Bab 1

Humor Completed 55808

"Ayah, Pakcik Lan, Pakcik Suid, Pakcik Adi mari makan,"
Panggil Hani Ismail setelah dia selesai memasak lauk ikan kembung masak kicap

"Kalu terus macam nie gok, payohlah kite,"
Keluh Khalid, ayah Hani Ismail, terumbang ambing badannya mengikut gerakan kapal sedang di pukul ombak

"Takpolah kite tengok malam sikit, insyaallah ada jugok rezeki kite nanti,"

Khalid mengeluh pelan, dah hampir enam hari dia dengan rakan-rakannya berada di laut untuk menangkap ikan namun hasil tangkapan tidak telalu memuaskan

"Dohla tu, mari makang, perut kena isi gok,"
Tegur Suid sambil menepuk bahu Khalid

Khalid mengangguk

"Masok kicap je,"
Kata Adi sambil bersila

Hani Ismail tersengih-sengih
"Kari doh habis doh pakcik, tinggal kicap je, itu pung tadi Hani ingat nak goreng ikan je, tapi tak bestloh pulok,"

Adi tersengih
"Takpolah.. janji kenyang,"

Hani Ismail memerhati wajah ayahnya yang sedang murung ketika ayahnya dengan suid mahu duduk bersila

"Tok usoh penoh Hani, separuh cukup,"
Pinta Khalid sambil melihat anak gadisnya menyendok nasi

"Pakcik macam biaso, kasi penuh, lapor sangat nie,"
Pinta Suid pula, bibirnya tersengih

Hani Ismail mengangguk

"Aduh, separuh pun dok penuh, doh enam hari kita kat laut, susoh gini,"
Rungut Lan pula selepas selesai memeriksa tempat penyimpanan ikan

"Hiss makang dulu, tak elok merungut depan rezeki,"
Tegur Suid, di atas kapal dia paling tua, walaupun khalid sebagai ketua tapi dia selalu memberi nasihat jika ada yang tidak kena

Kapal nelayan terumbang ambing akibat terus menerus di pukul ombak namun tidak menghalang para anak kapal sedang mengisi perut masing-masing

masa terus berlalu, Hani Ismail mengemudi kapal seperti di arahkan ayahnya, pengalaman selama dua tahun mengikut ayahnya turun ke laut sedikit sebanyak mampu membantu ayahnya walaupun dia hanya seorang gadis,

Setelah kapal di kemudi Hani Ismail tiba di tempat tujuan, Khalid, Suid, Lan, dan Adi terus menurunkan pukat, kapal yang di terangi lampu spotlight bagaikan mempunyai sayap itu, sedang begerak dalam kecepatan laju,

"Pelang-pelang Hani!,"
Jerit Khalid, selepas seluruh pukat sudah berada di dalam laut

"Baik ayoh!,"
Hani Ismail pantas memperlahankan kapal,

Suid, Adi menarik-narik pukat di sebelah kanan manakala Khalid dan Lan menarik-narik pukat di sebelah kiri cuba memeriksa berat pukat di dalam laut

"Macang mana Khalid!,"
Tanya Suid

"Tunggu jap, macang ringan, takut kalau kita tarik awal ngat, nanti takdo hasil,"
Jawab Khalid, bola matanya merayau-rayau ke arah pukat

Setelah hampir setengah jam berlalu, Khalid melihat alat penarik pukat sedang bergegar kemungkinan pukat dalam keadaan penuh

"Adi! hidupkan mesing cepat?,"
Arah Khalid, tangannya menunjuk ke arah tiang di tengah kapal

Adi bergegas mengayun langkah ke tengah kapal kemudian menekan satu butang yang tertampal di tiang,

Bunyi mesin yang baru di hidupkan Kedengaran sama kuat dengan enjin kapal, pukat yang berada di dalam laut perlahan-lahan di tarik melalui mesin penarik

Khalid, Suid, Lan dan Adi sudah berdiri di hujung belakang kapal memerhati pukat di tarik

"Alhamdullilah! rezeki Allah,"
Ucap Suid bila melihat banyak ikan melekat di pukat walaupun pukat belum sepenuhnya di tarik

Bibir Khalid tersenyum, cepat-cepat di menoleh ke belakang

"Stop! Stop! Hani,"
Jerit Khalid sambil memberi isyarat ke arah anak gadisnya

"Baik ayoh!,"

Hani Ismail pantas mematikan enjin, selepas menyarung sarung tangan, dia bergegas keluar dari bilik kemudi

Bunyi mesin penarik pukat dari kapal Khalid menghilangkan bunyi hempasan ombak, Khalid bersama anak gadis dan rakan-rakannya kelihatan begitu sibuk mengasingkan ikan yang melekat pada pukat sebelum hujung pukat berhasil di naikkan

"Tenggiri tuuu!, Alhamdullilah!,"
Ucap Lan bila melihat hujung pukat hampir di naikkan di atas kapal

Hani Ismail tersenyum lebar, hatinya mengucap syukur setelah melihat wajah ayahnya sejak beberapa hari di selubungi kemurungan namun sekarang riak wajah ayah sudah kelihatan bersemangat,

Setelah beberapa jam berlalu, tempat penyimpanan ikan di penuhi ikan tenggiri, beberapa tong merah di penuhi ikan merah dan beberapa jenis ikan laut

Adi menepuk tangan, wajahnya puas begitu juga dengan Lan, Suid duduk dengan senyuman lebar dan khalid pula memeluk-meluk bahu anak gadisnya

"Hani gie kemudi kapal lu, nanti ayoh datang,"

"Nak gie mana ayoh?,"

"Baliklah, kito nak gie mana lagi,"
Jawab Khalid, lebar senyumannya memandang anak gadisnya

Di saat itu Kapal Khalid berada 45 kilometer dari daratan, Adi dan Lan sudah terbaring merehatkan badan, Suid berjalan ke arah Khalid di kala itu sedang memeriksa gulungan pukat

"Kau dah cakap ke dengang Hani?,"

Khalid terus menoleh memandang Suid
"Allah?, belung lagi,"

Suid menyenget hujung bibir kirinya ke atas
"Tapi Khalid kalau kau nok terus Hani kerja ngang kau, aku tak kisoh pung,"

Khalid mengeluh pelan
"Aku nie suid, kalu buleh tak nok Hani tu ikut aku, kau tengoklah rupanya, elok-elok putih doh hitang sekarang, aku bimbang kalau takde jantang nok ke dia,"

"Hitang tu buleh putih balik"

"Memang buleh putih balik, tapi bila ye nok putih kalu doh ikut aku selalu,"

Suid terangguk-angguk
"Betui jugok, itu semua terpulang pada kau Khalid, tapi kalu Hani berkeras nak ikut kau jugok, bior jelah, nanti dia merajukloh pulok,"

"Nanti doh sampai kat umah aku cubolah tanyo,"

Suid terangguk-angguk, bahu Khalid di tepuk beberapa kali sebelum kakinya di ayun ke arah kebin

**

Kuala Lumpur

Matahari di ufuk timur hampir naik ke dada langit, cahayanya nan indah menyinari kota kuala lumpur namun keindahan cahayanya itu tidak memberi makna kepada penghuni kota kerana di kala itu para penghuni kota sedang sibuk berlumba-lumba ke tempat kerja masing-masing

KL sentral

Block 4B

Sharul iskandar terangguk-angguk kepala apabila para stafnya menegur ketika dia berdiri di hadapan Lif

"Selamat pagi Encik sharul,"
Ucap beberapa orang gadis bila melihat sharul iskandar

"Ho.. ho.. ho.. selamat pagi wahai anak-anak ku,"
Jawab Sharul iskandar, tawanya sengaja di reka, pipi tembamnya melebar bila dia mengukir senyuman

Para staf yang sedang berdiri di hadapan Lif terus tergelak bila Sharul iskandar sengaja ketawa seperti santa Claus

Pintu Lif terbuka, beberapa staf pelan-pelan melangkah masuk ke dalam Lif, Sharul iskandar segaja membiarkan para stafnya memasuki ke dalam Lif terlebih dahulu, setelah Lif hampir penuh dan di saat itulah dia masuk ke dalam Lif

"TRING..TRING..TRING!!,"

Loceng beban serta merta berbunyi, Sharul iskandar langsung tidak berganjak, Para staf yang berada di dalam Lif mula merungut-rungut kerana bos mereka tidak mahu mengalah

"Aduhhh Encik sharul nie nakallah, segaja je nak kenakan kita orang,"
Rungut seorang staf wanita sambil melangkah keluar dari Lif di susuli beberapa orang staf yang turut terpaksa keluar

"Ho.. Ho.. Ho terima kasih anak-anak ku,"
Ucap Sharul iskandar sambil melambai-lambai stafnya sebelum pintu Lif tertutup

Tingkat tiga, Sebuah lot yang telah di sewa oleh syarikat Energy telecommunication SDN BHD, syarikat yang di miliki Sharul iskandar bersama sahabat baiknya Rajesh Khanna

Syarikat Energy telecommunication yang beroperasi di tingkap tiga adalah sebuah syarikat TeleMarketing yang menawarkan produk-produk dari syarikat Telco melalui panggilan terus kepada pelanggan dan di tingkat 25 pula beroperasi sebagai pusat khidmat pelanggan kepada para pelanggan Telco

Setelah menempel access kad di tepi pintu Sharul iskandar berbadan gempal berjalan masuk sambil bola matanya memerhati staf-staf sedang duduk di tempat masing-masing

"Selamat pagi Encik Sharul"

"Selamat pagi Najwa,"

"Pagi tadi Encik Albert Tan dari M-Mobile ada call,"
Ujar Najwa setiausaha kepada sharul iskandar, jarinya pantas mentatal skrin tablet sambil mengekori Bosnya

"Suruh Fatin call dia semula,"

Najwa mengangguk
"Berkenaan dengan kerjasama dengan syarikat Astro?..,"

"Itu pun suruh Fatin uruskan,"

Berkerut separuh wajah Najwa

"Bagaimana dengan pertemuan dengan wakil sy?,"

"Suruh Fatin je pergi jumpa,"

Najwa terus mematikan tablet, giginya di getap geram dengan sikap malas bosnya itu, kakinya di ayun laju melewati tubuh bosnya untuk membuka pintu pejabat

Peha Sharul iskandar begitu gempal sehingga dia berjalan seperti mengenkang ke arah mejanya, wajahnya berkerut ketika duduk, selepas dia menyandarkan belakang badannya, bibirnya tersenyum bila melihat Najwa sedang meletakan nasi lemak bungkus di atas pinggan

"Ada ayam tak?,"

Najwa mengangguk

"Nasi lebih?,"

Najwa mengangguk lagi, kali nie dia menoleh memandang bosnya

"Semuanya lebih Encik Sharul,"

Sharul iskandar tersengih-sengih

Selepas membacuh air milo, Najwa segera membawa pinggan berisi nasi lemak ayam dengan segelas milo ke meja Sharul iskandar

"Saya nak minta tolong dengan awak Najwa?,"

"Tolong apa Encik Sharul?,"
Jawab Najwal sambil menaruh pinggan dengan gelas tadi di depan Sharul iskandar

"Tolong carikan saya orang gaji,"

"Orang gaji?,"

Sharul iskandar menganguk sambil meneguk air milo

"Dah sebulan saya tinggal dekat rumah pusaka arwah datuk saya, mana ada masa saya nak mengemas dahlah besar banyak bilik pulak tu,"

"Takde hantu ke?,"

Sharul iskandar tersengih memandang Najwa
"Kalau yang tinggal kat situ orang alim tahap dah macam ulama mana ada hantu berani nak kacau,"

"Siapa?,"

"Sayalah, siapa lagi"

Najwa mencebit bibirnya

"Cari orang Malaysia tahu, saya tak nak orang luar, umur bawah 40 tahun tak kisahlah dah kahwin ke, janda ke, anak dara ke, janji ada pengalaman menjaga rumah dan pandai mengemas rumah, lebih bagus kalau yang pandai memasak, gaji letak 2500, ada socso dengan kwsp, insuran, penginapan di sediakan, done,"

"Bila Encik Sharul nak,"

"Sebolehnya immediately,"

**

Kampung Nelayan Beserah Pahang terletak kira-kira 10 kilometer utara Kuantan. Keluarga Hani Ismail tinggal di kampung perlindung berdekatan dengan pantai berserah

Ayah Hani Ismail adalah salah seorang nelayan yang mempunyai lesen penangkapan ikan laut dalam, selepas menghantar hasil tangkapan di jeti tanjung api ayahnya akan meninggalkan kapal di situ di bawah jagaan Lan dan Adi kerana pantai berserah tidak mempunyai jeti untuk kapal bersaiz besar

Khalid barbaju putih duduk di bawah rumah sambil mengulung rokok daun, bola matanya merenung ke arah laut sebelum hujung gulungan daun tadi di bakar

Hani Ismail bertudung coklat berlari-lari anak dari arah belakang menghala ke ayahnya

"Ayoh!,"

Terangkat bahu Khalid bila di tegur anak sulungnya

"Terkejut ayoh, Hani dari mana?,"

"Rumah Kamal,"

"Buat apa?,"

"Takde buat apa pung, borak kosong je,"

Khalid melepaskan nafas pelan
"Duduk Hani, ayoh ada hal nak kabor kat Hani,"

"Kabor apo Yoh?,"
Tanya Hani Ismail bertaut keningnya saat duduk di sebelah ayahnya

"Hani kenal pakcik Ramle?,"

Hani Ismail mengangguk
"Kenal,"

"Leman doh buang dia sebab nak bagi perluang kat menantunya,"

Hani Ismail sedikit terkejut
"Tok lehlah gitu, pakcik Ramle doh lamo ikut pakcik leman,"

"Nok buat macam mano, dia tu kerje je dengan Leman,"

"Habis tu, ayoh nok ajok pakcik Ramle ikut ayoh ke?,"

"Gitulah ayoh dok pikir, tapi?,"
Khalid terdiam, keluh di lepaskan pelan

"Hani tok buleh ikut Ayoh dohlah gitu,"

Khalid serba salah mengangguk, memandangkan anak sulungnya dah mengikutnya selama dua tahun selepas tamat tingkatan lima

"Hani tak mahu sambung belajor ke, kalau Hani nok sambung ayoh buleh tanggung,"

"Tak usohlah Yoh, hasil tangkap ikang pun bukannya tetap, adik-beradik Hani ramai lagi ayoh kena tanggung,"

"Hani tak noh cubo cari kerje kat kuantan?,"

Hani Ismail tidak terus menjawab, bola matanya merenung kosong ke arah pantai

"Ayoh kenel kan dengan kawang-kawang baik Hani?,"

"Yang mana?,"

Hani Ismail menyeget bibir memandang ayahnya

"Kawang baik Hani ado tige orang je Yoh, Safura, Nuar, wati,"

Khalid terangguk-angguk
"Diorang semua tu keje KL kan?,"

Hani Ismail mengangguk

"Hani nok keje sana ke?,"

"Itu kalau ayoh benorkan,"

"Ayoh tak kisoh, janji Hani pandai jage diri, KL tu bukan macang Kuantan, tu bandar beso, ayoh cuma takut je, sok Hani balik dah berubah macam orang barat,"

"Takdelah macang tu Ayoh, Safura dengan wati doh dua tahun kat sana, alhamdulilah masih lagi melayu,"

"Terpulanglah, tapi ayah nak pesan satu je, hati-hati dengan jantan kat sana, jangang mudoh sangat kena makang pujuk rayu jantan, kalu doh suka suroh hanto minang, lagi satu Hani tok usoh nak nipu, kalu ada jantan tanyo pasai keluarga Hani ngaku jelah ayoh Hani nie cuma nelayan,"

Hani Ismail mengangguk namun lemah, matanya sayu menatap ayahnya

Share this novel

chicken
2023-11-10 08:20:07 

Haha. Khalid. Nama aku tu..hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience