Bab 6

Humor Completed 55808

Hani Ismail beralih ke kanan sekejap lagi dia beralih ke kiri, sukar sungguh mahu melelapkan mata, kerana perutnya terlalu kenyang setelah makan 40 cucuk satay di restoran Haji samsuri di tambah pula dengan burger daging special kerana mengikut rentak nafsu makan Sharul iskandar,

tangannya mengosok-gosok perut, sudah beberapa kali Hani Ismail membuang angin sehingga dia tidak perduli bunyinya kuat atau pun perlahan,

"Aduhhh.., kenapa tak boleh tidok nie,"
Keluh Hani Ismail, pelan-pelan dia bangun untuk duduk, saat itu ruang tamu hanya bercahayakan lampu dari tangga

Skrin telefon di nyalakan, saat itu jam menunjukkan 03.45 pagi, gambar keluarga di skrin di tenung seketika, Bibir Hani Ismail tiba-tiba tersengih-sengih bila teringatkan saat dia bersama Sharul iskandar dalam perjalanan pulang dari kajang bagaimana terdesaknya dia mengajak Sharul iskandar pulang bila majikannya itu mahu singgah di restoran tom yam dalam keadaan perutnya yang sudah kenyang

Suasana ruang tamu sunyi sepi, Hani Ismail masih lagi mengelamun, tidak beberapa lama kemudian terdengar bunyi tapak kaki menuruni anak tangga menyedarkan Hani Ismail dari lamunan, cepat-cepat gadis itu berbaring semula berpura-pura tidur

Sharul iskandar melangkah pelan, bola matanya memandang ke arah Hani Ismail sedang terbaring sebelum kedua kakinya di ayun ke arah dapur

Hani Ismail mengankat kepala, keningnya bertaut memandang ke arah dapur saat itu sudah di terangi cahaya lampu

"Bior betul, tok kang tuang sharul lapor lagi,"
Getus hati Hani Ismail, hairan

Hani Ismail memberanikan diri, dia berdiri dari baringan, kedua kakinya terjongket-jongket melangkah ke arah dapur, di balik dinding bola matanya mengintai Sharul iskandar sedang memanaskan lebihan satay yang di bungkus

"Tak payahlah mengintai Hani,"
Tegur Sharul iskandar bila dia melihat bayang-bayang Hani Ismail di lantai

Hani Ismail tergelak sambil menutup mulut,

"Macang mane tuan tahu saye mengintai?,"

"Tengoklah dulu bayang-bayang sendiri sebelum nak mengintai,"

"Oh ye ke,"
Hani Ismail tergelak lagi sambil melangkah mendekati Sharul iskandar

Hani Ismail memandang majikannya sedang berdiri tegak di hadapan microwave

"Tuan lapor lagi ke?,"

Sharul iskandar menoleh memandang Hani Ismail sebelum mengangguk

"Ah.. ah sepatutnya kita bungkus nasi tadi, satay nie buat perut kita cepat lapar,"

"Iss, tadi tuan doh makang 50 cucuk tamboh burger, tak akang lapor lagi,"

Sharul iskandar mengeluh pelan
"Badan kita nie Hani dah sebati dengan nasi, kenalah dalam satu hari, kita kena makan nasi,"

"Habis tu, nasi impit tu kang nasi jugok, tok kanglah berbeza,"

Sharul iskandar mengecilkan mata memandang Hani Ismail

"tentulah berbeza, nasi tu dah di impit mana boleh di panggil nasi lagi,"

Hani Ismail terus tergelak terkekeh-kekeh sehingga berair kelopak matanya

"Hani nak makan ke?,"

Hani Ismail cepat-cepat mengelengkan kepala
"Huuu.. tok muh doh tuan, saya tok leh tidur langsung sebab kenyang sangat, dari tadi saya terjaga,"

"Itulah.., kan saya dah suruh Hani berhenti, tapi Hani makan juga,"

Hani Ismail tersengih-sengih
"Habis tu tuan tok berhenti, saya pung tok leh nok berhenti jugak,"

Sharul iskandar tergelak, pada masa yang sama alarm microwave berbunyi

"Dah siap, jom makan,"

"Tok muh, tok muh tuan,"

Hani Ismail menopang dagu sambil memerhati Sharul iskandar sedang menikmati satay yang sudah di panaskan kemudian dia mengankat kepalanya di toleh kiri dan kanan

"Tengok apa Hani?,"
Tegur Sharul iskandar

"Kenapa dapor nie beso sangat?,"

"Sebelum nie ada bilik bawah nie sebelum renovation, sebab tulah dapur nie luas,"

Hani Ismail terangguk-angguk
"Kenapa tuan beli rumah nie?,"

Sharul iskandar memandang Hani Ismail
"Ini bukan rumah saya, ini rumah arwah datuk saya,"

"Oh.., ye ke, mesti Arwah datuk tuan kaye kang,"

Sharul iskandar mengeleng, masih mendiamkan diri, kerana sedang menguyah satay

"Arwah datuk saya dulu askar, rumah nie dia beli dengan harga murah dari askar British, sebab askar British tu kena pulang ke negara asal,"

Hani Ismail terangguk-angguk lagi
"Tapi? Cik Najwa ada beritahu saya, tuan nie anak Datuk,"

"Betul, tapi Ayah saya bukannya datuk yang ada bisnes, ayah saya hanya persara kerajaan, dapat pangkat datuk waktu dia berkhimat dengan kerajaan,"

"Habis tu kenapa keluarga tuan tok tinggal sini?,"

"Sebab ayah saya dah beli rumah dekat bangsar, mak saya ada buka kedai kat sana, so sekarang nak tak nak nak sayalah yang kena jaga,"

"Kenapa?,"

"Sebelum nie, rumah nie kosong, waktu covid tahun lepas, ada orang pecah masuk, habis barang kena curi, tapi nasib baiklah diorang tak curi perabot-perabot kat ruang tamu tu,"

"Hiss jahat,"

Sharul iskandar tersenyum hambar
"orang dah terdesak Hani, time covidkan ramai orang kena berhenti kerja, hidup pun susah, apa lagi pilihan diorang,"

"Betui-betui tuan,"

"Saya dengar dari Najwa, Hani bukannya minta kerja pembantu rumahkan?,"

Hani Ismail mengangguk
"Saya sebanornya tuan, ado tigo orang kawang kerja kat syarikat tuan, ikut kang saya nok kerje macang diorang tapi takpolah kerje pembantu rumah pung okay jugok,"

"Betul ke, bukan ke Hani cakap pada Najwa, Hani suruh Najwa beritahu saya Hani tak nak kerja nie,"

Hani Ismail tergelak sambil menutup mulut

"Habis tu Najwa cakap tuan suka nengking orang, sebab tu saya takut,"

"Sekarang takut lagi ke?,"

Hani Ismail mengeleng sambil tersenyum
"Tok, tuan baik,"

Sharul iskandar mengeleng dengan pujian Hani Ismail

"So sekarang, saya nak beritahu pada Hani rule bila Hani kerja kat sini,"

"Rule, Apa dia tuan?,"

"Hani jangan bawa sesiapa masuk dalam rumah nie, kecuali kalau ada keluarga saya yang datang, ataupun keluarga Hani, kalau Hani nak keluar jumpa kawan-kawan, Hani kena beritahu saya dulu samalah kalau Hani nak cuti, dan yang terakhir sekali, Hani tak boleh beritahu kawan-kawan Hani, yang Hani kerja dengan saya,"

"Kalau keluarga saya?,"

"Pun sama juga, Hani cakap je pada keluarga Hani atau kawan-kawan Hani, Hani kerja kat Syarikat lain,"

"Tapi kenapa tuan?,"

"Saja-saja,"

"Ha?,"
Hani Ismail mengaru-garu tudung kepalanya
"habis tu kalu keluarga saya tanye, saya nok cakap saya keje syarikat apo tuan?,"

Sharul iskandar mengusap-ngusap dagunya seraya berfikir

"Cakap je, Hani kerja dengan syarikat M-mobile,"

**

Pagi itu dingin masih menapak, hujan menjelang subuh tadi mengirim rasa malas Hani Ismail untuk bangun,

Hani Ismail bergulung di sisi bawah Sofa, sehingga selimut yang menyelimut tubuh terpisah dari tubuhnya, Kedengaran dengkuran kecil dari mulutnya,

Matahari perlahan-lahan bangkit dari ufuk timur, cahayanya itu memancar melalui jendela-jendela rumah mewah Arwah datuk sharul iskandar dan menerangi ruang tamu, Hani Ismail tidur terkangkang lenanya itu membuatkannya tidak menyedari jam di dinding sudah menunjukkan waktu 10.15 pagi

"Pang!,"

Hani Ismail serta merta terduduk dari baringannya, mata kanannya membulat melihat pintu di hadapan manakala mata kiri tertutup dengan tudung kepalanya yang senget

Kedengaran bunyi sesuatu di ruang dapur, Hani Ismail menoleh sambil membetulkan tudung kepalanya,

Sharul iskandar berpakaian tracksuit melangkah dari ruang dapur

"Selamat pagi Hani,"
Ucap Sharul iskandar

Wajah Hani Ismail yang masih kelihatan mamai, mengangguk pelan

"Selamat pagi tuan,"

"bangun Hani, dah pukul 10,"

"Ha? doh pukul 10,"

"Ya, tengoklah jam kat dinding tu,"

Hani Ismail mengankat muka, bila dia melihat jam di dinding wajahnya berubah cemas

"Maafkan saya tuan,"

"Hiss tak usah minta maaf, pergi basuh muka, tapi jangan mandi, sebab kita nak kemas bilik tetamu kat luar bila dah siap nanti baru Hani mandi, lepas tu kita pergi shopping,"

"Pergi shopping?,"

Sharul iskandar mengangguk
"Kita pergi beli barangan dapur, barang keperluan Hani sekali,"

Sharul iskandar iskandar tidak terus membawa Hani Ismail untuk mengemas bilik tetamu, dia membawa gadis itu terlebih dahulu untuk melihat tempat-tempat yang perlu di kemas

"Kalau bilik-bilik tadi, Hani bersihkan je habuk-habuk, biarkan je perabot dengan katil tu kena tutup dengan cadar, sebab tiada orang nak guna bilik tu,"

"Kenapa saya tok buleh kemas bilik tuan?,"

"Bilik saya, saya kemas sendirilah,"

Ketika menuruni anak tangga, Sharul iskandar menoleh memandang Hani Ismail

"Hani pandai masak?,"

Hani Ismail mengangguk
"Pandai tuan, tapi takdolah sesedap restoran,"

"Kalau begitu, Hani masak pagi dengan petang, waktu saya pergi kerja dengan balik kerja, boleh,"

"Buleh,"

Sharul iskandar tersenyum
"Okay, jom kita pergi kemas bilik Hani,"

Sharul iskandar bersama Hani Ismail kembali mengayun langkah mereka ke arah ruang dapur kemudian mereka berdua berhenti di hadapan sebuah pintu di dinding sebelah kiri ruangan dapur

"Dari semalam saya nok tanye tuan, pintu ape nie?,"

"Pintu nie sama je dengan pintu dekat belakang tu, cuma pintu nie menghala ke bilik tetamu, bilik tu terpisah?,"
Sharul iskandar terdiam sejenak
"mengapa saya perlu terangkan pada Hani, kan lebih baik saya buka je pintu nie,"

Sharul iskandar terus membuka pintu, mata Hani Ismail membulat bila melihat sebuah rumah batu setingkat hanya beberapa langkah di hadapannya

"Bilik ke rumah tu tuan?,"

"Jomlah tengok,"
Ajak Sharul iskandar

Tanpa membuang masa, Hani Ismail terus mengekori di belakang Sharul iskandar, Hanya lima langkah sahaja perlu di ayun untuk sampai di hadapan pintu bilik tetamu, selepas kunci di masukkan ke dalam tombol pintu, tangan sharul iskandar terus membuka pintu

"Eh?,"
Wajah Sharul iskandar menjadi hairan bila melihat ruangan bilik yang sangat bersih seperti sudah ada orang yang mengemas

"Siapa yang kemas bilik nie tuan?,"
Hani Ismail sengaja mengerut wajah ketika memandang majikannya

kening Sharul iskandar bertaut, dagunya di usap-usap berfikir sesaat,

"Tak apalah nanti saya tanya mak saya, Hani masuklah dalam,"

Ruangan bilik tetamu di lengkapi Aircon, almari dinding, katil bersaiz double, tilam sudah di baluti dengan cadar tebal begitu juga dengan bantal, bilik air dan tandas di buat terpisah dan sangat bersih

"Beso jugok bilik nie, buleh muat satu katil lagi, bilik air pun beso,"

Sharul iskandar tersenyum
"Okay, bilik pun tak payah kemas, Hani mandilah, bersiap, kita pergi shooping,"

"Baik tuan,"

**

Setelah membeli barangan dapur dengan barangan keperluan Hani Ismail di SB Mall, Sharul iskandar membawa gadis itu berjalan-jalan di bandar kuala lumpur,

Wajah Hani Ismail benar-benar teruja bila melihat bangunan-bangunan pencakar langit tersergam nan indah, lebih-lebih lagi bila Sharul iskandar sengaja melalui di hadapan bangunan KLCC membuatkan gadis itu benar-benar teruja, Sharul iskandar pula kelihatan hairan

"Hani tak pernah datang KL ke sebelum nie?,"

Hani Ismail mengeleng
"Tok pernoh tuan,"

"Bukan ke Hani cakap, Ayah Hani ada kereta,"

Hani Ismail mengangguk
"Betul, tapi ayoh Hani selalu turung ke laut, lagi pung tiada keperluan untuk keluarga Hani datang ke sini, sebab bandar kuantang dekat je,"

Sharul iskandar terangguk-angguk

"jom kita makan kat pavilion,"

"Pavilion,"
Bibir Hani Ismail tersenyum lebar sambil mengangguk


Pavillion Bukit bintang

Setelah memarkir kereta di parking lot, Sharul iskandar menyuruh Hani Ismail supaya berjalan rapat di sebelahnya kerana saat itu pengunjung di dalam pavilion sangat ramai,

Hani Ismail menoleh kiri dan kanan, wajahnya teruja bila melihat suasana di sekelilingnya, setiap kali dia melihat gadis-gadis melayu berpakaian cantik, setiap kali itulah dia melihat pakaiannya kemudian berselindung di balik tubuh Sharul iskandar kerana merasa malu

"Jom Hani, kita makan kat restoran Dolly Dim Sum,"
Ajak Sharul iskandar,

Hani Ismail sekadar mengangguk kedua kakinya di ayun mengekori rapat di belakang majikannya

"Banyoknya abang pesan,"
Ujar Hani Ismail, matanya membulat bila melihat di atas meja bermacam-macam juadah hidangan yang di pesan Sharul iskandar

"Siew Mai Dumpling, Har Gao Dumpling, Squid in Seafood Sauce, Yam Croquette, Cheong Fun, Mango Desert dan Royal Golden Fried Rice,"
Sharul iskandar menarik nafas panjang, setelah dia selesai menyebut nama setiap hidangan

"Makan kenyang-kenyang, kalau tak cukup Hani bagi tahu, saya order lagi,"

"Ini doh terlebih cukup abang,"

"Hani belum rasa lagi, dah rasa nanti mesti tak cukup,"

Benar kata-kata Sharul iskandar, Hani ismail makan lebih banyak darinya, sehingga dia terpaksa membuat pesanan baru berberapa hidangan

"Sedopnye abang makanang kat sini,"
Ucap Hani Ismail sambil menguyah

Sharul iskandar tersenyum saat mengangguk

"Nanti kita pergi makan tempat lain pulak nak?,"

"Ha?, tapi abang saya rase makang kat sini pung doh kenyang, tok kang nok makang lagi,"

"Ini makan pagi, belum tengahari,"

Bertaut kening Hani Ismail memandang Sharul iskandar

"Habis tu, ngape abang gie pesang banyok-banyok, saye doh kenyang sangat nie,"

Sharul iskandar tersengih-sengih
"Alah nanti Hani makan jelah sikit-sikit,"

Selesai sahaja makan di restoran Dolly Dim Sum, Sharul iskandar mengajak Hani Ismail pergi karaoke, namun di pertengahan jalan, seorang lelaki berpakaian segak berwajah kacak tiba-tiba menegur Sharul iskandar

Terbeliak mata Hani Ismail bila melihat lelaki yang sangat kacak sedang berdiri di hadapan Sharul iskandar,

"Lama juga aku tak jumpa kau Denial,"
Balas Sharul iskandar pada sahabat baiknya Zul Denial

"Ala setahun je, bukan lama,"

"Bila kau balik sini, kenapa tak call aku,"

"Sorry Sharul, aku memang dah balik dua hari yang lepas, tapi aku busy sangat,"

"Habis tu, kau buat apa kat sini?,"

"Hey, tengoklah apa yang aku pakai sekarang, aku baru je lepas jumpa client,"

Jantung Hani Ismail berdetak laju, bila setiap kali matanya bertembung dengan mata sahabat baik majikannya sehingga dia terpaksa menunduk

"Siapa belakang kau tu Sharul?,"

Sharul iskandar menoleh, dia memerhati seketika Hani Ismail sedang menunduk

"Sepupu aku dari pahang, anak makcik aku belah Mama aku,"

"Oh ye ke, kenapa tunduk?,"

"Hani,"

"Ya abang,"
Hani Ismail mengankat muka

"Kenalkan ini Zul Daniel kawan baik abang,"

Bederau darah Hani Ismail bila Zul Daniel tersenyum memandangnya, Jantungnya pula terus berdetak dengan laju, inilah pertama kali dia merasakan sesuatu perasaan yang mendalam setelah matanya bertembung dengan mata Zul Daniel

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience