Bab 15

Humor Completed 55808

"Betul ke Hani?,"

Teruja sungguh Hani Ismail bila mengangguk, wajahnya pula tampak bersemangat selepas menceritakan kepada Sharul iskandar saat dia bertemu dengan Zul Denial dengan kekasih lelaki itu di Bangsar

Sharul iskandar sengaja mengecilkan mata merenung Hani Ismail sedang berdiri di depannya seakan tidak pecaya

"Hish susahlah saya nak pecaya,"

Hani Ismail menghentak-hentak kakinya bagaikan anak kecil

"Tuan nie, betul lah.., saya tak tipu,"

Sharul iskandar mengaru-garu dagunya pula,
"Okaylah, saya pecaya well done Hani,"

Hani Ismail tersenyum riang sambil menepuk-nepuk tangan namun tiada bunyi, kerusi di sebelah Sharul iskandar di tarik pelan

"Cuma satu je saya hairan?,"

"Hairan?,"

Hani Ismail mengangguk setelah melabuhkan punggungnya di kerusi
"Hairanlah, kenapa saya kena kenalkan diri saya Suraya, itukan nama saya jugak, apa bezanya, Hani Suraya binti Ismail Khalid,"

Sharul iskandar mengeleng, geram
"Kan Hani dah kenalkan diri Hani pada Denial guna nama Hani, kekasih Denial tu pun dah tahu, ha lepas tu Denial pun dah tahu Hani orang gaji saya, mestilah dia akan beritahu pada kekasih dia, kekasih dia pulak beritahu pada kawan-kawan dia, kawan-kawan dia pu?,"

"Cukup-cukup tuan, saya faham, saya faham,"

"Apa lagi Hani hairan?,"

"Tuan nieee.., janganlah marah, saya tanya je,"
Hani Ismail menunduk berpura-pura merajuk

"Aduhhh?,"

"Kan dah kena, saya dah cakap jangan menunduk,"

Mata Hani Ismail membulat sambil mengusap-ngusap sisi kiri kepalanya bila Sharul iskandar secara tiba-tiba menunjal kepalanya tadi

"Teruklah tuan nie, saya menunduk sebab saya merajuk,"

"Hani.., hani,"

Bibir Hani Ismail tersenyum riang bila tangan majikannya mengosok-gosok tempat yang di tunjal tadi, namun senyumannya itu terlihat gementaran kerana detak jantungnya sedang berombak kencang

"Oh ya tuan, saya lupa nak tanya, waktu saya pergi Bangsar tadi saya ada nampak bangunan Teguh holding, tapi bangunan tu macam ada dekat area Damansara?,"

"Yelah?,"
Sharul iskandar mengangguk

"Habis tu..?,"
Hani Ismail memuncungkan bibirnya

Sharul iskandar tersenyum, dia dapat mengagak apa yang di fikirkan Hani Ismail kala itu

"Tunggu je, sekejap lagi ada orang hantar,"

kening Hani Ismail bertaut, bingung
"Ada orang hantar saya ke tuan?,"

"Ha? hantar Hani ke mana?,"

"Habis tadi tuan cakap ada orang hantar?,"

"Hish!, geramlah pulak saya dengan Hani nie,"

"Aargh!.., Jangan.., jangan sakit.. sakit,"
Hani Ismail menekup kepalanya bila Sharul iskandar acah-acah ingin menunjal kepalanya lagi

"Tunggu je,"

Masa terus berlalu, Hani Ismail duduk menopang dagu, bola matanya terus menerus merenung Sharul iskandar sedang duduk di sebelahnya sambil bermain game di telefon

Hani Ismail merebahkan sisi kanan wajahnya di atas meja,
"Lama lagi ke tuannn..?,"
Sayu pertanyaan Hani Ismail, kelopak matanya hampir tertutup

"Laa.., Kalau Hani tak nak tunggu pergi jelah masuk bilik,"

"Tak nakkk..., saya nak teman tuan,"

"Habis tu tak payahlah nak merungut,"

Hani Ismail tidak bersuara lagi, dia sudah pun terlelap, Sharul iskandar mengerling

"Wow? boleh pulak dia tertidur macam nie?, luar biasa betul,"
Sharul iskandar tersengih

Setelah satu jam berlalu, jam di dinding pula sudah menunjukkan pukul 6.15 minit petang, kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah

"Hani!,"

Hani Ismail yang masih terlena serta-merta duduk menegak, wajahnya terpinga-pinga menoleh ke kanan sebelum menoleh ke kiri memandang Sharul iskandar sedang tergelak

"Hee.. lap air liur Hani tu,"

Hani Ismail yang masih mamai mengankat tangan kirinya mahu mengesat air liurnya namun pantas di pegang Sharul iskandar

"Pengotor betul, pergi kat singki tu basuh,"

Dalam keadaan mamai Hani Ismail bangun dari kerusi bila tangannya di tarik Sharul iskandar, dengan langkah yang lemah kakinya di ayun ke arah singki sambil belakangnya di dorong tangan Sharul iskandar

Sharul iskandar menarik beberapa helai tisu di atas kitchen kabinet kemudian membasahi tisu dengan air, air liur yang menompok di meja cepat-cepat di lap sambil tubuhnya mengeliat geli

"Dah suruh rehat kat bilik degil,"

Hani Ismail hanya diam memerhati majikannya mengomel, bunyi Hon kereta di luar masih lagi kedengaran berselang-selang, selepas Sharul iskandar membuang tisu di dalam tong sampah, kakinya cepat-cepat di ayunkan ke arah ruang tamu

"Siapa tu tuan?,"

"Marilah tengok,"

Hani Ismail melangkah lemah, Sharul iskandar sudah pun membuka pintu di depan dan terus keluar tergesa-gesa,

"Maafkan saya Encik sharul, saya telefon tadi, tapi tiada orang jawab sebab tu saya Hon,"
Tutur seorang lelaki melayu di balik pagar rumah berdiri di hadapan sebuah kereta jenis Suv berwarna biru

Sharul iskandar tersenyum,
"Tak apa Encik Lokman,"

Pintu pagar luar terbuka secara Automatik, dua orang lelaki berbicara dengan Sharul iskandar,

Hani Ismail mengintai di balik pintu, bola matanya melihat salah seorang lelaki itu menyerahkan sesuatu kepada majikannya sebelum mereka berdua menaiki kereta di parkir di belakang kereta Suv berwarna biru

Setelah kereta di naiki dua orang lelaki tadi berlalu pergi Sharul iskandar memalingkan badannya mencari Hani Ismail

"Hani!,"
Panggil Sharul iskandar

"Ya tuan, sekejap,"
Jawab Hani Ismail Terpinga-pinga melihat Sharul iskandar sambil kedua kakinya menyarung sandal

Bibir Sharul iskandar tersenyum-senyum memerhati kereta Suv berwarna biru, pintu bahagian pemandu di buka untuk melihat keadaan di dalam, Hani Ismail sudah pun berdiri di belakangnya turut menjenguk-jenguk

"Kereta siapa nie tuan?,"
Tanya Hani Ismail, hairan

"Kereta Hanilah, kereta siapa lagi,"

"Ha! Ke.. ke.. kereta saya?,"
Wajah Hani Ismail tampak terkejut, matanya membulat memandang belakang badan majikannya

"Nie kereta Perodua Aruz, Emm.., sesuailah untuk Hani drive,"

Sharul iskandar memusingkan badannya, Hani Ismail mengesat-ngesat air matanya

"Laa.., kenapa menangis?,"

"Mestilah, perlu ke tuan belikan saya kereta,"
Jawab Hani Ismail dengan tangisan esak, ingin saja dia memeluk tubuh montel Sharul iskandar namun sedaya upaya dia menahan niatnya itu

"Hani salah faham, saya beli kereta nie bukannya cash, kena bayar tiap-tiap bulan,"

"Berapalah tuan kena bayar?,"

"Hanilah yang kena bayar,"

"Saya ke?,"

"Habis tu, tak akan saya yang bayar,"

"Ooo.., saya ingatkan tuan yang bayar,"

"Banyak cantik, saya dah tolong bayarkan deposit, tiap-tiap bulan Hanilah kena bayar,"

"Berapa tuan?,"

"750 ringgit sebulan,"

"Ha! mahalnya tuan,"

bibir Sharul iskandar menyeget memandang wajah terkejut Hani Ismail

"Hanikan dapat gaji tiap-tiap bulan bayar jelah,"

"Masalahnya saya tak tahu berapa gaji saya nanti, macam mana kalau Teguh holding bagi gaji sikit, saya kena kirim duit pada keluarga saya jugak,"

Sharul iskandar mengeleng, geram betul bila mendengar keluhan Hani Ismail
"Sudahlah kalau taknak, esok saya suruh orang tadi tu ambil balik,"

Tanpa sedar Hani ismail merangkul lengan Sharul iskandar
"Yelah.. yelah, saya bayar, saya bayar,"

"Haniiii...,"

Hani Ismail mengankat kening, Sharul iskandar memberi isyarat melalui pandangannya supaya Hani Ismail melihat ke arah tangan sedang di rangkul

"Eh?,"
Hani Ismail cepat-cepat melepaskan tangan majikannya
"Ma.. maafkan saya tuan, saya tak segaja,"

Sharul iskandar tersenyum nipis atas kepala yang tutupi tudung di gosok seketika, Hani Ismail diam membatu, bulat matanya menatap majikannya semakin tersemat cinta indah dalam hatinya namun tiada keberanian untuknya meluahkan perasaannya itu

"Hani cubalah bawa kereta nie, tengok okay ke tak,"

Hani Ismail mengangguk
"Tuan ikutlah sekali,"

"Hmm.. jom,"

**

Bulan tersenyum indah di dada langit, hari itu, genap 15 haribulan jika di kira mengikut kelendar islam, seperti cantiknya purnama mengembang penuh, cahaya yang menerangi segenap alam turut menerangi hati Hani Ismail saat itu sedang berdiri di depan pintu biliknya menatap ke arahnya

Hani Ismail mengeluh pelan, jendela di tingkat dua yang masih di terangi cahaya lampu di tatap seketika sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam biliknya

Selepas menutup pintu bilik, Hani Ismail memandang selendang sutera bercorak bunga, tergantung bersama jubah moden muslimah di pintu almari, dengan lemah punggungnya di labuh di atas birai katil, bola matanya mengerling fail berwarna biru di sebelah beg galas berwarna hitam jenama coach pemberian Sharul iskandar

Hani Ismail meraup wajahnya berkali-kali, sebelum mengosok dadanya yang masih berdebar-debar, pagi esok dia akan memulai perkerjaan baru, itu yang membuatkan hatinya begitu gelisah, jam yang tergantung di dinding sudah menunjukkan pukul 9.35 minit malam

Air mata Hani Ismail membasahi kelopak mata, waktu seperti ini dia mahu seorang teman untuk di ajak bicara supaya dapat menenangkan hatinya yang sedang gundah-gelana

"Ukhuk.. ukhuk,"

Hani Ismail serta-merta berdiri, kedengaran jelas suara Sharul iskandar terbatuk di luar bilik, kakinya pantas di ayun ke arah pintu

Sharul iskandar duduk di bangku di halaman bahagian tepi rumah mewah arwah datuknya, di depannya terdapat sebuah kolam ikan yang sudah mengering, bunyi tapak kaki Hani Ismail jelas kedengaran sedang menapak laju dari belakang, bibir Sharul iskandar tersenyum nipis

"Tuan buat apa kat sini?,"
Tanya Hani Ismail lembut sambil berdiri di belakang bangku

"Duduklah Hani,"

Kepala di angguk pelan, dengan bibir melirik senyuman Hani Ismail merebahkan punggungnya di sebelah sharul iskandar

"Kat atas tadi, tiba-tiba je rasa sesak nafas, sebab tu saya keluar ambil udara segar,"

Wajah Hani Ismail terus cemas
"Baik kita pergi hospital,"

Sharul iskandar mengeleng
"Tak apa, dah selalu belaku, bila duduk macam nie okaylah nanti,"

"Elok pergi periksa tuan saya boleh temankan,"

"Hani tak usah risau,"
Sharul iskandar menoleh memandang Hani ismail
"Mungkin sebab badan saya nie gemuk sangat,"

Hani Ismail langsung tidak ketawa, gurauan Sharul iskandar langsung tidak mencuit hatinya, wajahnya serius menatap sharul iskandar kala itu sudah pun mendongak melihat dada langit

"Hani baru lepas menangis ke?,"
Tanya sharul iskandar tanpa memandang Hani ismail, dia perasan kelopak mata gadis itu tadi berair

Hani Ismail mengeluh pelan
"Saya risau sangat pasal esok,"

"Kenapa nak risau, kan saya dah ajar Hani, lagi pun saya dan bagitahu dalam department tu nanti ada kawan saya tolong tengokkan Hani,"

"Saya tahu, tapi ini kali pertama saya kerja dalam office, itu yang buat saya risau sangat,"

"Kerja kat mana-mana pun sama Hani, cuba Hani ingat balik bagaimana perasaan Hani waktu kali pertama Hani turun ke laut, takut tak?,"

Hani Ismail mengangguk
"Mestilah takut tuan, waktu tu ombak kuat, macam nak terbalik kapal, tapi saya tak menangis,"

"Bila dah selalu turun laut apa perasaan Hani,"

Hani Ismail tersengih-sengih
"Dah macam kapten jack Sparrow,"

Sharul iskandar serta-merta ketawa terbahak-bahak begitu juga Hani Ismail, selang beberapa saat kemudian bila Suasana kembali tenang

"Hari pertama je Hani akan rasa takut, bila masuk hari kedua, hari ketiga dan seterusnya, Hani akan rasa happy sangat, So janganlah risau ya,"

Hani Ismail mengangguk lemah, bila berbual dengan majikannya hatinya selalu merasa tenang sehingga akhirnya dia memberanikan diri dengan merebahkan sisi kiri kepalanya di bahu Sharul iskandar namun kali ini sharul iskandar tidak mengelak atau menegur, dia membiarkan sahaja kepala Hani Ismail di bahunya supaya dapat menenangkan hati gadis itu

Mereka berdua bersama-sama menikmati suasana malam yang sunyi, bermacam-macam pekara mereka bualkan, ada masanya Hani Ismail ketawa bila Sharul iskandar bergurau senda dan ada masanya suasana hening sangat lama

Malam terus berlalu,

**

Jam di dinding menunjukkan pukul 7.20 pagi, Hani Ismail bertudung selendang sutera berjubah moden berwarna biru berdiri di hadapan cermin menempel makeup di wajahnya mengikut tip yang di ajar Datin Dibah, selepas berpuas hati dengan wajahnya, Beg galas berwarna hitam di atas katil cepat-cepat di capai kemudian bergegas keluar dari bilik

Di ruangan Dapur pula Sharul iskandar berbaju kemeja lengan pendek berwarna hitam sedang duduk menikmati sarapan pagi nasi goreng ayam yang di masak Hani Ismail,

"Assalamualaikum,"
Ucap Hani Ismail setelah membuka pintu

"Waalaikummusalam, cepat Hani sarapan, nanti lewat,"
Tegur Sharul iskandar

Hani Ismail bergegas menaruh beg galas di kerusi sambil menarik kerusi di sebelah Sharul iskandar

"Tuan,"

Sharul iskandar yang sedang menguyah segera menoleh

"Cantik tak?,"
Hani Ismail bagaikan berposing di sebelah majikannya

Sharul iskandar mengangguk
"Alhamdulilah Cantik sangat,"

Hampir tertutup kedua mata Hani Ismail kerana senyuman lebarnya bila mendengar pujian dari Sharul iskandar

"Sudahlah tu Hani, cepat sarapan,"

Hani Ismail mengangguk, di depannya sudah terhidang nasi goreng dengan ayam goreng di sediakan Sharul iskandar

"Hani ingat lagi tak nasihat saya malam tadi,"
Tanya Sharul iskandar sebelum Hani Ismail masuk ke dalam kereta

"Ingat tuan, kena elak dari bertembung, bercakap atau bertentang mata dengan homelander,"

Sharul iskandar ketawa pelan
"Siapa tu homelander?,"

"Adik bongsu Fuad sobri, Farid Husin,"

"Kalau orang tanya siapa Hani,"

"My name is Suraya Khalid,"

"Well done, hati-hati drive, ingat parking je kat bawah, guna kad yang saya bagi tu,"

Hani Ismail mengangguk, tangan kanan Sharul iskandar cepat-cepat di capai satu ciuman singgah di atas tangan majikannya

"Hish Hani nie, jangan buat macam nie, kita bukannya suaminya isteri,"

Hani Ismail diam tidak menjawab sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam kereta dia memandang Sharul iskandar

"Kalau gitu tuan nikah jelah dengan saya,"

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2023-11-18 23:36:00 

hahahahaha...Hani Ni kan, suka buat lawak,tapikan ok juga Klu Sahrul tu NK..hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience