Bab 5

Humor Completed 55808

perlahan-lahan Hani Ismail membuka mata kanannya kemudian menutupnya kembali, di buka pula mata kirinya sambil bola matanya itu melirik-lirik ke kanan dan ke kiri seperti mencari sesuatu, dan ketika itu ruang tamu sudah di terangi cahaya lampu,

"Hmm.. dah bangun ke?,"

Hani Ismail pantas menutup matanya semula berpura-pura masih pingsan,

"Sampai bila Hani nak berpura-pura pingsan tu,"

Hani Ismail akhirnya mengalah, dia membuka matanya kembali, kepalanya di angkat cuba mencari suara yang berbicara tadi

"Saya kat belakang Hani,"

pelan-pelan Hani Ismail bangun dari baringannya, kepalanya di toleh

"BERANI AWAK TIDUR YA,"

Terangkat bahu Hani Ismail dek kerana terperanjat, cepat-cepat dia turun dari Sofa, duduk berlutut di lantai, dengan kepala menunduk

"Maafkang saya tuang.., maafkang saya, saya tak segaje tidur,"

Namun permohonan maaf Hani Ismail itu di balas dengan gelak tawa Sharul iskandar

"Saya gurau je Hani, bangun, bangun, tak baik berlutut pada orang,"
Kata Sharul iskandar sambil duduk menyandar di single sofa

Hani Ismail pelan-pelan mengankat muka, bola matanya melihat jelas wajah majikannya yang cute, tembam, bertubuh gemuk

Sharul iskandar mengeleng
"Hani, duduk atas Sofa, sampai bila awak nak berlutut kat lantai tu,"
Arah Sharul iskandar sambil memandang Hani Ismail

"Buleh ke tuang,"

"Tuang?,"...

Sharul iskandar menyenget bibir,
"Kenapa pula tak boleh, dah memang Sofa tu di buat untuk duduk, duduk jelah,"

Hani Ismail pelan-pelan bangun Bola matanya masih memandang Sharul iskandar

"Kenapa tuang?,"
Hani Ismail memberanikan diri untuk bertanya bila melihat wajah Sharul iskandar berkerut sambil mengosok-gosok perut

"Lapar gila, Hani dah makan?,"

Hani Ismail tidak menjawab, kedua lututnya tampak jelas sedang terketar-ketar

"Tuang, buleh saya gie tandas, tok tahanglah,"

"Eh? pergi jelah, itu pun nak minta izin?,"

Hani Ismail cepat-cepat berdiri, kakinya di ayun laju ke arah dapur, Sharul iskandar menarik nafas ketika berdiri, bola matanya memandang bag galas besar di tepi Sofa sebelum kakinya melangkah ke arah dapur

Selang beberapa minit, Hani Ismail keluar dari tandas, ketika dia berjalan masuk ke dapur, dia melihat sharul iskandar sedang membuka peti ais,

Sharul iskandar seakan termenung di depan peti ais, Hani Ismail berdiri di sisi meja mamar sekadar memerhati kerana tidak berani menegur,

"Tiada apa dalam peti ais nie, penuh dengan air gas je,"

Sharul iskandar menoleh, Hani Ismail tersenyum sewaktu pandangan mereka bertembung

"Hani nak air?,"
Tanya Sharul iskandar

Hani Ismail mengangguk

Tangan Sharul iskandar mengambil dua botol air coke sebelum menutup pintu peti ais, satu botol di hulur pada Hani Ismail

Sharul iskandar mengeluh pelan, jari jemarinya mengetuk-ngetuk atas meja kemudian dia mengankat tangan kiri untuk melihat jam tangan

"Hani ada sejadah,"
Tanya Sharul iskandar bila melihat waktu sudah hampir maghrid

Hani Ismail mengangguk
"Ada dalam beg,"

Sharul iskandar terangguk-angguk pelan sambil memandang kiri dan kanan seakan sedang mendengar lagu rancak

"Hani solat kat ruang tamu, kalau Hani nak mandi, mandi kat bilik air kat belakang tu, cuma malam nie je Hani tidur kat ruang tamu, boleh,"

"Bilik punya banyok, dia suruh aku tido ruang tamu,"
Bisik Hani Ismail di dalam hatinya

"Boleh ke tak,"

"Boleh tuang,"

"Hani?,"

"Ya tuang,"

"Boleh tak jangan letak G kat belakang tu,"

Hani Ismail termangu seketika lalu tersenyum malu seakan sudah mengerti maksud Sharul iskandar

"Baik tuan,"

Sharul iskandar tersenyum
"Hani jangan salah faham, sebenarnya bilik kat atas nie hanya bilik saya je yang elok, bilik yang lain semua dah di bungkus dengan selimut putih, tapi Hani tak akan tinggal dalam rumah nie, Hani akan tinggal kat bilik tetamu,"

"Bilik tetamu?,"

Sharul iskandar menganguk
"Najwa tak tunjuk pada Hani ke?,"

Hani Ismail mengeleng

"Tak apa, esok saya tunjuk pada Hani, kita kemas sama-sama, Saya nak naik, nanti saya turun, kita pergi makan okay,"

Hani Ismail mengangguk

Selesai saja solat, Hani Ismail duduk bersila di atas sejadah bibirnya melirik senyuman, entah kenapa bila dia terbayangkan wajah Sharul iskandar, hatinya sangat senang, walaupun wajah Sharul iskandar sangat tembam tetapi bagi Hani Ismail wajah majikannya itu sangat comel

"Dah solat ke Hani?,"
Tegur Sharul iskandar sambil menuruni tangga

Hani Ismail pantas mengankat muka
"Dah tuan,"

"Good, cepat siap kita pergi makan,"

Hani Ismail terpinga-pinga saat berdiri, dia ingin membuka telekung tetapi dia bimbang jika Sharul iskandar melihat rambutnya

"Don't worry, don't worry, Saya tunggu dalam kereta, nanti Hani tutup lampu, kunci rumah ada kat sana,"
jari telujuk Sharul iskandar menujuk ke arah kunci di atas meja
"Nanti Hani kunci pintu dengan pagar ya,"

"Baik Tuan,"

Sharul iskandar sempat mengeyit mata sebelum keluar, Hani Ismail tersengih-sengih dengan gelagat Sharul iskandar sangat melucukan, Hani Ismail cepat-cepat menanggal telekungnya, selepas dia melipat sejadahnya dia terus menyarung tudung kepala

Hani Ismail bergegas mengayun kakinya ke arah kereta selepas mengunci pagar pintu, wajahnya teruja bila melihat kereta proton X50 di depannya

"Nie keto X50 kang,"
Tanya Hani Ismail selepas membuka pintu kereta

"Yes correct, Hani tahu pula jenis kereta nie?,"

Hani Ismail mengangguk tersenyum sambil masuk ke dalam kereta

"Hani pandai bawa kereta?,"

"Pandai, tapi tiada lesen,"
Hani Ismail tersengih

"Pandai setakat bawa depan rumah ke atau pernah bawa kereta masuk bandar?,'

"Ayoh Hani ade keto Perodua kembara, tapi keto jenis lame, Hani penoh bawok gie bandar tapi mesti ade ayoh kat sebeloh, kalu sorang Hani takut, takut keno samang,"

"Kereta ayah Hani kereta Auto ke?,"

Hani Ismail mengangguk
"Kalu keto manual Hani tak pandai,"

Sharul iskandar tersengih
"Hani nak try bawa kereta nie, nie kereta Auto?,"

Terbeliak mata Hani Ismail, tangannya bagaikan melambai

"Takpe-takpe Tuan, Hani tok berani,"

"Sayakan ada kat sebelah, Hani tak usahlah takut,"

"Hiss tak muh tuan, Hani tok berani,"


Setengah jam kemudian

"Hani follow je GPS, kalau dia kata turn right, belok kanan, kalau dia cakap turn left, belok kiri,"

"Baik tuan,"
jawab Hani Ismail, dia duduk menegak sambil memegang stereng, bola matanya tertumpu ke arah laluan di hadapan, walaupun wajahnya nampak gugup namun hakikatnya hatinya begitu riang, dia tidak menyangka akan di beri perluang memandu salah satu kereta idamannya

Kereta X50 di pandu Hani Ismail begerak dengan kelajuan 50 kilometer sejam menghala ke arah kajang,

Di saat Hani Ismail memandu, hatinya mulai tertanya-tanya, mengapa Sharul iskandar tidak seperti di katakan Najwa, saat dia memandu ada beberapa kali dia melakukan kesalahan tetapi Sharul iskandar tidak pernah menengkingnya malah menegurnya secara baik

Hani Ismail menjeling-jeling ke arah tempat duduk penumpang, ketika itu Sharul iskandar sedang bermain games di Telefon

"Hani, tengok depan,"
Tegur Sharul iskandar, seakan tahu Hani Ismail sedang menjeling padanya

"Ya.. ya baik tuan,"
Hani Ismail tersengih-sengih

Setelah hampir 45 minit, kereta X50 di pandu Hani Ismail memasuki bandar kajang, Hani Ismail mula merasa gugup, dalam suasana malam, jalan di bandar kajang agak sesak dan sempit, tampak jelas tangan yang memegang stereng sedang terketar-ketar

"Jangan takut Hani, bawa je pelan-pelan tapi jangan pelan sangat, nanti bila dah masuk simpang bangunan depan sana tu, Hani cari parking,"
Kata Sharul iskandar ketika kereta berhenti di trafik light

Hani Ismail mengangguk, dalam masa yang sama kereta di hadapannya mula bergerak

"Okay, belok kanan,"
Arah Sharul iskandar

Hani Ismail terus membelok, hanya beberapa meter, kebetulan ada parking kosong di hadapan sebuah bangunan kedai, Sharul iskandar menyuruhnya memarkir kereta di situ

"Macam mana Hani, seronok tak?,"

Hani ismail terangguk-angguk namun bibir dan tangannya tampak jelas terketar-ketar,

"Tenangkan diri Hani, and let's go,"

Sharul iskandar keluar dari kereta, Hani Ismail mematikan enjin sebelum keluar, dia melihat beberapa pelanggan di dalam kedai pakaian sedang memandang ke arahnya, Hani Ismail hairan, dia melihat Sharul iskandar sedang berdiri di sisi kereta, majikannya itu walaupun bertubuh gemuk namun pakaian yang di kenakan nampak mewah berbanding dengan dirinya, hanya mengenakan tudung labuh, berbaju kurung dengan seluar jean, bawah kakinya pula hanya menyarung selipar biasa

"Kenapa Hani?,"
Tegur Sharul iskandar bila menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan riak wajah Hani Ismail

"Tiada apa-apa tuan,"
Jawab Hani Ismail, Wajahnya muram ketika memandang majikannya,

Sharul iskandar melangkah mendekati Hani Ismail
"Hani?,"

"Ya tuan,"

"Kan Hani baru je keluar dari kereta nie, itu pun Hani nak malu, lagi pun orang tu semua bukannya tengok Hani, tapi tengok kereta nie, so tak payahlah nak malu,"

Hani Ismail mengangguk dengan wajah tersipu-sipu malu

"Ha satu lagi, kalau kita ada kat luar jangan panggil saya tuan, panggil saya abang tahu,"

"Kenapa tuan?,"

Sharul iskandar tersengih
"Nanti Hani tahu sendiri,"

Hani Ismail berjalan rapat di sisi Sharul iskandar sambil memerhati kiri dan kanannya dan lagaknya itu seperti orang baru keluar dari hutan benar-benar meresahkan Sharul iskandar sejak tadi hanya mengeleng pelan namun dia membiarkan saja Hani Ismail bertingkah begitu

"Kita nak pergi makang kat mane tuan, eh maaf abang,"

"Tu,"
Sharul iskandar menunjuk ke arah sebuah restoran di penuhi pelanggan sedang keluar masuk
"Kita makan kat restoran Satay kajang haji samsuri,"

"Haji samsuri,"
Wajah Hani Ismail begitu teruja

"Hani tahu ke?,"

"Hiss sapolaaa kat malaysia nie tok tahu satay haji samsuri, walaupung Hani dok kat kampung pung Hani boleh tahu,"

"Hani orang pahang, tapi kenapa sekejap cakap macam orang terangganu, sekejap lagi cakap macam orang pahang,"

Hani Ismail tersengih-sengih memandang Sharul iskandar

"Sebab kampung Hani bersempadang dengan kemaman terengganu, sebab tu caro cakap Hani macang nie,"

"umm patutlah dengar macam pelik je,"

Hani Ismail tergelak kecil

Sharul iskandar bersama Hani Ismail berjalan masuk ke dalam restoran dan ketika itu pelanggan di dalam restoran sangat ramai, bola mata Sharul iskandar merayau mencari meja yang kosong

"Abang, kat sane ado kosong,"
Kata Hani Ismail sambil menunjuk ke arah meja kosong

"Great, Let's go Hani,"

Bibir Hani Ismail tersenyum-senyum memerhati sekitar restoran, bau asap Satay benar-benar menyelerakan, Sukar untuk dia pecaya jika sekarang dia sedang duduk di dalam restoran yang pernah dia tonton di youtube, bila dia melihat para pelayan membawa hidangan Satay kepada pelanggan barulah dia dapat lihat dengan jelas saiz satay haji samsuri sangat berbeza dengan satay yang pernah dia makan,

Seorang pelayan datang mengambil pesanan, Sharul iskandar memesan Satay daging 50 batang, ayam 30 batang dan kambing 20 batang membuatkan Hani Ismail menelan air liurnya

"Banyaknya abang, boleh ke habis?,"
Tanya Hani Ismail, hairan

"Tak habis, kita bawa balik,"
Jawab Sharul iskandar namun di saat itu bola matanya sedang memerhati gerai ramly burger di luar restoran

"Hani nak tahu tak, kenapa saya suruh Hani panggil saya abang?,"

Hani Ismail mengeleng

Sharul iskandar menyeluk poket seluarnya, menarik keluar sekeping wang 50 ringgit kemudian dia berikan kepada Hani Ismail

"Hani tengok kat luar sana ada gerai burger, Hani pergi beli burger daging special dua, dengan burger daging biasa satu, nanti suruh orang tu hantar dekat meja nie,"

"Tapi abang, kita kang makang satay, tak akan nak makang burger sekali,"

"Itu kita bawa balik, makan kat rumah, mana tahu malam nanti kita lapar, kita boleh makan,"

Hani Ismail menarik nafas panjang sambil berdiri, bola matanya memandang Sharul iskandar sedang tersengih-sengih sebelum kakinya di ayun untuk membeli apa yang di pesan majikannya

"Hani!,"
Panggil Sharul iskandar agak kuat

"Ya abang,"
Sahut Hani Ismail sambil menoleh namun di saat itu para pelanggan di dalam restoran dan juga para pelayan memandang ke arahnya

Hani Ismail terpinga-pinga hairan, ada dari kalangan pelanggan berbisik-bisik ada juga sedang tersenyum memandangnya

"Untunglah kak, suami panggil Honey,"
Tegur seorang pelayan wanita ketika sedang melewati Hani Ismail

Hani Ismail tersipu-sipu malu, cepat-cepat dia ayunkan langkah ke arah gerai burger, barulah dia sedar mengapa Sharul iskandar menyuruhnya memanggil abang, majikannya itu memang sengaja mahu mengenakannya

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2023-11-05 16:40:59 

seronok gak Klu dpt majikan mcm Tuan Sharul ni...hehehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience