Bab 27

Humor Completed 55808

"Dub.. Dub. Dub.. Dub,"

Detak degupan jantung berombak kencang benar-benar menyakitkan dada Hani Ismail, pandangannya pula secara tiba-tiba menjadi gelap gelita

"Kenapa susah sangat nak bernafas nie?,"
Bisik Hani ismail, dalam keadaan tidak sedar seakan berada di alam yang berlainan, dia cuba mengankat tangan untuk menekan dadanya yang sesak

"Babe.. Bangun Babe..,"

Pelan-pelan mata di buka selepas merasakan sesuatu yang sejuk di renjis-renjis di wajahnya, Dahi Hani berkerut, entah mengapa dadanya kuat berdebar-debar bila kelopak mata di buka luas

Zul Denial memerhati dengan wajah cemas, dia duduk berlutut di sisi Hani ismail, dua pelayan wanita dan seorang pelanggan wanita cuba membantu

Hani Ismail menoleh ke kiri dan ke kanan cuba mengingat mengapa tiba-tiba saja dia pingsan

"Babe.. are you okay?,"
Tanya Zul Denial begitu cemas

"Tuan Sharul?,"
Bisik Hani ismail di dalam hatinya, semakin laju jantungnya berdetak

Badan terus di angkat sambil di bantu dua orang pelayan wanita, Zul Denial turut cuba membantu namun tangan yang di hulur pantas di tepis, retinanya melirik ke arah kerusi yang di duduki Sharul iskandar tadi, sudah pun kosong

Hani Ismail bangun untuk berdiri, retinanya masih lagi merayau mencari kelibat Sharul iskandar namun tiada,

"Babe, abang bawa babe pergi klinik ya,"

Hani Ismail tidak menjawab, salah seorang pelayan tadi menghulurkan beg tangannya, dia tersenyum sayu sebelum kakinya melangkah pelan dan semakin laju,

"You nak pergi mana babe?,"
Zul Denial terus mengejar, wajahnya terpinga-pinga dengan sikap buah hatinya itu
"Babe! you nak pergi mana?,"

"Don't touch me,"

Tangan Zul Denial di tepis, Hani Ismail berpaling, wajahnya berkerut berang, memandang Zul Denial dengan tatapan tajam

"Berani awak pegang tangan saya, padahal saya dah cakap jangan sentuh saya,"

"Babe, I'm sorry okay, abang cuma terlalu excited nak tunjukan babe pada kawan abang tadi,"

"Saya nak tanya awak, dah berapa banyak perempuan yang awak dah tunjuk pada dia, tak puas lagi awak nak excited,"

Zul Denial terpinga-pinga,
"Babe, pleaselah jangan macam nie, abang minta maaf, abang janji abang tak akan buat lagi macam tu,"

Hani Ismail tidak melayan, kaki terus di ayun laju menghala ke arah kereta sambil tangan kiri mengeluarkan kunci dan telefon dari beg tangannya

Zul Denial terus mengekori sehingga Hani Ismail masuk ke dalam kereta, rambut di belakang kepalanya di garu kasar, dia sudah mati kata-kata, tidak menyangka jika Hani Ismail begitu keras kepala, tidak lunak dengan pujukannya

"Babe..,"
Panggil Zul Denial untuk kali terakhir setelah kereta Hani ismail bergerak meninggal tempat itu

Jam di tablet kereta menunjukkan pukul 6.35 petang, Hani Ismail terus memecut keretanya untuk pergi ke Salon Datin Dibah, Wajah yang putih berubah pucat, nafasnya kencang,
"Bodoh.., bodoh, aku nie bodoh!!,"
Jerit Hani Ismail sambil menghentak-hentak Stereng kereta, pilu sungguh perasaannya bila terbayangkan pandangan sayu Sharul iskandar tadi saat Zul Denial memegang tangannya

Dalam keadaan tergesa-gesa kereta di parking menyenget, Hani Ismail bergegas keluar dari kereta dan terus berlari ke arah pintu salon

Sejurus saja pintu Salon di tolak, Kakinya terus di ayun laju ke arah kaunter

"Maaf, Datin ada tak?,"

"Datin dah keluar,"
Belum pun sempat pelayan di balik kaunter menjawab, pertanyaan itu di jawab seorang remaja lelaki belasan tahun bertubuh gempal tiba-tiba saja berdiri di sebelah Hani Ismail

Terpinga-pinga Hani Ismail melihat remaja itu, wajahnya hampir mirid seperti Sharul iskandar

"Awak Bobkan?,"
Tanya Hani Ismail cuba mengagak sebab pernah melihat wajah remaja itu pada gambar keluarga Sharul iskandar di ruang basement sebelum ini

Remaja itu mengangguk, Hani Ismail tersenyum manis namun sayu

"Bob, Boleh kak tahu Datin pergi mana?,"
Tanya Hani Ismail, dengan raut wajah cemas kakinya bergerak-gerak seakan ingin berlari

Remaja itu mengeleng
"Bob tak tahu sebab Mama baru saja keluar,"

Wajah Hani Ismail berkerut teruk, kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan, seakan mencari sesuatu, Bob mengecilkan matanya, hairan melihat tingkah Hani Ismail

"Kak cari apa tu?,"
Tanya Bob, hairan

"Kak cari abang Sharul,"
Pantas Hani Ismail menjawab, raut wajahnya seakan mahu menangis

"Abang Sharul?,"

Hani Ismail terangguk-angguk, Bob mengankat tangan kiri, melihat jam tangannya

"Rasanya Abang Sharul dah kat airport sekarang nie,"

"Airport?,"

Bob mengangguk,
"Kalau kak pergi sekarang, rasanya sempat lagi jumpa Abang Sharul sebab flight dia pukul 9,"

Hani Ismail terus menangis, mengejutkan Bob begitu juga dengan pelayan di Kaunter turut terkejut

"Kenapa Cik Suraya?,"
Tanya salah seorang pelayan kaunter, mengenali Hani Ismail

Hani Ismail mengeleng
"Macam mana nie, Saya tak pernah pergi Airport,"
Luah Hani Ismail dengan esak

Bob mengaru-garu rambutnya, wajah Hani Ismail di tatap hairan

"Betul ke kak tak pernah pergi Airport,"
Tanya Bob

"sekali pun tak pernah,"
jawab Hani Ismail, kepalanya tergeleng-geleng

"Okay let's go, saya temankan kakak pergi ke sana,"

Hani Ismail cepat-cepat mengesat air matanya, wajahnya yang tadi seperti putus harapan kembali bersemangat

Bob sedikit terkejut bila melihat kereta Aruz milik Hani Ismail, dia memerhati depan dan tepi kereta itu kerana dia pernah melihat kereta itu sebelum ini

"Kenapa Bob?,"
Tanya Hani Ismail, hairan

Bob mengankat muka, kemudian mengeleng
"Mana handphone kakak?,"

"Dalam kereta,"

"Cepat masuk kak, nanti Bob setkan route direction ke sana,"

Hani Ismail terangguk-angguk

Kereta di pandu laju, menyusuri lebuh raya menghala ke arah puchong sebelum masuk ke arah laluan Putrajaya, Bob sejak tadi hanya termangu namun ada masanya dia akan mengerling pada Hani ismail

"Betul ke laluan nie Bob?,"
Tanya Hani Ismail, badannya duduk menegak, bola matanya fokus pada laluan

"Betul, selagi kak ikut minah tu cakap,"

Hani Ismail terangguk-angguk

Bob mengeluh pelan, dia memerhati wajah Hani Ismail
"Kalau tak silap Bob, bob pernah ikut abang sharul tengok kereta nie,"

Hani Ismail mengerling sekilas
"Kereta nie abang Sharul tolong bayarkan disposit,"

"Ooo, begitu,"
Bob terangguk-angguk
"Dia belikan kereta nie untuk kakaklah,"

"Kenapa Bob, salah ke?,"

"Eh tak naklah, tapi waktu tu bob ada tanya abang, dia belikan kereta nie untuk siapa,"
Bob tersengih-sengih memandang Hani Ismail

Hani Ismail menoleh beberapa kali,
"Abang Sharul cakap apa?,"

"Dia kata untuk seseorang yang istimewa,"

Wajah Hani Ismail terus berkerut lalu menangis teresak-esak, hatinya semakin pilu, ingin saja kakinya memijak padel minyak sehabis mungkin supaya dapat bertemu insan yang di amat di rinduinya itu

"Laa? kenapa kak menangis?,"

Hani Ismail mengeleng pelan
"Tak ada apa-apa Bob, kak cuma rindu sangat dengan abang Sharul,"

"Buat jelah video call kalau rindu sangat,"

"Kalau kak boleh buat, dah lama kak buat,"

Selepas memandu selama 45 minit, akhirnya mereka sampai di KLIA 1,

"Keluarkan kad touch n go tu kak, nanti guna kat palang tu,"
Arah bob sewaktu kereta sedang bergerak menuju bangunan parking

"Kak risaulah bob, kalau abang Sharul dah pergi,"

Bob melihat jam di tablet kereta
"Baru pukul 8 kak, kalau KLIA 2 ya, memang dah kena masuk dalam, tapi Mas tak,"

"Mana kita tahu, kalau abang sharul dah pergi,"

Bob menarik nafas tenang
"Apa susahnya kak, beli jelah tiket ikut abang sharul pergi ke sana, kan senang,"

"Kakak takde passport,"

"Aduh,"
Bob menepuk dahinya
"Bila-bila masa pun kak boleh pergi, jakarta tu bukan jauh pun, kak nak balik hari pun boleh,"

"Betul ke Bob?,"

Bob mengangguk

Kereta di pandu Hani Ismail masuk ke dalam bangunan parking, Merliar bola matanya dan Bob cuba mencari tapak parking yang kosong

"Sana kak ada kosong,"
Kata Bob sambil menunjuk arah tapak parking yang kosong

Setelah kereta di parkir, Hani Ismail dan Bob bergegas keluar dari kereta, Bob berjalan laju di hadapan, Hani Ismail yang melihat tubuh gempal sedang berjalan di hadapannya tiba-tiba dia teringatkan Sharul iskandar yang selalu berjalan di depannya,

Hani Ismail mengesat pelupuk matanya, Bod sudah pun masuk ke dalam ruangan Lif

Sejurus pintu Lif terbuka, Hani Ismail terpinga-pinga bila melihat di dalam bangunan KLIA begitu ramai orang, sibuk tidak seperti di luar

"Cepat kak ikut Bob,"
Arah Bob, tanpa membuang masa langkah di ayun laju menuju ke arah balai pelepasan

Hani Ismail berjalan laju mengekori belakang Bob, kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan cuba mencari Sharul iskandar, selepas menaiki tangga eskalator, Bob mendongak melihat di skrin Tv yang tergantung di atas

"Alamak!, cepat kak,"

"Kenapa Bob,"
Hani Ismail semakin cemas

"Penumpang yang nak pergi jakarta dah kena panggil masuk,"

Dada di tekan kuat, hatinya semakin gelisah, Hani Ismail terus berdoa supaya dia dapat berjumpa dengan Sharul iskandar

Bob berpaling ke belakang mengejutkan Hani Ismail
"Kak,"

"Ya Bob,"

"Kak pergi tunggu kat depan tu tapi jangan masuk, itu untuk orang naik flight je, tunggu je kat situ mana tahu abang Sharul belum masuk lagi,"

"Bob nak pergi mana?,"

"Bob nak gie toilet jap, tak tahan,"

Hani Ismail mengangguk kemudian bergegas mengayun kakinya ke arah pintu balai pelepasan

Kaki di ayun mundar-mandir di tepi pintu, memerhati kelibat-kelibat penumpang masuk ke dalam balai pelepasan, hatinya semakin resah, waktu pula seakan tidak mahu berpihak padanya, pantas saja berjalan, jam di skrin telefonnya sudah pun menunjukkan pukul 8.25 malam, kelibat Sharul iskandar masih belum kelihatan

Hani Ismail mengerut wajah, air matanya menitis, tingkahnya itu di perhati pegawai imigresen yang sedang menjaga tempat itu

"Tulonglah, tulonglah jangan pergi dulu tuan, saya rindu sangat kat tuan,"
Tutur Hani Ismail pelan, bola matanya tekun memerhati setiap wajah penumpang yang masuk

Dalam keadaan hati yang semakin berputus harap, Dari jauh Bob berjalan pelan, Hani Ismail yang perasan cepat-cepat mengayunkan langkah mendapatkan adik bekas majikannya itu dan ketika itu dia tidak sedar, dia baru sahaja berselisih dengan seorang lelaki muda bertubuh sasa berjaket hitam

"Bob, abang Sharul takde?,"
Ngadu Hani Ismail dengan raut wajah sedih

"Kenapa kak tak call?,"

Hani Ismail menunduk kesal, terlalu malu mahu memberitahu Bob jika nombornya telah di block Sharul iskandar

Bob mengeleng, skrin Telefon di tangan di tatap, ibu jari menaip nama abangnya, berapa detik kemudian terdengar halus bunyi deringan di hujung talian namun kedengaran kuat di depan pintu balai pelepasan

Bob mengalih kepalanya kerana Hani Ismail saat itu sedang berdiri di hadapannya

"Itu abang Sharul,"

Badan pantas berpaling, Mata Hani Ismail membulat memandang ke arah balai pelepasan, jantungnya berdengup kencang seorang lelaki berambut panjang paras bahu, berjaket hitam memandang ke arahnya sambil menunggu tiket dan passport di periksa

"Tuan Sharul..,"
Langkah di ayun begitu berat, air mata pula semakin deras mengalir setelah melihat wajah lelaki yang amat di rindui selama ini sedang berdiri tidak jauh darinya
"Tuan Sharul..,"

Wajah Sharul iskandar tidak menunjukkan sebarang reaksi saat melihat Hani Ismail sedang mendekatinya dalam keadaan menangis, setelah tiket dan passportnya diperiksa, dia terus berpaling ingin masuk ke dalam balai pelepasan

"Tuan sharul.. tuan sharul tunggu kejap,"
Hani Ismail terus berlari namun segera di halang pegawai imigresen

"Cik tak boleh masuk dalam nie,"
Kata pegawai imigresen cuba menghalang Hani Ismail

"Tuan, tolong bagi saya masuk sekejap je, saya nak jumpa dengan tuan saya, tolonglah,"
Rayu Hani Ismail sayu nadanya, matanya terus melihat Sharul iskandar

"Tak boleh cik, dalam tu kawasan larangan, kalau bukan penumpang tak boleh masuk,"

Hani Ismail semakin tidak keruan,
"Tuan Sharul.. tuan Sharul, jumpa saya sekejap je tuan, tolonglahhhh.. tuan.. saya rindu sangat kat tuan, saya minta maaf,"
Panggil Hani Ismail berkali-kali, dia menangis teresak-esak, kakinya pula terangkat-angkat seakan mahu merempuh masuk ke dalam

Langkah Sharul iskandar terhenti, tidak sampai hati mendengar suara tangisan Hani Ismail, pelan-pelan dia berpaling kemudian berjalan ke tepi pintu

Selama ini, dirinya hanya bertemankan sepi, rindu dan duka sungguh menyesakan dada. Hanya air mata peneman ketika dirinya dirudung kerinduaan namun akhirnya insan yang di rinduinya selama ini sedang berdiri di depannya

"Tuannnn.., maafkan saya tuan,"

Tubuh Sharul iskandar terus di peluk, wajahnya di benam pada dada lelaki itu, Hani Ismail menangis teresak-esak tanpa menghiraukan orang di sekeliling sedang memerhati

Sharul iskandar mendorong lembut tubuh Hani Ismail supaya meleraikan perlukan

"Kenapa Hani datang sini?,"
Tanya Sharul iskandar, lembut nadanya

"Saya nak jumpa tuan, saya rindu sangat kat tuan,"

"Kan saya dah cakap kat Hani, kita berdua dah tiada apa-apa hubungan, Hani dah pun buat pilihan Hani, saya dah tak nak masuk campur urusan hidup Hani lagi,"

Hani Ismail mengeleng-geleng kepalanya, dengan tangis esak tangan Sharul iskandar di genggam erat

"Semua tu salah saya tuan, saya mengaku, saya minta maaf pada tuan, tapi selama nie saya rindu sangat kat tuan,"

"Tak usah minta maaf Hani, dari dulu memang Hani sukakan Denial, bukannya saya, apa pun saya tumpang gembira bila tengok Hani dengan Denial dah bersama,"
Sharul iskandar tersenyum seakan terpaksa
"Pergilah balik, saya selalu doakan Hani dengan Denial akan terus bersama sehingga ke jinjang pelamin, lupakan jelah saya, saya nie cuma watak sampingan dalam hidup Hani,"

Hani Ismail berdiri seakan membeku, wajah Sharul iskandar di tatap tanpa berkelip, tubuhnya bergoyang-goyang seakan mahu tumbang

"Saya.., saya..,"
Hani Ismail menekan dadanya, nafasnya terasa sungguh berat
"Saya.., saya cin..,"

**

Kedengaran rancak suara orang sedang berbual menusuk gedang telinganya, kelopak mata Hani Ismail yang masih tertutup rapat tergerak-gerak

"Macang nok sedor doh Hani tu,"
Ucap Wati sambil memerhati wajah Hani Ismail terbaring di atas katil hospital

"Lamo jugok dia pingsankang,"

Wati mengangguk sambil mengerling Safura
"Nasib baik doktor cakap dia cuma penat je, aku risau kalu dia kena serangan jantung,"

Safura mengeleng

"Aeh.., argh..,"
Hani Ismail merintih pelan, wajahnya berkerut

"Hani, Hani,"
Panggil Wati perlahan

Hani Ismail merasakan tubuhnya begitu lemah, dia cuba membuka matanya sedikit demi sedikit

"Alhamdullilah, sedor pung,"
Ucap Wati Setelah Hani Ismail membuka mata

Kening Hani Ismail berkerut, wajah wati dan Safura di pandang silih berganti,

"Aku kat mana nie?,"

"Hani kat hospital,"

Hani Ismail sedikit tersentak
"Kat hospital?,"

Wati dan Safura mengangguk

"Hospital serdang, kau pingsan kat airport, Fatin yang bagitahu aku,"
Kata Safura

"Airport?,"
Hani Ismail cuba bangun, setelah teringatkan Sharul iskandar
"Tuan Sharul, mana tuan Sharul?,"

Wati mengeluh pelan, seketika dia berpandangan dengan Safura

"Dia doh balik Indonesia hani,"

Hani Ismail terus meraung, dalam keadaan yang lemah tangannya menarik-narik selimut yang mambaluti tubuhnya

"Tuan doh tak kisoh dengang aku, dia doh lupakang aku,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience