Bab 12

Humor Completed 55808

Hani Ismail kelihatan tergesa-gesa memasukkan lauk daging masak lemak tengahari tadi ke dalam bekas untuk di masukkan ke dalam peti ais, bimbang jika basi,

"Cepatlah, Hani buat apa lagi tu?,"

Selepas memasukkan bekas ke dalam peti ais Hani Ismail cepat-cepat mengelap meja kebinet sebelum bergegas melangkah dari dapur menuju ke arah pintu depan, Sharul iskandar berdiri tegak di muka pintu masih menunggunya

"Saya masukkan lauk tadi dalam peti, takut nanti basi,"

"Kalau basi masak lain,

"Hish, lauk tu banyak lagi tuan, sayang kalau buang,"
Jawab Hani Ismail sambil ke dua kakinya menyarung sandal

Hani Ismail bertudung labuh berwarna hitam, berbaju kurung berjalan di belakang Sharul iskandar kemudian Sharul iskandar berhenti menoleh ke arahnya

"Bawa kereta,"
pinta Sharul iskandar sambil menghulurkan kunci kepada Hani Ismail

Hani Ismail mengangguk, tiga hari yang lepas, dia sudah mendapat lesen kereta, sejak hari itu setiap kali keluar dengan Sharul iskandar, majikannya akan menyuruhnya membawa kereta

"Saya dah setkan route direction, Hani ikut je?,"

Hani Ismail mengangguk, berdebar-debar juga jantungnya untuk pergi ke salon kecantikan ibu Sharul iskandar, lusa nanti dia akan mula berkerja di Teguh holding, dalam tempoh sebulan lebih sudah banyak tunjuk ajar Sharul iskandar berikan kepadanya

Selepas menghidupkan enjin kereta, Hani ismail hanya mengunakan tangan kanannya memusing stereng kereta, lagaknya itu bersahaja seperti sudah terbiasa membawa kereta Proton X50 milik Sharul iskandar

"Tuan?,"
panggil Hani Ismail dengan lembut

"Hmm..,ada apa?,"

Hani Ismail tidak terus bersuara, dia memandang sekilas wajah Sharul iskandar, bibir tersenyum

"Datin kenal saya tak tuan?,"
Tanya Hani Ismail, selama dia berkerja di rumah mewah arwah datuk Sharul iskandar, dia tidak pernah berjumpa dengan dengan Ibu majikannya, dia merasa bimbang orang gaji sepertinya akan berjumpa dengan seorang wanita yang bergelar Datin

"Kenapa pula Mama saya perlu kenal Hani, Hanikan cuma orang gaji je,"
Jawab Sharul iskandar selamba namun dia tidak berniat untuk menghina Hani Ismail, dia hanya ingin melihat bagaimana reaksi gadis itu bila di hina

Bibir Hani Ismail seakan-akan ingin tersenyum namun tidak, bibirnya kelihatan terketar-ketar, jawapan Sharul iskandar itu benar-benar menguris hatinya, genggaman pada stereng kereta di genggam kuat, dia cuba menahan emosinya namun tidak mampu menahan air mata membasahi kelopak mata

Sharul iskandar mengeleng, wajah Hani Ismail di tenung lama

"Hani.., hani, macam sia-sia je saya ajar awak selama nie, hasilnya sama je,"
Ujar Sharul iskandar wajah tampak kecewa lantas dia mengalih pandangan di luar jendela

Hani Ismail mengetap gigi sambil melontarkan renungan tajam ke arah Sharul iskandar

"Kalau orang lain cakap macam tu pada saya, saya akan lawan, saya akan maki sepuas hati saya, tapi saya tak boleh buat begitu pada tuan,"

Hani Ismail menangis teresak-esak, Sharul iskandar pantas menoleh

"Hey, tak usahlah menangis, kan Hani bawa kereta"

Hani Ismail mengesat-ngesat air matanya
"Tolonglah.., jangan uji saya macam tu lagi tuan, hati saya tak boleh terima, sakit sangat,"

Pipi kiri Sharul iskandar mengembang bila hujung bibirnya tersenyum senget ke atas

"Buat masa sekarang je, nanti bila dah bersama Denial hilanglah sakit tu,"
Balas Sharul iskandar, sengaja menyindir

Hani Ismail yang baru sahaja ingin membuka mulut untuk membalas namun terpaksa mengatupnya semula, bila Sharul iskandar mengerutkan kening telihat begitu lucu, cepat-cepat dia mengalih pandangan menahan diri dari ketawa

"Sampai mati pun saya tak akan lupakan tuan,"
kata Hani Ismail, di balas senyuman nipis dari sharul iskandar

**

Hilton Hotel

"Tunggu i Zul!,"

Wajah Zul Denial tampak berang, panggilan dari Rina langsung tidak di endahkan kedua kakinya terus di ayun laju, Rina pula terjengket-jengket berjalan kerana kasut tumit tingginya,

"Zul! pleaselah, I'm sorry okay?,"

Zul Denial berhenti, sekejap ingin ke arah Rina sekejap pula dia ingin berpatah semula, tingkahnya serba tidak kena

"You know Rina, i dah muak dengan perangai you, tak habis-habis malukan i, you tahu tak dengan siapa i makan tu, itu client i, you tahu tak,"

"i am sorry, i tak tahu itu client you, btw i tak faham, mengapa perlu makan kat hotel?,"

"Omg Rina,"
Zul Denial mengusap-ngusap dahinya
"for your information, dia tinggal kat hotel nie, that's why i ajak dia makan dekat bawah, daripada i makan dengan dia dalam bilik, so sekarang you fikir i makan kat bawah tu salah ke?,"

Rina yang berskirt paras peha menghentak kaki kanannya,
"Sorrylah Zul, i janji i tak akan buat lagi macam tu,"

Zul Denial mengankat kedua tanganya seakan menyerah
"enough, sekarang nie i nak bersendirian, please jangan ganggu i,"

"Zul...,"
Wajah Rina tampak begitu kecewa, dia mahu mengejar Zul Daniel namun dia tidak berani, hanya mampu melihat kekasihnya itu berjalan dalam keadaan marah ke arah parking lot, dia benar-benar menyesal atas perbuatannya tadi melulu menyerang wanita yang makan bersama zul Denial di restoran Hilton itu tanpa menanyakan terlebih dahulu

Selepas menghempaskan pintu kereta, Zul Denial menggeram, stereng kereta di hentak sekali sebelum mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal, bengang betul dia dengan sikap cemburu buta kekasihnya, sampai sanggup memalukan dirinya di restoran tadi

"Sampai bila aku nak simpan si sundal tu, tak habis-habis malukan aku,"
Keluh Zul Daniel sambil mengetap gigi, enjin kereta di hidupkan, dia memandang sekilas ke arah Rina masih berdiri di hadapan pintu lobi, sebelum memijak padel minyak meninggalkan kawasan parking

**

Kafe DLora di hujung bangunan agak lengang dengan pelanggan, Hani Ismail sejak tadi hanya memerhati ke arah pintu kafe menunggu Sharul iskandar masuk,

"Mana tuan Sharul nie, kata sekejap je, nie dah setengah jam,"
Guman Hani Ismail bila melihat jam di skrin telefon, sejak dia dengan sharul iskandar tiba di Bangsar, Ibu majikannya tiada di salon, Sharul iskandar menyuruhnya supaya tunggu di kafe kerana di dalam salon terlalu ramai pelanggan

Skrin telefon di tatal, mesej-mesej dari group keluarganya di baca satu persatu, bibir Hani Ismail tersenyum bila melihat gambar-gambar yang di kirim adik perempuannya Hana dan adik lelakinya saiful mengucapkan terima kasih kerana memberikan mereka berdua duit belanja, ketika saat Hani Ismail ingin menaip membalas mesej adik-adiknya, dia tercium bau wangi dari kelibat seseorang yang baru sahaja berjalan melewati mejanya namun dia tidak mengankat muka untuk melihat

Beberapa detik kemudian bau wangi yang di hidu tadi semakin menyengat menusuk deria hidung Hani Ismail seakan-akan sedang berdiri berhampiran dengannya

"Hani ke nie?,"

Hani Ismail mendongak ke asal suara itu

"Zul Denial?,"
Balas Hani ismail. berderau darahnya bila melihat lelaki kacak bertubuh tegap berdiri di sisi meja, Patutlah bau wangi itu tidak asing. Masakan tidak, dia pernah tercium bau wangi itu sebelum ini

Bibir Zul Daniel melirik senyuman manis ketika mengangguk

"Hani buat apa kat sini?,"
Tanya Zul Daniel sambil memerhati ruang kafe

Hani Ismail terpaku, tanpa sedar bola matanya masih menatap Zul denial, pertanyaan lelaki itu bagaikan tidak menembus gendang telinganya

Kening Zul Daniel bertaut hairan

"Hey Hani, are you still there?,"
Usik Zul Daniel sambil tangannya melambai pelan di hadapan wajah Hani Ismail

Hani Ismail tersedar, wajahnya merah padam, cepat-cepat wajahnya di jatuhkan memandang ke bawah, tingkahnya juga serba tidak kena, seperti mahu bangun namun tidak, duduk pun seolah-seolah seperti gelisah

Zul Denial mengeleng, kerusi di hadapan Hani Ismail di tarik

"Kitakan dah pernah berjumpa, lagi pun saya niekan sahabat baik Sharul, Hani janganlah malu,"

Hani Ismail serba salah saat kepala di angguk, namun dia masih tidak mengankat muka kerana malu, jantungnya saat itu pula sudah pun berombak,

"Kenapa Hani duduk sorang je kat sini, tiada kawan ke?,"

"De.. de...,"
Kerongkong Hani Ismail bagaikan tersumbat, sukar sungguh untuk memuntahkan beberapa perkataan menjawab pertanyaan Zul Denial

Zul Denial mengeleng lagi, bibirnya tersenyum melihat tingkah Hani Ismail serba tidak kena,

"Hani please, saya nie tak makan you pun, tenang je,"

Hani Ismail terangguk-angguk pelan kemudian dia menghela nafas panjang cuba menenangkan hatinya yang tidak tenteram

"Ha.. hani dengan tu.. tuan?,"
Hani Ismail cepat-cepat mengeleng
"dengan abang Sharul,"

"Mana sharul?,"

Hani Ismail mengankat muka, jari telujuknya menunjuk ke arah pintu kafe
"Kat salon,"

Zul Denial tersenyum nipis, bola matanya melirik arah jari telujuk hani Ismail

"Sampai hati Sharul biarkan sepupunya sorang-sorang kat sini, kalau kena ganggu macam mana,"

Hani Ismail tersengih
"Siapalah nak ganggu saya, saya bukannya cantik, eh?,"
Hani Ismail tesentak, tanpa sedar dia membalas

Zul denial mengankat kening
"Siapa kata Hani tak cantik, bagi saya hani cantik, so jangan cakap macam tu, it's not good,"

Semakin berombak jantung Hani Ismail bila di puji Zul Denial, namun pujian itu membuatkan dirinya menjadi selesa

"Encik Deni?,"

"Hani please, panggil abang je, jangan berencik-encik dengan saya,"

Hani Ismail mengangguk
"Aa.. abang dari mana?,"

Zul Denial mengeluh pelan
"Baru lepas bergaduh dengan girlfriend abang,"

"Kenapa?,"

"Biasalah Hani, cemburu buta, oh ya, abang lupa nak minta maaf pasal hari tu, abang sebenarnya bengang juga dengan sikap girlfriend abang, sebab tu abang cepat-cepat bla,"

"Tak apa Abang, saya pun dah tak ingat semua tu,"

"Tapi? lain kali kalau ada sesiapa cakap macam tu pada Hani, jangan biarkan je, Hani kenalah balas balik, don't let anyone underestimate you okay,"

"Baik abang,"
Bibir Hani Ismail tersenyum manis, Hatinya betul-betul gembira, bagaikan sudah jatuh cinta untuk kali kedua pada lelaki sedang duduk di hadapannya

Hampir satu jam Hani Ismail berbual dengan Zul Denial, tiada lagi perasaan takut atau pun malu, ada masanya dia tersenyum riang dan ada masanya pula dia ketawa, seronok sungguh bila semakin mengenali Zul denial

Bunyi nada dering dari telefon Hani Ismail tiba-tiba berdering namun Hani Ismail membiarkan saja namun selepas beberapa kali berdering akhirnya dia mengalah, dengan wajah yang mencuka, marah kerana di ganggu, dia menyalakan skrin telefon ada beberapa panggilan tidak jawab, dalam masa yang sama satu mesej baru masuk di dalam whatAspp

"Beritahu pada Denial, Hani cuma orang gaji saya, kalau Hani tak nak beritahu, saya sendiri akan sana dan beritahu pada dia,"

Serta-merta Hani Ismail berdiri wajahnya berubah cemas bila membaca whatAspp dari Sharul iskandar, bola matanya meliar ke arah pintu masuk kafe untuk melihat jika majikannya ada di situ

"kenapa Hani?,"
Tanya Zul Denial hairan bila melihatnya Hani Ismail berdiri dalam keadaan cemas

Hani Ismail tidak menjawab, wajahnya di raup seperti baru lepas berdoa, dia menyesal kerana tidak menjawab panggilan Sharul iskandar namun permintaan dari majikannya itu sangat berat bagaikan dua bongkah batu besar sedang menghimpit dadanya. Rasanya sesak terus menjalar keseluruh tubuh,

Dalam keadaan lemah Hani Ismail melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi

"Hani?,"
Tegur Zul Denial, dia berdiri untuk duduk di kerusi kosong sebelah Hani Ismail

"Eh abang?,"
Terkejut Hani Ismail, cepat-cepat menarik tangannya di atas meja bila Zul Denial cuba mengenggam tangannya

Zul denial mengankat tangan
"Maafkan abang Hani, abang tak bermaksud nak pegang tangan Hani, abang cuma risau kenapa Hani cemas"

"Saya tak apa-apa,"

"Kalau tiada apa-apa, kenapa muka tu sampai pucat,"

Hani Ismail tidak menjawab, nafas di tarik pelan namun dadanya seakan sesak seperti di himpit, permintaan Sharul iskandar benar-benar kejam, dia tidak sanggup memberitahu Zul Denial siapa dirinya yang sebenarnya setelah mengenali lelaki itu

Sekali lagi nada dering dari telefon Hani Ismail berbunyi, ibu jarinya pantas membuka mesej dalam whatAspp

Mesej dari Sharul iskandar
"Tunggu sana, saya datang, biar saya sendiri yang cakap siapa Hani sebenarnya,"

Wajah Hani Ismail berkerut, ibunya jarinya pantas menaip
"Saya akan beritahu dia sekarang,"

Sharul iskandar membalas
"Lepas dia pergi, datang ke salon,"

Zul Denial terpinga-pinga, bola matanya masih memerhati tingkah Hani Ismail, keningnya bertaut,

"Siapa tu Hani?, kenapa Hani tiba-tiba takut, cuba beritahu saya, mungkin saya boleh bantu,"

Hani Ismail mengetap giginya geram kerana tiada pilihan, akhirnya dia terpaksa akur dengan permintaan Sharul iskandar
"Abang, saya minta maaf,"

Zul Denial mengankat kening
"Minta maaf untuk apa, Hani bukan ada buat salah?,"

"saya sebenarnya bukan sepupu abang Sharul, saya orang gaji dia,"

"What?,"
Zul Denial menatap wajah Hani Ismail seakan tidak pecaya apa yang baru di luahkan gadis itu
"you're kidding right,"

Hani Ismail mengeleng namun tidak menjawab, wajahnya pucat memandang Zul denial

Zul Denial mengusap dahi hingga ke dagunya, hatinya mula panas seperti sedang di permainkan Hani Ismail, bibirnya di gigit, wajahnya pula sudah terlihat bengang
"Wow?,"
Dia menoleh ke arah kaunter
"Saya rasa kopi saya dah siap, So?,"

Zul Denial terus berdiri, cara berdirinya agak kasar, cepat sahaja kakinya di ayun ke arah kaunter, Hani Ismail hanya menunduk, dia benar-benar malu untuk mengankat muka untuk terus memandang Zul Denial,

Satu sambaran angin bagaikan melintasi dari arah belakang Hani Ismail, Zul Denial terus berlalu pergi tanpa mengendahkan Hani Ismail yang masih duduk di kerusi, Saat Zul Denial menolak pintu kafe, satu keluhan di lepaskan dari mulutnya boleh di dengari Hani Ismail

"F*ck punya betina,"

Hani Ismail terus menekup wajahnya, Pandangan matanya semakin kabur kerana air matanya mengalir. Hatinya kecewa. Dunianya seolah diselubungi perasaan malu yang tidak terhingga, hina sangatkah perkerjaannya sebagai orang gaji sehingga di maki dengan ucapan seperti itu

Hani Ismail masih duduk dengan dahi membantalkan pemukaan tangan di atas meja, beberapa pelanggan dan juga pelayan di kaunter asyik memerhati tingkahnya itu, sehinggalah Sharul iskandar menarik pintu Kafe

"Enough Hani, come let's go!,"

Kedengaran kuat Suara Sharul iskandar menegur, membuatkan Hani Ismail sedikit terkejut, air mata yang membasahi wajahnya cepat-cepat di kesat sambil bangun dari kerusi

Sharul iskandar berjalan di hadapan, Hani Ismail mengekorinya dari belakang, fikiran Hani Ismail menerawang entah ke mana, dia masih kesal dengan sikap Zul Denial terhadap dirinya tadi apakah orang gaji sepertinya terlalu hina dan kotor

"Sedih sangat ke Hani bila di tinggalkan buah hati tercinta?,"

Langkah Hani Ismail yang sedang mengekori Sharul iskandar dari belakang terus terhenti sebaik sahaja majikannya itu memusingkan tubuh

"Saya tanya, Sedih sangat ke?,"

Hani Ismail tidak terus menjawab, wajah Sharul iskandar di tatap dengan tatapan kecewa

"Saya tak sedih tuan,"

"Kalau tak sedih kenapa menangis, atau Hani marahkan saya sebab saya suruh Hani beritahu siapa Hani sebenarnya,"

Hani Ismail mengeleng
"Tak,"

Sharul iskandar mencekak pinggang, wajah Hani Ismail di pandang geram
"Hani ingat lagi tak, apa yang Hani cakap dalam kereta, "saya tak akan lupakan tuan konon" tapi? Hani cakap sejam je dengan Zul Denial, empat kali panggilan saya Hani tak jawab,"

"Saya min..?,"

"Shut up Hani, I don't care about your feelings. But dalam tempoh sebulan nie, Hani kena dengar cakap saya, kena dengar arahan saya, kalau Hani tak nak ikut, kemas barang-barang hani sila berambus dari rumah saya,"

Hani Ismail terangguk-angguk
"Ya.. Ya tuan, saya akan ikut semua arahan tuan,"

"Make sure you ikut,"

"Ya tuan,"

Sharul iskandar mengerut pipi kiri
"Tolong bersihkan air mata tu, bercinta pun tak, dah menangis, that is very annoying you know,"

Hani Ismail cepat-cepat mengesat sisa-sisa air mata yang masih membasahi pipi, walaupun hatinya sedikit terguris dengan kata-kata Sharul iskandar namun itulah balasan selayaknya untuknya kerana tidak menjawab panggilan dari majikannya


Salon kecantikkan Dr Dibah Nor, terletak di baris tengah bangunan pejabat tiga tingkat, Sharul iskandar masuk ke dalam Salon ibunya sambil di ekori Hani Ismail, Di hadapan Kaunter saat itu Datin Dibah bertudung bawal berjubah biru sedang berbual dengan Farah

"Mama,"

Datin Dibah memusingkan badan, Bibirnya tersenyum terselah kecantikkannya walaupun usia sudah menjangkau separuh abad namun masih kelihatan awet muda

"Is pergi mana, lama Mama tunggu?,"

"Is pergi Kafe tadi,"
Jawab Sharul iskandar, bola matanya memandang Farah di belakang ibunya

"So mana pembantu Is?,"

Sharul iskandar memusing separuh badan
"Sini Hani, kenalkan dengan Mama saya,"
Arah Sharul iskandar, wajahnya seperti tidak bersemangat

Hani Ismail cepat-cepat mengayunkan langkah untuk berdiri di sebelah sharul iskandar, Kala itu bola matanya terpandang gadis cantik bertubuh tinggi lampai bertudung pink terang sedang menatap tajam padanya

"Hani ini Mama saya, Datin Dibah,"

"Assalamualaikum Datin,"
Hani Ismail menghulurkan tangan namun tubuhnya gementar sehingga terlihat getaran pada tangannya

Datin Dibah tersenyum manis, tangan yang di hulur tidak di sambut, dia terus merangkul tubuh Hani Ismail kemudian mengosok-gosok belakang gadis itu

"Waalaikummusalam, jangan takut Hani, Auntie tak makan orang pun,"

Hani Ismail mengangguk, bibirnya tersenyum, walaupun agak terkejut dengan sambutan yang di terima dari ibu Sharul Iskandar

"Banyak betul pembantu perempuan you Sharul?,"

Sharul iskandar tidak menjawab, keningnya berkerut, renungannya pada Farah bertembung, masing-masing tidak mahu tewas

"Suka hati akulah,"
Jawab Sharul iskandar selamba

"Apa you cakap,"

"Hey, kenapalah dengan korang berdua nie, bila jumpa je bergaduh,"
Celah Datin Dibah sambil meleraikan perlukkannyanya

"Bukan bergaduh Auntie, Sharul nie, macamlah tak boleh nak jawab elok-elok, saja je nak cari pasal,"
Balas Farah sambil memeluk tubuh

"Is?,"

"Mama please, Jangan layan Farah tu, dia jealous,"

"What?,"
Farah mengayun langkah mendekati Sharul iskandar, perut boroi lelaki itu terus di cubit
"I tak jealous okay, kalau you ada sepuluh pembantu perempuan pun i tak kisah,"

"Sakitlah Farah,"
Rintih Sharul iskandar sambil memegang tangan Farah yang masih melekat pada perutnya

"Eh, eh! kalau nak bercinta bukan kat sini, Mama tak suka,"
Datin Dibah mencelah, dia bersenda meskipun hakikatnya dia suka jika anak lelakinya benar-benar bercinta dengan Farah

"Mama!,"

"Auntie?,"

Hani Ismail hanya mampu memerhati kemesraan majikannya dengan gadis cantik itu, seperti sepasang pasangan, terselit rasa cemburu, namun di simpan ketat di dalam hati, Barulah dia sedar mengapa Sharul iskandar tiada langsung hati padanya, jika di bandingkan dirinya dengan gadis itu bagaikan langit dengan bumi

"Hani,"
Tegur Datin Dibah
"Kenalkan ini Farah, kawan baik Is,"

Hani Ismail mengangguk, dia tidak berani memandang Farah, namun dia tersentak bila kedua pipinya di usap lembut

"Ini kalau dapat kat tangan Auntie, confirm cantik nanti, macam Cinderella,"
Farah tersenyum, begitu juga Hani Ismail wajahnya merah bila di puji

"Of courselah,"
Balas Datin Dibah sedikit mendabik dada

"Auntie?,"

Datin Dibah mengankat kening
"Ya Farah,"

Kening Farah berkerut memandang Hani ismail
"Cuba Auntie tengok muka dia nie, macam baru lepas menangiskan,"

Datin Dibah mengecilkan mata, memerhati wajah Hani Ismail, lama, sebelum memandang Sharul iskandar

"Is ada marah dia ke?,"

Sharul iskandar mengeluh pelan,
"Dia baru lepas putus cinta,"

"What?,"
Farah memandang Hani ismail begitu juga Datin Dibah reaksi wajah mereka berdua hampir sama

Hani Ismail terpinga-pinga sambil kepala tergeleng-geleng

"Eh tiadalah,"

Farah tersengih-sengih,
"Dia putus cinta dengan you ke Sharul?,"

"Of courselah tak,"

"Habis tu dengan siapa?,"
Tanya Farah sambil memandang Sharul iskandar

Bibir Sharul iskandar tersenyum senget bila melihat Hani Ismail mengeleng kepala seperti mengharapkan dia tidak memberitahu punca gadis itu menangis

"Dia baru putus cinta dengan Denial,"

"What!, seriously,"

Sharul iskandar mengangguk, Hani Ismail sudah menekup wajah kerana malu, meskipun dia sudah dapat mengagak majikannya tetap akan memberitahu punca dia menangis walaupun itu benar

"Zul Denial ke?,"

"Yes siapa lagi,"

Farah terus mengalih pandangannya memandang Hani Ismail

"Honey, please jauhkan diri you dari lelaki Playboy tu, bahaya sangat, jangan sampai termakan godaan dia,"

"Kak salah faham, saya tak bercinta pun dengan dia,"

"Habis tu kenapa you menangis,"

Hani Ismail tidak menjawab, wajahnya merah kerana malu untuk memberitahu pekara sebenar

"Dia kena reject, sebab tu dia menangis,"
Kata Sharul iskandar selamba

Farah dengan Datin Dibah serentak ketawa, tangan wanita yang berlainan usia itu sama-sama memegang bahu Hani Ismail sehingga badan Hani Ismail begerak kiri dan kanan kerana di dorong tangan Farah dan Datin Dibah

"It's okay Hani, better kena reject dari you menjadi mangsa dia,"

Hani Ismail mengangguk lemah, wajah Sharul iskandar di tatap penuh kecewa

"So Is, apa yang Is nak Mama buat?,"

Sharul iskandar mengusap dagunya
"Macam Is cakap, ubah semua, kalau boleh Is tak nak tengok rupa dia macam nie lagi,"

Datin Dibah terangguk-angguk pelan sambil memerhati wajah Hani Ismail,

"So apa lagi Is nak?,"

Sharul iskandar tidak terus menjawab, bola matanya memerhati Farah dari atas sehingga ke bawah

"Salon Mama ada jual tudung dengan jubah macam Farahkan?,"

Datin Dibah mengangguk

"Mama cari kan tudung dengan jubah yang sepadan untuk dia, jika boleh Mama carikan 6 pasang, lepas tu barang solek, bedak apa semua untuk wanita,"

"Okay, tapi proses nie lama tau, mungkin ambil masa dalam empat jam baru siap,"

Sharul iskandar menyenget bibir, bola matanya memerhati tempat menunggu, empat jam tempoh yang lama, kalau dia balik, dia takut tertidur, rambutnya di garu-garu

"Jomlah jalan-jalan dengan i sharul, i pun tengah free sekarang, lapar pulak tu,"
Ajak Farah dengan suara lembut

"Okay, let's go,"
Pantas sahaja Sharul iskandar menjawab

"Kalau gitu, Mama bawa masuk Hani ke dalam, hati-hati drive tu nanti,"

"Okay Mama,"

Datin Dibah terus mengajak Hani Ismail supaya mengikutnya masuk ke dalam bilik rawatan, namun bola mata Hani Ismail sempat melirik ke arah Farah sedang memaut lengan majikannya ketika keluar dari salon membuatkan hatinya semakin cemburu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience