pingsan je,"
Hani Ismail tersenyum nipis
"Kak Farah dari mana?,"

Farah tidak terus menjawab, dia menarik kerusi terlebih dahulu supaya dapat duduk di sisi katil

"Dari Salon Auntie, mencantikan penampilan adik ipar baru,"

"Isteri Farid?,"

Farah mengangguk

Hani Ismail mengerut dahi, dah lama dia ingin tahu siapa sebenarnya cleaner yang mengahwini Farid Husin

"Nama isteri Encik Farid, Fazurakan?,"
Hani Ismail sengaja meneka

Farah mengankat kening, kemudian mengangguk
"Ah.. ah, Hani kenal ke?,"

Hani Ismail ketawa sambil terangguk
"Kenal sangat, kawan saya kat Teguh, kalau waktu breakfast dengan lunch kadang-kadang saya makan dengan dia,"
Hani Ismail melepaskan nafas pelan
"Alhamdulilah semoga dia bahagia,"

Farah diam sekadar mendengar, wajah Hani Ismail di tatap lama

"Bila Hani boleh keluar?,"

"Kejap lagi kot,"

"Kak datang sini naik kereta Hani, nanti kita balik sama-sama,"

"Macam mana Kereta saya ada pada kak Farah?,"
Tanya Hani Ismail sedikit terkejut

"Hari yang Hani pingsan, Sharul call kakak, dia suruh kakak datang naik grab, bila kak sampai hospital, dia bagi kunci kereta hani pada kakak,"

"Tuan Sharul ada kat hospital?,"

Farah mengangguk
"Dia tukar waktu flight tengah malam sebab dia risaukan Hani,"

Hani Ismail diam membisu, mendengar kata-kata Farah membuatkan hatinya semakin tidak keruan, hatinya tertanya-tanya mengapa Sharul iskandar tidak mahu menunggu sehingga dia sedar

"Boleh kak tanya?,"

Hani Ismail mengangguk pelan
"Boleh,"

"Hani suka sangat ke pada Sharul?,"

Pertanyaan itu membuatkan Hani Ismail sedikit tersentak, hatinya Serba salah memandangkan dia ada mendengar dari Datin Dibah Sharul iskandar ingin bertunang dengan Farah, walau bagaimana pun dia tetap mengangguk sebagai jawapan untuk pertanyaan itu

"Kak cuma hairan, Kalau Hani sukakan Sharul, kenapa Hani boleh berpelukan dengan Denial?,"

Sekali lagi Hani Ismail tersentak dengan pertanyaan Farah namun kali ini dia membisu kerana perasaan bersalah mula membelenggu dirinya

Farah tersenyum bila menyedari reaksi Hani Ismail, dia tidak bermaksud untuk membuatkan gadis itu tertekan dengan pertanyaannya

"Jangan salah faham Hani, sebenarnya kakak pun macam Hani juga, dulu kakak dengan Sharul betul-betul rapat, waktu tu kak tahu Sharul sukakan kakak, tapi kakak tetap pilih denial bukannya dia, walaupun banyak kali Sharul nasihatkan kakak supaya jauhi Denial, tapi kakak tetap degil tak nak dengar nasihat dia,"

"Tapi saya dengar dari Auntie, Tuan sharul nak bertunang dengan kakak,"

Farah mengeleng
"Tak Hani, Sharul cuma bergurau, bagi dia mana-mana perempuan yang pernah bersama dengan Denial, buatkan dia rasa jijik,"

"Jijik?,"

Farah mengangguk lemah
"Sebab dia dah bagi nasihat, dia dah bagi amaran tapi tiada siapa yang nak dengar, bila dah terkena mula rasa menyesal, bagi Sharul perempuan-perempuan macam tu menjijikan dia,"

Hani Ismail terus menangis
"Mungkin saya pun tuan Sharul dah rasa jijik,"

Farah mengeluh pelan tangan Hani Ismail di usap lembut
"Sebenarnya Hani, Sharul ubah Hani jadi macam nie sebab nak gunakan Hani untuk kenakan Denial, sebab dulu dia yakin Hani bukan seperti kak Farah, bukan seperti adik sepupu dia yang mudah tergoda dengan Denial, tapi?,"

Kata-kata Farah tergantung, Hani Ismail seakan mengerti maksud yang tergantung itu,

"Saya juga macam tu Kak, salah saya sendiri, Tuan Sharul dah banyak beritahu tahu saya tentang Denial tapi saya tetap tergoda, sampai biarkan lelaki tu peluk saya,"
Balas Hani Ismail, dia menangis teresak-esak kerana dia sedar tiada lagi harapan untuknya kembali bersama dengan Sharul iskandar setelah apa yang telah dia lakukan

Farah bangun dari duduknya, punggungnya di labuhkan di birai katil pula, tubuh Hani Ismail di rangkul

"Sabarlah Hani, mungkin jodoh kita bukan untuk Sharul iskandar,"
Pujuk Farah sambil mengosok-gosok belakang Hani Ismail

**

Teguh holding

Kejayaan Farid Husin mendapatkan tiga projek besar benar-benar mengejutkan seluruh Department Teguh holding dan menjadi bualan hangat bagi para staf di mana sahaja mereka berada

Oleh kerana di dalam Lif terlalu padat, Hani Ismail terpaksa berdiri di belakang sehingga menyandar pada dinding Lif, bibirnya tersenyum bila mendengar bisikan-bisikan halus dari Staf yang berada di dalam lif, tidak habis-habis bercerita tentang kejayaan Farid Husin

Pintu Lif terbuka, dalam waktu yang sama, pintu Lif Vip turut terbuka, Fuad Sobri melangkah keluar dengan bibir tersenyum lebar

"Suraya?,"
Tegur Fuad Sobri, agak terkejut bila melihat Hani Ismail tercegat di depan pintu Lif

"Selamat pagi Encik Sobri,"

"Selamat pagi, Suraya dah okay ke?,"
Tanya Fuad Sobri, wajahnya kelihatan cemas saat berdiri berhadapan dengan Hani ismail di depan pintu Lif

Hani Ismail mengangguk,
"Alhamdullilah, saya dah okay Encik Fuad,"

Fuad sobri menghela nafas lega
"Okay that's good news, nanti jam 9 suraya datang ke pejabat saya ya,"

"Baik Encik Fuad,"

Setelah tombol pintu pejabat di pusing, Puan kamala, Lela dan Faizal terbangun serentak kerana tidak menyangka Hani Ismail akan masuk pejabat setelah dua hari di masukkan ke dalam hospital

Mereka bertiga menegur Hani Ismail, silih berganti menanyakan kabar, mereka semua berbual seketika sebelum Hani ismail meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya, bersiap untuk bertemu dengan Fuad Sobri

"Tuk. Tuk. Tuk,"
Hani ismail mengetuk daun pintu

"Masuk Suraya,"

Hani Ismail tersenyum sambil menghelakan nafas tenang, daun pintu di kuak, kakinya melangkah masuk ke dalam pejabat, Fuad Sobri sudah pun duduk di single sofa, di atas meje ada sebuah Fail berwarna kuning

"Duduk Suraya,"

Hani Ismail mengangguk, Faud Sobri memerhati sehingga Hani Ismail duduk dan benar-benar selesa sebelum memulakan pembincangan

"Apa pun saya ucap good job pada Suraya dengan team Suraya sebab dah menyelesaikan tugas yang di berikan sebelum nie, saya pun dah periksa fail yang akan di serah kepada para pemegang saham tu nanti, semuanya perfect,"

"Terima kasih Encik Fuad,"
Hani Ismail tersenyum puas

Fuad Sobri mengankat kening, wajah Hani Ismail di tatap seketika
"Suraya okay tak, muka nampak pucat sangat tu,"

Hani Ismail sedikit terkejut dengan pertanyaan itu, cepat-cepat tangannya mengusap-ngusap wajahnya

"Saya tak sempat nak makeup sebab tu rupa nampak macam nie,"
Jawab Hani Ismail tersengih

Fuad sobri terangguk-angguk
"It's okay, tapi make sure Suraya jaga kesihatan tahu,"

Hani Ismail mengangguk

"Kita dah tentukan tarikh untuk keluarkan tender pembinaan kilang baru di perak dan di sabah, sekarang nie cuma saya dengan Datuk saja yang tahu tentang tarikh tu dan termasuk juga dengan Suraya, ada alasan kenapa tarikh itu di rahsiakan daripada staf lain,"

"Kenapa Encik Sobri?,"

"Sebab kita hadkan kuota untuk pembida projek tu, siapa cepat dia dapat,"

"Berapalah kuota yang di sediakan untuk projek tu Encik Fuad?,"

Fuad Sobri mengankat tangan, menunjuk tiga jari
"Tiga sahaja,"

Kening Hani Ismail berkerut
"Tiga je, tapi macam mana kalau ketiga-tiga tu tak layak untuk projek tu nanti,"

"Good question,"
Fuad Sobri tersenyum
"Kita akan buka tender tu sekali lagi sampai kita dapat pembida yang sesuai,"

Hani Ismail terangguk-angguk, faham

"Ingat ya suraya, atas meja nie adalah Fail kuning, isi kandungan fail nie sangat sulit, terkandung segala maklumat tentang projek tu, tarikh bila tender itu akan keluar, ada dalam fail nie, jangan dedahkan maklumat tu pada pihak lain walaupun dengan staf Suraya sendiri,"

"Mengapa bagi saya sekarang, kenapa tak bagi lepas tender tu keluar?,"

"Kenalah bagi sekarang, kalau saya bagi lepas tender tu keluar, nanti Suraya dengan team Suraya kelam kabut, kan lebih baik ketua tahu dulu, nanti mudah bagi arahan,"

"Betul jugak,"
Hani Ismail tersengih-sengih sambil mengangguk

**

Bangsar

"What!,"
Pekik Datuk Hisyam sambil berdiri di depan mejanya, wajah anak lelakinya di tatap geram

"Susahlah Daddy, perempuan tu tak sedar diri, Deni malaslah nak terhegeh-hegeh dengan perempuan macam tu,"

"Deni, Deni, Omg,"
Datuk Hisyam mengurut-urut dahinya sakit sungguh hatinya bila mendengar keluhan anak lelakinya
"Daddy dah suruh Deni ambil hati dia, ambil hati keluarga dia, tunjuk pada dia yang Deni serius, tak akan perempuan macam tu pun Deni cepat give up,"

"Daddy tahu tak, waktu Deni kat kampung perempuan tu, dahlah miskin, adik-adik demand pulak tu, nak suruh Deni belikan iPhone, itu belum Deni kahwin dengan perempuan tu lagi, cuba bayangkan lepas dah kahwin, entah apa yang diorang tu minta nanti,"

"Berapa harga iphone tu?,"

"1500,"

"Haha..,"
Datuk Hisyam ketawa
"Hahahaha.., Deni habiskan hampir setengah juta untuk jamuan hari jadi Deni, sekarang nie Deni merungut untuk iphone berharga 1500 ringgit, waktu Deni ikut Suraya tu balik kampung dia, Deni periksa tak dulu kepala Deni tu ada otak ke tak,"

"Daddy?,"

"Puk!!,"
Datuk Hisyam menghempuk mejanya, membuatkan bahu Zul Denial terangkat kerana terperanjat

"You do not understand Deni, itu sajalah perluang yang kita ada, syarikat Daddy tak sama seperti Syarikat Datuk Deni, kalau orang tua tak dapat projek kapal tu sekali pun, syarikat dia tetap kukuh, dia cuma tamak je, tapi keadaan syarikat Daddy berbeza, Daddy perlukan projek tu untuk survive,"

Melihat wajah ayahnya begitu tertekan membuatkan Zul Denial serba salah

"Masalahnya Daddy, perempuan tu bukan macam perempuan-perempuan yang pernah Deni couple, perempuan tu keras kepala, Deni pun hairan kenapa dia setuju nak bersama dengan Deni, but the same time Deni pula kena ikut kehendak dia,"

Datuk Hisyam mengeluh berat, kakinya di ayun ke arah kerusinya

"Sebab dia tahu perangai Deni, suka bertukar-tukar pasangan takde yang kekal,"

"Habis tu, Daddy nak suruh Deni buat apa lagi, kalau dia dah tahu perangai Deni,"

Datuk Hisyam tidak terus membalas, punggungnya di labuhkan di atas kerusi, belakangnya di sandar terus mendongak menatap siling seraya berfikir

"Deni ada simpan tak alamat rumah Keluarga Suraya?,"

Zul Denial terus mengangguk, alamat rumah Keluarga Hani Ismail masih tersimpan dalam whatAspp yang di kirim Hani Ismail ketika dia tinggal di hotel

**

Selesai sahaja Solat subuh, Hani Ismail terus membuka telekung, rambut ikalnya yang memanjang hampir paras pinggang di ikat rapi, Suasana di dalam biliknya hening namun kadang kala Kedengaran suara lembut Safura membaca al quran

Hani Ismail duduk di bawah katil, belakangnya di sandar pada birai, kedua lututnya di angkat paras dada, dia termangu, memikirkan masa depannya, selepas keluar dari hospital dia ada terniat untuk berhenti berkerja, dia ingin kembali ke kampung hidup seperti dulu, jika dia tidak dapat mengikut ayahnya ke laut sekali pun mungkin dia boleh membantu di pasar ikan setelah ayahnya pulang

Akan tetapi yang menghalang niatnya itu, kereta yang di gunakannya sekarang, bagaimana dia mahu membayar bulanan kereta itu hampir 1000 sebulan, dia segan mahu kembalikan kereta itu pada Sharul iskandar kerana pembelian kereta itu pun atas nama bekas majikannya itu

Keluh di lepaskan pelan, Hani Ismail merebahkan dahinya pada lutut, semangatnya untuk terus menetap di KL semakin memudar, apa yang di kecapinya sekarang semuanya atas pemberian Sharul iskandar, selagi dia mengunakan hasil dari pemberian lelaki itu selagi itu dia akan merasa terhutang budi dan merasa bersalah seumur hidupnya

Bunyi nada dering telefon Hani Ismail berdering berkali-kali, Dia sudah pun terlelap di lantai sehingga tidak sedar jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9 pagi, hari ini pula hari sabtu, wati dan Safura berkerja setengah hari

Dengan mata yang masih lagi tertutup rapat, tangannya meraba-raba pada lantai mencari telefonnya

Hani Ismail mengeluh pelan, matanya di buka selepas tangannya tidak menjumpai telefonnya, kepalanya menuduk kemudian di angkat,

"Mana pulok telipung nie?,"
Rungut Hani Ismail sebelum bangun dari baringannya, Bola matanya merliar mencari telefonnya itu, dia berpaling melihat atas katil

"Atas nie rupanya,"
Bibir Hani Ismail tersengih, telefon di atas katil terus di ambil

"Eh, bayoknya missed call,"

Dada Hani Ismail terus berdebar-debar mula merasa bimbang jika belaku apa-apa pada keluarganya, dalam masa yang sama sebuah pesanan masuk dalam whatAsppnya

Kening Hani Ismail bertaut bila menonton sebuah rakaman di kirimkan adiknya Hana, Saiful dan Haikal sedang berseronok mandi manda di kolam

"Kat mana nie?,"
Ibu jari Hani Ismail pantas menaip, menanyakan pada adiknya

"Hotel Majestic Royal, datanglah kak,"

"Majestic Royal?,"
Hani Ismail mengaru-garu dahinya, tanpa membuang masa dia terus berdiri, almari pakaian di buka kemudian membelek-belek jubah yang sesuai untuk di pakai

Jam 10.30 pagi, Hani Ismail memarkir kereta di basement parking lot Hotel Majestic Royal, dia bergegas keluar dari kereta,

Pintu Lif terbuka, Hani Ismail melangkah keluar, kepalanya di toleh ke kiri dan ke kanan, Hotel yang pernah dia datang ketika jamuan hari jadi Zul Denial tetapi dia lupa arah kaunter, telefon di tangan di angkat mahu menghubungi Hana

"Babe?,"

Hani Ismail mengankat muka, Zul denial berkemeja biru body fit begitu segak membuatkan Jiwa Hani Ismail kembali terguncang, kakinya menjadi lemah longlai, lututnya menjadi lembit kerana tergoda dengan ketampanan lelaki itu

"Kenapa renung abang lama sangat tu, abang tahulah kita dah beberapa hari tak jumpa, Babe mesti rindu pada abangkan?,"

Hani Ismail melepaskan nafas pelan, wajah Zul denial di tatap lama, hatinya mengeluh

"Andai kata awak nie bukan Playboy, setiap hari saya akan rindukan awak,"

Zul Denial mengeleng dengan sindiran Hani Ismail
"Babe, itu dulu sebelum abang jumpa babe, sekarang nie abang dah berubah,"

"Perempuan bodoh je yang pecaya,"
Hani Ismail menyenget bibirnya

"Babe, babe. Pleaselah bagi abang perluang, supaya abang boleh tunjukkan perasaan sebenar abang pada babe,"

"Ah cukuplah tu, saya nak pergi jumpa dengan keluarga saya,"

Raut wajah Zul Denial tampak kecewa,
"Jom, abang bawa babe pergi jumpa dengan keluarga babe,"

Hani Ismail berjalan di sebelah Zul denial, wajahnya berkerut tampak bingung tertanya-tanya bagaimana keluarganya boleh berada di sini"

"Awak ke yang bawa keluarga saya datang ke sini?,"

Zul Denial mengangguk tanpa memandang Hani Ismail

"Untuk apa?,"

Zul denial mengerling
"Nak bicangkan tentang hal perkahwinan kita,"

"Apa, kenap?,"

"Kok Hani,"

Kata-kata Hani Ismail tergantung, tiba-tiba Hana memanggil, wajah yang berkerut berang pantas sahaja berubah setelah melihat Hana berjalan laju ke arahnya

Hana terus sahaja memeluk kakaknya, selepas dia meleraikan perlukan, kedua tangannya di silang ke belakang

"Kenapa adik ikut sekali, sapa ambil adik kat Asrama?,"
Tanya Hani Ismail hairan,

Hana memuncung bibir, menunjuk ke arah Zul Denial, Hani Ismail mengerling namun sekilas sahaja,

"Apa Hana tunggu lagi, tunjuklah hadiah dari abang pada Hana semalam,"

Hana mengoyang-goyang badannya serba salah memandang kakaknya

"Awak bagi apa kat adik saya,"

Zul Denial tersenyum nipis
"Tentulah apa yang dia nak, tapi saya belikan yang terbaru, bukan second hand, 5k harganya, itu hadiah saya untuk Hana,"

"iPhone?,"

Zul Denial mengangguk-angguk, Hani Ismail memandang adiknya Hana kemudian mengeleng kepala

"Tak boleh ke Kok, kalu tak buleh, Hana pulangkan balik,"

Hani Ismail mengeluh pelan
"Orang doh bagi, ambil jelah, tapi lain kali jangang buat macang tu lagi, tak elok tahu Hana,"

Hana mengangguk, wajahnya tampak sedih, dia tahu kakaknya sedang marah tampak jelas riak ketidakpuasan pada wajah kakaknya

"Kalau abang yang bagi, apa salahnya dia ambil,"
Zul Denial mencelah

"Kalau awak nak bagi dia, dah lama awak bagi, awak dah lupa ke harga 1500..?,"

"Okay enough,"
Zul Denial mengankat tangannya seakan sedang menyerah, dia tahu Hani Ismail mahu mengunkit
"Ayah dengan Datuk saya tengah tunggu, boleh tak kita pergi jumpa dengan mereka dulu,"

Hani Ismail berdengus

Pintu bilik Vip di buka, kelihatan Tan seri Mustafa bersama menantunya Datuk Hisyam berada di dalam bilik itu, di atas meja sudah tersedia juadah sarapan pagi

"Masuk Cik Suraya, tak usah segan,"
Tegur Tan seri Mustafa bila melihat Hani Ismail tercegat berdiri di belakang Zul Denial

Hani Ismail terangguk pelan, bibirnya tersenyum tawar, kegusaran mula terasa dalam dirinya, jika di ikutkan dia tidak boleh berjumpa dengan Tan seri Mustafa kerana projek kapal itu

"Cik Suraya tenang saja, tiada siapa yang akan tahu, kita berjumpa dalam nie,"
Tegur Tan seri Mustafa cuba menenangkan Hani Ismail setelah melihat riak wajah gadis itu tampak gelisah

Datuk hisyam tersenyum manis bila melihat Hani Ismail
"Cantik rupanya Cik Suraya nie, patutlah Deni suka sangat pada Cik Suraya,"
Puji Datuk Hisyam, pertama kali dia berjumpa dengan Hani Ismail

Wajah Hani Ismail kemerahan sehingga tertunduk malu bila di puji

"Cik Suraya?,"
Panggil Datuk hisyam lembut

Pantas Hani Ismail mengankat muka
"Ya saya,"

"Deni nie, satu-satunya anak lelakinya saya, memang saya tahu, cara hidup dia kat luar sana macam mana, tapi lepas dia bertemu dengan Cik Suraya, ada sedikit perubahan dalam diri dia yang saya perasan dah berubah,"

Tan seri Mustafa terangguk-angguk mengiyakan kata-kata menantunya

Hani Ismail mengerling melihat Zul Denial tersengih-sengih seperti nangka busuk

"Kalau dah betul-betul suka buat apa nak di halang, selama nie Deni tu asyik tukar-tukar perempuan je, sampai bila nak hidup macam tu, kalau dia dah serius dengan Cik Suraya, kahwin jelah terus,"
Kata Tan seri Mustafa pula bersungguh-sungguh nadanya

"Itulah niat Deni Datuk, Deni nak berubah, tapi Deni cuma nak kahwin dengan Suraya je, tak nak perempuan lain,"

Hani Ismail sekadar mendengar. Bagi dirinya berkahwin dengan lelaki seperti Zul denial seperti angan-angan menjadi kenyataan, berapa ramai gadis di luar sana berusaha menjadi teman hidup lelaki itu namun gagal dan sekarang pula lelaki itu seperti bersungguh-sungguh ingin mengahwininya

"Saya dah jumpa dengan Ayah Cik Suraya, saya pun dah minta maaf dengan dia di sebabkan sikap Deni nie yang agak biadap, saya harap Cik Suraya jangan ambil hati,"

Hani Ismail mengeleng
"Saya tak pernah ambil hati pun Datuk, dah sikap dia macam tu, mana boleh ubah dalam tempoh sehari,"

Datuk Hisyam mengankat kening, dia memandang Zul denial seakan ada sindiran pada jawapan Hani Ismail tadi

"Babe, saya serius nak jadikan babe isteri saya, pecayalah dengan saya,"

Hani Ismail mengeluh pelan
"Saya bukanya tak pecaya, tapi saya bimbang lepas kita berkahwin nanti perangai awak tak berubah, bila belakang saya awak masih dengan sikap lama awak, bermain dengan perempuan lain,"

Zul Denial serta-merta bediri, tangan kanan di angkat, keningnya bertaut
"Saya bersumpah, selepas kita berkahwin saya tak akan sesekali mengecewakan Babe, saya bersumpah saya akan tak akan setia.."ops sorry-sorry"
Zul Denial tersengih-sengih kerana tersasul
"saya akan setia dengan babe sehingga akhir nafas saya,"

Hani Ismail hampir ketawa, cepat-cepat dia menutup mulutnya, cara Zul Denial bersumpah tidak kelihatan bersungguh-sungguh

Tan seri Mustafa mengeleng, dia sendiri hampir ketawa melihat tingkah cucunya itu
"Duduk Deni,"

Terpinga-pinga wajah Zul Denial saat duduk, Datuk hisyam pula mengetap gigi, berang dengan sikap anak lelakinya seakan tidak serius

"Macam nie Cik Suraya, saya dengan menantu saya dah berbincang, andai kata Cik Suraya dengan Deni berkahwin, kami akan sediakan satu surat penjanjian, untuk menjamin kebahagian rumah tangga Cik Suraya nanti,"

"Surat penjanjian?,"

Tan seri Mustafa mengangguk
"Ya, mana tahu Jika Deni mencurangi Cik Suraya dan ada bukti dia curang ataupun Deni mahu menceraikan Cik suraya tanpa sebab, Cik suraya akan di bayar pampasan dengan jumlah yang besar daripada kami,"

"Berapa?,"

Tan seri Mustafa dengan Datuk Hisyam tersengih dengan pertanyaan Hani Ismail

"Cik suraya kenalah bersetuju dulu berkahwin dengan Deni,"

"Baik saya setuju,"

Zul Denial agak terkejut
"Betul ke babe?,"

Hani Ismail mengangguk, jika benar ada surat penjanjian tiada masalah baginya untuk bersetuju mengahwini Zul Denial
"Ya abang,"

Zul Denial tersenyum lebar, dia kelihatan begitu gembira setelah Hani Ismail bersetuju berkahwin dengannya

"Cuma saya nak minta maaf, perkahwinan Deni dengan Cik Suraya hanya akan berlansung selepas saya tahu keputusan tentang projek kapal tu,"

Hani Ismail mengangguk, riak wajahnya tidak menunjukan sebarang reaksi

"Oh ya Cik Suraya, memandangkan tak lama lagi Cik suraya akan menjadi menantu saya, boleh saya tahu kalau ada apa-apa projek sedang di usahakan Teguh Holding,"

Datuk hisyam sedikit resah, bimbang jika Hani Ismail rasa kurang senang dengan pertanyaannya

"Memang ada, Projek kilang di perak dengan di sabah,"

Datuk hisyam terangguk-angguk
"Ada dua, so bilalah tender tu di keluarkan,"

"Hari Rabu depan,"

Datuk hisyam melepaskan nafas lega dan puas sehingga duduk menyandar kemudiannya berdiri dari duduknya, kakinya di ayun mendekati Hani Ismail

"Cik Suraya, saya ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari keluarga kami dan saya berjanji akan memastikan rumah tangga Cik suraya dengan Deni akan sentiasa bahagia,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience