Bab 29

Humor Completed 55808

"Ayoh tak kisoh, apa pung pilihan Hani ayoh ngang mok terime je,"

Hani Ismail mengangguk pelan, dia duduk bersama ibunya di birai katil manakala ayahnya duduk di atas kerusi

"Masuk keluarga beso cangtu Hani, kena pandai jaga diri, mok risau nanti nasib hani jadi macang perempuang dalam drama, hani ingat lagi drama tu?,"

"Yang mana satu mok,"

"Alaa..?,"
Puan Samsiah menepuk-nepuk pehanya seraya cuba mengingat tajuk drama itu
"Yang nama leya-leya tulah,"

"Ooo.. yang yang asyik lahir anok kembor tu ke mok, tu drama Andai itu takdirnya,"

Puan Samsiah terangguk-angguk
"Ha. drama tulah,"

Hani Ismail tersengih-sengih memandang ibunya
"Mok nie, perempuang tu keno tangkap basohlah, lagi pung dari awal laki dia memang tak suka dia, nasib anok mok nie beza, Denial tu suka Hani,"

"Ayoh Hani pung dia tak hormat, mok takut nanti lepas Hani kawing, dia tak bagi lagi hani jumpa dengan keluarga Hani,"

"Hish awak nieee, Kita doakang je yang baik-baik kat dia, takyohlaa pikir yang bukang-bukang,"
Kata Khalid pula sambil mengeleng kepalanya,

"Saya cuma risau je,"
Puan Samsiah menyenget bibir memandang suaminya

Hani Ismail mengosok-gosok belakang ibunya
"Mok janganglah risau, pandai-pandailah Hani jaga diri,"

Khalid bangun dari kerusi
"Hani nok balik ke?,"

Hani ismail mengangguk
"Malam nanti ade jamuang kat umah Datuk Denial, Hani kena gie, lepas habis je majlis tu, Hani terus datang sini, esok bior Hani hantor ayoh, mok adik-adik balik kuantang, Hana ngang saiful biar Hani yang Hantor,"

"Eh, tak usohlahh, bior ayoh yang hantor,"

"Takpe yoh, lagi pung asrama Hana ngang saiful satu laluang Hani nok balik nanti,"

"Hani letih nanti,"
Kata puan Samsiah pula, gelisah wajahnya

Hani Ismail tergeleng-geleng
"Hani doh biase doh mok, janganglah risau,"

Bangsar

Jam 9.15 malam Hani ismail tiba di sebuah kawasan perumahan elit di bangsar, kereta yang di pandu terpaksa memarkir agak jauh dari sebuah rumah mewah tiga tingkat yang terang berderang, pagar rumah sudah pun terbuka luas untuk para tetamu masuk menghadiri jamuan makan malam yang di sediakan keluarga Tan seri Mustafa

Hani Ismail seperti biasa mengenakan tudung sutera keemasan dengan jubah moden dengan warna sepadan dengan tudungnya, wajahnya yang putih berseri-seri cukup menawan, kaki yang di ayun terasa berat, hatinya serba salah memandangkan Fazura ada menjemputnya menghadiri majlis makan malam di rumah Datuk seri Hassan kamarudin namun dia terpaksa memilih jamuan makan malam di rumah Tan seri Mustafa

Di belakang pekarangan rumah mewah itu terdapat sebuah kolam yang besar, hiasan lampu berwarna warni menerangi pekarangan itu, meja-meja makan tersusun cantik, di hujungnya terdapat sebuah stage kecil, sekumpulan band sedang memainkan lagu yang sedap di dengar

Hani ismail berjalan sambil memerhati sekeliling, tiada satu pun tetamu-tetamu yang hadir kala itu yang dia kenal, semua berpakaian mewah tidak kira dari kalangan tetamu lelaki atau pun perempuan, ada juga tetamu dari negara asing

Satu keluhan di lepaskan pelan sambil punggungnya di labuhkan di atas kerusi, retinanya memandang ke arah seorang wanita setengah abad berambut kerinting, ibu Zul Denial sedang asyik bersembang dengan sekumpulan tetamu wanita setelah itu pandangannya di alih pula ke arah Tan seri Mustafa saat itu sedang tergelak besar ketika bersembang dengan sekumpulan tetamu lelaki

"Macam pernah tengok,"
Tegur seorang lelaki bertubuh tinggi dan segak berdiri bersama dua orang lelaki di sebelah Hani Ismail yang sedang duduk

"Girlfriend Deniallah, kan dia pernah bawa kat parti hari tu,"
Tutur seorang lelaki berkulit hitam manis berdiri sambil kedua tangan di seluk dalam poket seluarnya

"Oh yes, I forget, Perempuan nielah punca Denial gaduh dengan ikram tu kan?,"

Dua rakannya sekadar mengangguk, Hani ismail hanya diam di tempat duduknya tanpa mengendahkan bicara lelaki-lelaki itu

Lelaki itu tersengih-sengih sambil menarik kerusi di sebelah Hani Ismail, selepas sahaja dia duduk, rakan-rakannya yang lain turut di duduk di sebelahnya

"Tak akan duduk sorang je, mana buah hatinya?,"
Kata lelaki itu sambil memerhati sekeliling

"Entah saya pun tak tahu,"
Jawab Hani Ismail sebelum melepaskan keluhan pelan,

Lelaki itu mengeleng, rakan-rakannya pula tersengih nipis

"Boleh i tahu nama you siapa?,"

Hani Ismail menjeling
"Suraya,"

"Huu.., nama cantik macam tuan badannya juga,"
Lelaki itu mengerling rakan-rakannya. Rakan-rakannya sekadar mengangguk
"Last question, you dari keluarga mana, sorrylah kalau i tanya sebab bila i tengok Denial betul-betul ambil berat tentang you mesti you dari keluarga kayakan,"

Hani Ismail menyenget hujung bibirnya kemudian mengeleng
"Saya dari keluarga nelayan je, kalau saya dari keluarga kaya dah tentu ayah dah mak saya ada sekali,"

Bulat mata lelaki itu memandang Hani ismail, raut wajahnya tampak sedikit terkejut
"Seriously?,"

Hani Ismail mengangguk sambil menjeling, lelaki itu menutup mulut seakan tidak pecaya, dia menoleh memandang rakannya di sebelah. Rakannya itu sekadar mengankat bahu

"Boleh saya bertanya pula?,"
Kata Hani Ismail

"Sure can,"
Jawab lelaki itu

"Awak semua nie dari keluarga mana?,"

Lelaki itu melirik senyuman bangga
"I jamal, anak Datuk Yahya, sebelah i nie Hairul anak Datuk Taufik dan sebelah dia tu, Idham anak Datin Mariam,"

Hani Ismail terangguk-angguk, raut wajahnya tenang, setiap wajah di sebelah lelaki bernama jamal itu di lihat silih berganti

"So Suraya. Sekarang nie you kerja apa?,"

"Saya kerja biasa je,"

Lelaki itu tersengih-sengih
"Kerja biasa tu kerja apa, kerja sebagai pelayan restoran ke, klub malam ke, atau kerja untuk Denial dalam bilik je?,"

Rakan-rakan lelaki itu hampir tergelak bila mendengar pertanyaan lelaki itu, Kedengaran seakan mengejek

Hani Ismail duduk menyandar, tangannya menyilang memeluk tubuh, dia tahu lelaki itu cuba mengejeknya

"Saya kerja dengan Teguh holding,"

Lelaki itu menutup mulut, berpura-pura teruja
"Sebagai penyambut tetamu atau tukang buat teh?,"

Kedengaran Rakan-rakan lelaki itu tergelak

Hani Ismail mengeleng namun reaksinya masih tetap tenang,

"Tiga minggu yang lepas, saya ada melewat satu syarikat, nama pemilik syarikat tu kalau tak silap saya Datuk Yahya, Dia ada bida projek dari Teguh holding, tapi yang saya hairan, syarikat datuk tu cuma bina kapal-kapal biasa je, kenapa tiba-tiba nak bina kapal Kargo,"
Hani Ismail mengeleng pelan

Kata-kata Hani Ismail membuatkan raut wajah lelaki itu berubah, duduk pun sudah kelihatan gelisah

"You sebenarnya kerja apa?,"

"Suraya!,"

Belum pun sempat Hani Ismail menjawab, Datin Linda tiba-tiba memanggilnya

Hani Ismail pelan-pelan bangun, dia memandang lelaki itu
"Saya salah seorang executive dari Department Analysis Corporate, awak mesti tahukan tugas saya"

Lelaki itu terus duduk menyandar, wajahnya berkerut seperti baru sahaja melakukan kesalahan besar begitu juga dengan dua rakannya tergeleng-geleng kepala tampak menyesal

"F**k sial, kalau ayah i tahu mampus i?,"
Keluh lelaki itu wajahnya tampak gelisah

"You pun satu jugak, yang you pergi sebut nama ayah i dengan nama Mama Idham buat apa,"

Hani Ismail mengayun langkah sambil melihat Datin Linda mengerut dahi saat memandangnya, Setelah hampir berdiri di hadapan wanita itu, tangannya terus di tarik, wanita itu membawanya ke tempat yang jauh dari tetamu-tetamu yang hadir

"Hey!, siapa yang jemput you datang sini?,"
Marah Datin Linda setelah melepaskan tangan Hani Ismail

Kening Hani Ismail bertaut hairan,
"Datuk Hisyam yang jemput saya siang tadi,"

Datin Linda menyenget hujung bibir, sinis sungguh wajahnya
"Majlis nie Daddy i yang buat suami i tiada hak nak jemput you, lagi pun tiada siapa yang kenal you kat sini,"

Hani Ismail mengeleng, hakikatnya Tan seri Mustafalah yang beria-ria menyuruhnya datang ke sini
"Habis tu, Datin nak suruh saya keluar dari tempat nie,"

"Of course, tak akan you nak tunggu i halau you pula,"

Hani Ismail mengangguk pelan, bibirnya tersenyum
"Okaylah kalau macam tu, saya keluar sekarang,"

"Cepat sikit sebelum you malukan daddy i depan tetamu dia,"

Hani Ismail tidak menjawab, kakinya pantas di ayun meninggalkan pekarangan itu menuju ke arah halaman depan, Datin Linda menyegih sebelum berjalan leggang lenggok, wajahnya puas selepas menyuruh Hani Ismail keluar dari majlis ayahnya

Dalam masa yang sama, Tan seri Mustafa sedang bercakap dengan Jamal, idham dan Hairul menanyakan Hani Ismail

"Daddy,"
Panggil Datin Linda dengan senyuman lebar

Tan Seri Mustafa menoleh, bola matanya memerhati di belakang anak gadisnya itu

"Mereka cakap Lin panggil Suraya tadi, mananya dia,"

Datin Linda menyenget bibirnya
"Daddy jangan risau, Lin dah suruh dia balik, berani betul Hisyam tu gie jemput anak Nelayan tu, buat mal..?,"

"PAK!!,"

Satu tamparan hinggap di pipi kiri Datin Linda, serta-merta mengejutkan tetamu-tetamu yang hadir

"Daddy!, kenapa tampar Lin?,"

"Bodoh punya anak!, aku yang jemput dia, majlis nie aku buat untuk dia bodoh!, baik kau pergi panggil dia semula, kalau dia tak datang kau suruh semua tetamu-tetamu nie balik!,"
Marah sungguh Tan seri Mustafa

Hani Ismail berjalan laju, dia ingin pergi ke majlis makan malam Datuk Hassan kamarudin, dalam keadaan gelap saat kakinya melangkah menuju ke keretanya, retinanya terpandang kelibat seorang lelaki sedang keluar dari sebuah kereta sambil membutang baju kemejanya, beberapa detik kemudian kelihatan pula kelibat seorang wanita keluar dari kereta yang sama

Bibir Hani Ismail ismail tersengih, langkahnya terhenti, dia tahu siapa lelaki itu walaupun tempat itu agak gelap,

"Abang buat apa tu?,"

Zul Denial yang masih membutang kemejanya serta-merta tersentak, di menoleh mencari suara yang bertanya dan Saat itu juga Hani Ismail menyalakan lampu telefonnya

"Eh Babe?,"

"Hahaha..,"
Hani Ismail ketawa bila melihat perempuan di sebelah Zul denial adalah Rina bekas kekasih lelaki itu
"Abang dah bersama semula ke dengan bekas kekasih abang tu?,"

"Oh No. No. Babe jangan salah faham, abang takde kena mengena dengan dia lagi,"

"Kalau takde kena mengena, macam mana abang boleh keluar dari kereta tu dengan dia,"

Zul Denial terdiam, Hani Ismail mengeluh pelan, lampu telefonnya di matikan, langkah di ayun semula

"Babe...,"

"Suraya!.. Suraya! tunggu sekejap!,"
Jerit Datin Linda terjenket-jengket kakinya belari mengejar Hani Ismail namun panggilannya itu tidak di hiraukan Hani Ismail

"Mama kenapa nie?,"

Datin Linda menoleh sekilas, berkerut wajahnya bila melihat anak lelakinya dengan baju separuh sahaja berbutang di belakang anaknya pula Rina sedang merangkul tubuh anaknya itu

"Suraya tunggu!!,"

Hani Ismail menyegih, lansung tidak mempedulikan panggilan Datin Linda, dia bergegas masuk ke dalam kereta, selepas enjin kereta di hidupkan, kakinya terus memijak padel minyak

"Suraya!, Suraya!,"
Datin Linda masih mengejar namun kereta di pandu Hani Ismail menyusur laju meninggal kawasan itu

"Mama! kenapa nie?,"

"Shut up Deni!,"

Di dalam kereta Hani Ismail ketawa terbahak-bahak, namun dalam masa yang sama air matanya menitis bukan kerana gembira tetapi hatinya sedikit terluka, mungkin yang maha esa telah menunjukkan padanya, dia tidak sesuai hidup dalam kalangan keluarga kaya itu, ibu Zul Denial terang-terang tidak menyukainya, Zul denial masih dengan sikap lamanya dan dia sedar Tan seri Mustafa dengan Datuk Hisyam hanya ingin mempegunakan jawatannya di Teguh holding untuk kepentingan mereka

Hani Ismail menarik nafas panjang lalu di lepaskan perlahan-lahan, bibinya tersenyum, dia sudah membuat keputusan untuk kembali ke kampung halamannya setelah perkerjaannya selesai,

Tingkap kereta di buka

"Laut cina selatan tunggu aku!! aku akan balik tak lama lagi!!, Hahaha,"
Hani Ismail menjerit sekuat hatinya, ya mungkin hidup di kampung lebih sesuai untuk gadis sepertinya

Bukit Antarabangsa, Hani Ismail memerhati di luar sebuah rumah mewah terdapat banyak kereta memarkir di luar, hatinya berdebar-debar, jam di tablet sudah menunjukkan hampir pukul 10 malam, dia bimbang jika dia datang terlalu lewat untuk majlis makan malam Datuk sri Hassan kamarudin

Selepas memarkirkan kereta, kakinya melangkah keluar, Hani Ismail melihat ada beberapa tetamu kelihatan berjalan keluar dari pagar rumah itu, hatinya mulai merasa gelisah jika majlis sudah pun tamat

Selepas dia melewati pagar di hadapan
rumah mewah Datuk Sri Hassan kamarudin, kelihatan ada dua orang pelayan sedang berdiri di tepi rumah mewah itu

"Sila ikut laluan di sini puan,"
Tegur salah seorang pelayan bila melihat Hani Ismail

Hani Ismail mengangguk, bibirnya tersenyum, kedengaran muzik klasik berkumandang, langkah di ayun pelan, selepas dia sampai di pekarangan halaman belakang rumah mewah itu, Dia agak terkejut kerana suasana begitu berbeza berbanding majlis di rumah Tan seri Mustafa, Para tetamu wanita mengenakan pakaian jubah, berbaju kurung moden dan ada juga berkebaya, tetamu lelaki ada berpakaian baju melayu tanpa sampin,

"Kak Hani!,"

Hani Ismail terus mencari suara yang memanggilnya. Seorang gadis bertudung sutera sepertinya berjubah moden melambai

"Zura,"

Fazura berlari-lari anak, wajahnya tampak ceria, selepas menghampiri Hani Ismail, tubuh gadis itu terus di peluk

"Kenapa lewat sangat sampai?,"
Tanya Fazura selepas meleraikan perlukannya

"Kak minta maaf sangat, tadi kak kena pergi jamuan lain dulu, baru datang sini,"

Fazura mencekak pinggang
"Jamuan kat sana lagi pentingla ya,"

"Hiss jangan cakap camtu,"

Fazura tersengih, senang hatinya bila Hani Ismail datang ke majlis ini, satu-satunya teman yang sudi bersarapan dan lunch dengannya ketika di Teguh holding dan selalu berwhatsapp dengannya

"Jom kak Hani kita gie jumpa kak farah, Auntie Dibah pun ada kat sana,"

Hani Ismail mengangguk
"Fazura nampak cantik malam nie,"

Fazura tersipu-sipu malu saat berjalan bersama Hani Ismail
"Kan saya dah cakap pada kak, semua nie atas jasa Mak mertua Zura,"

"Habis tu macam manalah, Encik Farid terkejut tak tengok zura malam nie?,"

Fazura mengangguk malu, tangan kiri Hani Ismail di rangkul erat,

Hani Ismail menatap Fazura, ada sedikit perasaan cemburu pada gadis itu kerana dapat berkahwin dengan lelaki seperti Farid Husin yang terkenal dengan sikap biadap malah lelaki itu juga terkenal dengan ketampanan rupa paras dari kalangan wanita, Kisah Fazura boleh di ibaratkan seperti Cinderella, dan kisahnya pula seperti beauty and the beast namun apa yang berbeza dalam kisahnya, Dia telah mengkhianati heronya

"Hani,"
Tegur Datin Dibah bila melihat Hani Ismail, Hani Ismail terus memeluk Datin Dibah kemudian memeluk Farah

"Kak Hani kenalkan, ini mak mertua Zura, Datin Sahara,"

Hani ismail cepat-cepat menghulurkan tangan
"Apa khabar Datin?,"

"Alhamdullilah baik je,"
Jawab Datin Sri Sahara, tangannya di cium Hani Ismail

"Kalau Kak Fazilah dengan kak Linda, Kak Hani dah kenalkan,"

Hani Ismail mengangguk, bibirnya tersenyum namun tangannya tetap di hulur bersalaman dengan Fazilah dan Linda

"Kenapa Zura dengan Farah panggil Suraya Hani?,"
Tanya Fazilah, hairan

"Nama penuh diakan Hani suraya, ish, Angahkan bos sumber manusia tak akanlah tak pernah tengok maklumat Suraya,"
Celah Farah, berkerut dahinya

"Bukan Angah tak baca, tapi semua orang panggil dia Suraya,"

Hani Ismail sekadar tersenyum melihat gelagat Fazilah dan Farah

"Kak Hani, nie Hanis anak perempuan Encik said bohkari,"

"Oo. anak Encik Said?,"

Hanis mengangguk, bibirnya tersenyum, tangan Hani Ismail cepat di sambut

"Ini kak Irene, isteri abang Fuad,"

"Apa khabar Puan Irene,"

Irene tidak menjawab, tangan yang di hulur Hani Ismail tiba-tiba di genggam kuat, membuatkan Hani Ismail sedikit terkejut

"Fuad ada main mata dengan you?,"

Dengar sahaja pertanyaan Irene sebentar tadi, pantas Hani Ismail mengelengkan kepalanya

"Tak pernah puan, sejak awal lagi, Encik Fuad dah mengaku dia dah berkahwin,"

"Betul ke?,"

Hani Ismail mengangguk

"That's my baby,"
Ucapan Irene itu membuat golongan perempuan yang berkumpul di situ ketawa hampir serentak

Datin sri Sahara tergeleng-geleng
"Zura bawa Hani pergi makan, mak dengan Auntie Dibah nak pergi bersembang dengan tetamu,"

Fazura mengangguk
"Baik mak,"
lengan Hani Ismail di rangkul
"Jom kak Hani, kita gie makan, zura dari tengahari tak makan,"

Saat duduk di meja makan bersama Farah, fazura, fazilah dan Linda, Hani Ismail tersengih bila melihat Fazura makan begitu berselera, Farah yang duduk di sebelah kanan Fazura hampir tergelak melihat tingkah adik iparnya itu

"Pelan-pelan Zura, Zura nak gie mana makan cepat-cepat?,"
Tegur Hani Ismail

Fazura menutup mulut, tak mampu menjawab kerana mulutnya sedang penuh

"Lapar kak Hani, kena pula hati tengah senang lagilah berselera,"
Jawab Fazura cuba tersenyum saat mulut masih menguyah

Hani Ismail mengeleng-geleng setelah itu wajahnya berubah murung

"Zura?,"
Panggil Hani Ismail pelan, Fazura menoleh
"Akhir bulan nie, kak nak berhenti,"

"Ap?,"

"Shhh,"
Cepat-cepat Hani Ismail memberi isyarat supaya Fazura mempelahankan suara

"Kenapa kak nak berhenti, kerja kak hanikan dah bagus?,"
Soal Fazura, nada suaranya seperti membisik

"Kerja tu memang bagus tapi atas bantuan orang, dari atas hingga bawah nie semuanya pemberian orang,"

"Dah orang tu dah beri kak hani terima jelah,"

"Tapi kak malu Zura, Kak dah kecewakan perasaan orang yang buat semua nie untuk Kakak, lagi pun hidup kat KL nie memang tak sesuai untuk kakak,"

Wajah Fazura berkerut, hilang selera makannya
"Kalau kak duduk kampung kak nak kerja apa?,"

"Apa-apa saja, turun laut ke, hantar ikan, janji Kak dapat cari duit untuk bayar kereta tu, kak segan nak pulangkan semula pada Tuan sharul,"

"Bagi Zura kak, baik kak kerja je kat Teguh holding, bila lagi kak nak dapat perluang macam tu kalau kak hani berhenti zura risau kak menyesal nanti,"

Hani Ismail mengeleng pelan
"Insyaallah zura, kak tak akan menyesal,"

"Ehem!,"
Farid Husin sengaja berdeham ketika berjalan di belakang Hani Ismail dan fazura

Hani Ismail dan Fazura agak terkejut, bola mata terus sahaja memerhati ke arah Farid Husin sedang menarik kerusi di sebelah Fazilah

Farid Husin mengalih kerusinya mengadap ke kiri, tangan kanannya di atas meja, kakinya menyilang, bola matanya tajam menatap hani Ismail

Hani Ismail duduk menunduk, dadanya berdebar-debar, sekejap-sekejap dia mengankat muka memandang Farid Husin kemudian mengerling pada Fazura

"Hmm.,"
Farid Husin mengeluh berat, kepalanya tergeleng pelan, jari telujuknya mengetuk-ngetuk meja
"Kalau aku tahu perempuan tu tetap pilih si keparat tu, Lebih baik aku suruh si Sharul tu duduk je kat Jakarta,"

Hani Ismail mengankat muka, Farah, fazura Fazilah dan Linda terus memandang Farid Husin

"Kenapa Farid tiba-tiba cakap pasal Sharul nie?,"
Soal Farah, hairan

"Sharul balik hari tu, Farid yang suruh dia balik, supaya dia pergi jumpa dengan perempuan yang dia dah habiskan beribu ringgit, Farid suruh Sharul tu pergi jumpa perempuan tu, suruh perempuan tu pilih dia atau si keparat tu, last-last perempuan tu gie pilih si keparat tu jugak,"
Farid Husin mengeleng, bibirnya tersengih sinis
"Lahabau punya perempuan,"

Terketar-ketar tangan Hani Ismail saat memegang sudu dan Garpu, kepalanya terus menunduk, tingkahnya itu di sedari Fazura dan Farah

"Siapa si keparat tu Farid?,"
Tanya Fazilah

"Siapa lagi, anak Datuk Hisyamlah,"

Fazilah terus menoleh memandang Farah, sebab Adik perempuannya itu pernah bercinta dengan Zul Denial

"Kau bercinta lagi ke Farah dengan jantan tu?,"
Soal Fazilah dengan raut wajah geram

"Mana ada,"

"Habis tu perempuan mana pulak Farid nie cakap tadi?,"

Farah diam, tak sampai hati mahu memberitahu kakaknya perempuan yang di maksudkan Farid Husin itu adalah Hani Ismail

"Bukan Farah, perempuan sebelah Zura tu,"

Pantas sahaja Fazilah dan Linda mengalih pandangan memandang Hani Ismail yang sedang menunduk

"Tapi Farid tak hairan, tengok jelah kak Farah walaupun dah di beri amaran banyak kali pun tapi tetap tergilakan si keparat tu, ini kan pula perempuan yang datang dari kampung, betul-betul tak sedar diri,"

"Farid!,"
Tegur Farah, giginya di getap geram, Farid Husin seperti sengaja ingin menghina Hani Ismail

Hani Ismail yang masih menunduk, mengigil-gigil tubuhnya kerana menangis, fazura yang berada di sebelah cuba menenangkan Hani Ismail dengan mengosok-gosok belakang gadis itu

Farid Husin menarik nafas tenang, dia tiada niat untuk memalukan Hani Ismail, cuma dia terlalu geram apa yang telah Hani Ismail lakukan pada Sharul iskandar, seperti kacang lupakan kulit

Hani Ismail mengankat mukanya pelan-pelan, air mata yang membasahi pipi di kesat-kesat dengan tangannya

"Zura, kak balik dulu ya"

"Kak Hani?,"

"Tak apa, nanti kalau ada masa kak whatAspp Zura ya,"

Fazura mengangguk
"Biar Zura teman Kak hani gie depan,"

Hani Ismail mengeleng
"Tak usah, Zura duduk je sini,"

Kerusi terus di tolak ke belakang, Hani Ismail berdiri tanpa memandang, Linda, Fazilah, Farid Husin dan Farah

"Eh, Hani nak pergi mana nie?,"
Tegur Farah, Hairan

Hani Ismail sekadar tersenyum hiba, kakinya terus di ayun meninggalkan meja itu tanpa menjawab pertanyaan Farah

"Hey Farid, yang Farid sibuk sangat dengan siapa Hani tu suka kenapa, lantak dialah kalau dia nak bercinta dengan si keparat tu,"
Marah Farah, berkerut wajahnya memandang adik bongsunya itu

Hani Ismail melangkah laju tanpa berpaling, air matanya terus mengalir selepas sahaja dia melewati pagar di hadapan rumah mewah itu, dia terus menangis teresak-esak,

"Tuan Sharul... saya minta maaf, saya minta maaf tuan, saya rindu sangat pada tuan,"

Selepas sahaja selesai solat subuh, Hani Ismail bersama ahli keluarganya mendaftar keluar dari Hotel, sengaja di awalkan kerana Hani Ismail tidak mahu berjumpa dengan Zul Denial atau dengan ahli keluarga lelaki itu

Kereta Perodua Aruz meninggalkan hotel majestic Royal jam 6.25 pagi dan bergerak menghala laluan lebuh raya karak,

Malam tadi, dia tidak balik ke hotel atau ke apartmentnya, Hani Ismail menghabiskan masa duduk di dalam kereta yang di parkir di hadapan rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar,

"Ayoh?,"
Panggil Hani Ismail, pelan suaranya

Khalid menoleh
"Ya Hani,"

"Buleh tak hani berhenti keja?,"

"Kenapa?,"
Kening Khalid bertaut, hairan saat memandang anak gadisnya

Hani Ismail menoleh sekilas
"Hani rasa dok KL tak sesuai ngang Hani, tapi ayoh janganglah risau nanti Hani cari kerja, tak kisohlah keja kat laut ke, pasor ikang ke, kalu kerja hantor ikang pung hani tak kisoh,"

"Terpulang pada Hani, ayoh tak kisoh pung, ayoh lagi suka Hani dok kampung, pasal kerje tu pelahang-lahang cari,"

"Takleh Yoh, Hani kene cari keje cepat, keta nie nok kene bayor,"

"Itu Hani jangang risau, Duit ayoh hani ada banyok dalam bank, Hani je yang tak tahu,"
Celah Puan Samsiah, hatinya masih lagi tidak berpuas hati bila anak gadisnya menceritakan padanya, telah di halau oleh ibu zul Denial ketika menghadiri majlis makan malam, malam tadi

Hani Ismail tersenyum memandang ibunya melalui cermin atas. Dalam masa yang sama Khalid menepuk-nepuk bahu anak gadisnya itu

"Hani berhenti je keje, ayoh dengang mok Hani sentiasa ada untuk Hani, pasal duit Hani tak usoh bimbang, kalu takde, mintok je dengang ayoh ya,"

Hani Ismail terangguk-angguk, air matanya menitis,

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2023-12-11 18:09:27 

alahai.. kesiannya hidup Hani.. biasanyankisah Cinderella Ni berakhir dgn bahagia

Hawani Hashim
2023-12-11 16:30:42 

Banyak lagi ke episode novel ni

Hawani Hashim
2023-12-11 16:29:48 

Kan susah senang ayoh mok jugak tempat kita mencurah suka duka moga Hani boleh jd nelayan berjaya dan bahgia dengan mok ayoh


NovelPlus Premium

The best ads free experience