Bab 9

Humor Completed 55808

Wajah Hani Ismail begitu bersemangat ketika menyediakan sarapan pagi untuk Sharul iskandar, setelah mereka berdua berbual malam tadi barulah dia tahu, Sharul iskandar juga ada melihat kekasih Zul Daniel menghinanya di NU Sentral tempoh hari namun ada sesuatu yang membuatkan hatinya gelisah saat ini bila Sharul iskandar ingin mengikutnya untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya sabtu ini

Hani Ismail mengaru-garu tudung kepalanya seperti memikirkan sesuatu

"Keno tanyo ayah nie, kalu ado homestay kusong,"
Bisik Hani ismail, wajahnya tampak lesu kerana berbual panjang dengan Sharul iskandar malam tadi

Di tingkat dua, Sharul iskandar masih terlena di buai mimpi, bunyi dengkuran kuat dari nafasnya memecah hening bilik, tidak berapa lama kemudian kedengaran bunyi ketukan dari luar pintu biliknya

Sharul iskandar mengankat sedikit kepala kerana tersedar, kelopak matanya yang masih mamai memandang ke arah pintu, pelan-pelan dia bangun dari baringannya kemudian duduk di birai katil,

"Ya Hani, nanti saya turun,"
Ujar Sharul iskandar setelah ketukan di luar pintu itu seakan tidak mahu berhenti

Baju t-shirt di tarik ke atas lalu tangan kanannya mengosok-gosok perut boroinya, kepalanya pula menoleh kiri dan kanan seperti mencari sesuatu

"Mana pulak telefon aku nie?, Huarghh..!,"
Sharul iskandar menguap panjang bila tiba di penghujungnya dia lepaskan nafas kuat

Sharul iskandar yang masih mamai berjalan menuruni tangga, tangan kanannya masih mengosok-gosok perutnya yang mula memainkan lagu keroncong

"Eh, tuan? tuan tok gie keje ke?,"
Soal Hani Ismail sedikit terkejut bila melihat majikannya masih mengenakan pakaian malam tadi

"Don't worry Hani, I'm bos,"

Hani Ismail mengankat kelopak matanya bila mendengar jawapan selamba dari majikannya

"Hani masak apa?,"
Tanya Sharul iskandar sambil menarik kerusi

"Mee hun goreng tapi lauk daging masak asam pedas ada lagi,"

"Nasi takde,"

"Tuan nok makang nasi ke? saya buleh masak,"

"Tak apalah, saya makan mee je,"
Jawab Sharul iskandar, bola matanya menatap Hani Ismail ketika itu sedang membawa dua pinggan berisi mee hun dengan lauk daging masak asam pedas menuju ke meja

"Hani dah lupa ke, apa yang saya suruh semalam,"

kening Hani Ismail bertaut memandang Sharul iskandar, selepas dia menaruh pinggan di atas meja, dia berdiri tegak sambil mengingat semula apa yang di suruh majikannya malam tadi

Bibir Hani Ismail tersenyum, tangannya menarik kerusi
"Payoh tuan, bukang mudoh nak kasi hilang loghat saya nie, dari kecik doh cakap ginie,"

"Apa yang payahnya, buang je G buang E buang O, U, cuba cakap tanpa ada huruf-huruf tu,"

Hani Ismail tersengih-sengih seperti nangka busuk

"Buleh tok saya cuba lepas kenduri sepupu saya tuan, risau pulok saya kalu tiba-tiba loghat saya berubah bila balik kampung nanti, takut keluarga saya terkejut,"

Sharul iskandar tergeleng-geleng
"Up to you Hani, but you kena ingat, bermula hari isnin depan, Hani kena pergi kelas komputer dengan kelas bahasa English,"

"Saya kan doh kabor saya pandai cakap English,"

"Yes i know, cuma Hani kena berlajar bercakap cara professional, itu penting kalau Hani nak rapat dengan Zul Denial,"

Hani Ismail termangu, bola matanya memerhati Sharul iskandar sedang makan, berat juga hatinya mahu setuju bila sharul iskandar ingin mengubah personalitinya menjadi orang lain dan bukan dirinya sendiri semata-mata mahu membantunya memikat Zul Denial

"Tapi tuan?.., perlu ke saya berubah macang orang lain sebab saya takut kalu tak buleh,"

Sharul iskandar berdengus
"Kalau Hani takut lupakan je, jangan fikir lagi pasal Zul Denial, habis cerita,"

Hani Ismail memuncungkan bibir seakan merajuk

"Yelah, saya ikut je apa tuan suruh,"

**

Petang jumaat, Hani Ismail belari-lari anak ke arah pagar luar rumah sambil membawa barang-barangnya, Sharul iskandar pula sedang mengunci pintu pagar pintu, dia memeriksa seketika jendela-jendela depan memastikan semuanya terkunci

"Hani, pintu bilik Hani kunci tak?,"

"Doh Tuan,"
Jawab Hani Ismail sambil menyusun beg dengan barang-barang dalam bonet kereta

Sharul iskandar berjalan pelan, dia membawa beg galas leather berwarna hitam,

"Semua barang dah bawa masuk,"
Tanya Sharul iskandar

Bibir Hani Ismail tersenyum riang saat mengangguk
"Doh tuan,"

"Okay, jom gerak,"


Kereta Proton X50 bergerak meninggalkan Taman perdana emas Sungai buloh, Kereta di pandu Sharul iskandar begerak laju setelah memasuki lebuh raya sungai buluh menghala ke sungai besi, sebelum masuk ke laluan lebuh raya karak

Hani Ismail melontarkan pandangannya di luar jendela, bibirnya tersenyum lebar, sejak malam tadi, dia memang tidak sabar untuk pulang ke kampung halamanya setelah berada di Sungai buloh hampir sebulan dan lebih mengembirakan hatinya bila Sharul iskandar turut ingin mengikutnya pulang sekali ke kampungnya

"Oh lupo?,"
Hani Ismail menoleh memandang Sharul iskandar
"Malam tadi Ayoh saya ada kabor, dia ada sewa satu homestay untuk tuan,"

Sharul iskandar mengerling seimbas pada Hani Ismail
"Berapa sewanya,"

"Satu hari dua malam, 390 ringgit, satu hari 130,"

"Okay, nanti saya bagi Hani duit tu, Hani bagi ayah Hani,"

Hani Ismail mengangguk


Hentian rehat Genting sempah

Setelah memandu hampir 35 minit, Sharul iskandar membelok keretanya untuk masuk ke simpang hentian rehat Genting sempah untuk makan dan ketika itu pula tidak banyak kenderaan yang singgah di hentian itu

Hani Ismail terkinja-kinja saat berjalan di sisi kiri Sharul iskandar seperti budak kecil sedang keriangan namun tingkahnya itu di biarkan sahaja Sharul iskandar

"Hani tak nak gie tandas?,"

Hani Ismail memuncungkan bibir saat mengeleng
"Saya lapor,"

"Tapi saya nak gie tandas dulu, nanti Hani cari meja kosong kat sana ya,"

Hani ismail mengangguk

Selang beberapa minit, Sharul iskandar berjalan di hadapan beberapa gerai sebelum memilih hidangan nasi campur dengan kopi ais,

Hani Ismail tersengih bila melihat pinggan Sharul iskandar penuh dengan bermacam lauk

"Banyok abang makang?,"

"Bukan selalu datang sini,"
Jawab Sharul iskandar, tangannya menghulur sekeping duit 50 ringgit
"Hani pergilah beli apa yang Hani nak makan, nanti yang lebih tu Hani belikan buah-buahan ke apa-apa saja untuk keluarga Hani,"

"Baiklah abang,"

Bunyi detuman guruh kedengaran di langit, Awan-awan hitam mulai berarak menutupi dada langit, tidak lama kemudian titisan-titisan air mula berguguran dari atas sebelum titisan itu bertukar curahan hujan yang lebat

Sharul iskandar memandang wajah gelisah Hani Ismail sedang memerhati hujan lebat di luar, namun ketika muncul sinar pancaran kilat dia melihat mata Hani Ismail langsung tidak berkedip atau menunduk sepertinya

"Hani tak takut ke?,"
Tanya Sharul iskandar, hairan

Hani Ismail mengeleng tanpa memandang majikannya

"Saya doh terbiaso, waktu kat laut, lagi dahsyat daripada nie, dohlah hujan, ribut pulok tu, kapal doh macang nok terbalik, mulo-mulo takut tapi lamo-lamo doh jadi biasa, tapi kalu saya kat darat bilo tengok ribut macang nie, saya cuma bimbangkan ayoh saya je,"

"Ayah Hani kat laut ke sekarang?,"

Bibir Hani Ismail tersenyum memandang Sharul iskandar sebelum mengeleng kepala

"Ayoh Hani kat rumoh sekarang nie,"

Sharul iskandar menyandar belakang badan, dia mengalih pandangan ke arah luar melihat hujan yang turun

"Hani suka sangat ke pada Zul Denial tu?,"
Tanya Sharul iskandar, tiba-tiba terdetik hatinya ingin bertanya tentang perasaan Hani Ismail

Hani Ismail tidak terus menjawab, wajah Sharul iskandar di renung sejenak

"Pertama kali saya tengok Zul Denial, saya raso macang ado sesuatu dalam diri yang saya tok pernoh raso sebelum nie, entoh kenapa saya teringin sangat nok jadi sebahagian dari hidup dia dan keinginan tu macang tok buleh nok tahan,"
Jawab Hani Ismail bersungguh-sungguh

Sharul iskandar terangguk-angguk pelan
"Itulah di namakan jatuh cinta pandang pertama, tapi Hani?,"

Sharul iskandar mengalih pandangan memandang Hani Ismail

"Saya bantu Hani bukannya untuk Hani lupakan siapa diri Hani sebenarnya, keluarga Hani, Sifat Hani yang sekarang nie, andai kata satu hari nanti Hani benar-benar bercinta dengan Denial, Hani kena ingat selalu, Hani ada keluarga di kampung, Hani ada agama, Hani ada maruah, jangan mudah termakan pujuk rayu Denial,"

"Apa maksud abang?,"
Berkerut wajah Hani Ismail kebingungan

Sharul iskandar mengeluh pelan, berat sungguh hatinya ingin berterus terang tentang kehidupan sebenar anak-anak VIP di Kuala Lumpur

"Hani, kehidupan Denial tu bebas, tiada sekatan atau halangan, dia memang dari keluarga kaya, pasangan pun berganti-ganti, semuanya dia dah bawa sampai ke katil, Hani nak ke lelaki macam tu,"

"Tapi saya yakin abang, saya tok akang biorkang diri saya jadi macang tu, kalu betui dia suka saya nanti hanya semata-mata untuk jadikang saya peneman tido, saya akang tinggalkan dia,"

"Hani betul-betul yakin ke?,"

Hani Ismail bersungguh-sungguh mengangguk

"Andai kata jika Denial betul-betul sukakan Hani, dia suruh Hani pilih, dia atau keluarga Hani, Hani nak pilih siapa?,"

"Tentulah keluarga Hani,"

Sharul iskandar menatap wajah Hani Ismail, saat itu terpancar rautan kenyakinan pada wajah gadis itu

"Okay, kita lihat je nanti cuma saya harap Hani jangan lupa tentang perbualan kita waktu nie, Hani kena ingat selalu tahu,"

"Baik abang, Hani tak akan lupa,"

**

Perkampungan Nelayan Baserah Kuantan pahang

Kampung perlindung

Berkerut dahi Sharul iskandar bila dia memandu kereta di kawasan perumahan berdekatan dengan pantai tidak seperti yang dia bayangkan, Rumah-rumah papan dengan tiang yang tinggi dan rumah yang di bina di atas laut namun di penglihatannya sekarang adalah berbeza, rumah batu tersusun cantik dengan perlbagai bentuk ada rumah batu setingkat dan ada juga rumah batu dua tingkat

"Itu rumah saya,"
Hani Ismail menunjuk sebuah rumah papan dua tingkat bertiang tinggi bersambung dengan rumah batu di bahagian tepi

"Kenapa rumah Hani je macam tu, rumah lain semuanya dah moden?,"
Terpancul pertanyaan dari mulut Sharul iskandar tanpa dia sedar

Hani Ismail tersenyum, tidak terasa hati dengan pertanyaan Sharul iskandar

"Sebab Ayoh saya nok letak barang-barang nelayan dia kat bawoh tu, lagi pung rumoh-rumoh jiran anok doh beso-beso, bile doh keja, buleh tulong keluarga, dalam keluarga Hani, Hani je yang baru kerje,"

Sharul iskandar terangguk-angguk

"Abang parking je sebeloh keto kembara tu, tu keto ayoh Hani,"

"Hani?,"

Hani Ismail pantas menoleh

"Jangan panggil saya abang, panggil saya tuan, nanti keluarga Hani salah faham,"

Hani Ismail terangguk-angguk
"Baiklah abang, eh? tuan, maaf.. maaf,"

Selepas sahaja sharul iskandar memarkir keretanya di sebelah kereta kembara berwarna putih, Hani Ismail terus sahaja keluar dari kereta, berlari-lari anak menuju depan rumah

"Assalamualaikum Ayoh, mok!,"

"Waalaikummusalam,"

pintu rumah di buka, Khalid menjenguk kepalanya sedikit untuk melihat di luar rumah

"Hani,"

Khalid bersama isterinya tergesa-gesa menuruni tangga, bibir masing-masing tersenyum lebar bila melihat anak dara mereka berdiri di depan rumah

"Ayoh, Mok!,"

Hani Ismail cepat-cepat menyalam dan mencium tangan ayahnya, tubuh ibunya pula di rangkul erat, air matanya menitis, betapa rindunya dia dengan orang tuanya selama ini

"Hani doh making tembam, badang pung doh berisi,"
Tegur puan samsiah sambil mengosok-gosok belakang anak gadisnya

"Hani nampok gemok ke mok?,"
Tanya Hani Ismail selepas dia meleraikan perlukkannya

"Takdolah gemok, berisi je, muko pung doh nampok ceroh, making cantik,"

Hani Ismail tersipu-sipu malu dengan pujian ibunya

"Mok, ayoh?,"
Hani Ismail menoleh memandang ke arah Sharul iskandar sedang berdiri di depan kereta

"Kenal kang, majikang Hani, tuan sharul,"
Kata Hani Ismail sambil melangkah mendekati majikannya

Khalid, puan samsiah berpandangan seketika, wajah mereka berdua tampak hairan bila melihat Sharul iskandar

"Assalamualaikum Encik khalid, puan,"

"Waalaikummusalam,"
Jawab Khalid dengan isterinya hampir serentak

Khalid menuduk-nunduk bila Sharul iskandar bersalaman dengannya, itu membuatkan sharul iskandar jadi tidak selesa

"Terima kasihlah tuang sebab bawok anak saya pulang dengang selamat,"

"Eh?, jangan panggil saya tuan, Encik Khalid, panggil saya sharul je,"

"Tok bulehlah gitu, Encik bos anok saya,"

"Itu anak Encik tapi bukan Encik khalid, tolong panggil saya sharul je,"

Khalid terangguk-angguk
"Baiklah,"

Puan samsiah tersenyum-senyum memandang Hani Ismail sebelum dia memandang Sharul iskandar

"Terima kasih ya Sharul sebab hantor anak gadis saya pulang, tapi saya minto maaflah kalu Sharul raso tok seleso duduk kat kampung,"

"Jangan cakap begitu puan, saya sebenarnya dah lama teringin nak cuba rasa suasana kampung, tapi,"
Sharul iskandar memerhati sekelilingnya
"Kampung nie dah tak macam kampung,"

Puan samsiah dan Khalid tergelak kecil

"Ayoh? ayoh sewa homestay kat mana?,"

Khalid seakan terkejut dengan pertanyaan anak gadisnya

"Nie, rumah anok leman, leman buat homestay,"

Hani Ismail sedikit terkejut
"habis tu anok pakcik leman dok mano?,"

"Dio dengang suami dio doh pindoh tanjung api, kang suami dio doh kerjo dengang leman, tu leman suroh dok sana supaya jago kapal,"

"Umn gitu,"
Hani Ismail mengangguk kemudian memandang Sharul iskandar
"Abang, eh tuan?,"

wajah Khalid dengan puan samsiah serta merta berubah hairan sebelum saling memandang

"Homestay tu tok jauh pung, jalan depang sikit je, doh sampai,"
Ujar Hani Ismail dengan senyuman

"Sekejap panggil tuang, sekejap panggil abang, ado apo-apo hubungan ko?,"
Tanya Khalid berkerut dahinya

"Takde, takde Encik khalid, kalau kat tempat kerja, perkerja saya memang panggil saya tuan, tapi kalau dekat luar, saya lebih suka perkerja saya panggil nama saya atau bahasakan saya abang je,"
Jelas Sharul iskandar dengan tenang

"Oh gitu, ingatkang ado hubungang special,"
Khalid tersengih
"Ha, Hani masuklah, bior ayoh hantor Sharul gie homestay,"

"Takpo yoh, Hani ikut sekali,"

Setelah menghantar Sharul iskandar ke Homestay, Hani Ismail balik bersama ayahnya berjalan kaki memandangkan homestay dengan rumahnya tidak beberapa jauh

Di bawah sinaran lampu jalan, Khalid diam-diam memerhati wajah anak gadisnya, hatinya bersyukur bila melihat perubahan fizikal Hani Ismail semakin berisi,

"Sihat sungguh bos Hani tu,"
Kata Khalid sambil tersenyum

Hani Ismail terus tersengih
"Kuat makang Yoh, pagi, tengahari, petang, malam makang, macang tok leh nok berhenti,"

Mata Khalid mengecil, terbau sesuatu yang mencurigakan
"Hani macang doh rapat je dengan sharul, padahal Hani duk KL tok sampai pun sebulan,"

Hani Ismail terpinga-pinga memandang ayahnya

"Ayoh janganglah salah faham, walaupung Hani rapat dengang dia pung, dia tiada perasaan dengang Hani,"

"Habis tu Hani, ado perasaang ke dengan dia,"

Hani Ismail membisu, berat baginya untuk menjawab pertanyaan ayahnya, memandangkan dia memang ada perasaan dengan Sharul iskandar namun sharul iskandar tidak pernah mempunyai perasaan padanya bahkan lelaki itu tiada perasaan cemburu bila dia menyukai Zul Denial

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience