Bab 20

Humor Completed 55808

Selepas solat Subuh, secara tidak segaja Hani Ismail terlelap di atas katilnya kerana hari ini hari sabtu, malam tadi dia berbual panjang dengan Sharul iskandar sehingga pukul 2 pagi bermacam-macam topik di bualkan namun topik bualan paling rancak sudah tentu berkaitan dengan Zul Denial

Hani Ismail yang masih mengenakan telekung putih mengankat kepalanya sedikit setelah sedar dari tidur, pandangan pertama yang di lihat adalah jam yang tergantung di dinding, telekung yang masih tersarung di tubuh cepat-cepat di tanggalkan,

Pintu bilik di buka, baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar, dia mendengar bunyi enjin dari kereta Sharul iskandar, tanpa membuang masa kakinya bergegas di ayun laju ke arah depan rumah

"Tuang-tuang, tuang nak gie mana?,"
Panggil Hani Ismail sambil menepuk-nepuk tingkap kereta sebelah penumpang

Tingkap kereta di turunkan, berkerut dahi Sharul iskandar memandang Hani ismail

"Kenapa Hani?,"

"Tuang nak gie mana?,"

"Tuang.. tuang, G tu buanglah,"
Sharul iskandar mengeleng, namun otaknya tiba-tiba terfikir mahu mengusik Hani Ismail
"Saya nak keluar dari rumah nie,"

"Kenapa?,"

"Supaya hani boleh berdua-duaan dengan Denial nanti,"

"Ah, ngada betui tuan nie, buka pintu cepat!,"
Marah Hani Ismail sambil menepuk pintu kereta

"Buka jelah bukan kunci pun,"

"Hiss tuan nie janganlah gurau macam tu,"

"Kenapa pula tak boleh, malam tadi berbunga-bunga muka Hani setiap kali Hani sebut nama Denial,"

Hani Ismail diam tidak menjawab, tangannya menutup pintu kereta

"Nie, dari atas hingga ke bawah, saya ubah supaya Hani dapat bersama dengan cinta pandang pertama Hani tu, bukan untuk saya,"

Hani Ismail masih tidak membalas, dia duduk menyandar sambil tangan memeluk tubuh

"Turunlah, saya nak keluar nie,"

"Tuan nak gie mana?,"

"Saya nak jumpa Farah,"

Cepat saja kepala Hani Ismail menoleh memandang Sharul iskandar

"Dating ke?,"

Sharul iskandar mengangguk
"Of courselah buat apa lagi,"

Hani Ismail menyenget bibir
"Habis tu tuan nak suruh saya duduk sorang-sorang kat rumah,"

Sharul iskandar mengeluh pelan
"Saya dah send nombor telefon Denial, Hani call lah dia, ajak dia keluar, atau pergi je keluar dengan kawan-kawan Hani, tak perlu nak minta kebenaran saya, Hani bukan orang gaji saya lagi,"

"Buat apa saya nak call Denial?,"

"Hani jugak yang minta nombor dia, kalau tak tak call, Hani nak buat apa dengan nombor tu?,"

Hani Ismail membisu, malam tadi dia hanya sekadar bergurau dengan Sharul iskandar, Dia tiada niat pun untuk memiliki nombor telefon Zul Denial

"Dahlah, cepatlah keluar, saya dah lewat nie,"

"Tak nak!,"
Jerit Hani Ismail membuatkan Sharul iskandar terperanjat

"Hani nie dah kenapa, terperanjat saya tahu tak,"
Sharul iskandar mengosok-gosok dadanya
"Keluarlah cepat,"

"Tak nak.., tak nak.., tak nak!!,"
Hani Ismail tetap berdegil, kerana hatinya saat itu di belenggu perasaan cemburu

"Aduhai,"
Sharul iskandar tergeleng-geleng pelan
"Hani tak bolehlah bersikap macam nie, saya tak ganggu pun urusan Hani, saya siap benarkan Hani keluar pergi mana-mana, pergi dating dengan Denial ke, jumpa kawan-kawan Hani ke, just go,"

"Asyik-asyik Denial, asyik-asyik Denial bosanlah saya,"

"Wait? Hani dah lupa ke apa Hani cakap malam tadi, "saya tak sabar nak buat Denial jatuh cinta dengan saya" Ha, tunggu apa lagi, nombor pun dah ada, call lah,"

"Arghh! Argh!. saya gurau jelah,"

"Saya tak perdulilah, Hani gurau ke, betul ke, last-last bila dah jumpa nanti betul-betul jatuh cinta jugak, dahlah cepat keluar, saya dah lewat nie,"

Hani Ismail tergeleng-geleng
"Saya tak nak keluar,"

Stereng kereta di hempuk, Sharul iskandar mengetap giginya, geram sungguh dengan sikap degil Hani Ismail, selepas menanggal tali pinggang keledar, dia terus keluar dari kereta

Dahi Hani Ismail mengerut, bola matanya pula mengikut gerakan Sharul iskandar di luar kereta sedang meng-arah ke arah pintu penumpang, tanpa membuang masa punggung di angkat mahu mengalih ke tempat duduk pemandu

"Hani!!,"
Jerit Sharul iskandar bila Hani Ismail membawa lari keretanya, Rambut yang tidak gatal di garu-garu kasar
"Hishlahhh!! geram betullah aku!,

"Saya doh kabor, bagitahu hani dulu kalu nok datang, kang doh sesat,"

"Aduhh.., betul doh nie, Hairan pulok napa umah Hani jauh dari bandor,"

"Sapa bagi abang alamat rumoh tu,"

"Sharul yang bagi,"

"Kalu sharul yang bagi, tok kang dia nipu,"

"Tu macang keta abang Sharul,"
Kata Haikal sambil melihat sebuah kereta proton X50 bergerak perlahan bertentangan arah dengan kereta kembara di pandu Khalid

"Hiss kamu nie Haikal, kat KL nie belambok keta macang tu,"
Kata Khalid pada anak lelakinya

Dalam masa yang sama juga, Hani Ismail mengaru-garu kepala sambil melihat cermin atas kemudian mengerling untuk melihat cermin di sisi sebelah kanan

"Macam kereta ayoh aku, bior betul,"

"Kurang ajar betullah Hani nie, dahlah tak bawa telefon, Hani!!,"
Jerit Sharul iskandar sambil berdiri di tengah pagar rumahnya

"Eh? itu Sharul kang?,"
Kata Khalid bila melihat kelibat Sharul iskandar sedang berdiri di tengah pagar sebuah rumah mewah

"Mana?,"

"Tu... kat pagor tu, makin gemuk pulok saya tengok,"

"Yeloh ayoh, abang Sharullah tu,"
Sampuk Haikal, dia bersama kakak dan abangnya sama-sama melihat ke arah Sharul iskandar

Kedua mata Sharul iskandar mengecil bila melihat sebuah kereta perodua kembara berwarna putih sedang bergerak perlahan menghampiri pagar rumahnya

"Macam kenal je, kereta Ayah Hani nie,"
Bisik Sharul iskandar lantas melambai-lambai tangannya

"Yeloh Yoh abang sharullah tul,"
Riang betul Haikal bila melihat Sharul iskandar melambai

"Ya ayoh nampok"
Khalid yang sejak tadi memperlahankan keretanya terus memijak pedal minyak, bila keretanya sudah menghampiri pagar rumah, Sharul iskandar memberi isyarat supaya khalid memarkir keretanya di dalam pekarangan rumah

"Abang Sharul,"
Haikal melambai-lambai bila tingkap belah belakang di buka, namun Hana dan Saiful menyembunyikan diri segan kerana masih belum mengenali sharul iskandar

"Yooo Haikal,"
Balas Sharul iskandar, tangannya melambai

"Beso ya rumoh, istana ke nie,"
Kata Puan samsiah sambil mengendong anak bongsunya

"Orang kaya rupanya Sharul nie,"

"Eh bang?,"
Puan samsiah cepat-cepat menepuk bahu suaminya saat suaminya ingin keluar

"Kenapa?,"

"Hani tinggal sini ke?,"

"Mana saya tahu, nanti saya tanyolah sharul,"

"Abang Sharul,"
Haikal terus berlari ke arah sharul iskandar selepas keluar dari kereta

"Haikal, lama tak jumpa, haikal sihat tak?,"

"Sihat,"
Jawab Haikal sambil mencium tangan Sharul iskandar

"Apa kabor Sharul?,"
Tanya Khalid

"Alhamdullilah sihat, Encik Khalid sihat ke?

"Alhamdullilah sihat,"
Tangan yang di hulur Sharul iskandar cepat-cepat di sambut

"Nie Sharul, saya kenal kang, anok nombor 2 dengan nombor 3 saya, yang perempuang nie Hana, yang sebeloh Hana tu Saiful. Cepat salam ngan Abang Sharul,"

Hana bertudung merah, tersipu-sipu malu ketika menyalam Sharul iskandar begitu juga dengan Saiful, maklumlah tidak pernah bersua hanya mendengar cerita dari adiknya Haikal

"Diorang nielah yang duduk asrama,"

Khalid mengangguk
"Hana ngan saiful nie umor sama je, 14 tahun cuma beza bulang je, Hana lahir bulan 2, Saiful pulok lahir bulan 12,"

"Oh.., kembar tahunlah nie,"

"Ye.. ye, kembor tahung,"

"Sharul?,"
Puan Samsiah mencelah setelah keluar dari kereta sambil mengendong anak bongsunya yang masih tidur

"Ya saya Puan,"

"Hani tinggal kat mane?,"

"Tinggal sinilah,"

"Ha?, ha.. habis tu, Sharul tinggal kat mana?,"

"Saya pun tinggal kat sini juga,"

Puan Samsiah saling berpandangan dengan suaminya, wajah mereka berdua tampak terkejut tidak menyangka anak gadisnya tinggal berdua-duan dengan Sharul iskandar

"Puan dengan Encik Khalid jangan salah faham, memang saya dengan Hani tinggal kat sini, tapi saya tinggal kat rumah nie, Hani pula tinggal dekat sebelah rumah nie,"

"Oh yekeee..., sebeloh mane, tok nampok pung?,"
Lega hati puan samsiah bila mendengarnya

"Nanti, nanti, Mana ye Hani, tok nampok pung?,"
Khalid bertanya pula

Sharul iskandar mengeluh pelan
"Dia gie bawa lari kereta saya Encik Khalid, mana tah dia pergi, handphone pun dia tak bawa,"

"Aik, kenapa Hani gie bawok lari kerete Sharul,"

Sharul iskandar mengeleng
"Saya pun tak tahu Encik Khalid, puan, pelik sungguh perangai dia tadi,"

"Tu Abang punye kerete jugok ke?,"
Tanya Haikal pula sambil menunjuk ke arah kereta Suv Aruz

Sharul iskandar tersenyum sambil mengosok-gosok rambut Haikal
"Itu bukan kereta abang, itu kereta kakak Haikal,"

Sekali lagi Puan samsiah berpandangan dengan suaminya, begitu juga dengan Hana dan Saiful, masing-masing terkejut bila mendengar kata-kata Sharul iskandar tadi

"Hish.., saya dari tadi asyik terkejut je nie,"
Ujar Khalid, tanganya mengosok-gosok dada
"Nie Sharul, tolunglah kabor betul-betul, setahu saya Hani baru je kerja dua bulang, tok kang doh ade kerete, mahal kerete tu, risau saya, takut dia dapat duit dari sumber haram,"

Dahi Sharul iskandar berkerut hairan
"Hani tak bagitahu Encik Khalid ke, kalau dia dah kerja tempat lain, bukan kerja dengan saya lagi,"

Khalid tergeleng-geleng
"Eh takdo pulok,"

"Minggu lepas Hani ado call, tapi dia tok kabor pung,"
Kata pula Puan samsiah cemas raut wajahnya

"Sekarang nie, Hani dah kerja dengan syarikat Teguh holding, gaji pun besar, siap ada pejabat, ada setiausaha lagi,"

"Allah huakbar, Astaghfirullah hal 'azim, keno serangang jantung jugok saya nie, Hani ado spm je sharul, macang mana buleh dia dapat kejo gitu,"

Sharul iskandar menghela nafas tenang,
"Sebenarnya Hani dapat kerja tu, sebab saya yang tolong, dia selalu beritahu saya, dia datang KL sebab nak tolong keluarga dia, kebetulan pula saya rapat dengan anak-anak pemilik syarikat tu, So saya minta tolong dengan diorang kalau boleh beri kerja pada Hani, yang selebihnya Encik Khalid dengan Puan kena tanya sendirilah dengan Hani,"

Puan samsiah mengesat-ngesat air mata, begitu juga Khalid cuba menahan air matanya dari mengalir, mereka berdua betul-betul tidak menyangka jika anak gadisnya boleh berjaya sampai ke tahap itu

"Marilah masuk Puan, Encik Khalid, nanti balik jugaklah si Hani tu,"
Pelawa Sharul iskandar sebelum menoleh ke arah pagar rumah sambil mengetap giginya, masih bengang dengan Hani ismail

Di dalam kereta Proton X50 yang di parkir di bahu jalan di bawah pokok tidak beberapa jauh dari rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar, Hani Ismail kelihatan sedang menghentak-hentak stereng kereta, marah sungguh gadis itu bila memikirkan Sharul iskandar ingin berdating dengan Farah,

Sejak kebelakangan ini, entah mengapa perasaannya pada Sharul iskandar semakin lama semakin mendalam, sudah acap kali dia menunjukkan perasaannya pada Sharul iskandar namun lelaki itu sering kali akan menyebut nama Zul Denial, benar-benar menyakitkan hatinya

Sejujurnya dia langsung tidak menyukai Zul Denial lagi, jika dia bertemu sekali pun dengan lelaki itu dia hanya berniat mahu membalas apa yang lelaki itu pernah lakukan padanya, kerana memakinya hanya semata-mata dia seorang pembantu rumah, perasaan cinta yang pernah singgah di hatinya dulu sudah lama bertukar benci

Wajah Hani Ismail cemas ketika meraba-raba poket seluar tidurnya, barulah dia sedar jika telefon dengan kunci keretanya tertinggal dalam biliknya, serta merta dia menjerit geram, kemungkinan Sharul iskandar sudah pergi menemui Farah mengunakan keretanya,

Selang beberapa minit, kereta Proton X50 yang pandu laju terus sahaja masuk ke dalam pekarangan rumah, Hani Ismail terpinga-pinga bila melihat kereta milik ayahnya di parkir bersebelahan keretanya

"Betul lah tadi, aku nampok keta ayoh,"
Kata Hani Ismail, sedih raut wajahnya, bergegas dia keluar dari kereta

"Ayoh, Mok!,"
jerit Hani Ismail setelah masuk ke dalam rumah

"Hish hani nie bagilah salam, main redoh je,"
Marah khalid sedang duduk di sebelah isterinya

Hani Ismail memuncung bibirnya sambil menghentak-hentak kaki bila melangkah mendekati ibunya

"Nape tok kabor ayoh nak datang, Hani buleh masok,"
Ujar Hani Ismail sambil duduk berlutut dekat dengan lutut ibunya

"Ayoh kamu, nak buat surprise katanya, tadi pung nyaris-nyaris nok sesat,"
Jawab Puan Samsiah sambil menjeling suaminya

"Mana ayoh tahu, Hani tinggal sini?,"
Tanya Hani Ismail dengan kerut di dahinya

"Sharul yang bagi hari tu, dia tok kabor ke kat Hani,"

Hani Ismail mengeleng kemudian memanjangkan lehernya melihat sekeliling ruang tamu

"Mana adik-adik?,"

"Kat dapor, makang aiskrim dengang Sharul,"

"Ayoh ngan mok doh makang ke belung?,"

Puan samsiah mengeleng
"Belung, tapi takpolah, kalu ada bahang kat dapor, mok boluh tulong masak,"

Hani Ismail tergeleng-geleng
"Tak usoh, kita makang kat luar je,"

"Ha, dah balik pun kau,"
Kata Sharul iskandar sambil melangkah ke ruang tamu

Hani Ismail terus berdiri
"Saya nak bawa keluarga saya gie makan kat luar,"

"Baguslah tu, bagi sini kunci kereta saya,"
Balas Sharul iskandar sambil menghulur tangannya

Tangan yang memegang kunci di silang ke belakang, dahi Sharul iskandar berkerut, bila Hani Ismail masih tidak mahu memberikan kunci keretanya

"Bagilah kunci kereta saya tu Hani, saya nak keluar nie,"

"Nak gie mana?,"

Khalid dengan isterinya mula menegakkan badan, hairan dengan tingkah anak gadisnya

Geram betul Sharul iskandar dengan sikap keras kepala Hani Ismail namun dia merasa serba salah kerana Ayah dan ibu Hani Ismail ada di di ruang tamu

"Bagilah kunci tu, itukan kunci kereta saya,"

Hani Ismail tergeleng-geleng masih lagi dengan sikap degilnya

"Hani, bagilah kunci keta Sharul, dia nok keluor tu,"
Tegur Khalid terpinga-pinga dengan sikap degil anak gadisnya itu

"Bagilah saya kunci tu,"

"Tuan nak gie mana?,"
Balas Hani Ismail tinggi nada suaranya

"Hani!, kenapa tu, tok baik buat peragai gitu, bagilah kunci keta Sharul tu,"
Puan Samsiah cepat mencelah terkejut juga bila Hani Ismail meninggikan suara

"Abang nok gie mane?,"
Tanya Haikal tiba-tiba sambil membawa cawan berisi aiskrim di belakangnya pula ada Hana dan saiful

Sharul iskandar tersengih-sengih memandang Haikal
"Mana lagi, abang nak gie datinglah,"

Haikal membuat riak kagum
"Abang doh ado girlprind ke?,"

"Of courselah, Haikal ingat badan gemuk macam abang nie takde girlfriend, girlfriend abang cun tahu,"

"Cun apanya, Hodoh!,"
Hani Ismail tiba-tiba menyampuk memeranjatkan adik-adiknya

"Kenapa dengang kamu nie Hani?,"
tegur Khalid semakin hairan dengan sikap anak gadisnya itu

"Jom mok, ikut Hani gie bilik, lepas Hani siap, Hani bawak semua gie makang,"

Puan Samsiah mengangguk sebelum bangun dari Sofa, anak bongsunya yang sedang baring di riba di angkat Khalid

Hani Ismail melangkah melewati Sharul iskandar dan saat itu juga Sharul iskandar mengambil kesempatan cuba mengambil kunci keretanya dari tangan Hani Ismail

"Tok usohlah!,"
Hani Ismail memusing tubuhnya cuba mengelak dari tangan sharul iskandar

"Bagi kunci saya tu,"

"Nak keluar sangat, Pergi jelah naik Grab,"

"Hani!,"
Herdik Khalid sehingga terjaga anak bongsunya
"Hani nie doh kenapa, bagi kunci Sharul tu,"

Hani Ismail membisu tidak memandang ayahnya malah dia menatap wajah Sharul iskandar dengan raut wajah geram

Adik bongsu Hani Ismail menangis bila terjaga dari tidur, Khalid, puan Samsiah, anak-anaknya yang lain semuanya sedang memandang ke arah Hani Ismail

"Tak apa Encik Khalid, puan,"
Sharul iskandar menjadi serba salah bila suasana seakan mencengkam
"Hani pergilah jelah bersiap, lepas dah siap nanti, Hani bagi kunci tu ya,"

Hani Ismail berdengus, senget bibirnya memandang Sharul iskandar kemudian mengalih pandangan memandang ibunya

"Jom mok ikut Hani,"

Di dalam bilik, Puan Samsiah duduk di birai katil, terkejut juga bila melihat bilik anak gadisnya sangat luas bagaikan ruang tamu rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar

"Nie Hani, kenape gie buat gitu kat Sharul tadi ,tok baik tahu, dia doh banyok tulung Hani, hormatlah dia,"

Hani Ismail tidak menjawab, saat itu dia hanya bertuala saja,

"Hani dengor tak mok cakap nie?,"

Hani Ismail mengeluh pelan
"Hani dengor,"

"Doh habis tu, napa gie buat gitu?,"

"Hish,"
Hani Ismail mengerak-gerak bahunya kiri dan kanan
"Mok tunggu jap ya Hani gie mandi,"

Puan Samsiah mengeleng
"Hani suka Sharul ke?,"

Langkah Hani Ismail serta-merta terhenti namun dia tidak menoleh memandang ibunya kemudian melangkah semula menghala ke bilik air

"Yolah tu,"
Kata Puan samsiah tergeleng kepalanya, dia dapat mengagak jika anak gadisnya itu memang benar menyukai Sharul iskandar

"Huhu, dapat naik keta kakok,"
Gembira sungguh Haikal bila masuk ke dalam kereta kakak sulungnya

Selepas Haikal, Hana dan Saiful masuk di dalam kereta, Hani ismail menolak badan kerusi ke belakang semula, puan Samsiah bersama anak bongsunya sudah pun duduk di bahagian sebelah, Khalid masih lagi berdiri di luar tempat duduk sebelah pemandu

Sharul iskandar berdiri di belakang Hani Ismail, sabar menunggu gadis itu menyerahkan kunci keretanya semula

"Hati-hati bawa kereta tu,"
tegur Sharul iskandar lembut, namun Hani Ismail berpura-pura tidak mendengar

"Hani,"
pelan Sharul iskandar memanggil

"Ya,"

"Kunci kereta saya tu, bagilah,"

Hani Ismail memusingkan badan, lengan Sharul iskandar di rangkul kemudiannya mendorong badan Sharul iskandar ke arah kereta Proton X50, tingkahnya itu di perhatikan ahli keluarganya

"Tuan nak gie mana?,"

"Kan saya dah cakap tadi, saya nak gie jumpa Farah,"

"Kan dah lewat, farah tunggu tuan lagi ke?,"

"Buat apa dia nak tunggu saya, dia ada kat galeri sekarang nie, bila-bila masa je saya boleh bawa dia keluar,"

Hani Ismail mengetap giginya wajah Sharul iskandar di tatap geram
"Tuan naik jelah Grab, Farahkan ada kereta,"

"Hani, kenapa saya kena naik Grab, sayakan ada kereta, bagilah saya kunci tu,"

"Keluarga saya datang tau tak, tuan ikutlah saya sekali gie makan,"
Sayu wajah Hani Ismail memandang Sharul iskandar

"keluarga Hani bukannya balik hari nie, esok pagi, tengahari saya bawa keluarga Hani jalan-jalan kat KL, okay,"

"Tak okay, sekarang nie saya nak tuan ikut saya, sebab saya tak akan bagi kunci nie,"

"Kenapa nie Hani, kenapa buat saya macam nie, saya ada buat salah ke dengan Hani?,"

Hani Ismail terangguk-angguk
"Memang ada, tuan sengaja sakitkan hati saya,"

"Eh, bila masa pulak saya sakitkan hati Hani,"

Hani Ismail mengeleng, ikutkan hatinya ingin saja dia luahkan perasaannya pada Sharul iskandar saat itu juga namun dia takut jika Sharul iskandar menolak perasaannya

Tangan yang memegang kunci di angkat, bibir Sharul iskandar tersenyum

"Jika tuan ambil kunci nie, saya tak akan pergi jamuan hari jadi Denial,"

"Okay let's go baby,"
Cepat saja Sharul iskandar berubah fikiran, bila di ugut Hani Ismail, sudah tentu dia tidak akan membiarkan Hani Ismail tidak menghadiri jamuan hari jadi Zul Denial itu nanti, semua yang telah di rancangnya akan menjadi sia-sia

Namun yang pasti, saat Sharul iskandar sedang melangkah ke arah kereta Hani ismail dia tidak menyendari jika Hani ismail sedang merangkul lengannya bagaikan sepasang kekasih, dan tingkah mereka itu di perhatikan penuh hairan Ismail Khalid, Puan Samsiah, Haikal, Hana, Saiful malah adik bongsu Hani Ismail turut melihatnya

Bab akan datang

Boleh di katakan penampilan Hani Ismail antara yang paling menyerlah dari tetamu-tetamu yang hadir, setelah dia membuka topengnya terselah kejelitaan wajahnya itu membuatkan Zul Denial benar-benar terpukau

Untuk acara memotong Kek, Zul Denial akan memilih salah seorang tetamu yang akan bersama dengannya untuk memotong kek, di saat seluruh dewan menjadi gelap, para tetamu beramai-ramai mengira angka 10 hingga satu, saat angka satu di sebut, lampu spotlight di atas memancarkan cahaya ke arah Hani ismail

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience