Bab 8

Humor Completed 55808

"Pelik laa.. macam mana kau boleh dapat kerje kat sana, siap ada penginapan lagi, ngarut betui,"

"Kan, M-Mobile tu dahlah suka buang perkerja, time covid dua tahun lepas berapa ramai budak kontrak kena buang padahal kontrak ada lagi,"

"Kalau kau nak tahu Hani, kitaorang nie kira bernasib baik kerja kat energy tu, walaupun kita orang baru start sebulan tapi diorang tak buang pun kami time covid, kitaorang still boleh kerja kat rumah,"

"Hiss kitakan dah cerita kat dia,"

Bola mata Hani Ismail melirik-lirik memandang dan mendengar percakapan kawan-kawannya namun jauh di lubuk hatinya masih memikirkan ejekan dan hinaan dari kekasih Zul Daniel tadi

"Weii Hani,"

Hani mengalih pandangannya ke arah kawannya yang mengenakan tudung corak, berkulit sawo matang

"Ya wati,"

"Kenapa dengan muka kau tu, muram je sejak tadi, kau tak suka ke jumpa kitaorang,"

"Hiss jangang cakap gitu, aku sukalah,"
Jawab Hani Ismail terpinga-pinga wajahnya bila di tanya

"Kau ada masalah ke? kalau ada beritahu jelah pada kitaorang, kitakan kawan,"
Kata pula wanita bertudung merah, kulit wajahnya sama seperti Wati

Hani Ismail tersenyum memandang Safura
"Aku okay je, aku minta maaf kalu buat korang risau,"

"Kau happy tak kerja kat sana?,"

Hani Ismail memandang pula pada Anuar satu-satunya kawan lelaki yang dia ada

"Happy sangat, majikang aku tu baik,"

Wati tersengih sambil memandang Safura
"Tak buleh lawan dengan bos kita, boleh di katakan semua sempurna kecuali badan dia je,"

Wati tergelak, Safura menutup mulut cuba menahan mengikut jejak Wati

"Tak baik cakap gitu, walaupun bos kita tu gemuk, dia still comel, aku suka sangat tengok muka dia,"

"Baik sangat ke bos korang tu?,"
Hani Ismail sengaja bertanya

Anuar berkaca mata mengangguk
"Baik sangat Hani, sumpoh aku tok nipu, dia tok suko buang perkerjo, kalu perkerjo ado masaloh, dia tulong, kalu perkerjo ado masaloh duit, buleh mintok gaji awal, tu bagus,"

"Kalau kau rasa kau tak happy keja kat sana, kau call je aku nanti aku cuba tolong bawa kau masuk,"
Celah Safura

Hani Ismail menghela nafas tenang sebelum mengangguk
"Insyaallah Safura,"

Pertemuan dengan Wati, Safura dan Anuar sedikit sebanyak mampu memujuk hati Hani Ismail yang sedang lara, selepas mereka berempat makan petang di Food court, pertemuan mereka berakhir bila kawan-kawannya memasuki stesen LRT untuk pulang

Hani Ismail berdiri sejenak di hadapan pintu masuk LRT sebelum mengayunkan langkah lemah ke arah pintu masuk KTM komuter namun dia tidak terus masuk ke dalam stesen, Hani ismail berdiri di tepi pintu masuk sambil menyadarkan belakangnya di dinding, bola matanya merenung kosong di lantai,

"Buat apa lagi kat situ, jomlah balik,"

Hani Ismail sedikit tersentak, mukanya di angkat, namun Sharul iskandar sudah pun melangkah masuk ke dalam stesen, hatinya lega, dengan senyuman lebar terukir di bibir, dia bergegas mengayunkan langkah mengejar Sharul iskandar

"Abang dari mana?,"
Tanya Hani Ismail sambil berjalan di belakang Sharul iskandar

pertanyaan Hani Ismail tidak di jawab, menoleh pun tidak, Sharul iskandar meneruskan langkahnya setelah turun dari eskalator, saat itu Komuter Kl sentral menghala ke arah sungai buloh sudah berada di landasan

Hani Ismail terpinga-pinga hairan bila melihat wajah serius Sharul iskandar, mereka berdua tidak duduk sekali namun Hani Ismail masih tetap mengamati wajah majikannya, hatinya mula risau sambil memikirkan jika ada kesalahan yang dia buat

Setelah 45 minit Komuter dari arah KL sentral berhenti di stesen sungai buloh, penumpang tidak ramai yang turun, Sikap Sharul iskandar tetap sama, dia tidak menoleh atau memandang Hani Ismail, sehinggalah mereka berdua tiba di rumah

"Tuan nok saya masok,"
Tanya Hani Ismail lembut saat Sharul iskandar ingin membuka pintu rumah

Sharul iskandar tidak menjawab, selepas dia melangkah masuk ke dalam rumah, pintu terus di tutup, Hani Ismail terpaku di hadapan pintu, wajahnya berkerut menahan tangisan, bingung dengan sikap majikannya, pelan-pelan kakinya di ayun menuju ke arah bilik tetamu dengan air mata yang mengalir membasahi pipinya

Ke esokkan pagi

Selepas selesai solat subuh, Hani ismail bergegas ke dapur, beberapa ketul ayam yang mengeras di keluarkan dari peti ais di masukkan kedalam bekas, Cili api, halia bawang merah, bawang putih dan belacan di taruh di atas meja sebelum dia memasak nasi, niatnya untuk membuat nasi goreng di makan dengan ayam goreng untuk sarapan pagi majikannya

Jam di dinding menunjukkan waktu sudah hampir 8.00 pagi, Hani Ismail mengelap tangannya, Nasi goreng bersama ayam goreng yang sudah di masak di taruh atas meja, sebentar lagi Sharul iskandar akan turun untuk pergi berkerja,

Kedengaran tapak kaki Sharul iskandar menuruni tangga, Hani Ismail sudah menunggu di ruang tamu, bibirnya tersenyum bila melihat Sharul iskandar turun ke bawah

"Tuan, saya ada masok nasi goreng dengan ayam goreng, tuan sarapan dulunya,"
Pinta Hani ismail dengan wajah mengharap majikan akan bersarapan

Sharul iskandar bersikap acuh tak acuh, langkahnya di ayun ke arah meja di tepi pintu, Kunci kereta di dalam bakul di ambil sebelum kakinya melangkah ke arah pintu

"Tuan Sharul, kenapa nie, saya ade buat saloh ke?,"

Sharul iskandar langsung tidak mengendahkan pertanyaan Hani Ismail, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya muka Hani Ismail pun tidak di pandang

Selepas Sharul iskandar melangkah keluar, Hani Ismail menjadi serba salah, dia tidak tahu apa yang harus di buat waktu ini, pertanyaannya tidak di hiraukan, dia benar-benar bingung, tertanya-tanya apa kesalahan yang dia buat sehingga Sharul iskandar bersikap dingin padanya

**

KL Sentral

Pejabat Energy telecommunication

"Cik Fatin, Encik Sharul nak jumpa, tadi dia dah suruh saya panggilkan Cik tapi Cik tak datang lagi," beritahu Najwa kepada wanita bertudung bawal sedang memerhati staf-staf sedang berkerja

Fatin dengan wajah serius terus mengetuk pintu bilik Sharul iskandar dari luar, dia mendengar suara bosnya menyuruh dia masuk

"Bos nak jumpa saya?," lembut Fatin bertanya

"Duduk Fatin,"
Arah Sharul iskandar sambil duduk menyandar di kerusi

"Kenapa Bos, macam ada masalah je?,"
Tanya Fatin sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi

"Hey Fatin, you ingat tak birthday Denial?,"

Kening Fatin bertaut,
"Bos kan kawan baik dia, tak akan bos tak tahu?,"

"Memanglah i kawan baiknya tapi takdelah sampai i perlu ingat birthday dia,"

Fatin mengeleng
"Lagi dua bulan, kenapa bos tanya?,"

"Tahun lepas you ada pergikan birthday dia, so macam mana diorang celebrate?,"
Tanya Sharul iskandar memandangkan dia tidak pernah sekali pun menghadiri majlis hari jadi kawan baiknya itu

Fatin mengangguk pelan
"Macam biasa, tepat pukul 12 barulah ada acara potong kek, macam celebrate tahun baru,"
Fatin tersengih

"Tapi? kenapa bos tanya semua tu?,"

Sharul iskandar tersenyum senget sambil jari jemarinya mengetuk-ngetuk meja

"I terfikir nak bagi surprise pada kawan baik i tu untuk birthday dia tahun nie,"

**

Sungai buloh

Lama Hani Ismail duduk termenung selepas selesai mengemas bilik-bilik di atas, dia merasa sunguh kecewa, di sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari, Hani Ismail memicit-micit kepalanya, sikap dingin Sharul iskandar memeningkan kepalanya,

Hani Ismail mengeluh pelan, dia berdiri dari duduknya namun nada dering dari telefonnya tiba-tiba berbunyi

"Ayoh?,"
Bisik Hani Ismail bila melihat di skrin telefonnya sebelum menjawab panggilan itu

"Assalamualaikum Ayoh,"

"Waalaikummusalam Hani, Hani apa kabor,"

"Alhamdulilah Yoh, Hani sihat je, ayoh macang mane sihat tak,"

"Alhamdulilah ayoh sihat je Hani,"

"Mok dengang adik-adik macang mane,"

"Alhamdulilah semua sihat, Hani punyo kerjo okay tak?,"

"Okay je ayoh, kenape ayoh Call?,"

"Nie, ayoh nok tanye, kalu Hani buleh balik Sabtu nie?,"

Kening Hani Ismail berkerut
"Sabtu nie, ada ape Yoh?,"

"Hiss tak akanglah Hani doh lupo, Seha nok kawin?,"

Hani Ismail menepuk-nepuk dahinya
"Ya Allah, maafkang Hani Yoh, Hani buleh lupo, langsung tok ingat,"

"Memanlah tok ingat, doh happy kat sane, mano nok ingat lagi kat kampung,"

"Ayoh nie, tok baik ngata gitu kat Hani, Hani bukang sengaja tok ingat,"

"Ayoh gurau je, nie? buleh tok balik, nanti kecik hati pulok seha tu,"

Hani Ismail terdiam sejenak, memikirkan perkahwinan Seha sepupu rapatnya sejak kecil, anak kepada makcik belah ayahnya yang berkerja di seremban negeri sembilan sebagai nurse

"Insyaallah, nanti Hani kabor kat ayoh esok, buleh yoh,"

"Umm.. buleh, tapi Hani takdo call ke seha, serembang dengan KL bukang jauh pung,"

Hani Ismail mengosok-gosok dahinya
"Hani ado Call, tapi seha kerja nurse, sibuk, nok jumpa dengang Hani memang payoh,"

"Tak apelah, apa-apa hal call je ayoh ye, jage diri Hani baik-baik solat jangang lupa,"

"Ya, ayoh pung sama, jaga diri baik-baik, jage kesihatang,"

"Yelah, Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam,"

Setelah selesai bebual dengan ayahnya, Hani Ismail duduk semula di Sofa, dahinya di gosok-gosok, fikirannya runsing

"Macang mano buleh lupo, aduhhh, cam mane nok kabor kat tuan, dia bagi ke tok nie, aku dohlah kerja tok sampai sebulang lagi,"


Malam itu, Hani Ismail melakukan tugasnya seperti biasa, selepas Sharul iskandar makan malam, majikannya terus naik ke atas langsung tidak berbual dengannya seperti biasa masih lagi bersikap dingin,

Hani Ismail mengemas dapur sambil mengesat air mata, sepuluh pertanyaan yang muntah dari mulutnya tadi tiada satu pun di jawab majikannya, niat untuk meminta cuti tak berani di luahkan, selepas dia menyusun pinggan mangkuk, dia terus saja ke bilik, sedih betul hatinya saat itu

Masa tidak pernah mempedulikan sesiap jua, siang berganti malam dan malam pula berganti siang,

Sudah empat hari, Hani Ismail tidak bercakap atau bertegur sapa dengan Sharul iskandar, walaupun dia memasak setiap pagi namun Sharul iskandar tidak pernah bersarapan kecuali makan malam, setiap kali Sharul iskandar ingin pergi berkerja dia hanya berdiri menunduk di tepi pintu sikapnya itu sudah seperti orang gaji begitu juga setiap kali makan malam, Hani Ismail tidak lagi makan sekali dengan sharul iskandar, dia hanya akan berdiri diam di dapur sehinggalah majikannya selesai menjamu selera

Di ruangan dapur yang gelap gelita Hani Ismail duduk berlutut di bawah kitchen kabinet, dia menangis esak, sudah empat hari semangatnya seakan tiada untuk berkerja, sikap Sharul iskandar masih dingin seperti biasa, setiap kali dia bersua muka dengan majikannya di rumah hanya seraut wajah beku yang di lihatnya

Lampu dapur di buka secara tiba-tiba, itu mengejutkan Hani ismail entah kenapa dia tidak mendengar tapak kaki Sharul iskandar menapak, Hani Ismail cepat-cepat berdiri berpura-pura membasuh tangan, kedengaran kerusi di tarik

"Duduk Hani,"
Arah Sharul iskandar sambil memeluk tubuh, wajahnya tampak garang

"Baik tuan,"
Jawab Hani Ismail, bergegas kedua kakinya di ayun ke arah meja

Sharul iskandar menatap gadis yang duduk di hadapannya tidak langsung mengankat muka

"Kenapa Hani tundukkan kepala?,"

Hani Ismail diam tidak menjawab, serba salah untuk mengankat mukanya

Sharul iskandar berdengus
"Sebab Hani berkerja dengan saya, saya yang bayar gaji Hani, kalau Hani lakukan kesalahan mungkin seharusnya Hani akan bersikap macam nie, tapi kenapa Hani mudah sangat tunduk pada orang lain, dia bayar gaji Hani ke, atau Hani seorang yang pengecut?,"

Pelan-pelan Hani Ismail mengankat mukanya, dia seperti mengerti apa yang di maksudkan Sharul iskandar

"Yes saya faham, Hani datang dari kampung, dari keluarga nelayan and first time Hani datang ke KL, kerja pulak sebagai orang gaji, tapi perlu ke sampai Hani anggap diri Hani tu hina sangat dari mata orang lain, saya cukup benci dengan orang yang bersikap pengecut, lemah tak berani mempetahankan maruah sendiri, biar je diri kena hina, alasan kerana miskin,"

Hani Ismail membisu, wajah garang Sharul iskandar di renung tanpa matanya berkelip membiarkan saja air matanya mengalir

"Miskin, tapi keinginan besar, but semua tu bagi saya tiada masalah, that's your feeling and that's your right, siapa yang
Hani suka, itu hak Hani, tapi perlu ke sampai tundukkan kepala, membiarkan diri sendiri kena Hina,"

Wajah Hani berkerut sedaya upaya cuba menahan tangisan esaknya dari melendak

"Hani, bukan Hani seorang sahaja perempuan kat luar sana akan jatuh cinta pandang pertama bila lihat Zul Denial tu, dah berlambak Hani, So saya nak tanya pada Hani, dalam hati Hani tu masih ada lagi perasaan pada Zul Denial selepas Hani tahu dia dah ada kekasih, you still like him?,"

Hani Ismail menekan bibir, matanya bulat memandang Sharul iskandar lantas dia memberanikan diri untuk menganggukkan kepalanya

Sharul iskandar tersenyum nipis, kepalanya terangguk-angguk pelan

"Okay, you really want that man, I'll help you get him,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience