Bab 2

Humor Completed 55808

Selesai sahaja solat isyak berjemaah bersama ahli keluarganya, Hani Ismail terus meluru masuk ke dalam bilik, bola matanya merayau mencari telefonnya

"Aduh adik, kasi hanphong kakok tu,"
Pinta Hani Ismail bila melihat adik bongsunya sedang menonton upin & ipin menggunakan telepon miliknya

"Alaa.., belung habis lagi,"

"Hiss kok nok tepun kawang kok nie, bagi cepat,"

Adik bongsu Hani Ismail memuncungkan bibir, perlahan-lahan dia bangun dari katil untuk menyerahkan telefon kakaknya

"Nanti kok bagilah balik,"

Gadis kecil itu tidak menjawab, selepas menyerahkan telefon kakaknya, dia terus keluar dari bilik dengan muka merajuk

Hani Ismail mengeleng kepala, ibu jarinya pantas mentatal skrin mencari nama kawannya,

"Hello?,"
Ucap Hani Ismail selepas kawannya menjawab

"Hello Hani,"

"Bising ye, tengoh karaoke ke?,"

"Kedai makang, karaoke apanye tengoh-tengoh bulang. Kenapa call?,"

"Nie? aku nok tanyo, tempat kerje kau ado kusong lagi tok?,"

"Weii, kau nak kerje sini?, ayoh kau bagi ke?,"

"Sebab tu aku call, ayoh aku doh bagi,"

Lepas saja Hanis Ismail menjawab, kedengaran suara kecoh kawan-kawannya di hujung talian

"Weii Hani, sekarang nie takde walk in interview, tapi cubo kau try hanto resume,"
Kedengaran pula suara lelaki menjawab

"Aduh Nuar, aku mano ado resume,"

"buatlah, pergi jo mano-mano kedai internet,"

Hani Ismail mengaru-garu kepalanya namun di saat itu dia terfikirkan sepupunya Kamal bila dia teringat sepupunya mempunyai pc di rumah

"Aku nok kirim camne?,"

"Lepas nie aku send terus kat kau company punya email,"

"Hani resume tu nanti buat cantik-cantik tau,"
Kedengaran pula suara perempuan di hujung talian

"Okay.. okay,"

Selesai sahaja bercakap dengan kawan-kawannya, Hani Ismail cepat-cepat menanggal telekung, selepas sahaja dia menyarung tudung kepala, dia terus keluar dari bilik untuk pergi ke rumah sepupunya

"Mana tu Hani?,"
Tegur Khalid bila melihat anak daranya tergesa-gesa berjalan ke arah pintu

"Hani gie rumoh kamal jap,"

"Malam doh nie, esok jelah,"

"Kejap je Yoh, Hani nak mintok tulung kamal buatkan Hani punyo resume,"

Khalid mengeleng
"Hmm.. pergi jelah,"

"Kok! hanphong tu,"
Jerit Adik bongsu Hani Ismail

"Pakai hanphong ayoh lu, kok nok guna,"

Gadis kecil itu terus menangis namun Khalid cepat-cepat memberikan telefonnya kepada anak bongsunya itu

Hani Ismail bergegas turun dari tangga, selepas dia menyarung selipar, kedua kakinya di ayun tergesa-gesa ke arah belakang rumahnya

Rumah sepupu Hani Ismail selang dua rumah sahaja dari rumahnya, Saat itu di beranda rumah sepupunya, Kazar adik Khalid sedang duduk menghisap rokok sambil melihat skrin telefon, Hani Ismail berjalan terjonket-jonket berniat mahu menyergah pakciknya

Saat Hani Ismail sedang terjonket-jonket dengan bibir tersengih-sengih, secara tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang

"Bengong binatang sial!!,"
Pekik Hani Ismail dek kerana terkejut sehingga terlompat-lompat pada masa yang sama Kazar yang sedang duduk di beranda turut terkejut

Kamal tergelak terkekeh-kekeh

"Bengonglah, terkejut pakcik!,"
Marah Kazar sambil memandang ke arah Hani Ismail dan kamal

Hani Ismail mengosok-gosok dadanya
"Bukan salah Hani, kamal tiba-tiba gie tepuk bahu, terkejutlah Hani,"

Kazar ayah kepada Kamal memandang Hani ismail dan anak bujangnya sambil tergeleng-geleng

"Hani nak ape malam-malam ginie?,"
Tanya Kamal masih lagi tergelak

Wajah Hani Ismail mencuka memandang sepupunya
"Takdolah malam ngat, Hani Nok mintak tulung kamal,"

"Tulung apa?,"

"Buatkan Hani resume, buleh,"

Kening Kamal bertaut memandang sepupunya, hairan
"Buat resume, kau nak keje kat mana?,"

Hani Ismail terus tersenyum senget
"KL,"

"Iss, Ayoh Hani bagi ko keje sane?,"
Tanya Kazar pula turut mendengar perbualan anaknya dengan anak abangnya

Hani Ismail mengangguk
"Ah..ah,"

"Habis tu sapa ikut ayah Hani ke laut?,"

"Pakcik Ramle,"

"Oh yee, Betui-betui, pakcik lupo, Ramle,"
Kata Kazar kemudian menghisap rokok

"Jomlah masuk,"

Setelah setengah jam berada di dalam bilik Kamal, wajah Hani Ismail berkerut marah bila Kamal mengejek mukanya

"Tak usohlah marah, cubo Hani gie tengok kat cermin tu, tak akan rupa hitang macam tu nok letak kat resume, buat malu jo, carilah gambar yang elok sikit dalam phong tu,"

Hani Ismail berdegus, ibu jarinya kasar mentatal skrin telefonnya itu pun cuma sekejap kemudian dia mencampak telefonnya di atas meja

"Carilah sendiri,"

"Bengonglah,"
Marah Kamal, berkerut dahinya memandang sepupunya

Ibu jari kamal mentatal skrin telefon Hani Ismail untuk mencari gambar yang sesuai untuk di taruh pada resume manakala Hani Ismail memeluk tubuh masih lagi dalam keadaan marah

"Pakai gambar nie,"
Kata Kamal sambil menunjuk skrin telefon pada sepupunya

Bola mata Hani Ismail menjeling
"Suka hatilah,"

Kamal mengeleng
"Kuat merajuk betui anak Ismail Khalid nie,"

Setelah menaruh gambar yang di pilih pada resume sepupunya, jari jemari kamal pantas menaip

"Hani Suraya binti Ismail Khalid, lahir,"
Bola mata kamal melirik ke arah sehelai kertas di tepi keyboard, membaca info tentang sepupunya sambil menaip

"Pengalaman kerja, nok letak apa?,"

"Letok jelah nelayang, pandai mengurus rumah, pandai memasok,"
Jawab Hani Ismail selamba

Kamal tergelak seketika
"Bengong betui, itu bukan pengalaman kerja,"

Hani Ismail mengetap gigi waktu ini hatinya masih lagi marah pada Kamal kerana mengejek mukanya tadi

"Habis tu Nelayang tu hobi ke?,"
Marah Hani Ismail

"Suka hati kaulah, geram pulok aku, kalu tok dapat keje nanti jangang nok salohkan aku, aku ketok kepala tu nanti,"

Hani Ismail memuncung bibirnya seraya mengejek sepupunya

"Cepat bagi email, ngantuk doh nie,"

Pantas sahaja tangan Hani Ismail mengambil teleponnya untuk membuka Whatsapp App

"Noh!,"
Selepas menaruh kembali telefonnya di atas meja Hani Ismail terus mengalih wajah

Namun ketika itu, Hani ismail tidak mengetahui jika sepupunya meletakkan tajuk pengiriman email, ( mencari kerja sebagai Maid)

"Puas hati aku,"
Bisik Kamal dengan bibir tersengih senget

**

Ke esokkan harinya

KL SENTRAL KUALA LUMPUR

Najwa begitu sibuk menjawab panggilan telefon, selepas tamat satu talian, satu talian pula berbunyi, memang tak cukup tangan jadinya, sebaik gagang telefon di letak, Najwa sempat melepaskan nafasnya sambil tangannya menyusun Fail di atas meja

Bola mata Najwa melirik ke arah pintu, sebelum mengalih pandangannya melihat jam di skrin telefon,

"Dah jam 9, mana si gendut nie,"
Bisik Najwa, Namun secara tiba-tiba dia menepuk dahi

"Omg?.. I forgot to look for a maid,"
Kata Najwa, tangannya cepat-cepat menyalakan laptop

Selang beberapa minit, mata Najwa kelihatan terkebil-kebil bila melihat email syarikat

"Pelik? ada orang bocorkan rahsia ke, Encik Sharul tengah cari orang gaji?,"
Getus hati Najwa sambil mengosok-gosok dahinya sukar dia pecaya telah menerima satu Email dari permohon mahu memohon perkerjaan sebagai Maid

"Hani Suraya binti ismail khalid, orang pahang, Spm bagus, kenapa nak jadi orang gaji, pengalaman, Umm okaylah tu,"
Bibir Najwa tersenyum bila membaca pengalaman kerja Hani ismail

"Najwa!,"

Najwa pantas mengankat muka, Sharul iskandar sedang melambai

"Oh Encik Sharul, sebentar ya nanti saya masuk,"

"Hurry up okay, i don't like waiting,"

"Baik Encik Sharul,"
Najwa masih memandang ke arah bosnya
"I don't like waiting konon, cakap jelah tengah kebulur,"
Rungut Najwa sambil jarinya menekan-nekan mouse untuk memprint resume Hani Ismail sebelum mengambil fail di atas meja

Sharul iskandar menguyah-nguyah mee goreng sambil membaca resume Hani Ismail, Najwa duduk di hadapannya sedang memerhati

"Muda lagi, Spm pun bagus tak akan nak jadi orang gaji?,"

"Itu yang saya hairan padahal saya belum letak apa-apa pun iklan yang Encik Sharul nak pakai orang gaji,"

Sharul iskandar terangguk-angguk
"I like this girl sebab dia tak memilih kerja, nanti Najwa call dia, kalau dia cakap gaji sikit up je gaji dia sampai 3000,"

Najwa mengecil matanya
"Kalau gitu baik saya je yang jadi orang gaji Encik Sharul,"

"Lagi elok?,"

Najwa mengeleng
"No, no I'm just kidding,"

Sharul iskandar mengeleng
"Very brave ha,"

**

Kampung Nelayan Beserah Pahang

Hani Ismail sedang menyapu sampah di halaman rumahnya tapi bola matanya dari tadi asyik melihat Skrin telefon mengharapkan ada panggilan masuk dari kuala Lumpur

Sejak semalam Hani Ismail tidak lena tidur harapannya untuk berkerja di Kuala Lumpur begitu mengunung, Selama ini dia hanya mendengar cerita tentang Kuala Lumpur dari kawan-kawannya

"Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai kulumpuh, tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan alur hidupmu bukanlah aku,"

Kedengaran nada dering dari telefon Hani Ismail berdering

Hani Ismail cepat-cepat melihat skrin telefon, Wajahnya terus tergamam bila melihat nombor telefon tertera di skrin telefonnya bermula dengan angka 03

Hani Ismail melompat-lompat riang sebelum menjawab panggilan

"Ehem.. ehemm!,"

"Hello,"

"Hello, selamat pagi,"
Kedengaran suara Najwa di hujung talian

"Selamat pagi,"

"Ini Cik Hani Suraya binti Ismail Khalid?,"

"Ya betul, saya Hani Suraya,"

"Cik Hani saya Najwa dari syarikat Energy telecommunication, Kami ada terima pemohonan kerja dari Cik dan untuk pengetahuan Cik, Cik telah di terima kerja,"

"Betul ke?,"

"Ya betul,"

Diam-diam Hani Ismail melompat-lompat riang, tapi dia teringatkan kawannya Nuar ada menyuruhnya menanyakan tentang gaji

"Maaf ya Cik kalau saya tanya, boleh saya tahu tentang Gaji,"

"Gaji 2500 ringgit, siap ada potongan socso dengan kwsp, insuran dan penginapan di sediakan,"

"2500 ringgit?,"
Hani Ismail terdiam, matanya membulat

"Kenapa Cik Hani, sikit sangat ke gaji tu?,"

Hani Ismail tidak mampu menjawab kerana masih terkejut

"Baiklah kami akan tawarkan gaji 3000 ringgit, bagaimana, Cik Hani setuju tak,"

Mulut Hani Ismail serta-merta ternganga luas bagaikan tidak pecaya gajinya menjadi RM 3000

"Saya setuju, saya setuju,"

"So bila Cik Hani boleh datang KL?,"

"Sekarang pung boleh,"

"Cik Hani dah ada kat KL ke sekarang,"

"Tak.. tak, saya masih kat kampung,"

"Habis tu, boleh ke Cik Hani datang ke KL hari nie?,"

"Tapi Cik, saya tak pernah lagi sampai ke KL,"

"Oh, Cik Hani tak perlu bimbang, nanti saya sendkan nombor telefon saya, bila Cik Hani sampai saja KL, hubungi saya terus, nanti saya pergi jemput Cik Hani,"

"Siap jemput lagi,"
Bisik hati Hani Ismail dengan wajah teruja

"Baik Cik, insyaallah, kalau bukan hari nie, esok saya akan pergi sana,"

"Baiklah, itu saja, saya harap dapat berjumpa dengan Cik Hani secepat mungkin, terima kasih,"

"Sama-sama,"

Selepas sahaja menjawab, Tiba-tiba Hani Ismail menepuk dahinya

"Aduh.. lupa pulok tanye kerje apa, Ah perdulilah,"

"Mak! Ayah!, Hani dapat kerja kat KL, Gaji 3000!,"

Jerit Hani Ismail dengan wajah gembira, kedua kaki di ayun laju ke arah rumahnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience