Bab 3

Humor Completed 55808

Puan Samsiah ibu Hani ismail menjeling-jeling suaminya sambil melipat baju, Khalid duduk di muka pintu sambil menghisap rokok daun

"Berat pulok hati saya nok biorkan Hani kerja kat KL, ngarut betui bagi gaji 3000, Hani tu ado spm je pung lain loh kalu ado ijazah, macang nipu je,"

"Tapi bang, tempat tu kawan-kawan Hani keje, tak kang nipu,"

Khalid mengaru-garu kepalanya
"Pening ginie,"

"Esok abang hantor jelah dia kalu abang risau sangat,"

"Esok tok leh, abang kena turun laut, doh janji doh dengan diorang, Hani pung tok leh nak sabo, esok gok nok gie,"

"Lepas abang balik nanti, abang gie jelah KL,"

Khalid mengeluh berat sambil kepalanya tergeleng-geleng
"Hiss Payoh,"

**

KUALA LUMPUR

KL SENTRAL

Seorang lelaki ber t-shirt putih berseluar jean berjalan bersahaja di dalam pejabat Energy telecommunication dan di saat itu kelihatan ramai dari kalangan staf wanita tersenyum-senyum memandang ke arah lelaki itu ada yang berbisik-bisik ada juga yang memandang dengan pandangan galak,

Najwa yang perasan kelibat lelaki itu terus bangun untuk menegur akan tetapi niatnya itu terus di matikan bila dia melihat wajah lelaki itu, dia terus menundukan kepala sambil melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi

Lelaki itu terus membuka pintu bilik pejabat Sharul iskandar tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu,

"Farid!,"
Tegur Sharul iskandar langsung tidak terkejut dengan kehadiran lelaki itu

Bibir Farid Husin tersenyum, selepas menutup pintu, kakinya di ayun ke arah meja Sharul iskandar

"Kau dari mana Farid?,"

"Aku baru lepas jumpa ayah aku,"

"Mintak duit ke?,"

Farid Husin tersengih sambil melabuhkan punggungnya atas kerusi

"Daripada aku mintak duit lebih baik aku mintak syarikat tu terus baru puas hati aku,"

Sharul iskandar tergelak seketika, Selepas itu dia membuka laci, satu sampul surat tebal di keluarkan dari laci itu

"Nah your payment,"
Sharul iskandar menghulur Sampul surat tebal tadi kepada Farid Husin
"Cash dari M-Mobile, oh ya Mr Albert ada offer, kalau kau nak kerja bahagian advertising kat M-Mobile, dia puji hasil kerja kau bagus,"

"Aku baru je terima offer dari ayah aku,"
Balas Farid Husin sambil mengambil sampul surat itu dari Sharul iskandar

"Jawatan apa?,"

"Pegurus Advertising marketing,"

"Wow Congrats, Akhirnya kau kerja juga dengan ayah kau,"

"Itu pun aku letak syarat, takde siapa boleh ganggu aku,"

Sharul iskandar mengeleng
"Siapalah yang berani ganggu kau Farid,"

"Ada tak?,"

"Ada apa?,"

"Info pasal Tesla tulah,"

"Oh ya ada-ada, tunggu jap,"

Selepas sahaja Farid Husin keluar dari pejabat Sharul iskandar, Najwa bergegas masuk ke dalam pejabat selepas bosnya memanggil

"Bila Hani Suraya nak datang?,"
Tanya Sharul iskandar

"Mungkin esok, tapi saya dah beritahu dia, kalau dia sampai KL, saya suruh dia call saya, saya pergi jemput dia, sebab dia kata dia tak pernah datang KL,"

"Okaylah tu, Nanti awak hantar je terus dia kat rumah saya boleh,"

Najwa mengangguk
"Boleh Encik Sharul,"

**

Kampung Nelayan Baserah Pahang

Hani Ismail duduk sambil menopang dagu, tangan kanannya memegang cermin, setiap kali dia melihat wajahnya di cermin dan setiap kali itulah dia mengeluh

"Camne nak keja ngang rupa camnie, dohlah hitang, kulit pung kasar,"
Keluh Hani Ismail sambil mengosok-gosok kulit mukanya

"Tak usohlah gosok camtu, rosok kulit tu nanti"
Tegur Puan samsiah berdiri di muka pintu bilik sambil membawa pakaian yang sudah di lipat

Hani Ismail mengaru-garu rambutnya
"Rambut Hani nie pung doh keras macam dawai,"

Puan Samsiah mengeleng dengan rungutan anak daranya
"Mok dari dulu doh kabor kat Hani, tok usoh ikut gie laut, tapi Hani degil,"

"Hani kenolah tulung ayoh mok, mano buleh sajo jo duk umoh,"

"Hani gie KL kan cari duit bukang cari jantan, tok usolaa mikir pasal muka tu,"

Muram wajah Hani Ismail memandang ibunya
"Hani nie perempuang mok, Hani pung ado perasaang malu gok,"

Puan samsiah membisu, dia menaruh pakaian di dalam almari kemudian duduk di birai katil memandang wajah anak daranya

"Muka Hani tu doh cantik cuma hitang je, tapi kalu Hani hari-hari dok dalam office ada akon, nanti putih balik muko tu,"

"Betui ke mok,"

Puan samsiah mengangguk
"Betuilaa, doh memang asal kulit Hani dari dulu memang putih,"

Hani Ismail tersenyum-senyum memandang mukanya sendiri di cermin

"Besok kul bepe Hani nok gie KL?,"

"Pagi, Hani tumpang Ayoh,"

Bola mata Puan Samsiah menjeling bag galas bersaiz besar di tepi pintu seperti sudah berisi

"Awal betui Hani ngemas pakaian,"

Hani Ismail tersengih

"Hati-hati Hani, jangang mudoh ngat terpengaruh dengan budayo sano, mende tok elok jangang di ikot, ingat kito nie orang melayu ado agamo, ado maruah, jangang sesekali malu dengan keluargo Hani, kalu ado jantang nok ko Hani, kabor je terus Hani dari keluargo Nelayan, tok usoh nipu,"

"Yo Hani tahu, lagi pung Hani gie KL bukang cari jantang mok, cari duit,"

"Tadi baru jo Hani kabor kat mok, Hani nie perempuang ado perasaang, sebab tu mok bagi nasihat,"

Hani Ismail mengangguk lesu, wajah ibunya di renung seketika, Puan Samsiah pula turut memandang wajah anak daranya penuh kasih Sambil tangannya ingin mengusap rambut anak daranya

"Nie rambut Hani ko dawai,"

"Hiss mok nie, tok baik kate gitu,"

Puan Samsiah tergelak terkekeh-kekeh segaja mengusik anak daranya, sebab mulai esok dia tidak lagi dapat bergurau senda dengan anak daranya itu

Ke esokkan paginya selepas Khalid menyusun barang-barangnya di dalam kereta Perodua kembara, dia menoleh memandang anak daranya sedang memeluk isterinya

"Hati-hati Hani, kalu doh sampai nanti kabor kat mok ya,"

Hani Ismail mengangguk sebelum mengalih pandangannya memandang adiknya yang nombor empat, adik bongsunya masih lagi tidur manakala adik kedua dan adik ketiganya berada di asrama

"Kalu ayoh gie laut, Haikal keno tulung mok tau, jangang malas, kesihan kat mok,"

Haikal mengangguk
"Hati-hati kok, nanti jangang lupo belikang phong kat Haikal bilo dapat gaji,"

Hani Ismail tersenyum
"Insyaallah,"

"Hani gie lu mok ya, jago diri mok elok-elok,"

"Hani pung samo,"

Selepas melambai Ibu dan adiknya, Hani Ismail masuk ke dalam kereta ayahnya,

"Hani nok naik bas dari mana Kuantan Sentral ko Transnasional?,"

"Kuantan Sentral,"

Khalid mengangguk
"Pakai tali pinggang tu,"

Kereta Perodua kembara di pandu Khalid terus bergerak meninggalkan halaman rumah, Hani Ismail menoleh ke belakang untuk kali terakhir dia memerhati ibu dan adiknya melambai, air matanya terus menitis,

"Tak usohlah sedih ngat, KL bukan jauh pung,"

"Sedihlah yoh, nie kali pertama Hani tinggalkang umoh,"

"Kalu rindu ngat call je ayoh, ayoh gie ambik,"

Hani Ismail tersenyum memandang ayahnya sebelum dia mengangguk

**

BANGSAR SELANGOR

Sharul iskandar duduk sambil memerhati pelanggan-pelanggan ibunya sedang berurusan di kaunter, ada juga sedang menunggu giliran dan ketika itu bola matanya memandang ke arah seorang wanita cantik bertudung coklat terang sedang keluar dari bilik rawatan kecantikan, Selepas sahaja wanita itu selesai berurusan di kaunter, wanita itu berjalan ke arahnya

"You pun nak dapatkan rawatan ke Sharul?,"

Sharul tersenyum senget
"Muka aku nie dah semula jadi cantik Farah, tak perlu nak rawat lagi,"

"i bukan tanya muka you, i tanya perut tu,"
Farah ketawa terkekeh-kekeh sambil memandang Sharul iskandar

"Biadap betullah kau Farah,"

Farah mengesat-ngesat air mata bila dia berhenti ketawa

"Sorrylah sharul, i gurau je,"

"It's okay, Jom Farah, kita gie makan,"

"Alaa.. sorrylah Sharul, i kena balik semula kat galeri, lain kali je boleh,"

Sharul iskandar mengerut dahinya
"It's okaylah Farah, aku sedar siapalah aku nie hanya sekadar lelaki gemuk tak sepadan nak makan dengan wanita cant..., Aduh! Aduh sakitlah bodoh,"

"Kan dah kena, lain kali cuba cakap macam tu lagi,"
Farah mengetap giginya sambil tangannya mencubit perut Sharul iskandar

Selepas mencubit perut Sharul iskandar, Farah sempat menarik rambut kawan baiknya itu kerana geram sebelum dia keluar dari Salon

"Yang kau gie usik Farah tu buat apa kan dah kena,"
Tegur Datin Dibah, dia baru sahaja keluar dari bilik rawatan dan kebetulan melihat tingkah anaknya dengan Farah

Sharul iskandar membetulkan rambutnya
"Bodoh betullah Farah tu Mama, sakit betul dia cubit,"

Datin Dibah sekadar mengeleng
"Mama dengar dari Papa, Is dah dapat orang gaji, orang mana?,"

"orang pahang,"

"Dah kahwin ke janda,"

"Bujang lagi,"

"Bila dia start kerja,"

"Hari nie dia sampai,"

"Kalau dah orang gaji tu, Is jangan garang sangat dengan dia, Kalau Is nak suruh dia buat apa-apa cakap baik-baik, jangan menyombong diri,"

"Ya Mama Is tahu,"

Datin Dibah mengeluh bila memandang anak sulungnya

"Gemuknya kau Is,"

**

Stesen Bas Kuantan Sentral

Hani Ismail menangis teresak-esak ketika memeluk ayahnya, entah kenapa setiap kali dia melihat wajah murung ayahnya, hatinya akan merasa sedih,

"Dohlah tu, tok usoh sedih sangat, ayoh dah cakap, KL bukangnya jauh sangat, ado maso nanti, ayoh datang jenguk Hani kat sane,"
Tutur Khalid cuba memujuk anak gadisnya

Hani Ismail terangguk-angguk sambil tangannya mengesat air mata

"Ayoh hati-hati kat laut, jangang turun kalu ribut, bahaya yoh,"

"Yo ayoh tahu, Hani tak usoh risau, Hani jaga diri elok-elok kat sana, ingat pesan ayoh ngan mok, sembahyang jangang lupo tau,"

Hani Ismail mengangguk, selepas mencium tangan ayahnya, dia melangkah masuk ke dalam bas, ketika dia berjalan ke tempat duduk bola matanya masih memerhati ayahnya masih berdiri di luar menunggu bas bergerak,

Beberapa minit kemudian, Bas Kuantan ke KL mula bergerak perlahan meninggalkan stesen bas kuantan sentral, Hani Ismail masih melihat ayahnya, luluh hatinya bila melihat ayahnya melambai sambil mengesat-ngesat air mata,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience