Bab 14

Humor Completed 55808

Hani Ismail bersama Sharul iskandar sampai ke rumah di kala mentari sudah melabuhkan tirainya, sebaik sahaja Sharul iskandar membuka pintu, dia memusingkan badan memandang Hani Ismail masih tercegat di belakangnya

"Barang-barang dalam kereta tu biarkan je dulu, esok je ambil, Hani pergilah berehat,"

"Tuan nak apa-apa tak, nak saya masak ke?,"

"Ha?, kita baru je lepas makan tadi, perut saya nie dah penuh, esok pagi je Hani masak ya,"

Hani Ismail mengangguk
"Tuan, esok Datin suruh saya datang lagi, sebab nak ajar saya cara makeup,"

Sharul iskandar mengangguk
"Pergilah, Hanikan dah ada lesen,"

"Tuan tak nak temankan saya ke?,"

Sharul iskandar tergeleng-geleng
"No.., No, esok saya nak berehat, rasa nak patah kaki saya nie sebab ikut si Farah tadi, Hani pergi je sorang,"

Hani Ismail mengangguk, mukanya terus moyok, dia lebih suka jika Sharul iskandar menemaninya esok,

"Saya masuk dulu, selamat malam,"

"Selamat malam tuan,"

Selepas Sharul iskandar menutup pintu, Hani Ismail melangkah lemah, suasana di luar begitu sunyi namun halaman pekarangan rumah di terangi lampu sportlight yang tergantung di tingkat dua, Hani Ismail mendongak melihat ke arah dada langit, bibirnya tersenyum kerana tiada satu pun kerdipan bintang yang kelihatan di langit, beberapa detik kemudian senyuman yang di ukir beransur-ansur hilang bila dia teringatkan kata-kata Zul Denial padanya, hatinya merasa geram dan marah, perasaan bencinya pada lelaki itu mula membelenggu dirinya namun perasaan sayang pada Sharul iskandar lebih mendalam dari kebenciannya pada Zul denial

Perlahan-lahan Hani Ismail mengalih pandangannya ke arah tingkat dua, bola matanya memerhati sejenak, hatinya berbisik mengucapkan terima kasih pada majikannya dan berjanji akan turuti apa sahaja yang di inginkan Sharul iskandar walaupun ia sesuatu yang berat dia tetap akan lakukan

Awal pagi lagi Hani Ismail sudah berada di dapur, beberapa ketul ayam yang membeku di biarkan di dalam bekas, dia memotong sayur-sayuran, sebelum menyediakan bahan-bahan untuk di kisar, ramuan untuk masakannya, memandang hari ini dia perlu pergi ke salon Datin Dibah, dia ingin memasak lauk tengahari untuk Sharul iskandar

Setelah sejam, Lauk pauk yang sudah di masak di biarkan di dalam periuk dan kuali, waktu masih awal, Hani Ismail tidak mahu menganggu tidur Sharul iskandar, dia duduk di meja makan merehatkan badan, kala itu tangan kanan memegang telefon, skrin menghala ke wajah, tangan kiri pula mengosok-gosok wajahnya

Hani Ismail tersenyum-senyum sendiri, walaupun wajahnya tidak mengenakan makeup atau bedak tapi masih lagi kelihatan putih dan bersih

"Dahlah tu Hani,"
Tegur Sharul iskandar sambil melangkah masuk ke ruang dapur

Hani Ismail cepat-cepat menaruh telefon di atas meja namun dia tidak terkejut dengan teguran Sharul iskandar, dia sudah terbiasa dengan sikap majikannya bila berjalan tidak akan mengeluarkan bunyi tapak kaki,

"Tuan nak makan?,"

"Hani masak apa?, bau macam masakan tengahari,"

Hani Ismail tersengih nipis
"Saya masak untuk tengahari sekali, kan nanti saya kena pergi ke salon, saya risau kalau tuan lapar,"

"Banyak tak Hani masak?,"

Hani Ismail mengangguk, kakinya masih di ayun ke arah kitchen kebinet
"Saya masak ayam masak kicap, lauk semalam saya dah panaskan, sayur pun banyak saya goreng,"

"Patutlah sedap je bau,"

"Tuan nak makan?,"

Sharul iskandar segaja membuat wajah comel ketika mengangguk, Hani Ismail menahan diri dari tergelak kerana lucu, diam-diam dia merasa geram dengan wajah montel Sharul iskandar namun apakan daya dia bukannya Farah yang boleh mencubit pipi dan perut majikannya itu

Selepas menyenduk lauk pauk, di hidang untuk hidangan sarapan pagi majikannya, Hani Ismail mengelap atas tabletop kuah-kuah yang tertumpah

"Cepatlah Hani saya dah lapar nie,"

Cepat sahaja Hani Ismail berpaling, bola matanya merayau di atas meja bimbang jika ada lauk masih belum di hidang

"Kenapa tuan?,"
Tanya Hani Ismail, hairan

"Hish tanyalah pula, tak akan saya nak makan sorang-sorang,"

Hani Ismail mengeleng pelan
"Tuan nie, Saya ingat apa tadi, kejap,"

Suasana di meja makan terlihat tenang namun kadang kala kedengaran Suara Hani Ismail ketawa pelan bila sharul iskandar mengomel tentang semalam,

Hani Ismail begitu berselera menikmati masakannya, entah kenapa hatinya selalu senang setiap kali makan berdua dengan majikannya namun di saat tangannya mahu menambah nasi tangannya di pegang Sharul iskandar menyebabkan jantungnya berdebar-debar itulah kali pertama Sharul iskandar memegang tangannya

"Kenapa tuan?,"
tanya Hani Ismail hairan, dia membiarkan saja Sharul iskandar memegang tangannya

"mulai sekarang, Hani kena tahan nafsu makan,"
Jawab sharul iskandar sambil melepaskan tangan Hani Ismail

Wajah Hani Ismail terus moyok, seakan merajuk
"Kenapa pulak kena tahan?,"

Sharul iskandar mengeluh pelan
"Badan Hani cepat naik, Hani tak tengok ke kat cermin, baru sebulan lebih Hani kerja kat sini badan Hani dah mangkin berisi,"

"Sayakan selalu ikut tuan, tuan makan saya makan, tak akan saya nak tahan,"

"Sebelum nie okaylah, tapi sekarang Hani kenalah diet, mahal tahu saya bayar untuk ubah Hani jadi macam nie,"

"Tuan yang nak ubah saya, saya tak nak, saya tak kisah pun kalau gemuk,"

"Hish,"
Sharul iskandar mengeleng, ada saja jawapan dari Hani Ismail
"Pukul berapa Hani nak pergi ke Bangsar?,"

"Umm.., dalam pukul sebelas,"

"Nanti pergi je, tak usah ganggu saya, saya nak tidur, jangan lupa keluarkan barang-barang semalam dalam kereta, ingat kalau ada orang tanya Hani siapa, Hani jawab apa?,"

"My name Suraya Khalid,"
Jawan Hani Ismail sengaja mengoyang-goyangkan kepalanya

"perfect, but you need to remember, you must have confidence, jangan suka sangat menunduk atau malu-malu, tegas, sombong sekali sekala pun tak apa,"

"Sombong?,"

"Yes, Tapi bukan dengan semua orang, kalau jumpa orang berperangai macam Denial atau macam kekasih dia, barulah buat,"

Hani Ismail mengerut muka, kepalanya terangguk-angguk, dengar sahaja nama yang di sebutkan Sharul iskandar tadi membuatkan hatinya merasa panas

**

Jam di dinding sudah menunjukkan waktu hampir pukul 11, Hani Ismail sudah bersiap dengan tudung bawal moden mengikut bentuk wajah sehingga ke lehernya dengan mengenakan jubah moden coklat terang kelihatan anggun, dia mendongak memandang atas tangga, Sharul iskandar sudah memperingatkan supaya jangan menganggu namun hatinya masih berat untuk pergi tanpa meminta izin dari majikannya itu

Bunyi nada dering telefon Hani Ismail tiba-tiba berdering cepat-cepat dia nyalakan skrin telefon

"Hati-hati drive, apa-apa hal call,"

Ringkas sahaja mesej dari Sharul iskandar, itu sudah cukup membuatkan hati Hani Ismail merasa lapang dan lega, umpama baru mendapat izin dari suami

Kereta sudah 45 minit bergerak di jalan raya, memandangkan hari ini hari minggu banyak kenderaan-kenderaan luar begerak menghala ke arah Kuala Lumpur, Hani Ismail tetap tenang memandu kereta, bola matanya terus fokus pada laluan di hadapan

Setelah kereta di pandu Hani Ismail hampir masuk ke laluan arah Bangsar, bola matanya mengerling sebuah bangunan pencakar langit, jelas tertera di tengah bangunan itu perkataan Teguh holding

"Oh, Itu bangunannya, boleh tahan juga jauh,"
Bisik Hani Ismail, hatinya mula tertanya-tanya bagaimana dia perlu pergi ke sana esok memandangkan laluan ke arah tempat kerja Sharul iskandar dengan bangunan itu berlainan arah, lebih-lebih lagi setiap pagi jalan menghala ke bandar Kuala Lumpur sentiasa jem

Hani Ismail mengeluh berat
"Aku nie tak habis-habis menyusahkan tuan sharul,"

**

Sharul iskandar berguling ke kiri dan ke kanan serba tidak kena, setelah Hani Ismail pergi ke Bangsar, dia cuba melelapkan mata namun gagal, tangannya menarik bawah baju ke atas sehingga menampak perutnya menglebar

Tangannya mengosok-gosok perut sambil bola matanya merenung siling, otaknya ligat memikirkan cara untuk membuatkan Zul Denial bertemu dengan Hani Ismail secara tidak sengaja, dengan perubahan Hani Ismail sekarang, dia yakin Zul Denial akan jatuh cinta dangan pembantu rumahnya itu

Sharul iskandar baring mengiring ke kanan kemudian mengunakan tangan kanannya untuk mendorong tubuh gemuknya untuk bangun

"Kat manalah si playboy tu selalu makan?,"
Getus hati sharul iskandar selepas duduk di birai katil, walaupun dia bersahabat baik dengan Zul Denial akan tetapi dia jarang makan tengahari dengan sahabatnya itu

Punggungnya di angkat, setelah berdiri dia melangkah ke arah meja kerjanya, punggungnya di labuhkan pula di atas kerusi, retinanya terpandang satu bingkai gambar seorang wanita muda bersama seorang Kanak-kanak perempuan, kepalanya di geleng pelan, ada raut penyesalan terukir di wajahnya bila dia memerhati gambar itu

"Aku harap sangat budak Hani tu tak akan ikut jejak kau Mirah, jika dulu kau dengar nasihat aku, kau tak akan jadi macam nie,"

Sharul iskandar duduk menyandar, kakinya menolak miring supaya kerusinya berpusing namun dek kerana berat badannya kerusi itu langsung tidak mahu berpusing, Selang beberapa detik kemudian nada dering dari telefonnya berdering kuat, Sharul iskandar memerhati arah tilamnya,

**

Bangsar

Salon kecantikan Dr Dibah Nor

"Baiklah Auntie, saya akan ingat semua tu,"
Hani Ismail terangguk-angguk setelah Datin Dibah memberikan beberapa nasihat kepadanya

"Hani jangan salah faham, Auntie bukan mahu masuk campur dengan perasaan Hani, jika Hani sukakan Is, perasaan itu harus datang dari lubuk hati Hani bukan dari perasaan terima kasih Hani pada dia, kerana budi dia pada Hani, itu berbeza,"

Hani Ismail mengangguk, telinganya tekun mendengar nasihat dari ibu majikannya, setelah tiga jam dia menghabiskan masa berlajar cara me-makeup dan cara mengenakan selendang sutera, Datin Dibah tiba-tiba bertanyakan padanya jika dia mempunyai perasaan pada Sharul iskandar namun dia tidak menyangka Datin Dibah tidak memarahi atau menghalangnya jika dia menyukai Sharul iskandar

Setelah mengucapkan beberapa nasihat Datin Dibah memeluk Hani Ismail, belakang badan gadis muda itu di gosok-gosok lembut

"Jaga diri Hani baik-baik, jika ada apa-apa masalah datang je jumpa Auntie ya, jangan malu, Auntie sentiasa ada untuk Hani,"

"Insyaallah Auntie,"
Jawab Hani Ismail, sayu nadanya, selepas Datin Dibah meleraikan perlukkan, pelan-pelan kakinya di ayun ke arah pintu bilik

"Saya balik dulu ya Auntie, assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam, Drive kereta tu hati-hati ya Hani,"

"Baik Auntie,"

Setelah turun dari tingkat dua, Hani Ismail menolak pintu kaca sambil membawa dua pasang jubah masih berbungkus dengan plastik hadiah dari Datin Dibah, setelah keluar dari Salon dia melangkah ke arah Kafe DLora kerana memarkir kereta sharul iskandar di bahagian tepi kafe tersebut

"Please Zul, teman i sekejap je, i ada appointment nak rawat muka i nie, tapi tak lama,"

Langkah Hani Ismail terhenti, bola matanya menatap sepasang pasangan sedang berdiri di hadapannya, dia terus mengigit bibir, detak jantungnya pula laju, hatinya berbahang panas

"Cepat juga bangsat tu berbaik dengan girlfriend dia,"
Getus hati Hani Ismail, merah padam mukanya kerana menahan marah

"Rina, kan i dah cakap banyak kali, jangan suruh i temankan you pergi salon, sekarang memanglah you cakap sekejap, but bila you dah masuk buat rawatan berjam-jam i kena tunggu you,"

"Alaa sayang, temankanlah i, please..,"
Rayu Rina, dengan tatapan mengoda, lengan Zul Denial di rangkul erat

"Excuse me,"
Tegas nada Hani Ismail bila laluannya di halang Zul Denial

Zul Denial tersentak, dia memalingkan kepala ke arah datangnya suara itu,

"I'm.. I'm so.. so sorry,"
Ucap Zul Denial tergagap-gagap bila pandangannya bertembung renungan tajam dari wanita di hadapannya

"So?.,"
Tegas lagi Hani Ismail bila Zul Denial masih lagi tercegat menghalang laluannya

"Hey!, watch your mouth,"

Hani Ismail menyenget hujung bibirnya ke atas,
"watch my mouth, For what?, i cuma nak lalu je but your uncle blocked my way,"

"No.. no, no you misunderstood, i bukan pakcik dia,"
Pantas sahaja Zul Denial membalas

"So what?,"

Rina melangkah garang, tubuh Zul Daniel di tarik supaya membelakanginya kemudian berdiri di hadapan Hani Ismail

"Hey betina, you jangan nak belagak okay, lelaki belakang i nie boyfriend i, mata you buta ke,"

"So what..., I don't care about that guy, i cuma nak lalu je, salah ke atau bangunan nie bapak you punya,"
Hani Ismail tersengih mengejek

Rina menjadi berang tubuh Hani Ismail ingin di tolak namun Zul Daniel cepat-cepat menghalang

Hani Ismail tergelak
"OMG, you nie datang dari zaman batu ke, garang sungguh,"
Hani Ismail mengeliat kedua bahunya seraya mengejek sebelum mengayunkan langkahnya

"Lepaskan I Zul, bangsat punya betina, dia ingat dengan siapa dia bercakap,"

"Enough Rina, you nie buat malu jelah,"
Marah Zul Daniel, tangannya memegang kuat kedua tangan kekasihnya sedang meronta-ronta

Hani Ismail memalingkan badan, dia memandang Zul Daniel kemudian membuat flaying kiss dengan pandangan mengoda segaja ingin menaikan darah kekasih lelaki itu

"F*ck you b***h!,"
Jerit Rina dengan kuat sambil meronta-ronta supaya Zul Daniel melepaskannya

Hani Ismail membalas dengan lambaian tanpa memandang wanita di belakangnya itu, bibirnya mengukir senyuman puas walaupun hakikatnya dia merasakan dadanya bagaikan ingin pecah kerana terlalu takut

"Cantiknya,"
Tanpa sedar ucapan pujian terpancul keluar dari mulut Zul Daniel sambil bola matanya masih menatap ke arah Hani Ismail

"Zul!,"

Zul Denial terpinga-pinga
"What?,"

Setelah menghidupkan enjin kereta, Hani ismail termangu diam, Beberapa detik kemudian, dia mengeleng-geleng kepala, sukar sungguh dia pecaya apa yang telah dia lakukan tadi,

"Apa aku dah buat tadi, Wow!,"
Hani Ismail meraup wajahnya, bibirnya tersenyum sinis
"Padan dengan muka kau, ini suraya Khalid lah bukan Hani yang kau boleh hina sundal,"

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2023-11-17 20:27:00 

Lawan je Hani, jgn jd lemah.. Tuan Sharul dh ajar kan..heheheh


NovelPlus Premium

The best ads free experience