Bab 24

Humor Completed 55808

Di rumah suasana lengang, Wati dan Safura berkerja separuh hari pada hari sabtu, Hani ismail terus masuk ke dalam bilik, dia menangis lagi, rindunya pada Sharul iskandar semakin tak tertahan

Hani Ismail meraung sendirian, di dalam biliknya itu, dia meluahkan duka yang terpendam, sejak dari pejabat dia mahu melakukan begitu, menangis, menjerit sepuas hati, wajah sharul iskandar selalu terbayang di benak ingatannya, mengapa di saat dia memelukan bantuan, Sharul iskandar selalu membantunya,

Apartment Saujana brickfields, Safura dan Wati hanya menyewa bilik di apartment itu yang mempunyai tiga bilik, safura dan wati menyewa setiap satu bilik dengan bayaran bulanan 500 ringgit seorang namun untuk satu bilik lagi bayaran bulanan agak mahal sebanyak 1200 sebulan kerana mempunyai bilik air, tuan apartment mahukan bayaran disposit sebanyak dua bulan

Hani Ismail serba salah untuk terus berkongsi bilik dengan wati memandangkan bilik terlalu kecil namun dia tiada duit untuk membayar disposit bilik kerana masih pertengahan bulan, sejak dia keluar dari rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar dia tidak pernah memeriksa baki akaunnya, ketika dia memeriksanya semalam, alangkah terkejutnya Hani Ismail bila melihat baki akaun bank mempunyai lebihan wang sebanyak 3000 ringgit pemberian Sharul iskandar

"Tuan!..., Saya rindu kat tuan, saya rindu sangat kat tuan!,"
Raung Hani Ismail dalam tangisan esak, pakaiannya di tarik-tarik sebelum menarik cadar yang membaluti tilam,

Hani Ismail berguling-guling di atas tilam, meraung kadang kala dia memukul-mukul tilam, bantal bahkan dinding. Perasaan rindu, perasaan bersalah pada Sharul iskandar benar-benar menyakitkan untuk di tanggung

pintu bilik di ketuk sekali, serentak di kuak dari luar, Wati masuk seraya memerhati persekitaran bilik tidur Hani Ismail yang sudah tunggang langgang

"Kenapa nie Hani?,"
Wati terus duduk di birai katil di sisi Hani Ismail yang bersandar di kepala katil memeluk lutut yang masih menangis

Hani Ismail tidak menjawab, dia terus menangis teresak-esak

Wati mengeleng kepala beberapa kali, sebelum melepaskan keluhan berat

"Awal Wati balik?,"
Tanya Hani Ismail tersendu-sendu

"Sistem 'down',"

"Safura mana?,"

"Dia ikut Anuar pergi masjid jamek,"
Jawab Wati
"Kenapa nie Hani, masalah cinta lagi ke?,"

"Sakit ya Wati, sakit sangat,"
Hani Ismail mengadu lalu menangis

Wati sedikit terkejut
"Apa yang sakit Hani, bagitahu aku,"

Hani Ismail menumbuk-numbuk dada namun cepat-cepat tangannya di tahan Wati, Bahu Hani Ismail di tepuk,

"Kalu ya pun sakit sebab cinta, tak usohlah sampai nok memukul diri sendiri, orang lain pung bercinta jugak Hani, tapi takdelah seteruk kau,"
Marah Wati

"Kau tak paham Wati, aku doh buat jahat kat orang, orang yang bantu aku, orang yang baik dengan aku, orang yang aku cinta, tapi aku khianat dia, aku nie memang jenis tak sedor diri Wati, aku nie jahat,"

"Aduh Hani, cuba bagitahu aku, sapa yang kau khianat tu?,"

Hani Ismail tidak menjawab, tiba-tiba saja dia meraung kerana perasaan bersalah sudah membelenggu jiwanya saat itu sambil menghantuk-hantuk dahi pada lututnya yang di bengkok tinggi separas dada

"Cukup Hani!,"
Herdik Wati, geram sungguh bila melihat sahabat baiknya bersikap seperti orang tidak waras

Semakin kuat tangis esak Hani Ismail bila di marahi Wati

Wati mengeleng kepala, wajahnya di usap-usap, serabut sungguh dengan sikap Hani Ismail

"Kalu macang nielah Hani, lebih baik kau balik kampung je, tak usoh keje kat KL lagi,"

"Aku.. aku.. Wati?,"
Hani Ismail menepuk-nepuk dadanya

"Hish Hani, tak usohlah buat gitu,"
Pantas Wati memegang tangan Hani Ismail

Hani Ismail tersendu-sendu memandang Wati
"Aku Wati, perempuang jalang yang doh khianat Sharul iskandar, yang berpeluk dengan kawang baik dia kat jamuang, itu aku?,"
Hani Ismail meraung, tubuh wati terus di rangkul

Mulut Wati melopong, terpinga-pinga setelah mendengar pengakuan Hani Ismail, teragak-agak tangannya mahu membalas perlukan sahabat baiknya itu

Wati meleraikan perlukan Hani Ismail, secara paksa, dia menolak sahabatnya itu sedikit menjauh agar dapat melihat wajah sembab gadis itu

"Apa maksud kau Hani, aku tak beberapa paham?,"
Soal Wati masih kebingungan

"Perempuan yang Sharul bantu tu aku wati, perempuan yang berpelukan dengang kawang baiknya juga aku, aku memang perempuan tak sedor diri, aku nie perempuan jalang!, tapi aku tak tidor dengan kawang dia tu,"

Wati beristifar dalam hatinya, agak sukar untuk dia terus mempecayai kata-kata Hani Ismail

"Tapi macang mana kau kenal dengang Encik Sharul?,"

Hani Ismail mengesat-ngesat air matanya sambil di bantu Wati, dia menarik nafas panjang, selepas merasa tenang, dia menceritakan kepada Wati dari awal pertemuan dengan Sharul iskandar sehingga hubungannya dengan bekas majikannya itu berakhir

beberapa kali Wati mengeleng-geleng kepalanya saat mendengar cerita dari Hani Ismail

Wati mengeluh pelan
"Patut dua minggu lepas, Encik Sharul selalu tanya aku dengan Safura, pasal bilik nie, tak habis-habis dia tanya kalu bilik nie masih kosong ke tak,"

"Betul ke Wati,"
Tanya Hani Ismail dengan sebak

Wati mengangguk pelan
"Encik Sharul tu baik Hani, memanglah dia gemuk, tapi bila doh keja dengang dia Huu, susoh nok berenti, kalu tempat lain, jangang katakang bos, orang bawahan bos pung belagok nak mampus, tak muh makang sekali dengang staf-staf biasa, tak standard, tapi Encik Sharul relex je makan sekali dengang kitaorang, pantang ado makanang atas meja, mesti hilang,"

Hani Ismail ketawa dengan tangis esak, air mata yang mengalir di kesat-kesat sambil menatap Wati

"Sayang sungguhlah, tapi nok wat camne, kalu bukang jodoh,"

"Bodohkang aku Wati, mudoh betul aku terpengaruh, aku sendiri pung tak sedor waktu aku menari dengang kawang baik dia tu,"

"Mana-mana perempuang pung kalu doh terpikat dengan Playboy tu Hani jangang katakang peluk tapi terus masuk ke bilik tido, tapi nasib baik kau sedor,"

"Tapi semua tu doh terlambat, sekarang hubungan aku dengan Encik Sharul doh tamat, dia doh tak nok jumpa aku lagi,"

Hani Ismail menagis lagi namun Wati cepat-cepat memeluk sahabat baiknya itu

"Maaf kalu aku tanya Hani, kau ado perasaang lagi ke dengan Playboy tu?,"

Pantas Hani Ismail mengeleng-geleng kepala, wajah yang di basahi air mata seakan garang memandang Wati

"Mati pung aku tak akang ado perasaang lagi dengang jantang tu,"

"Yelah, waktu nie memanglah kau cakap ginie, takut bilo doh jumpo nanti, lain pulok yang jadi,"
balas wati sengaja menyindir

"Wati!,"

**

Teguh Holding

Hani Ismail tekun menyiapkan kerja terakhirnya, menyemak beberapa fail maklumat syarikat-syarikat yang telah di kaji dan diselidik

Projek pembinaan kapal kargo bersaiz sederhana bukanlah projek kecil malah bajet untuk pembinaan kapal itu menelan belanja hampir ratusan juta dan ia memerlukan ketelitian supaya maklumat yang di sampaikan kepada Fadil Fitri selaku pengarah Teguh logistics semuanya tepat, lebih-lebih lagi ini adalah perkerjaan pertamanya setelah hampir sebulan berkerja dengan Teguh holding

Setelah segalanya selesai, perkerjaan terakhir yang harus dia lakukan adalah melawat syarikat-syarikat yang membuat bidaan untuk mendapatkan projek itu

Hani Ismail sudah bangun dan mundar-mandir di biliknya, jarum waktu di muka jam dinding pejabat di renung lama, tiba-tiba saja kerinduan pada Sharul iskandar membelenggu hatinya, perasaan rindu itu menyakitkan dada, Jantung berdengup kian kencang sehingga menyakitkan kepala

"Tuk.., Tuk..,"

Pandangan pantas di lemparkan ke pintu pejabat,

"Masuk,"

"Cik Suraya?,"
Lela tersenyum, berdiri di celah pintu yang di buka sedikit
"Semuanya dah siap,"

"Kita nak pergi mana dulu?,"

"Umm?,"
Jari Telujuk Lela mengetuk-ngetuk dagunya
"Apa kata kita pergi yang paling dekat dulu, Sealand logistics group, Bangunan dia dekat bangsar je,"

"Boleh tak Lela tolong pandu kereta,"

"Boleh je Cik Suraya,"
Jawab Lela, bibirnya tersenyum

Pintu Lif terbuka, Hani Ismail bersama Lela melangkah masuk ke dalam Lif, Hani Ismail melihat Skrin di Telefonnya untuk melihat jam dan waktu yang tertera di Skrin telefonnya menunjukkan pukul 2.00 tengahari

Lela sejak masuk ke dalam Lif asyik memandang Hani Ismail, bibirnya tersenyum-senyum, entah apa yang sedang bermain di fikirannya, tingkahnya itu di sedari Hani Ismail

"Kenapa Lela?,"

Lela terangguk-angguk sambil melihat Hani Ismail dari bawah hingga ke atas

"Baru hari nie saya nampak Cik suraya cantik,"

Bertaut kening Hani Ismail memandang Lela
"Habis tu sebelum nie?,"

Lela mengankat bahunya
"Nampak lelah, macam orang sakit, lebih tepat lagi, macam orang baru lepas putus cinta,"

Hani Ismail terus tergelak sebelum mengangguk

"Betullah tu, saya baru je lepas putus cinta,"

Lela sedikit terkejut
"Betul ke?,"

"Ah.. ah, saya dah kecewakan buah hati saya, yang jaga saya, yang bantu saya selama saya berada kat KL,"
Hani Ismail mengeleng kepalanya pelan
"Sebab saya nie memang jenis perempuan tak sedar diri Lela,"

"Hish tak baik cakap begitu Cik suraya, kalau dah bukan jodoh nak buat macam mana, kenalah terima dengan hati terbuka,"

Hani Ismail mengeluh pelan

"Oh kalau macam tu lelaki yang selalu datang nak jumpa Cik Suraya tu, X boyfriend Cik Surayalah ya,"

Hani Ismail pantas mengeleng kepala, hidungnya berkerut memandang Lela

"No, itu bukan X boyfriend saya, itu lelaki gatal,"

Lela tergelak, kepala hani Ismail masih lagi tergeleng-geleng, sejak akhir-akhir ini, semakin kerap Zul Denial datang ke lobi mahu menemuinya, masih tidak mahu mengalah walaupun sering kali di tolak bahkan bermacam-macam hadiah yang di kirim lelaki itu ke pejabatnya

Di dalam kereta, Tatapan mata Hani Ismail hanya tertumpu pada gambar di skrin telefonnya, saat dia bersama Sharul iskandar duduk di bangku di malam hari dan saat itulah pertama kali dia menyandarkan kepalanya di bahu Sharul iskandar, melihat senyuman manis bekas majikannya itu membuatkan kelopak matanya bergenang dengan air mata, wajahnya cepat-cepat di alih melihat luar jendela sambil tangannya mengesat-ngesat air matanya, tingkahnya itu di perhati Lela yang sedang memandu namun wanita itu hanya tersenyum

"Okay dah sampai,"

Hani Ismail pantas menoleh, bola matanya memerhati sebuah bangunan tidak beberapa tinggi namun tersenggam indah di tengah bandar bangsar, bangunan yang sering dia lihat ketika berkunjung ke salon Datin Dibah

"Eh Lela?,"
Hani Ismail menoleh memandang pembantunya
"Kenapa masuk laluan Lobi? kenapa tak turun bawah je?,"

Lela tersenyum,
"Jangan risau Cik suraya, sebelum kita datang sini, saya dah suruh puan Kamala call Pihak Sealand logistics, supaya inform kat diorang kita nak datang, tadi kat parking puan Kamala hantar mesej, pihak Sealand logistics suruh kita parking je kat depan Lobi,"

Hani Ismail mengankat kening, kagum
"Wow siap boleh parking depan Lobi,"

"Kerja macam kita nie Cik Suraya pergi mana-mana pun memang akan dapat layanan baik, tapi Cik Suraya kena ingat, apa saja pemberian dari diorang jangan ambil walaupun name kad, kalau diorang ajak makan, kena tolak sebab itu peraturan department kita,"

Hani Ismail terangguk-angguk, hari pertama saat dia mula berkerja Hamdan sudah mengingatkannya begitu juga Sharul iskandar

"Terima kasih Lela, ingatkan saya,"

Lela tersenyum sambil mengangguk

Kereta jenis Suv Aruz di pandu Lela terus berhenti di hadapan pintu lobi, seorang penjaga bangunan menapak menghampiri kereta

"Cik berdua dari Teguh holding ke?,"
Tanya penjaga bangunan setelah Lela menurunkan tingkap kereta

"Ya betul,"
Jawab Lela

Penjaga bangunan itu tersenyum
"Cik berdua boleh turun di sini, biar saya parkingkan kereta Cik di depan sana, nanti bila Cik nak keluar, minta kunci kereta dekat kaunter receptionist,"

Lela mengangguk, Hani Ismail yang duduk di kerusi penumpang turut mengangguk kemudian mereka berdua keluar dari kereta

Hani Ismail bertudung sutera corak berwarna biru, sedondon dengan warna jubahnya kelihatan menawan saat berjalan di sebelah Lela yang bersut blazer kelabu dengan seluar berwarna hitam, mereka berdua melangkah masuk ke dalam Lobi, berjalan bersebelahan menghala ke arah kaunter receptionist

"Suraya!,"

Langkah Hani Ismail serta-merta terhenti, matanya membulat, Suara yang memanggil namanya itu sangat familiar di dengar

"Denial?,"
Bisik Hani Ismail sebelum menoleh ke arah suara yang memanggil namanya

Zul Denial tersenyum lebar saat berjalan laju menghampiri Hani Ismail

"Omg Suraya, akhirnya i dapat jumpa juga dengan you?,"
Zul Denial terus mendepakan tangannya seolah-seolah ingin memeluk Hani Ismail, tindakannya itu mengejutkan Hani ismail dan Lela

"Awak nie dah kenapa, tiba-tiba nak peluk saya?,"
Marah Hani Ismail sambil menolak tubuh Zul Denial

Zul Denial terpinga-pinga, raut wajahnya tampak hampa
"You dah lupa i ke waktu kat jamuan birthday i tempoh hari,"

Hani Ismail serba salah, bibirnya di gigit sambil menjeling Lela, bimbang jika pembantunya mendengar jika tiba-tiba Denial mengunkap cerita saat dia menari berpelukan dengan lelaki itu

Lela menarik nafas, seperti faham
"Saya tunggu Cik Suraya dekat kaunter ya,"

Hani Ismail mengangguk, bibirnya teragak-agak mengukir senyuman

"Awak nak apa?,"
Soal Hani Ismail berang setelah Lela berlalu pergi

Kening Zul Denial bertaut hairan
"Nak youlah, nak apa lagi,"

"Ha?, mudah ya awak cakap nak kat saya, habis tu girlfriend awak nak campak mana?,"

Zul Denial tersengih-sengih sambil mengaru-garu belakang rambutnya
"Sorry Suraya i lupa beritahu you, sebelum birthday i, i dah putus dengan dia,"

"So sekarang awak suka pada saya?,"

Zul Denial bersungguh-sungguh mengangguk
"Of courselah Suraya, you dah lupa ke waktu kita menari di jamuan birthday i, sampai sekarang sumpah i tak boleh lupakan you,"

Hani Ismail menyilang tangan memeluk tubuh, bibirnya tersengih senget
"Untuk pengetahuan awak Denial, saya buat semua tu sebab saya sengaja nak sakitkan hati girlfriend awak, saya tak tahu pula kalau awak dengan dia dah putus,"
Balas Hani ismail sengaja membuat alasan

"You sengaja ke atau you memang sukakan i juga,"

Hani Ismail tergeleng-geleng

"Siapa tu Deni?,"

Zul Denial pantas memusingkan badan
"Mama?,"

Datin Linda berpakaian skirts paras lutut tanpa lengan melangkah pelan menghampiri anak lelakinya, wajahnya masam, bibirnya menyenget sedikit ke atas saat memerhati Hani Ismail

"Siapa tu Deni?,"
Tanya Datin Linda lagi

Bibir Zul Denial tersenyum mengulum memandang Hani ismail
"Inilah Suraya yang Deni ceritakan pada Mama,"

Datin Linda mengankat kening namun wajahnya masih masam

"Boleh tahan cantik, patutlah anak Mama suka,"

Zul Denial tidak ubah seperti Kanak-kanak kecil tersipu-sipu malu di hadapan Hani Ismail

"Suraya, kenalkan ini Mama i Datin Linda,"

Tangan yang memeluk tubuh segera di leraikan, tangan kanan di hulur untuk bersalaman dengan ibu Zul Denial

tangan yang di hulurkan penuh sopan seakan sengaja tidak mahu di sambut, Datin Linda menoleh memandang ke belakang sebelum mengalih pandangannya memandang anak lelakinya

"Deni, uncle ishak nak jumpa Deni tadi, dia tunggu Deni dekat belakang sana,"

"Nak Jumpa Deni buat apa?,"

"Mana Mama tahu, pergilah jumpa cepat, dia nak balik office dah tu,"

Zul Denial mencekak pinggang teragak-agak mahu meninggalkan Hani Ismail

"Suraya, please tunggu sekejap, i nak jumpa dengan uncle i, nanti i datang semula,"

Hani Ismail lansung tidak menjawab atau mengangguk, pandangannya mengalih ke tempat lain, hatinya masih bengang dengan tindakan ibu Zul denial tadi memang sengaja tidak mahu menyambut salamnya

Datin Linda memerhati seketika anak lelakinya kemudian memusing badannya separuh, retinanya melirik-lirik memerhati dari bawah sehingga ke atas

"Actually, i tak kisah pun siapa yang Deni suka, tapi bila i tengok cara you layan Deni tadi buat i sakit hati,"

"Maafkan saya Datin, sebenarnya saya tiada apa-apa hubungan pun dengan anak Datin,"

Datin Linda memuncung bibir seakan mengejek

"It's Okay, but boleh i tahu, you datang dari keluarga mana, yelah bila i tengok penampilan you, macam datang dari keluarga berkelas,"

Hani Ismail memandang Datin Linda, hairan kenapa tiba-tiba ibu Zul Denial bertanyakan status keluarganya padahal dia sudah pun memberitahu, dia tiada apa-apa hubungan dengan anak wanita itu

"Saya nie datang dari keluarga miskin je Datin tiada apa-apa kelas pun, ayah saya Nelayan, ibu saya cuma suri rumah je,"

Kening Datin Linda bertaut, hujung jari jemarinya menempel di mulut acah-acah terkejut

"Are you kidding right?,"

Hani Ismail mengeleng
"Kenapa pula saya nak bergurau,"

"Huh..,"
Tangan mengipas-gipas muka, sebelah lagi menyilang memeluk bawah dada
"Omg, nasib baik i tanya, kalau tak..,"

Kata-kata Datin Linda tergantung, tingkahnya itu berjaya menyakitkan hati Hani Ismail

"Kalau you nak tahu, dalam keturunan keluarga i, tiada lagi yang berkahwin dengan keluarga kelas bawahan, sebab tu i rasa lega sangat, yelah mana ada ibu sanggup biarkan anaknya bercinta dengan anak Nelayankan,"

Hani Ismail terangguk-angguk, namun hatinya saat itu sedang membahang panas
"Betul tu Datin, sebab tu Datin kena nasihatkan anak Datin supaya jauhkan diri dia dari anak nelayan seperti saya nie,"

"Of course, you don't have to worry dear, i memang selalu ingatkan Deni supaya elakkan diri dari perempuan berkeluarga rendah seperti you,"

Hani Ismail tersengih senget, kepalanya di geleng, matanya menjeling Datin Linda

"Okaylah Datin lain kali je kita sembang, saya ada urusan penting sekarang nie,"

"Wait?,"

Langkah Hani Ismail terhenti, keluh di lepaskan pelan saat menoleh semula memandang Datin Linda

"Ya Datin,"
Hani Ismail tersenyum paksa

"Urusan apa yang penting sangat orang seperti you Sampai datang berurusan dengan company Daddy i nie?,"
Soal Datin Linda sengaja membuat raut wajah jengkel

Hani Ismail tidak terus menjawab, wajah annoying Datin Linda di renung sejenak, otaknya pula ligat memikirkan cara mengenakan wanita yang sedang belagak itu

"Oh sebenarnya saya dengan kawan saya datang sini nak cari kerja,"

Datin Linda tergelak sambil menutup mulutnya
"You nak cari kerja kat sini?,"

Hani Ismail terangguk-angguk, bibirnya sengaja di sengih

"Omg..,"
Datin Linda mengeleng
"Okay, boleh i tahu you dari universiti mana dalam Malaysia ke, luar negara ke tapi of courselahkan kalau dah belajar sampai luar negara, mesti tengah terbeban dengan hutangkan,"

Hani Ismail tergeleng-geleng
"Oh Datin salah faham, saya cuma ada spm je,"

"What!,"
Datin Linda ketawa berdekah-dekah entah apa yang melucukan dia sangat, sehingga gelak tawanya itu kedengaran di seluruh Lobi
"Cik Suraya, kalau ya pun you cuma ada Spm, tak perlulah pakai cantik-cantik macam nie, for your information Cik Suraya, kalau setakat ada Spm lepas tu nak minta kerja dekat sini, i think you cuma layak untuk kerja cleaner je,"

Hani Ismail berpura-pura terkejut kemudian mengeluh hampa
"Selain cleaner tiada kerja lain ke Datin,"

"Omg,"
Datin Linda mengosok-gosok tepi dahi, bibirnya tersengih mengejek
"Kalau kerja kat kantin you nak?,"

"Kerja kantin, takpelah Datin saya cari kerja tempat lain jelah,"

"Cuma ada Spm je memilih kerjalah pulak,"
Sindir Datin Linda pelan

Hani Ismail mengankat tangan melambai ke arah Lela sedang berdiri di hadapan kaunter receptionist

"Lela!,"
Panggil Hani Ismail

Dari jauh Lela mengankat muka, bila melihat Hani Ismail melambai cepat-cepat kakinya di ayun ke arah Hani Ismail

"Ya Cik Suraya?,"

Hani Ismail tidak terus menjawab, bibirnya tersengih-sengih memandang Datin Linda sambil tangannya menarik lengan Lela

"Kunci kereta ada pada Lela?,"

Lela mengangguk, kunci kereta Hani ismail di serahkan padanya saat dia menunggu di kaunter tadi

"Jom balik,"

Arahan Hani Ismail mengejutkan Lela
"Eh, balik, kenapa Cik Suraya?,"

"Takde apa-apa, kita balik je,"

"Tapi Cik Suraya, Tan seri tengah tunggu kita,"

"Biarlah dia tunggu, dia bukan majikan kita pun,"
Balas Hani ismail pelan

Hani Ismail memaut lengan Lela sambil mendorong lengan pembantunya itu ke pintu Lobi, Datin Linda yang memerhati sambil memeluk tubuh melirik senyuman sinis, dalam masa yang sama seorang wanita dari kaunter receptionist terjenket-jengket berjalan ke arah Hani Ismail dan Lela

"Cik Lela, Cik Lela nak pergi mana?,"
Tanya wanita itu, Hairan

Hani Ismail dan Lela memaling serentak

"Balik,"
Jawab Hani Ismail selamba

"Balik? tapi Tan seri tengah tunggu sekarang nie,"

Hani Ismail tersengih
"Kirim salam je kat Tan seri, beritahu pada dia, anak perempuan dia baru saja halau wakil dari Teguh holding keluar dari bangunan nie,"
Balas Hani ismail, mata mengeyit pada Datin Linda sambil melambai

Serta-merta tangan yang memeluk tubuh di leraikan, wajah Datin Linda terpinga-pinga memandang Hani ismail sudah pun keluar dari lobi bersama Lela

Wanita dari kaunter receptionist pula sudah pun berlari anak untuk kembali semula ke kaunter

Beberapa detik kemudian meja kaunter di ketuk, salah seorang penyambut tetamu cepat-cepat berdiri bila melihat Datin Linda dan seorang lagi sedang terangguk-angguk bercakap di telefon

"Ya Datin?,"

"I nak tahu, mengapa Daddy i tunggu dua orang perempuan tu tadi?,"

"Itu wakil dari Teguh holding Datin, yang menunggu kat sini tadi pembantu yang bercakap dengan Datin tadi, atasan dia,"

Datin Linda sedikit terkejut namun berpura-pura tenang
"Buat apa wakil Teguh holding datang ke sini?,"

"Datin, Tan seri nak bercakap,"
Celah penyambut tetamu yang bercakap di telefon tadi sambil menghulur ganggang telefon pada Datin Linda

Datin Linda teragak-agak saat mengambil ganggang telefon itu, ketika hujung ganggang sudah taruh di telinga, bibirnya mengukir senyuman

"Hello daddy,"

"Hello kepala hotak kau!, kau pergi panggil balik wakil Teguh holding tu semula, kalau tak, mulai bulan depan sampai aku mati, jangan harap satu sen pun kau akan dapat,"

Datin Linda terus meletak ganggang telefon di atas kaunter tanpa membuang masa kakinya pantas dia ayun ke arah pintu Lobi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience