Bab 30 Akhir

Humor Completed 55808

Bangsar

Di dalam pejabat Tan seri Mustafa, wajah Datin Linda tampak ketakutan begitu juga dengan anak lelakinya Zul Denial, Datuk Hisyam, Ishak dan seorang lagi anak lelaki Tan seri Mustafa turut berada di dalam bilik itu. Semuanya berdiri di hadapan meja Tan seri Mustafa

Tan seri Mustafa yang sedang duduk, mengurut-urut dahinya,

"Kau tahu tak Lin masalah syarikat suami kau?,"

Datin Linda terangguk-angguk
"Lin tahu Daddy,"

"Lin tahu, tapi sengaja buat tak tahu, sebab Daddy adakan, kalau syarikat Hisyam mengalami apa-apa masalah, Lin cuma fikir dalam kepala otak Lin yang kosong tu, Ayah akan tolong, betul tak?,"

Datin Linda tidak menjawab, tubuhnya mengigil-gigil ketakutan

"Betul tak!,"
Tan seri Mustafa menghempuk mejanya, membuatkan Datin Linda terperanjat begitu juga yang lain

"Be.. be.. betul Daddy,"

"Daddy dengan Hisyam bersungguh-sungguh aturkan rancangan supaya Suraya berkahwin dengan Deni, Lin tahu tak, Si Suraya tu siap bagitahu Suami Lin tarikh tender projek Teguh holding tu keluar, Daddy buat majlis tu, sebab Daddy nak Suraya tu yakin, Daddy dengan Hisyam betul-betul mengalukan dia dalam keluarga kita. Malam tu Daddy nak mempekenalkan Suraya pada tetamu-tetamu kita, tapi apa Lin dah buat, Lin pergi halaunya dia,"

"Lin minta maaf Daddy,"

"PAK! PAK!,"
Meja di hempuk berkali-kali, berkerut wajah Tan seri Mustafa memandang anak sulungnya

"Kau dari kecik sampai ke besar cuma tahu habiskan duit je, otak kosong, kau dengan anak kau sama je tak guna,"

"Datuk?,"

"Shut up!,"
Tan seri Mustafa menatap tajam cucunya
"Kau nie Deni memang cucu tak guna, boleh pulak kau buat benda tak senonoh dalam kereta sampai Suraya tu nampak,"

Zul Denial mengerling Ibunya, dia tahu jika ibunyalah yang memberitahu Datuknya tentang perbuatannya malam itu semata-mata ingin menyelamatkan diri dari di marahi datuknya

"Mulai hari ini, jika syarikat Hisyam mengalami apa-apa masalah Daddy tak akan bantu dan mulai hari nie juga semua pemberian kewangan ke atas Lin akan hentikan, satu sen pun Lin tak akan dapat dari Daddy,"

"Daddy! jangan buat macam nie pada Lin, Lin nie anak Daddy,"

"Daddy tak perduli, bukan Lin sorang saja anak Daddy. Tu Ishak dengan Zrill 10 kali ganda lebih berguna dari Lin,"

"Daddy!,"
Datin Linda terus duduk melutut sambil menangis teresak-esak,

Tan seri Mustafa bangun dari duduknya, Datuk Hisyam, ishak dan Azrill hanya diam membisu tiada siapa pun dari mereka yang berani masuk campur

Kaki di ayun pelan, Wajah Zul Denial di tatap garang sebelum Tan seri Mustafa mengalihkan pandangannya pada Datin Linda

"Daddy akan maafkan Lin tapi dengan satu syarat,"
Tan seri Mustafa mengankat tangan, jari telujuk menunjuk ke arah Zul Denial
"Jika Deni berjaya pujuk Suraya, Daddy akan maafkan Lin, kalau tak, bersiap sedialah hidup seperti orang biasa mulai sekarang,"

Teguh holding

Selama hampir satu jam Hani Ismail berada di dalam bilik pengerusi Teguh holding, bermesyuarat dengan Datuk Sri Hassan kamarudin, Fuad Sobri dan Fadil Fitri. Selama itu juga Datuk Sri Hassan kamarudin banyak menanyakan soalan berkaitan dengan kaji selidik yang telah di lakukan team yang di terajui Hani Ismail

Datuk Sri Hassan kamarudin mengangguk-angguk kepalanya saat membelek sehelai demi sehelai isi Fail

"Bagus, semuanya sempurna,"
Fail terus di tutup, selepas Datuk Sri Hassan kamarudin berpuas hati
"Suraya baru je kerjakan?,"

Hani Ismail mengangguk
"Ya Datuk, dah nak hampir tiga bulan,"

"Emm.., baru tiga bulan, tapi kerja Suraya macam nampak dah bertahun kerja dengan saya,"

Hani Ismail tersenyum kata-kata Datuk Sri Hassan kamarudin seakan pujian untuknya

"Semua nie atas bantuan dari Lela, Faizal dan puan Kamala Datuk, tanpa mereka semua, saya tak mampu nak buat semua nie,"

Datuk Sri Hassan kamarudin terangguk-angguk,

"So, last question, Saya nak tanya pendapat Suraya, bagi Suraya syarikat mana yang paling layak untuk kita serahkan projek nie, jawab je tak usah takut,"

Hani Ismail menarik nafas lalu memandang Fuad Sobri, Lelaki itu mengangguk memberinya isyarat supaya dia berikan sahaja pendapatnya pada Datuk Sri Hassan kamarudin

"Bagi pendapat saya Datuk, S&E (Sea & Engineering) sememangnya layak untuk projek nie,"

"Kenapa?,"

"Sebab, S&E mengunakan sepenuhnya kepakaran dari dalam namun jika kita lihat sejarah perbuatan kapal yang di bina oleh mereka semuanya siap mengikut jadual, dan kapal yang di bina juga setaraf dengan kapal yang di bina oleh pakar dari luar negara, lagi pun kapal yang di inginkan Teguh logistics di bina untuk kegunaan domestic sahaja,"

"Betul, tapi kenapa Suraya tak pilih Sealand logistics?,"

"Sealand logistics memang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang lebih bagus datuk, cuma bagi pendapat saya syarikat tu tak sesuai untuk bina kapal kargo bersaiz kecil, sebab saya bimbang bila mereka mendapat projek tu nanti, pasti mereka akan menawarkan pelbagai jenis teknologi baru untuk di pasang pada badan kapal dan tambahan kos pasti akan meningkat, andai kata jika kita menolak permintaan mereka, takut pula mereka bina kapal tu umpama pasang siap je,"

"Wow! brilliant,"
Datuk Sri Hassan kamarudin menepuk-nepuk tangannya pelan, teruja bila mendengar pendapat Suraya

"Mana Suraya belajar tentang kapal nie, macam dah expert je,"
Soal Fadil Fitri, agak terkejut juga bila mendengar pendapat Suraya

Hani Ismail tersengih-sengih, wajahnya putih bersih kelihatan kemerahan

"Saya banyak mengkaji dalam Google,"

"Bagus-bagus, memang betul pendapat Suraya tu, Teguh logistics tak perlukan kapal yang boleh berlayar sampai ke Alaska, kita just gunakan kapal tu dalam Malaysia sahaja, paling jauh pun mungkin sampai ke Vietnam saja,"

Fuad Sobri tersenyum-senyum, rasa bangga pula pada Hani Ismail, tak sia-sia dia berikan jawatan itu pada Hani Ismail

"So macam mana Ayah, agak-agak Suraya nie layak tak dapat gaji setaraf dengan jawatan yang dia pegang sekarang,"

"Eh tentulah layak, ayah memang dah lama tahu pendidikan Suraya cuma setakat SPM je, tapi pemikiran dia bagus, So bagi je dia kenaikan gaji lepas tiga bulan nie,"

Hani Ismail melambai-lambai tangan
"Tak.. tak perlu Datuk, Gaji saya sekarang pun dah okay,"

"Ha?,"
Terkejut Datuk Sri Hassan kamarudin, Fuad Sobri begitu juga dengan Fadil Fitri bila Hani Ismail menolak kenaikan gaji

"Pelik, inilah first time saya tengok staff saya tolak untuk kenaikan gaji,"

"Kenaikan gaji tu bukannya sikit Suraya, ikutkan gaji maximum jawatan Suraya tu 10 puluh ribu sebulan,"

Hani Ismail merasa serba salah, dia bukan tidak teruja ataupun tidak berminat dengan kenaikan gaji tersebut, akan tetapi dia sudah membuat keputusan untuk berhenti berkerja selepas hujung bulan ini

"Saya rasa mungkin lebih baik Datuk dengan Encik Fuad perhatikan dulu prestasi kerja saya untuk projek selepas ini sebab saya rasa saya masih belum layak untuk mendapat kenaikan gaji sekarang,"
Jawab Hani Ismail, dia serba salah untuk memberitahu pekara sebenar takut jika Datuk Sri Hassan kamarudin, Fuad Sobri memujuknya supaya tidak mengambil keputusan untuk berhenti, memandangkan dirinya terlalu mudah termakan pujukan

Datuk Sri Hassan kamarudin mengangguk kemudian dia menoleh memandang Fuad Sobri

"Baiklah kalau itu keputusan Suraya saya dengan ayah akan terima, cuma saya nak bagitahu pada Suraya untuk projek pembinaan kilang di perak kita terpaksa tangguhkan,"

"Kenapa Encik Fuad?,"

"Sebab kita ada masalah pembelian tanah di sana, sekarang nie Encik said tengah siasat, Tarikh tender untuk projek di sabah tidak akan berubah,"

Hani Ismail mengangguk faham

Jam 10 tepat Mesyuarat bersama dengan Datuk Sri Hassan kamarudin, Fuad sobri dan Fadil Fitri akhirnya selesai, Hani Ismail berjalan pelan ke arah Lif sambil melihat skrin telefonnya, satu pesanan whatAspp di kirim puan Kamala mengatakan seorang lelaki ingin berjumpa dengannya di lobi

Bibir Hani Ismail tersenyum, dia tahu jika yang menunggunya di bawah Zul Denial,

Nafas di lepaskan pelan, butang lif di tekan, tidak berapa lama kemudian pintu Lif terbuka, selepas sahaja kakinya melangkah masuk butang L terus di tekan

"Tak serik-serik jantan nie, apa lagilah yang dia nak?,"
Bisik Hani Ismail sambil hujung bibir kanan di senget ke atas

Pintu Lif terbuka setelah berhenti di Loby, Hani Ismail melangkah keluar sambil memeluk tablet, retinanya memerhati ke arah Kaunter, Zul Denial sedang berdiri memandang ke arah penghadang laluan

"Suraya!,"
Panggil Zul Denial, panggilannya agak kuat sehingga menarik perhatian para Staf Teguh holding yang sedang berada di kawasan lobi

Hani Ismail mengeleng-geleng kepalanya, ingin saja dia ketawa bila teringatkan Zul Denial keluar dari kereta besama dengan Rina

"Babe..., abang minta maaf, abang betul-betul menyesal, dari malam tu sampai sekarang abang langsung tak boleh tidur sebab abang rasa bersalah sangat pada Babe,"

"Awak-awak, lepas awak buat pekara tak senonoh dengan bekas kekasih awak tu, awak berani datang jumpa saya untuk minta maaf,"

"Ya abang tahu, apa yang abang buat tu salah, tapi Rina tu yang goda abang dulu Babe, abang tak nak sebab abang sayang Babe,"

"Dah buat baru kata tak nak,"

Zul denial mengaru-garu rambut, raut wajahnya benar-benar kelihatan terdesak jika bukan kerana desakan dari datuk, ayah dan ibunya, mati pun dia tidak akan merayu pada Hani Ismail

"Babe please, bagilah abang perluang sekali je, abang janji abang tak akan ulang lagi perbuatan tu, pecayalah,"

Hani Ismail mengeluh panjang
"Maaf Zul Denial, antara awak dengan saya dah tiada apa-apa hubungan, saya rasa lebih baik awak bercinta je dengan bekas kekasih awak tu semula bukan dengan saya,"

"Tolong abang Babe jangan buat abang macam nie, abang merayu sangat tolonglah bagi abang peluang sekali je, abang betul-betul cintakan Babe,"

Hani Ismail mengeleng-geleng sambil memuncungkan bibirnya
"Tiada perluang lagi untuk awak, good bye,"
Hani Ismail terus memusingkan badannya namun kakinya tiba-tiba di pegang Zul Denial yang sudah pun duduk melutut

"Babe please abang rayu, tolonglah bagi abang perluang lagi,"

"Lepaskan kaki sayalah, Hey awak tak malu ke, orang tengah pandang awak?,"

Zul Denial tergeleng-geleng
"Abang tak perduli semua tu yang abang perduli Babe je, tolonglah abang rayu, bagilah abang peluang,"

Tindakan Zul Denial melutut di tengah lobi membuatkan Staf-Staf Teguh Holding yang berada di kawasan Lobi memerhatikannya sehingga ada yang mengambil kesempatan merakam aksinya itu

"Zul Denial, saya ulang sekali lagi, saya tak nak bagi awak peluang, saya ulang, saya tak nak,"

Saat itu juga beberapa orang staf yang mendengar kata-kata Hani Ismail ada yang tergelak

Zul denial tetap tidak mahu mengalah sehinggakan di berani memeluk kedua kaki Hani Ismail

"Hey! Awak nie dah gila ke, lepaskan kaki sayalah!,"
Hani Ismail meronta-ronta supaya Zul denial melepaskan kakinya namun setiap kali dia meronta semakin kuat zul Denial memeluk kakinya

"Woi keparat, kau dah kenapa, kau nak kena tumbuk dengan aku ke?,"

Zul Denial serta merta melepaskan tangannya bila melihat Farid Husin sudah pun berdiri di sebelah Hani Ismail

"Hish geram pulak aku tengok muka kau nie, rasa nak tumbuk je, baik kau bla sekarang, kalau tak luyai aku kerjakan,"
Ucap Farid Husin sambil mencekak pinggangnya

Zul Denial bergegas bangun, wajahnya pucat ketakutan, manakan tidaknya itulah satu-satunya lelaki yang pernah membalasahnya dulu. Tanpa membuang masa Zul Denial terus saja berjalan laju ke arah pintu Lobi

Setelah itu Farid Husin mengeleng kepalanya tanpa memandang Hani ismail, setelah Zul denial keluar dari lobi, kakinya di ayun ke arah pintu Lobi,

Hani Ismail melepaskan nafas lega, hatinya puas dapat mempemalukan Zul Denial, itulah yang di inginkan Sharul iskandar selama ini, hajat bekas majikannya sudah dia tunaikan, bibirnya tersenyum memerhati farid Husin keluar dari Lobi

"Untungnya Zura dapat suami macam Farid ganas nak mampus,"

**

Seluruh pemegang saham telah sebulat suara memilih Syarikat S&E sebagai pemenang bidaan tender untuk pembinaan Projek kapal kargo bersaiz serdehana untuk Teguh logistics dan keputusan itu juga membuatkan Tan seri Mustafa mengamuk apabila dia mendengar kabar angin mengatakan pemilihan itu dari pendapat executive dari department Analysis

"Bodoh!!,"
Pekik Tan seri Mustafa sambil menghempuk-hempuk mejanya

"Tenang Daddy,"
Pujuk Ishak anak kedua Tan seri Mustafa

"Kau suruh Daddy bertenang, kau tahu tak berapa nilai tender projek kapal tu, sepatutnya kita yang dapat Projek tu, semua nie di sebabkan kakak kau yang bodoh tu,"

"Daddy? kitakan banyak lagi projek, bagi ishak kalau kita tak dapat projek tu bukannya kita rugi apa-apa pun,"

"Hai ishak, kau dengar sini, Datuk kau bina syarikat nie sehingga Daddy ambil alih, syarikat nie nombor satu dalam malaysia, kalau kapal kecil macam tu pun Syarikat kita tak boleh dapat, syarikat-syarikat lain akan mengatakan kita, Daddy takut bila daddy dah tiada nanti, syarikat nie akan lingkup, sabab apa, sebab pemikiran kau macam tu, "ah biarlah tak dapat pun syarikat aku tak rugi" yes teruskan dengan pemikiran macam tu ishak,"

Ishak mengeleng pelan
"But Daddy, perlu ke Daddy hukum kak Lin macam tu, kalau Daddy tak tolong suami dia syarikat suami dia boleh jatuh bankrupt,"

"Eh, Daddy peduli apa, pandai-pandailah dia nak hidup, selama nie bila kakak kau ada masalah tak habis-habis daddy yang kena bantu, No! kalau ishak nak tolong, tunggu daddy mati dulu, tapi sekarang biarkan je kakak kau tu,"

"Habis tu Deni macam mana Daddy?,"

"Kalau syarikat ayah dia bankrupt, suruh je dia kerja sebagai office boy,"

Teguh Holding

Hani Ismail memerhati bilik pejabatnya, esok genap tiga bulan dia berkerja dan adalah hari terakhir dia berkerja dengan Teguh holding, Hatinya benar-benar riang, Projek di perak dan di sabah tiba-tiba sahaja di tangguhkan

Sampul surat putih di tangan kanan di perhatikan sejenak sebelum melepaskan hembusan nafas yang kuat, punggung di angkat dari kerusi, kaki terus di ayun ke arah pintu

"Nak pergi mana Cik Suraya?,"
Tegur puan Kamala

Hani Ismail tersenyum sambil kedua tangan menyilang ke belakang cuba menyembunyikan sampul surat itu dari pengetahuan Puan Kamala, Lela dan Faizal

"Saya nak jumpa Encik Fuad sebentar,"

Pejabat pengarah operasi Teguh holding

"Tuk. Tuk. Tuk,"
Hani Ismail mengetuk daun pintu dari luar,

"Masuk,"

"Suraya,"
Fuad Sobri tersenyum sambil berdiri dari duduknya

"Maafkan saya kalau menganggu Encik Fuad,"

"It's okay, sila duduk,"

Langkah kaki di susun pelan ke arah Sofa, Hani Ismail melabuhkan punggungnya kemudian menaruh sampul surat perletakan jawatanya di atas meja

"Surat apa tu Suraya?,"
Baru sahaja Fuad Sobri mahu melabuhkan punggungnya, dia agak terkejut bila melihat surat di taruh Hani Ismail

"Saya minta maaf Encik Fuad, ini surat perletakan jawatan saya,"

"Laa? kenapa Suraya nak letak jawatan, ada apa-apa masalah ke?,"

Hani Ismail mengeleng
"Tiada apa-apa masalah Encik Fuad, Cuma dari dulu saya memang tak layak untuk jawatan nie,"

"Tak layak sebab Suraya cuma ada spm je?,"

"Bukan itu maksud saya Encik Fuad,"
Satu keluhan di lepaskan pelan sebelum Hani Ismail menyambung bicara
"Mungkin elok juga Encik Fuad dengar cerita saya dulu dari awal saya datang ke KL sehinggalah sekarang, tapi saya mohon sangat pada Encik Fuad tolong rahsiakan cerita saya tu nanti,"

Fuad Sobri mengangguk-angguk
"Baiklah,"

Hani Ismail terus menceritakan kepada Fuad Sobri kisahnya dari awal berkerja sebagai orang gaji di rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar sehinggalah Sharul iskandar mengubah hidupnya atas tujuan tertentu, dia mendapat jawatan di Teguh holding atas bantuan Sharul iskandar dengan meletakkan pengalaman kerja yang tidak pernah dia kerjai,

Fuad Sobri mendengar dengan tekun kisah yang sedang di ceritakan Hani Ismail, wajahnya tenang langsung tidak menunjukan reaksi terkejut ataupun marah

"Maafkan saya Hani, sebenarnya dari awal saya dah tahu cerita tu semua,"

"Encik Fuad dah tahu?,"
Raut wajah Hani Ismail agak terkejut

Fuad Sobri mengangguk
"Sharul dah ceritakan pada saya sebelum Hani berkerja di sini, dia yang minta bantuan saya supaya jawatan executive tu diberikan pada Hani, dari dulu lagi saya memang pecayakan Sharul sebab tu saya berani bagi Hani jawatan tu,"

Hani Ismail terdiam, air matanya menitis

"Tapi tengoklah sekarang, memang berbaloi saya pecayakan Sharul, dalam tempoh tiga bulan saja Hani dah jadi seperti seorang executive sebenar, rugilah kalau Hani berhenti,"

Hani Ismail mengeleng sambil mengesat air matanya
"Tak apa Encik Fuad, lagi pun saya tak sanggup lagi, setiap hari saya merasa bersalah, lihat wajah saya nie Encik Fuad, pakaian yang saya pakai, kereta yang saya bawa setiap hari, perkerjaan saya, semuanya atas bantuan dari Tuan Sharul, hati saya setiap hari sakit, saya dah tak sanggup Encik Fuad,"

Fuad Sobri diam sejenak, wajah hiba hani Ismail di tatap kesihan

"Baiklah, Saya faham perasaan Hani, saya tahu bukan mudah Sharul nak maafkan perempuan yang dah kecewakan dia, Adik saya Farah, jika bukan kerana keluarga kami sudah lama berkawan, saya rasa sampai sekarang mungkin Sharul tak akan bertegur dengan Farah,"

"Saya minta maaf ya Encik Fuad, saya ingin ucapkan terima kasih pada Encik Fuad kerana pecayakan saya selama nie, banyak membantu saya, saya tak akan lupa semua tu,"

"Hani, andai kata pada masa akan datang jika Hani ingin berkerja semula di syarikat ini, hubungi saja saya, insyaallah saya akan sediakan jawatan yang layak untuk Hani,"

Hani Ismail terangguk-angguk, air matanya masih mengalir membasahi pipinya

Keesokan harinya, setelah jam di dinding menunjukkan pukul 5.30 petang, Hani Ismail menarik nafas panjang, Puan Kamala, Lela dan Faizal masih belum tahu hari ini adalah hari terakhir dia berkerja

Tombol pintu di pusing perlahan, daun pintu di kuak, seperti biasa, puan Kamala akan mengukirkan senyuman begitu juga Lela dan Faizal bila melihat dirinya keluar dari bilik namun hari ini senyuman dari rakan-rakan sekerjanya tidak lama

Puan kamala menutup mulut seakan tidak pecaya bila mendengar ucapan perpisahan dari Hani ismail, Lela pula terus menangis kerana tidak dapat menerima ucapan perpisahan dari Hani Ismail begitu juga dengan Faizal, selama tiga bulan mereka berkerja dengan Hani ismail mereka merasa begitu selesa tidak pernah merasa tertekan, setiap hari sentiasa bersemangat untuk memulai perkerjaan

Lela menangis teresak-esak, tubuh Hani Ismail di peluk erat
"Kenapa Cik suraya nak berhenti, kerja jelah,"

Sungai buloh

Perlahan-lahan kereta di pandu Hani Ismail memarkir keretanya di luar pagar rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar, Kakinya melangkah keluar, membiarkan enjin keretanya hidup

Bibir Hani Ismail tersenyum memerhati rumah mewah itu, begitu banyak kenangan yang begitu indah bersama insan tercinta, gelak ketawa, bergurau senda, merajuk, semuanya tercipta di dalam rumah itu,

Alangkah bahagianya Hani Ismail rasakan saat itu, entah mengapa dia sanggup melukakan hati insan sebaik Sharul iskandar

"Pon,"

bahu Hani Ismail terangkat kerana terkejut, tiba-tiba sahaja Kedengaran bunyi Hon kereta, pantas dia berpaling, seorang gadis bertudung, berbaju kurung keluar dari kereta X50 milik Sharul iskandar

"Maafkan saya jika saya terkejutkan Cik, Cik cari siapa?,"

Kening Hani Ismail bertaut, wajah gadis itu di tatap seketika, dia seperti pernah melihat gadis itu

"Mirahkan?,"
Hani Ismail cuba meneka

"Cik kenal saya ke?,"
Tanya Mirah, dia juga agak terkejut bagaimana Hani Ismail mengenalinya

Hani Ismail tersenyum manis
"Dulu saya berkawan rapat dengan pemilik kereta tu,"

Mirah memaling untuk melihat kereta Sharul iskandar
"Cik berkawan dengan abang Sharul ke?,"

"Dulu. Sekarang tak lagi,"

"Kenapa?,"

Hani Ismail tersengih
"Panjang ceritanya, Mirah duduk sini ke sekarang?,"

Mirah mengangguk
"Aah.. jadi orang gaji,"
Mirah tergelak begitu juga dengan Hani ismail turut tergelak

Pertemuan dengan adik sepupu sharul iskandar berlalu pantas, Hani Ismail terpaksa meminta diri walaupun Mirah mempelawanya masuk ke dalam rumah namun dia terpaksa menolaknya kerana dia tidak sanggup lagi melihat rumah itu

Setelah kereta di pandu Hani Ismail meninggalkan tempat itu, dia menangis teresak-esak bila teringatkan perbualan terakhirnya dengan Mirah benar-benar membuatkannya terkejut dan sedih

"Eh, kalau tak silap saya, Ciklah yang abang Sharul bawa masuk ke dalam hospital serdang sebab pingsankan,"

Hani Ismail mengangguk
"Betullah saya,"

Mirah tersenyum
"Waktu tu Abang Sharul suruh saya datang hospital ambil Bob, saya tak sengaja nampak Abang Sharul cium dahi Cik,"

Pagi Khamis

"Terima kasihlah Hani, bagi aku jubah cantik-cantik pulok tu,"
Ucap Wati setelah Hani Ismail memberi dua helai tudung dan jubah kepadanya

"Samalah ngang aku Hani, Terima kasih banyok-banyok, nanti bawok keta tu hati-hati ade mase nanti datanglah KL,"

Hani Ismail menyenget bibirnya
"Ngapa pulok nak kena jumpa kat KL, korang berdua doh taknok balik lagi ke kat kampong,"

Safura dan Wati tergelak
"Yelah, jumpa lagi nanti kat kampong,"

"Nanti jangan lupa Kirim salam kat nuar,"

Wati mengangguk
"Nanti kalu tuang rumoh doh bagi duit disposit tu, aku masukkang dalam akaun Hani ya,"

"Yelah, jumpa lagi Wati, Safura, aku balik kampung dulu ya,"

"Hati-hati Hani,"

Lebuh raya karak menghala pantai Timur

Setelah hampir setengah jam memandu, Hani Ismail mengambil keputusan untuk berhenti di perhentian genting sempah, dia memilih duduk di meja yang pernah dia duduk bersama Sharul iskandar saat pertama kali mereka berdua singgah di perhentian ini

Hujan tiba-tiba turun dengan lebat, Hani Ismail melihat cahaya kilat menyinar sebelum di susuli bunyi dentuman yang kuat dan saat itu dia teringatkan pertanyaan Sharul iskandar

"Hani tak takut ke?,"

Suara Sharul iskandar bagaikan bermain-main di gedang telinganya Hani Ismail tersenyum namun air matanya menitis

"Selamat tinggal tuan sharul, Hani ingin ucapkan terima kasih pada tuan sharul kerana banyak membantu hani selama hani mengenali tuan sharul, Hani minta maaf tuan kerana melukakan hati tuan sharul, hani sebenarnya cintakan tuan, hani cintakan tuan,"

Hani Ismail menangis teresak-esak di dalam keretanya, voicemail yang di rakam tetap cuba di kirim pada Sharul iskandar walaupun dia sedar nombornya masih lagi di block bekas majikannya itu

Setelah menenangkan hatinya, Hani Ismail memijak pedal minyak meninggalkan perhentian genting sempah,

Suasana di dalam kereta bagitu hening, selepas hampir setengah jam Hani Ismail memandu keretanya, dia mula merasa bosan saat itu terdetik hatinya ingin membuka radio, jari telujuknya terus menekan skrin di tablet

"Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu kukembali
Biarkan saja berakhir di sini"

Mendengar sahaja lagu itu berkumandang, Jari telujuk Hani Ismail pantas ingin menukar siaran radio namun di saat jarinya hampir mengenai skrin, Hani Ismail menarik kembali tangannya,

Dia tidak sanggup mendengar lirik lagu itu kerana membuatkan dia terbayangkan wajah kecewa Sharul iskandar saat bekas majikannya itu melihat rakaman videonya berpelukan dengan Zul Denial

"Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu"

"Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahagiamu"

Hani Ismail meraung sekuat hati,

"Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu kukembali
Biarkan saja berakhir di sini"

Beberapa bulan telah berlalu, Hani Ismail duduk sebentar di belakang bonet keretanya setelah menghantar ikan di pasar besar daerah Pekan pahang, peluh di dahi di kesat sebelum dia meneguk air di dalam botol mineral

Selepas menghembus nafas, kedua tangannya menepuk peha sebelum dia berdiri dari duduknya, Bonet kereta di tutup,

"Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu"

Kedengaran bunyi nada dering dari telefonnya berdering, Hani Ismail menyeluk poket seluarnya

"Fazura?,"
Bibir Hani Ismail tersenyum

"Hello Zura,"

"Hello kak Hani,"

Kening Hani Ismail bertaut hairan, nada suara Fazura di hujung talian kedengaran seperti sedang menangis

"Kenapa dengan Zura nie, Zura sakit ke?,"

"Tak, Zura dengan mak, adik Zura ada kat kuantan sekarang nie,"

"Zura buat apa kat kuantan?,"

"Kak Hani, Zura dah kena cerai,"

"Apa?,"

TAMAT

"TERIMA KASIH KERANA MEMBACA"

Share this novel

Zahra haniffa
2024-08-19 00:20:45 

alaaaaaaaa......tergantung end nya

Hawani Hashim
2023-12-12 11:57:50 

Maid bukan cinderella pun bukan

Rimatanti Rasyid
2023-12-12 09:10:14 

alaaaaaaaaaaa... mcm tu je ke ceritanya Hani.. NK dengar Ending yg best sikit lah... Tuan Sharul dtg Kampung pinamg Hani ke... hehehehehehe.. please lahhhhhhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience