Bab 25

Humor Completed 55808

Lela merapatkan bibirnya cuba menahan diri, bola matanya hanya memerhati Hani Ismail sedang tergelak besar sejak mereka berdua masuk ke dalam Lif setelah Datin Linda datang secara tiba-tiba mahu meminta maaf sehingga hampir berlutut ketika Hani Ismail berkeras enggan berjumpa dengan bapa wanita itu, Kelakuan Datin Linda saat merayu-rayu pada Hani Ismail begitu melucukan

"Padan dengan muka kau, belagak lagi, tak sedo diri punya perempuan, puas hati aku,"
Ucap Hani Ismail dengan nada geram sambil mengesat-ngesat air mata kerana terlalu banyak ketawa

"Apa sebenarnya yang belaku Cik Suraya, sampai cik Suraya geram sangat nie,"

Hani Ismail tersengih senget saat memandang Lela
"Dia ingat kalau company nie bapak dia punya, dia ada hak nak perkecilkan orang macam kita, baru dia sedo bapak dia yang ada kat atas tu pun boleh tunduk dengan orang macam kita,"

Laju Lela mengangguk turut mengiyakan kata-kata Hani Ismail
"biasalah Cik Suraya, golongan Vip bila bercakap semua nak gah tak nak kalah, tapi yang saya hairan kenapa Datin tu cari pasal dengan Cik Suraya,"

Hani Ismail mengeluh pelan,
"Lelaki yang tegur saya tadi tu anak dia, bila dia nampak saya tak nak layan anak dia, dia sakit hati, itulah puncanya,"

Lela terangguk-angguk pelan
"Tapi Cik Suraya, terus terang saya cakap, lelaki tu memang handsome, perempuan yang dah kahwin macam saya nie pun boleh berdebar-debar bila tengok muka dia,"

Hani Ismail diam, dia menarik nafas dalam-dalam, bola matanya menatap kosong pintu Lif, apa yang di katakan Lela tadi ada benarnya, dia juga berdebar-debar saat Zul Denial mendepakan tangan mahu memeluknya, bila dia melihat wajah tampan Zul Denial, separuh jiwanya seakan ingin merelakan tubuhnya di peluk

Pintu Lif terbuka, Hani Ismail dan Lela serta-merta terkejut bila seorang lelaki yang sudah lanjut usia sedang berdiri di luar Lif bersama beberapa orang lelaki dengan seorang perempuan

"Cik Suraya ke?,"
Tegur lelaki yang lanjut usia itu,

Hani Ismail terangguk-angguk, dengan raut wajah terpinga-pinga, dia dan Lela pelan-pelan melangkah melewati pintu Lif yang masih terbuka

Lelaki itu terus tersenyum
"Silakan Cik Suraya,"

Hani Ismail memandang Lela, raut wajahnya seperti mahu bertanya, Lela mendekatkan sedikit mukanya ke arah telinga kiri Hani Ismail

"Itu Tan seri Mustafa,"

Bibir Hani Ismail terus tersenyum manis,
"Baik Tan seri,"

Saat Hani Ismail berjalan bersebelahan Tan seri Mustafa sambil di ekori Lela dan beberapa staf Sealand logistics, Tan seri Mustafa mengerling

"Oh ya, saya minta maaf dengan sikap anak perempuan saya, saya harap Cik Suraya tak ambil hati,"

Laju Hani Ismail mengeleng
"Tak mengapa Tan seri, hal kecil je tu, saya tak ambil hati langsung,"
Jawab Hani Ismail walaupun kata-kata hinaan Datin Linda masih tersimpan di mindanya namun kata-kata itu tidak langsung membekas di hatinya

Tan seri Mustafa mengangguk-angguk
"Cik Suraya kenal ke dengan anak perempuan saya tu?,"

"Saya baru je kenal dia Tan seri,"

Tan seri Mustafa tersenyum nipis, nafas di lepaskan pelan

Seorang Staf tiba-tiba meluru di hadapan Hani Ismail dan Tan seri Mustafa, tergesa-gesa membuka pintu sebuah bilik selebar-lebarnya

"Ini bilik mesyuarat Cik Suraya, kakitangan saya dah sediakan semua maklumat yang di perlukan untuk Cik Suraya kaji dan selidik kemampuan syarikat saya untuk projek tu, yelah saya sebenarnya teringin nak ajak Cik Suraya dengan pembantu Cik Suraya makan dengan saya dulu, tapi..,?
Tan seri Mustafa mengeluh pelan

"Eh tak mengapa Tan seri, terima kasih saja, lebih baik kami mulakan kerja kami, cepat kami berkerja cepatlah siap,"
Hani Ismail tersengih-sengih memandang Lela, lela membalas dengan menganggukkan kepala

"Baiklah kalau begitu, Tapi jika Cik suraya ada apa-apa pertanyaan, sila tanya pada setiausaha saya, lagi pun pejabat saya ada di sebelah, Cik Suraya ketuk je,"

"Baiklah Tan seri,"
Jawab Hani Ismail dalam waktu yang sama secara tiba-tiba Zul Denial meluru masuk ke dalam bilik dengan keadaan tergesa-gesa dan terus memandang ke arah Hani Ismail

"What wrong with you Deni?,"
Tanya Tan seri Mustafa, hairan melihat tingkah cucunya itu

Zul Denial terpinga-pinga sekejap memandang Datuknya sekejap pula mengerling pada Hani Ismail

Berbunga-bunga muka Lela memandang wajah tampan Zul Denial namun tidak Hani Ismail, gadis itu sudah pun membelek-belek fail di atas meja mesyuarat tanpa menghiraukan Zul Denial

"Takde apa-apa Datuk,"

"Habis tu kenapa Deni masuk bilik nie?,"

Zul Denial berdiri tegak, dahi luasnya di usap-usap cuba memikirkan alasan
"Maafkan Deni Datuk, Deni cuma nak pastikan kalau wakil dari Teguh holding dah naik atas nie,"

Tan seri Mustafa mengeleng sambil melangkah ke arah pintu

"Dah mari keluar Deni, jangan ganggu wakil Teguh holding tu berkerja,"

Zul Denial merungut pelan dengan arahan datuknya, ikutkan hati mahu saja menunggu di dalam bilik itu menatap wajah Hani Ismail selama mungkin, semenjak pertemuannya dengan Hani Ismail di jamuan hari jadinya, hatinya sudah pun terpaut kasih dan cinta dengan Hani Ismail, selama berminggu-minggu dia pergi ke Teguh holding semata-mata mahu bertemu dengan gadis itu namum sering kali hampa setelah di tolak,

kepala di toleh untuk kali terakhir, wajah cantik Hani Ismail di pandang sebelum pintu bilik mesyuarat di tutup, Zul Denial masih berdiri di luar bilik mesyuarat, tingkahnya itu di perhati Tan seri Mustafa

"Deni,"
Panggil Tan seri Mustafa, lembut

Pantas Zul Denial menoleh
"Ya Datuk?,"

"Mari masuk bilik Datuk,"

"Handsome betul si Denial tu,"
Ucap Lela dengan senyuman mengulum setelah pintu bilik mesyuarat di tutup,

Hani Ismail langsung tidak tertarik mendengar pujian Lela pada Lelaki itu, Fail di atas meja terus di belek-belek

"Banyak juga Fail maklumat tentang sejarah pembinaan kapal kat syarikat nie,"
Ujar Hani ismail sambil mengira Fail yang telah di susun secara berasingan

"Sebab Sealand logistics nie memang dah lama, sama lama dengan Syarikat Teguh holding, dah banyak kapal diorang bina termasuk kapal perang,"
Jawab Lela

Hani Ismail mengerling memandang Lela
"Diorang pernah bina ke kapal untuk Teguh holding?,"

Lela mengankat kening sebelum menoleh memandang Hani ismail
"Oh ya saya lupa cerita pada Cik suraya,"

"Cerita apa?,"

Lela tersenyum senget
"Kita buat kerja dulu sambil tu nanti saya cerita,"

Zul denial mengusap-ngusap dahinya saat duduk di Sofa, diam tidak berbicara walaupun Datuknya sedang memerhati

"Mana Mama kamu Deni?,"

Zul Denial terus memandang datuknya kemudian mengeleng pelan
"Entahlah Datuk,"

Tan seri Mustafa menyenget bibir sambil mengeleng, dalam waktu yang sama pintu pejabat di buka, Datin Linda dengan wajah mencuka melangkah masuk ke dalam pejabat ayahnya

"Kamu tahu apa yang kamu dah buat tadi?,"

Tan seri Mustafa terus bersuara, nadanya agak meninggi, membuatkan Zul Denial terpinga-pinga memandang ibu dan datuknya silih berganti

"Ya Lin tahu daddy, Lin dah minta maaf,"
Jawab Datin Linda sambil melabuhkan punggungnya di atas Sofa

"Kamu dah kira bernasib baik, wakil Teguh holding tu tak ambil hati, tapi dengan sikap kamu tu dah beri pandangan negatif tentang Syarikat daddy nie,"

"Kan Lin dah minta maaf daddy,"
Jawab Datin Linda tanpa memandang ayahnya

Tan seri Mustafa mengeleng pelan wajah anak sulungnya di tatap geram

Kening Zul Denial bertaut masih lagi bingung kenapa datuknya memarahi ibunya

"Kenapa Datuk? Mama ada buat salah ke?,"

"Deni tanya sendiri Mama Deni,"

pantas Zul Denial memandang ibunya

"Manalah Mama tahu kalau perempuan yang Deni suka tu wakil dari Teguh holding,"
Ujar Datin Linda sambil memeluk tubuh

"Mama buat apa pada dia?,"
Tanya Zul denial, hatinya mula risau

Datin Linda tidak terus menjawab sekadar melihat-lihat kuku jari tangan kanannya

"Mama.., Mama buat apa pada Suraya?,"
Zul Denial bertanya lagi sehingga berkerut dahi saat menatap wajah ibunya

"Hish Deni nie, lupakan jelah perempuan tu, ayah dia cuma Nelayan je tahu tak,"

"Omg Mama, please jangan cakap pada Deni, Mama hina keluarga dia,"
Balas Zul Denial terus menyandarkan belakangnya

Datin Linda mengankat bahu, bibirnya di muncungkan sebagai jawapan mengiyakan pertanyaan anak lelakinya

"Omg,"
Zul Denial terus bangkit sambil mengurut-gurut dahinya,

"Betul ke kamu hina dia?,"
Tanya Tan seri Mustafa pula

Dengan selamba Datin Linda mengangguk tanpa sedikit pun ada perasaan bersalah pada raut wajahnya

"Bodoh!,"
Tengking Tan seri Mustafa memeranjatkan Datin Linda dan Zul Denial

"Daddy?,"
Bulat kedua mata Datin Linda memandang ayahnya

"Kau tak fikir Linda, kalau hinaan kamu tu buatkan dia berdendam, kamu tahu tak berapa mahal projek kapal tu, selama nie yang kamu tahu, duit..duit, duit, Daddy, ishak dengan adik kamu imran setiap hari berkerja, cari duit, kamu cuma duduk rumah habiskan duit,"

"Daddy, kan Lin dan cakap, Lin dah minta maaf,"

"Bodoh, kamu dah hina ayah dia, keluarga dia, kamu ingat dia tak akan simpan dalam hati, Ingat! kalau di sebabkan hinaan Lin penyebab syarikat ayah hilang projek tu, jangan sebut lagi pasal duit depan Daddy,"

"Sampai hati Daddy marah Lin,"
Datin Linda menghentak-hentak kakinya seraya merajuk bagaikan anak kecil

"Datuk,"
Zul Denial cepat-cepat duduk di hujung Sofa
"Sebenarnya Cik Suraya tu ada hati dengan Deni,"

"Stop Deni, Ayah perempuan tu cuma nelayan je,"

"Diam!,"
Tan seri Mustafa berang memandang anak sulungnya sebelum mengalih pandangan memandang Cucunya

Bilik mesyuarat

Hani Ismail terangguk-angguk, kepalanya menoleh memandang Lela sejak tadi menceritakan sejarah hubungan antara Teguh holding dengan Sealand logistics

"Hish bahaya jugak, hanya kerana wang diorang sanggup buat apa sajakan, last-last meringkuk dalam penjara,"

"Sebab tu Cik Suraya kena hati-hati jangan jadi macam diorang, main ambil je apa yang orang hulur, lepas tu jadi tamak, bila dah tertangkap, pihak yang menghulur tak nak mengaku, last-last kena tanggung sendiri,"

"Tapi kenapa Sealand nie berani lagi nak rebut projek nie, lepas apa yang diorang buat,"

"Tiada bukti mengatakan diorang bersalah, sebab ada saksi yang mengatakan wakil Teguh holding yang memeras,"

Hani Ismail mengeleng pelan

"Eh nanti,"
Lela terus bangun dari kerusi, tangannya ligat membelek-belek fail di atas meja

"Kenapa Lela?,"
Tanya Hani Ismail, hairan

"Maklumat tentang kepakaran tiada kat sini,"

"Penting ke?,"

"Penting, selain maklumat kewangan, sejarah, maklumat kepakaran pun penting juga, kita kena tahu syarikat Sealand nie mengunakan kepakaran sepenuhnya dari dalam ataupun dia ada berkerjasama dengan syarikat pakar dari luar, Contoh macam Perodua dengan Toyota, proton dengan Geely,"

Hani Ismail bangun dari kerusinya
"Tak apa biar saya pergi tanya dengan setiausaha Tan seri,"

Lela mengangguk

Berkerut wajah Hani Ismail setelah keluar dari bilik mesyuarat, beberapa meja di luar kelihatan kosong, begitu juga dengan meja setiausaha, kakinya melangkah perlahan mendekati meja setiausaha sambil menjenguk-jenguk memerhati sekeliling

"Mana semua orang pergi?,"
Bisik Hani ismail hairan, kemudian dia menoleh. Di bahagian kanan tidak jauh dari meja setiausaha ada sebuah pintu

"Tan seri cakap tadi kalau ada apa-apa masalah ketuk je pintu dia,"
Hani Ismail tersengih

"Daddy kena ingat, tiada lagi dalam keturunan kita, ada yang kahwin dengan keluarga kelas rendah, tak akan daddy nak benarkan anak Lin berkahwin dengan perempuan tu?,"

"Daddy tak cakap pun pasal kahwin, yang kamu beria-ria membantah tu kenapa?,"

"Deni tu kan anak Lin, tak akan Lin nak biarkan je,"

"Mama pleaselah, Deni memang sukakan dia, tapi belum sampai Deni nak kahwin dengan dia,"
Celah Zul denial, cuba membankang kata-kata ibunya

"memanglah sekarang Deni cakap macam tu, Mama perhatikan je kat bawah tadi, selalunya perempuan yang terkinja-kinja pada Deni, kali nie Deni pula terkinja-kinja dengan perempuan tu,"

Zul Denial diam tidak membalas, dia tidak menyangka jika ibunya melihat saat dia teruja bila bertemu dengan Hani Ismail,

"Deni suka sangat ke pada Suraya tu?,"
Tanya Tan seri Mustafa

"Daddy?,"

"Diam!, kalau Lin menyampuk lagi, Daddy halau kamu keluar,"
Marah Tan seri Mustafa

"Hish Daddy nie,"

Zul Denial serba salah mahu mengaku bimbang jika Datuknya pula akan melarang

"Mengaku je Deni, jangan risau Datuk cuma nak tahu je,"

Zul Denial menarik nafas dalam kemudian mengangguk
"Deni suka sangat pada dia Datuk sebab dia tak macam perempuan-perempuan yang pernah Deni kenal sebelum nie,"

Tan seri Mustafa terangguk-angguk pelan
"Suraya tu memang cantik, tapi masalahnya keluarga dia Deni,"

Datin Linda menyegih

"Alaa Datuk, Deni sukakan dia bukan keluarga dia, lagi pun Deni bukannya nak kahwin dengan dia,"

"Ya.., itu Datuk tahu, tapi datuk risau kalau Deni betul-betul jatuh cinta dengan dia, lepas tu nak kahwin,"

Zul Denial diam tidak terus menjawab, memang dia mengaku jika Hani Ismail ada something special di hatinya, tapi dia tidak pernah memikirkan hubungan sejauh itu

"Bukan ke kita akan ada kelebihan datuk, jika Deni berkahwin dengan dia, banyak maklumat Deni akan dapat berkenaan projek Teguh holding pada masa akan datang,"

Bibir Tan seri Mustafa terus mengukir senyuman senang

"Itu yang Datuk nak dengar sebenarnya, Datuk benarkan Deni bercinta dengan dia, tapi dengan syarat, pastikan Deni dapat maklumat apa saja berkenaan tentang projek kapal tu,"

Zul Denial tersenyum riang
"Itu Datuk jangan risau, mana-mana perempuan kalau dah mula tergilakan cucu datuk nie, diorang sanggup buat apa saja,"

"Maafkan Lin menyampuk Daddy, Lin bukannya tak setuju, tapi macam mana kalau betul Deni nak kahwin dengan perempuan tu?,"

"Mama?,"

Tan seri Mustafa terangguk-angguk, bibirnya tersenyum penuh makna saat memandang anak sulungnya sebelum menoleh memandang Cucunya pula

"Kalau dah sampai tahap tu, Deni perlu pujuk buah hati Deni supaya projek kapal tu dapat pada Syarikat Datuk, jika Deni berjaya, anggap saja itu hadiah restu dari Datuk untuk Deni,"

"Daddy, perempuan tu anak Nelayanlah, hish kotorlah rumah Lin nanti?,"
Rungut Datin Linda tetap tidak bersetuju dengan Ayahnya

"Beli jelah yang baru, yang penting lepas nie, apa sahaja projek kapal dari Teguh holding, syarikat Daddy yang akan dapat,"

Zul Denial tersenyum puas
"Datuk jangan risau, selama nie Deni tak pernah gagal menakluk hati perempuan,"

Menggigil-gigil tubuh Hani Ismail, Jantungnya pula berdengup sangat kencang, kedua tangannya di genggam-genggam geram, bila tidak sengaja mendengar perbualan dari dalam, kakinya melangkah pelan mendekati meja setiausaha, bola matanya menatap kosong,

"Okay.. mari kita tengok siapa yang akan tergilakan siapa, aku ke atau kau Denial,"

Jam 5.00 petang, Hani Ismail dan Lela akhirnya selesai memeriksa segala maklumat kemampuan syarikat Sealand logistics, Saat mereka berdua keluar dari bilik mesyuarat, setiausaha Tan seri Mustafa meminta Hani Ismail masuk ke dalam bilik pengerusi kerana Tan seri Mustafa ingin bertemu dengannya namun di tolak secara baik

"Beritahu pada Tan seri, saya minta maaf, saya perlu segera kembali ke office saya,"
Balas Hani ismail secara lembut

Lela tersenyum saat berjalan bersama Hani Ismail menuju ke lif, hatinya memuji dengan sikap atasannya itu, tetap ingat dengan peraturan department mereka supaya tidak berjumpa mana-mana pemilik syarikat secara bersendirian

"Oh ya Lela, nanti boleh tak Lela hantarkan saya ke satu tempat, nanti Lela balik je office tak perlu tunggu saya, nanti kunci kereta letak je atas meja saya,"

"Cik Suraya nak pergi mana?,"

"Jumpa mak mertua saya,"

"Ha? betul ke?,"

Laju Hani Ismail mengeleng
"Saya gurau je, saya nak jumpa Mak X boyfriend saya,"

Pintu Lif terbuka, Hani Ismail bersama Lela keluar dari Lif, selepas melewati palang penghadang laluan, access kad sementara di kembalikan semula kepada kaunter receptionist

"Cik suraya,"
dalam kebisuan mereka berdua saat berjalan menuju ke pintu Lobi, Lela memanggil pelan

Hani Ismail menoleh
"Kenapa Lela?,"

"Cik suraya tak nampak ke kat luar tu, seseorang sedang menunggu,"

Pantas Hani Ismail menoleh ke arah pintu kaca sudah tidak jauh dari mereka berdua, liar matanya mencari, berkerut kening Hani Ismail bila memandang kelibat Zul Denial berdiri menyandar pada body kereta di hadapan Lobi

Hani Ismail menyenget bibir seraya mengeluh pelan

"Lela?,"

"Ya Cik Suraya,"

"Nampaknya saya tak jadi jumpa dengan mak X boyfriend saya, Lela balik je dulu ya,"

"Habis tu Cik Suraya nak balik naik apa?,"

"Tu,"
Hani Ismail memuncung bibir ke arah luar lobi
"Driver saya dah tunggu,"

Lela terus tergelak
"Hish Cik Suraya nie, tak baik cakap lelaki handsome macam tu, driver,"

"Buat masa sekarang nie, gelaran itu je yang layak untuk dia,"
Balas Hani ismail kemudiannya ketawa begitu juga dengan Lela

Pintu Lobi terbuka secara automatik, bibir Zul Denial melebar, tubuhnya di tengakkan, kelihatan tampan dan segak dengan sut blazer biru di biarkan terbuka, kemeja dalam berwarna putih menampakan jelas tubuhnya yang tegap

"Saya balik office dulu ya Cik Suraya,"

"Okay Lela hati-hati Drive,"

Lela melambai namun sempat memandang Zul Denial, wajahnya kemerahan bila Zul Denial sengaja mengeyitkan mata padanya

"Miang ye jantang nie,"
Bisik Hani Ismail lalu mengeleng, tangan di silang memeluk tubuh

"Ya Encik Denial, boleh saya bantu?,"

Zul Denial mengangguk girang
"Suraya sudi tak bantu Deni masuk dalam kereta Deni nie,"

"Untuk apa?,"

"Deni nak hantar Suraya balik,"

"Hantar balik je, Tapi perut saya lapar, tak sudi ke nak belanja saya,"

Zul Denial hampir melonjak gembira
"Tentulah Deni sudi, Suraya cakap je nak makan kat mana, Tokyo, Eropah, US, sekarang juga Deni pergi beli tiket,"

bibir Hani Ismail menyeget sambil mengeleng
"Dekat-dekat sini je Encik Denial tak perlulah sampai ke luar negara,"

"Untuk Suraya, Deni sanggup buat apa saja,"

"Time nak, time tak nak nanti campak macam sampah,"
Sindir Hani Ismail membuatkan Zul Denial tersentak

Zul Denial memandang Hani Ismail, keningnya berkerut teruk
"Please Suraya, jangan cakap macam tu,"

"Okaylah Encik Denial, so mana kita nak pergi,"

Di dalam kereta yang sedang bergerak, Hani Ismail hanya membisu, bola matanya begitu kusyuk memerhati di luar jendela kereta, manakala zul Denial pula sejak tadi hanya menjeling Hani Ismail bukannya tidak mahu berbual tetapi takut jika gadis itu terus menerus menyindir dirinya,

"Bosanlah pulak,"
Ucap Zul Denial, jarinya terus menekan skrin tablet kereta mahu membuka radio

"Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahagiamu,"

Hani Ismail terus menoleh, skrin tablet kereta di tatap hiba bila mendengar lirik lagu drama band berkumandang

"Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu kukembali
Biarkan saja berakhir di sini,"

Jari telujuk hani Ismail pantas menekan-nekan Skrin tablet kereta mahu menutup radio, pedih sungguh hatinya bila mendengar lirik lagu tersebut

Zul Denial hairan, kepalanya menoleh sekilas, Hani Ismail sudah pun mengalih pandangan ke arah luar jendela semula

"Kenapa tutup radio tu?,"

"Bising,"
Jawab Hani Ismail nadanya agak bergetar seakan menahan tangis, lirik lagu tadi membuatkan fikirannya membayangkan wajah Sharul iskandar saat pergi meninggalkan dirinya

Restoran Periuk emas

"Tadi Suraya cakap lapar, kenapa order roti bakar je?,"

Hani Ismail mengeluh pelan, roti di atas pinggan di pusing-pusing seakan tiada niat untuk memasukkan ke dalam mulutnya

"Tiba-tiba saya hilang selera,"

"Suraya tak suka makan dengan Deni ke?,"

Hani Ismail mengeleng, bibirnya tersenyum
"Tak Encik Denial, saya suka sangat makan dengan Encik Denial,"

"Betul ke?,"

"Suka hatilah kalau tak nak pecaya,"
Hani Ismail terus memeluk tubuh, pandangannya di alih ke arah lain

"Eh Suraya janganlah merajuk, Deni tanya je tadi,"

"Boleh saya tanya?,"

Zul Denial mengangguk
"Boleh,"

"Kenapa Encik Denial suka saya, bukan ke saya dah beritahu Datin saya nie cuma anak nelayan je, Datin pun ada cakap dengan saya dia tak nak anak dia bercinta dengan perempuan dari kelas rendah,"

"Yang bercinta saya, apa kena mengena dengan Mama saya, dia suka atau tak, itu hak saya dan pilihan saya,"
Pantas saya Zul Denial menjawab wajahnya penuh yakin dengan jawapannya

Hani Ismail menyenget bibir,
"betul ke, saya cuma risau bila tengah seronok bercinta, tiba-tiba nak putus lepas tu guna alasan saya nie cuma anak nelayan,"

Zul Denial diam, dia hanya merenung Hani Ismail, lama

"Betul tak saya cakap?,"
Hani Ismail tersenyum sinis

Zul Denial mengeleng
"tak betul,"

"Kenapa tak betul,"

"Sebab Deni suka Suraya, suka sangat,"

Hani Ismail tersengih senget
"Pleaselah, sekarang nie senanglah cakap, dah lama..?,"

Kata-kata Hani Ismail tergantung, secara tiba-tiba Zul Denial bangun dan terus berlutut di hadapannya, mengejutkan Hani ismail

"Hey apa awak buat nie?,"

Hani Ismail terpinga-pinga, bola matanya memerhati sekeliling, tindakan Zul Denial itu membuatkan pelanggan-pelanggan dan pelayan dalam restoran memerhati mereka berdua

"Bangunlah, awak nie buat malu jelah,"

"Deni tak akan bangun selagi Suraya tak pecayakan Deni,"

Hani Ismail mengangguk-angguk
"Okaylah Encik Denial, saya pecayakan Encik Denial,"

Zul Denial mengankat muka, wajahnya masam memandang Hani ismail

"Panggil saya Deni,"

"Okay Deni, puas,"

"Sudi tak Suraya terima Deni sebagai kekasih Suraya,"

"Aku tumbuk juga muka si playboy nie, banyaklah pulak cenkadak dia,"
bisik hati Hani Ismail, bibirnya masih tersenyum
"Sudi Deni tapi Saya ada syarat, apa kata Deni bangun dulu pergi duduk kat kerusi sekarang,"

Zul Denial terus bangun, bibirnya tersenyum mengulum,

"Apa syaratnya,"

Hani Ismail menarik nafas dalam-dalam
"Syarat saya simple saja, selama kita bercinta, please jangan nak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya ke, peluk saya ke, itu saya tak benarkan dan yang paling penting, jangan cuba ajak saya pergi ke hotel, itu paling saya benci, So jika Deni langgar syarat saya tu, automatik hubungan kita putus,"

Zul Denial memuncungkan bibir
"Tak akanlah pegang tangan pun tak boleh?,"

"Deni, kalau Deni nak sangat pegang saya, pastikan dulu kita ada ikatan sah, jangan kata pegang, Deni boleh buat apa saja sesuka hati Deni, waktu tu saya tak akan larang,"

Zul Denial tersengih-sengih
"Wow tak sabarnya Deni,"

"Apa yang Deni tak sabar?,"

"Kahwin dengan Surayalah,"

Selepas selesai menjamu selera di restoran Periuk emas, Zul Denial terus menghantar Hani Ismail pulang ke apartmentnya, setelah Zul Denial berkeras untuk mengambilnya esok pagi,

Jam 6.45 petang Kereta BMW berwarna putih di pandu Zul Denial berhenti di bahu jalan berhadapan dengan apartment Saujana brickfields, Zul Denial kelihatan keluar dari kereta dalam keadaan tergesa-gesa untuk membuka pintu belah penumpang

Hani Ismail keluar dari kereta dengan bibir tersenyum namun dia tidak sedar sahabatnya Wati sedang memerhati gelagatnya itu tidak jauh dari kereta

Tangannya melambai-lambai saat Kereta di pandu Zul Denial bergerak mengundur, bibir Hani Ismail masih lagi mengukir senyuman, setelah kereta Zul Denial bergerak meninggalkan pekarangan apartment, senyumannya itu terus hilang

"Itu Zul Denialkan?,"

Mata Hani Ismail membulat, dia mengenali suara yang bertanya, pelan-pelan dia memusingkan badan, wati berdiri sambil memeluk tubuh, kepalanya di geleng-geleng

"Hani.., hani, memang jenis bila bercakap tak serupa bikin,"

"Wati? janganglah saloh faham dengang aku,"

"Salah faham apanya, doh terang-terang aku nampok,"

"Aku ado sebab buat semua nie, dengorlah dulu,"

"Ah sudahlah Hani, bila aku tanya, kau ada hati tak lagi dengan Playboy tu, Amboi.., kau jawab "sampai mati pung aku takdok perasaang dengan jantang tu." nipu je, malas aku layan kau lagi,"

"Wati! dengorlah dulu,"

"Ah sudahlah Hani,"

"Wati..,"
Hani Ismail terus menerus cuba memeluk Wati walaupun sahabatnya itu mengelak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience