Bab 19

Humor Completed 55808

Hani Ismail tersentak tiba-tiba sehingga terangkat kepalanya yang di sandar pada stereng kereta, retinanya mengerling ke arah tablet kereta, jam di skrin tablet menunjukkan pukul 7.45 malam hampir dua jam dia tertidur di dalam kereta semata-mata mahu menunggu Sharul iskandar pulang

"Mana tuang nie,"
Bisik Hani ismail sambil memerhati luar jendela keretanya

Enjin kereta terus di matikan, Pintu kereta di buka, dengan tubuh yang letih perlahan-lahan kakinya di hulur keluar dari keretanya, pagar rumah yang masih terbuka di tatap sayu, sebelum kakinya di ayun ke arah bahagian tepi rumah mewah itu

Kl sentral

Ruangan pejabat syarikat Energy telecommunication sunyi sepi, tiada lagi kelihatan kelibat Staf-staf berkerja, dalam cahaya yang malap Sharul iskandar duduk di kerusinya sambil dahinya di rebah pada tangan di atas meja

Fikirannya runsing masih memikirkan tentang Mirah, perasaan bersalah kerana menampar adik sepupunya tengahari tadi masih menghantui dirinya, satu-satunya sepupu yang membesar bersama dengannya sebelum ibunya menyerahkan kembali adik sepupunya itu kepada makciknya setelah Mirah berusia 13 tahun

Pintu Lif tingkat tiga terbuka, Farah bertundung kelabu sedondon dengan warna jubahnya bergegas keluar dari Lif, Jam enam tadi dia menerima panggilan dari Fatin menceritakan apa yang belaku pada Sharul iskandar, dia juga terkejut jika Mirah yang selama ini menghilangkan diri begitu berani kembali semula untuk menemui Sharul iskandar

Selepas menempel access kad pemberian Fatin di bawah tadi, kakinya terus di ayun laju ke arah bilik pejabat Sharul iskandar

"Tuk.. Tuk.. Tuk..,"

Pintu bilik di ketuk, namun tiada sahutan di dalam, Farah memulas tombol pintu, dalam keadaan cahaya yang malap, Farah dapat melihat Sharul iskandar sedang duduk dalam keadaan dahi membantalkan tangan di atas meja

"Are you okay Sharul?,"
Tegur Farah dengan lembut setelah berdiri di hadapan meja Sharul iskandar

Teguran itu tidak jawab, Sharul iskandar hanya diam bagaikan sedang lena di buai mimpi, Farah merapatkan tubuhnya di meja sebelum membongkokkan sedikit badan terus menghulurkan tangan mahu menepuk bahu kawan baiknya itu

"Sharul..,"

"Ya!..,"
Sharul iskandar tersentak terkejut bila bahunya di tepuk, kepala di angkat
"Farah?,"

"Are you okay?,"

Sharul iskandar menarik nafas kemudian melepaskan nafasnya dengan tenang, tubuhnya di angkat lalu duduk menyandar

"Aku okay je, macam mana kau masuk?,"

"I guna access kad Fatin,"
Jawab Farah sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi
"I tahu dari dulu lagi you memang marahkan Mirah tapi bila i dengar you tampar dia Sharul..?,"

Farah diam serba salah mahu meneruskan kata-katanya

"Hmmm..,"
Keluhan kuat di lepaskan, Rambut yang tidak gatal di garu-garu kasar, kepalanya begitu serabut
"Aku betul-betul tak faham dengan sifat perempuan, aku dah berkawan dengan Denial dari sekolah rendah lagi, waktu kat sekolah menengah walaupun aku tahu Denial tu playboy, aku masih still lagi kawan dengan dia, yang membuatkan aku hairan setiap kali ada pelajar perempuan jatuh cinta dengan dia, diorang akan datang jumpa dengan aku, tanya aku tentang Denial, aku selalu cakap benda yang betul, Denial tu playboy, but mereka macam tak perduli, aku nak tanya kau Farah, waktu kau minta nasihat aku dulu, walaupun aku dah bagi kau nasihat, kenapa kau still lagi boleh bercinta dengan dia?,"

Farah mengeleng kepala, pertanyaan Sharul iskandar itu agak berat untuk di jawab,

"Sebab kau tak pecaya pada akukan, sama macam Mirah, berkali-kali aku berikan nasihat, berkali-kali aku bagi amaran, dia still jugak pergi kejar Denial tu, sampai aku sendiri pun tak pecaya, the same time Denial menikmati percintaan dengan dua orang wanita yang tergilakan dia, kau dengan Mirah,"
Sharul iskandar tergelak

"I mengaku waktu tu memang i buat keputusan yang salah abaikan nasihat you, tapi semua tu dah berlalu Sharul,"

"You do not understand Farah, aku bukan ungkit kisah lalu, aku cuma tak faham sifat perempuan, umpama ada telinga tapi tuli, ada otak tapi kosong,"

Kata-kata Sharul iskandar itu sedikit sebanyak membuatkan Farah terkilan, dia juga salah Seorang wanita yang pernah meminta nasihat dari Sharul iskandar kerana telah jatuh cinta pandang pertama pada Zul Denial, dan berhubungan dengan lelaki itu selama setahun sebelum dia dapat tahu dalam masa yang sama Zul Denial bermain cinta dengan Mirah menyebabkan dia kemurungan selama sebulan manakala Zul Denial pula telah di belasah oleh adiknya Farid Husin

"So i tanya you Sharul, why are you still friends with him selepas dia mempermainkan perasaan i dengan Mirah,"

"Dia tak salah, dia tak pernah salah, tiada alasan untuk aku putuskan persahabatan aku dengan dia semata-mata kebodohan perempuan yang aku dah bagi nasihat yang aku dah bagi amaran,"

"So maksud you, i nie bodoh,"

"Yes, yes correct, you, Mirah dengan semua perempuan yang pernah aku berikan nasihat semuanya bodoh, terutamanya kau dengan Mirah paling bodoh,"

Farah mengetap giginya, mengigil-gigil tubuhnya, geram sungguh bila mendengar hinaan yang muntah dari mulut Sharul iskandar namun semua itu adalah kebenaran sememangnya pahit yang harus di telan

"So sekarang nie, you memang nak jadikan Hani seperti perempuan-perempuan bodoh yang pernah minta nasihat dari you ke Sharul?,"

"Hani? Ha.. ha.. ha..,"
Sharul iskandar ketawa sambil terangguk-angguk
"Dia juga sama macam perempuan-perempuan bodoh yang telah jatuh cinta pandang pertama dengan Denial, BTW birthday Denial pun dekat, aku dah suruh Denial jemput Hani ke majlis tu, so kita lihat je nanti, Hani Ismail akan menjadi mangsa yang seterusnya,"

Farah mengeleng-geleng kepalanya
"Kejam juga you nie Sharul, i tak sangka you buat semua tu untuk Hani semata-mata untuk lihat dia di perbodohkan,"

"Itu terpulang pada pilihan dia, bagi aku dia sama je macam kau dengan Mirah tiada apa pun berbeza, hari nie cakap tak nak, tapi bila berjumpa dengan Denial tiba-tiba cakap nak, sama je dua kali lima,"

Farah bangun dari duduknya, satu keluhan kecil di lepaskan, raut wajahnya dalam suasana bilik yang malap tampak kecewa, perlahan-lahan dia memusingkan badan berniat untuk keluar dari bilik itu

"Jom pergi makan Farah?,"

Farah tersengih senget,
"Lepas you cakap semua tu, ada hati lagi nak ajak i makan,"

Selepas mengambil telefon dengan kunci keretanya di atas meja Sharul Iskandar terus melangkah melewati meja, tangan Farah di pegang erat

"Let's go baby,"

Farah mengeleng kepala, namun bibirnya tersenyum,

Sungai buloh

"Mana tuang nie, doh jam 10 tok balik-balik lagi, nape tok angkat tipung,"
Tutur Hani Ismail, wajahnya cemas sambil berjalan mundar-mandir di hadapan pagar yang terbuka

Selang beberapa minit kelihatan cahaya lampu kereta mendekati pagar rumah, Hani Ismail mengankat tangan untuk melindungi pandangannya sebelum melangkah ke tepi, wajahnya mencuka bila kereta Sharul iskandar memasuki pekarangan rumah

Hani Ismail berjalan sambil menghentak-hentak kakinya bagaikan anak kecil sedang marah, dia berdiri tidak jauh dari pintu pemandu, tangan menyilang di dada

"Tak tidur lagi ke Hani,"
Tanya Sharul iskandar hairan setelah membuka pintu kereta

Hani Ismail tidak terus menjawab, dahinya berkerut sehingga mengecil matanya

"Tuang gie mane, ye pung jawablah telipung, saya risau,"

Sharul iskandar tersenyum
"Apa yang Hani risaunya, sayakan kerja, kalau kerja saya banyak kat office tu tentulah saya akan balik lewat,"

Hani Ismail mencebit bibir
"Selama saya kerje sini, tok pernoh pung saya tengok tuang balik lewat, dating ke,"

Sharul iskandar tergelak sejenak
"Hani dah makan ke?,"

"Tengok tu, saya tanye lain, tuang tanya balik kat saya, belung,"

Sharul iskandar mengeleng
"Hani ada masak tak?,"

Wajah Hani Ismail terus berubah sayu
"Tokkk..., saya tok masok pung, tuang lapor ke?,"

"Tak.., saya ada belikan pizza dengan spegetti untuk Hani,"

"Betul ke?,"
Terkinja-kinja Hani Ismail bila mendengar itu

Sharul iskandar mengangguk kemudian mengambil 2 kotak pizza dengan satu kotak saiz kecil di tempat duduk penumpang di hulurkan kepada Hani Ismail

"jom masuk,"

Tanpa segan silu Hani Ismail sedawa kuat selepas menikmati spegetti dengan beberapa keping pizza

"Alhamdulilah kenyang, sedapnye pizza doh lame tok makang,"

Sharul iskandar menelan air liur, bola matanya melihat satu kotak pizza yang sudah kosong, semua itu di habiskan Hani Ismail seorang

"Nape tuang tok makang?,"

Sharul iskandar tersengih-sengih hampir ketawa
"Tengok Hani makan pun saya dah kenyang,"

Hani Ismail memuncung bibirnya
"Tuang doh makang kat luarlah tu,"

Sharul iskandar mengangguk
"So macam mana kerja hari nie, okay tak?,"

"Tuang!,"

Terperanjat Sharul iskandar sehingga terangkat bahunya

"Apa?,"

"Pagi tadi saya sarapan dengan Homelander, ngeri tuang, terketor-ketor saya di buatnye,"

"Farid ke?,"

"Yolah sape lagi, dia panggil saya woi, woi je tuang, kurang ajor betui tapi muka handsome,"

Sharul iskandar ketawa terbahak-bahak

"Habis tu, dia ada berbual tak dengan Hani?,"

Hani Ismail mengangguk
"Sekajap je, tapi dia kirim salam kat tuang,"

"Waalaikummusalam,"
Sharul iskandar mengeleng
"Hari nie belajar apa?,"

"Oh ya, start esok, saya training dengang Encik Sham,"

"Oh Encik Sham,"
Sharul iskandar terangguk-angguk

"Tuang kenal ke?,"

"Kenal, dia paling lama kat situ, nanti Hani belajar betul-betul dengan dia, orangnya baik,"

"Umm..,"
Hami Ismail mengangguk

Sharul iskandar mengeluh pelan, wajah Hani Ismail di tenung lama, hatinya ingin memberitahu Hani Ismail tentang birthday Zul denial

"Hani?,"

"Ya tuang,"

Sharul iskandar mengeleng, wajahnya tampak serba salah
"Tak ada apa-apa,"

"Tuang nieee.,"

Ke Esokkan harinya

Teguh Holding

Selepas keluar dari Lif, Hani Ismail berjalan bagaikan sedang menari, riang sungguh hatinya, baru sahaja habis training dengan Encik Sham senior Department Analysis industrial di tingkat 15 tadi

"Cik suraya?,"
Panggil Puan karmala bila melihat Hani Ismail membuka pintu

"Ya puan karmala,"
Jawab Hani Ismail sambil menutup pintu

"Nie.., ada orang kirim untuk Cik Suraya,"
Puan Karmala bangun dari kerusi sambil mengankat sebuah bakul di perbuat dengan rotan di baluti plastik putih

"Dah ada boyfriend ke Cik Suraya?,"
Tanya Lela, tersenyum-senyum memandang Hani Ismail

Hani Ismail tergeleng-geleng
"Eh mana ada?,"
Jawab Hani Ismail, wajahnya hairan bila mengambil bakul itu dari Puan karmala

"Tak akanlah orang cantik macam Cik suraya tiada boyfriend,"
Celah Faizal pula

"Betul..., saya memang belum ada boyfriend,"
Jawab Hani Ismail masih lagi bingung

Hani Ismail mengusap-ngusap dagu runcingnya seakan terbelah di tengah, memerhati Bakul di perbuat dari rotan di dalamnya penuh dengan perbagai aneka coklat, di atas bakul itu pula terdapat sampul surat kecil berwarna pink

"Tuang Sharul ke yang bagi?,"
Bisik Hani Ismail di dalam hati sambil tangannya menarik sampul surat yang melekat pada plastik

"Congratulations Suraya, saya terlupa mempekenalkan diri saya tempoh hari, saya Zul Denial, hadiah nie sebagai tanda pemohonan maaf saya tempoh hari, harap Suraya suka, semoga berjumpa lagi,"

"Macam mana dia tahu aku kerja sini?,"
Bibir Hani Ismail tersenyum-senyum
"Tahu je aku suka coklat, terima kasih Denial, semoga berjumpa lain kali, i memang tak sabar nak jumpa dengan you lagi,"

Hani Ismail duduk menyandar sambil memusing-musing kerusinya
"Kalau Denial tengok aku lagi, agak-agak dia jatuh cinta tak dengan aku?,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience