Bab 16

Humor Completed 55808

Trafik lebuh raya menghala ke laluan Damansara begitu sesak, jam di Tablet kereta menunjukkan pukul 8.00 pagi, wajah hani Ismail tampak tenang namun bibirnya sejak dari sungai buloh asyik melirik senyuman, kadang kala kepalanya tergeleng-geleng manakan tidaknya kata-kata yang di luah pada Sharul iskandar masih lagi terngiang-ngiang dalam telinganya namun apa yang luahkannya itu bukanlah satu gurauan tetapi kebenaran yang tersimpan dalam lubuk hatinya

Bola mata Hani Ismail mengerling ke kanan setelah bangunan Teguh holding sudah pun kelihatan,

Setelah 45 minit memandu akhirnya Hani Ismail membelok masuk ke dalam parking lot dalam bangunan Teguh holding,

"Kenapa ada penghadang kat situ?,"
Bisik Hani ismail setelah memarkir kereta, dia menjenguk-jenguk di luar jendela kereta seorang pengawal berdiri di hadapan penghadang laluan

Hani Ismail bergegas keluar dari kereta memandangkan waktu hanya tinggal lagi 11 minit untuk masuk waktu kerja, dia harus bertemu dengan Fuad sobri pada jam 8.30 pagi,

Beberapa Staf lelaki Teguh holding berpakaian kemas, Staf wanita pula ada yang berbaju kurung, ada juga berjubah sepertinya masing-masing menempel access kad atas penghadang laluan, Dahi Hani Ismail berkerut, hatinya gelisah saat berdiri di hadapan pengawal bangunan

"Assalamualaikum,"
Tegur Hani Ismail pelan

"Waalaikummusalam, ada apa-apa masalah puan,"
Selepas menjawab Pengawal bangunan itu terus bertanya

"Boleh saya masuk ke dalam, tapi saya belum berkerja lagi kat sini,"

"puan datang ke sini atas urusan apa?,"

"Saya perlu berjumpa dengan Encik Fuad sobri di tingkat 24,"

"Ada buat appointment?,"

Hani Ismail terangguk-angguk

Pengawal bangunan itu terus menempel access kad di atas penghadang laluan
"sila masuk puan,"

Hani Ismail mengangguk sebelum kakinya melangkah masuk melewati penghadang laluan

"Bila puan masuk dalam lif sila tekan butang L, sila pergi ke kaunter di bahagian Lobi untuk dapatkan Access kad sementara,"

"Baiklah, terima kasih ya,"

"Sama-sama,"

Pintu Lif terbuka selepas naik ke tingkat lobi, Mata Hani Ismail terbeliak bila melihat begitu ramai staf-staf Teguh holding berpusu-pusu masuk tanpa memberi peluang kepadanya untuk keluar terlebih dahulu

"Maaf, maaf jangan tutup dulu, saya nak keluar,"
Pinta Hani Ismail, cemas wajahnya

"Hey, please bagi laluan dia keluar!,"
Tegur salah seorang Staf di dalam Lif

Hani Ismail cepat-cepat melangkah keluar dari lif setelah beberapa Staf keluar untuk berikannya laluan,

"Maafkan saya Encik,"
Hani Ismail menegur salah seorang pengawal bangunan di balik penghadang laluan

Seorang pengawal bangunan memalingkan badan
"Ya puan?,"

"Boleh tolong bukakan penghadang nie, saya nak ke kaunter minta Access kad sementara,"

"Oh baik,"

Pengawal bangunan itu terus menekan sesuatu di tepi penghadang sebelum penghadang laluan itu terbuka

"Terima kasih,"
Ucap Hani Ismail

"Sama-sama,"

Hani Ismail bergegas melangkah, dadanya berdebar-debar, bola mata merayau sekitar Lobi, di balik tiang di tengah Lobi kelihatan di depan tiang itu kaunter receptionist, Kakinya di ayun laju, waktu pertemuan dengan Fuad Sobri hanya bebaki lima minit sahaja lagi

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam, boleh saya bantu Cik,"
Jawab salah seorang penyambut tetamu

"Saya ingin minta access kad sementara,"

"Atas urusan apa cik?,"

"Saya ada pertemuan dengan Encik Fuad Sobri di tingkat 24,"

"Ada buat appointment?,"

Hani Ismail terangguk-angguk

"Boleh saya tahu nama Cik,"

"Suraya Khalid,"

"Sebentar ya,"

Penyambut tetamu itu segera menaip nama Suraya Khalid di keyboard sambil memandang pada monitor, selang beberapa saat penyambut tetamu itu berdiri kemudian meletakan satu Access kad di atas kaunter

"Ini access kadnya Cik, sila kembalikan kepada kami bila Cik keluar nanti,"

"Baiklah, terima kasih,"

Tanpa membuang masa Hani Ismail bergegas mengayun langkahnya semula ke arah penghadang laluan, ikutkan dia sudah terlewat namun di ruangan Lif masih lagi kelihatan ramai staf yang masih menunggu untuk naik ke atas

Berkali-kali Hani Ismail melihat skrin telefonnya sudah tiga kali pintu lif terbuka namun dia langsung tiada kesempatan untuk masuk dan sekarang hampir ke semua Lif sedang naik ke atas dan sekarang hanya tinggal dia bersama seorang cleaner yang sedang menunggu di ruangan itu

"Kak sini, sini,"
Panggil gadis Cleaner melambai-lambai ke arah Hani Ismail

Kaki pantas di ayun laju, Gadis cleaner yang memanggil tadi sudah pun menolak trolleynya masuk ke dalam Lif

"Terima kasih Dik,"

"Sama-sama,"

Hani Ismail tersenyum manis memandang gadis cleaner itu

"Kak nak naik tingkat berapa?,"

"24,"

Gadis cleaner tersebut terus menekan butang ke Tingkat 5 dan tingkat 24

"Nama apa dik?,"
Tanya Hani Ismail

"Fazura,"

"Nama Kak suraya, ini hari pertama kakak, hari pertama pun dah lewat,"
rungut Hani Ismail sambil mengeleng lemah

"Biasalah kak, hari isnin je macam nie, bila esok lusa okaylah,"

Hani Ismail tersenyum, bola matanya merenung wajah Fazura, raut wajahnya tampak hairan

"Maaf ya kalau kak tanya, berapa umur Fazura?,"

Fazura tersenyum malu
"17,"

"Patutlah muka Fazura nampak muda sangat, Fazura asal mana?,"

"Mersing,"

"Kak kuan..?,"

Kata-kata Hani Ismail tergantung bila pintu lif terbuka, Fazura menolak trolleynya keluar namun sempat menoleh memandang Hani Ismail

"Nanti bila kak suraya dah sampai tingkat 24, kak tekan loceng dekat tepi pintu tau, sebab kalau kak ketuk atau panggil, diorang tak akan dengar,"

Hani Ismail terangguk-angguk
"Baiklah, terima kasih ya Fazura, nanti jumpa lagi,"

Fazura mengangguk, bibirnya bagaikan tidak loket mengukir senyuman,

Pintu Lif tertutup, Hani Ismail termangu, dadanya semakin berdebar-debar, kadang kala dahinya berkerut kerana risau, ikutkan waktu pertemuan pada jam 8.30 pagi namun sekarang dia sudah terlewat 10 minit, beberapa detik kemudian pintu Lif terbuka, Hani Ismail cepat-cepat melangkah keluar, dia menoleh ke kanan terlihat sebuah pintu kaca

"Internal and external business management section?,"
Bisik Hani Ismail bila membaca tulisan yang tertera di dinding di balik pintu kaca tersebut

Kata-kata Fazura tadi masih segar dalam ingatannya, serta merta Retinanya mengerling ke arah tepi pintu, Jari telujuknya mengigil-gigil menekan butang loceng, Seorang wanita free hair dari balik pintu kelihatan bergegas ke arah pintu

"Cik suraya ke?,"
Tanya wanita itu selepas membuka pintu

"Ya saya,"

Wanita itu tersenyum
"Sila masuk Cik suraya, Encik Fuad sedang tunggu Cik dalam pejabat dia,"

Hani Ismail terangguk-angguk
"Baik puan,"

"Pejabat pengarah Bahagian operasi"

Pintu pejabat di ketuk, Kedengaran suara lelaki menyahut dari dalam menyuruh masuk, Wanita Free hair tadi membuka pintu

"Encik Fuad, Cik Suraya dah sampai,"

Fuad Sobri yang sedang duduk di balik mejanya terus berdiri
"Suruh dia masuk,"

Wanita itu mengangguk kemudian menoleh memandang Hani Ismail di sebelahnya
"Sila Masuk Cik suraya,"

Hani Ismail mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat, tubuhnya mengigil-gigil, wajahnya tampak pucat bila melihat seorang lelaki bertubuh tinggi, berpakaian kemas tersenyum memandang padanya

"Duduk Cik suraya,"
Arah Fuad Sobri sambil berdiri di depan Single Sofa
"Bukan kat hujung tu, duduk dekat sikit,"

Punggung yang hampir di labuh di angkat semula, Hani Ismail terangguk-angguk kemudian melangkah ke hujung Sofa

"Kalau cik suraya duduk kat hujung sana, terpaksalah saya menjerit-jerit bila bercakap,"
Seloroh Fuad Sobri

Hani Ismail tersenyum tawar, Setelah duduk, Fuad Sobri terus merenung wajahnya, membuatkan Hani Ismail menjadi serba tidak kena

"Tengok gambar Cik suraya kat Resume lagi cantik bila tengok secara berdepan,"
Puji Fuad Sobri dengan senyuman manis

Hani Ismail menunduk, merah padam Wajahnya malu bila di puji namun hatinya sedikit lega bila Fuad Sobri tidak mempesoalkan kelewatannya

"Jangan salah faham ya Cik suraya, itu pujian ikhlas dari saya, tiada maksud apa-apa, saya pun dah kahwih,"

Hani Ismail terus mengankat muka
"Eh tak apa-apa Encik Fuad, Saya tak fikir apa-apa pun,"

Fuad sobri tersenyum
"Baiklah, sebelum tu saya nak minta maaf dulu dengan Cik suraya,"

"Min.. minta ma.maaf, kenapa Encik Fuad,"

"Tenang Cik Suraya, memang sebelum nie saya ada bagitahu pada Encik sharul tentang jawatan kosong dalam department marketing, tapi..?,"

"Ta.. tapi apa Encik Fuad,"
Tanya Hani Ismail lagi, tangan yang bergenggaman jelas mengigil-gigil

Fuad sobri tidak terus menjawab, Fail di atas meja di ambil, di letak di atas pehanya kemudian dia membuka fail tersebut, satu keluhan pelan di lepaskan

"Kalau tengok tahap pendidikan cik Suraya, cuma sampai Spm je, tapi keputusan Spm cik Suraya bagus, semuanya A, kenapa cik Suraya tak sambung belajar?,"

"Sebab waktu tu Covid, Ayah saya cuma Nelayan je, sebab tu saya cari kerja di KL,"
Jawab Hani Ismail, jawapan yang sudah di ajar Sharul iskandar

"Oh betul juga, maafkan saya cik Suraya,"

"Tak apa-apa Encik Fuad,"

"Satu lagi, boleh saya tahu apa hubungan Cik suraya dengan Encik sharul?,"

"Itu tuan saya,"

"Ya, itu saya tahu, maksud saya hubungan yang special,"

Wajah Hani Ismail tampak kecewa saat mengeleng,

"Tiada apa-apa yang special pun Encik Fuad, dia tuan saya dan saya adalah pembantu dia,"

Kepala Fuad Sobri terangguk-angguk pelan
"Tapi cara Encik Sharul minta tolong dengan saya, macam ada hubungan special dengan Cik suraya, but it's okay, so sekarang nie apa yang nak saya beritahu, saya tak boleh beri jawatan tu pada Cik suraya,"

Bibir Hani Ismail hampir tersenyum, entah kenapa hatinya begitu senang bila mendengar kata-kata Fuad Sobri tadi
"Tak apa Encik Fuad, saya faham, lagi pun saya cuma ada spm je,"

"Bukan itu maksud saya, Cik suraya jangan salah faham, bukan saya tak terima cik Suraya, cuma saya nak tawarkan cik Suraya jawatan lain,"

"Haa..? Jawatan lain, Jawatan apa tu?,"

Fuad sobri tersenyum
"Tahniah Cik suraya, mulai hari nie, awak akan berkerja di bahagian department Analysis industries corporate,"

Hani Ismail terus berdiri wajahnya pucat, tangannya bagaikan melambai
"Nanti.. nanti dulu encik fuad, saya datang sini untuk jawatan Marketing, kalau saya tak dapat jawatan tu, tak apa, saya nak balik,"

"Eh tenang dulu Cik Suraya, Encik sharul takde bagitahu cik Suraya ke tentang jawatan tu, sebab saya dah beritahu dia tiga hari yang lepas, dia pun setuju,"

"Encik Sharul setuju,"

Fuad sobri mengangguk

Dengan lemah Hani Ismail melabuhkan punggungnya semula, badannya di balik jubah semakin kuat mengigil

"Ma.. ma.. macam mana sa.. saya nak te..terima, sa.. saya cu.. cuma tahu Marketing je,"

"Janganlah Cik Suraya risau, bukannya saya suruh Cik Suraya terus berkerja, Kami akan berikan satu bulan training, selepas sebulan terpulang pada cik Suraya kalau cik suraya nak teruskan, teruskan saja, kalau tak nak, itu keputusan cik suraya, saya tak akan paksa,"

"Tuk.. Tuk.. Tuk,"

Kedengaran pintu pejabat di ketuk dari luar,

"Masuk,"

Pintu pejabat di buka, wanita free hair tadi tersenyum memandang Fuad sobri

"Maafkan saya Encik fuad, Datuk minta Encik Fuad datang ke pejabatnya segera,"

"Ayah saya ada bagitahu, sebab apa?,"

wanita itu mengeleng
"Tiada Encik Fuad, tapi suara Datuk macam sedang marah,"

"Hish, mesti pasal Farid nie,"
Keluh Fuad sobri, sebelum berdiri
"Cik suraya, mari ikut saya,"

Hani Ismail menunduk bila berjalan di belakang Fuad Sobri, fikirannya runsing hatinya pula cemas, sehinggakan dia berdiri di hadapan pintu kaca manakala Fuad sobri berjalan terus tanpa perasan jika Hani Ismail tiada di belakangnya

Fuad sobri terpinga-pinga bila memalingkan badannya,
"Mana Cik suraya nie?,"

Fuad sobri lantas menjenguk-jenguk di balik pintu kaca bertentangan dengan departmentnya di tengah-tengah ruangan itu kelihatan separuh tubuh Hani ismail sedang berdiri sambil menundukkan kepala

"Cik Suraya!,"
Panggil Fuad sobri selepas membuka pintu kaca

Hani Ismail pantas mengankat muka, terpinga-pinga saat mencari arah suara, dia menoleh ke kiri tiada

"Sini Cik Suraya,"
Tegur Fuad sobri sebelum mengeleng kepalanya

"Maafkan saya Encik Fuad,"
Cepat-cepat Hani Ismail mengayunkan langkah ke arah pintu kaca tertulis Department Analysis industries corporate

"Cepat masuk,"

Hani Ismail bergegas masuk, bola matanya memerhati ruangan di hadapannya, kosong hanya terdapat laluan, kiri dan kanan terlihat seperti ada pejabat, sangat hening, satu suara pun tiada kedengaran

"Okay, yang belah kanan nie, pejabat nombor 1, yang mengetuai pejabat nie, Encik Sham ahmad, nanti kalau ada masa Cik suraya boleh jumpa dengan dia, jawatan dia dengan Cik Suraya sama je, yang sebelah kiri pejabat Cik Suraya, jom masuk,"

Fuad sobri terus memulas tombol pintu, di dalam pejabat itu terdapat tiga staf, dua orang wanita seorang lelaki, mereka semua bangun serentak selepas melihat Fuad Sobri di muka pintu

"Duduk-duduk,"
Pinta Fuad Sobri, selepas sahaja Hani Ismail masuk dia terus saja menutup pintu

"Cik suraya, kenalkan, ini setiausaha Cik suraya, Puan karmala, yang kat belakang tu adalah pembantu Cik suraya, Cik lela dengan Encik Faizal, mereka bertiga akan membantu Cik suraya nanti,"

Hani Ismail tidak bersuara, tubuhnya bagaikan membeku, Matanya terbeliak luas, rahangnya pula bagaikan terjatuh,

"Tutup mulut tu Cik Suraya, memalukan je,"
Tegur Fuad Sobri dengan nada perlahan

Hani Ismail pantas menutup mulut lalu tersengih-sengih memandang Fuad Sobri, tiga orang Staf yang memerhatinya cuba menahan ketawa

Fuad sobri mengeleng sebelum melihat jam di tangannya
"Cik suraya tunggu je dalam bilik tu, nanti staf dari sumber manusia akan datang jumpa cik Suraya, tanya je dia apa-apa soalan, saya kena pergi dulu ya,"

Hani Ismail mengangguk

Fuad sobri bergegas keluar dari bilik, meninggalkan Hani Ismail masih terpinga-pinga berdiri di situ, bibirnya tersengih-sengih memandang para Staf di hadapannya, serba salah untuk masuk ke dalam bilik

"Cik Suraya tunggu je dalam bilik, kalau Cik Suraya nak apa-apa bagitahu je saya,"
Tegur wanita berbangsa india itu dengan lemah lembut

Hani Ismail mengangguk

"Bilik siapa pulok nie, tak akang bilik aku pulok?,"
Bisik Hani Ismail bingung, setelah masuk di dalam bilik itu, lengkap dengan meja dan kerusi, di atas meja terdapat Komputer, Rak-rak dinding di penuhi Fail-fail tebal kelihatan tersusun kemas

Telefon di dalam poket jubahnya cepat-cepat di tarik keluar, Tanpa membuang masa Hani Ismail terus menghubungi Sharul iskandar

Panggilan pertama tidak jawab, membuatkan Hani Ismail menjadi resah

"Tulunglah Tuang, jawab call saya,"
Hani Ismail terus menekan dail namun selang beberapa saat panggilan itu turut tidak di jawab

Hani Ismail berjalan mundar-mandir, wajahnya berkerut seperti ingin menangis, ibu jarinya menekan sekali lagi butang dail

"Hello Hani,"
Kedengaran suara Sharul iskandar di hujung talian

"Tuang.. tulung saya,"

"Kenapa nie Hani?,"

Hani Ismail tidak terus menjawab, kakinya melangkah ke arah belakang meja, kemudian duduk melutut seakan sedang bersembunyi

"Kenape tuang tok bagi tau saya, yang encik Fuad doh tukor jawatang saya,"

"Laa itu rupanya, saya ingat apa tadi, buat saya terkejut je, sorrylah Hani, saya memang taknak bagitahu pada Hani, saja je nak buat surprise,"

"Tuang, saya tak muh, lebih baik saya kerja orang gaji je,"

"Hani? boleh tak Hani cuba dulu, kalau tak boleh baru bagitahu saya, ini belum cuba lagi dah give up, susahlah macam nie,"

"Saya takut tuang, saya mane ada pengalamang, tiba-tiba je ado pejabat sendiri ado setiausaho pulok tu, mati ginie saya tuang,"

"Janganlah risau nanti balik saya ajarlah Hani,"

Hani Ismail diam sejenak, otaknya ligat berfikir
"Patutloh tuang belikang saya kereta, lepas tu suruh saya bayor tiap-tiap bulang,"

Sharul iskandar tergelak di hujung talian
"Alaaa.. okaylah tu, kerja tak sampai sehari dah ada kereta,"

"Kejam betui tuang nie, yang naya saya bukangnya tuang,"

Sharul iskandar tergelak lagi
"Okaylah saya minta maaf, saya ada meeting nie, nanti kalau ada apa-apa masalah Hani call je saya, So please cuba dulu jangan cepat give up okay,"

"Tuang.., saya takut,"

"Hani!, please cuba dulu,"

Hani Ismail mengetap gigi, geram sungguh dia pada Sharul iskandar
"Yelahhh.. tuang nie kejam!,"

Sharul iskandar tergelak
"Loghat tu, jangan guna tahu,"

Hani Ismail terus termangu, selepas saja berbual dengan Sharul iskandar di telefon, dia masih duduk di lantai sambil memeluk lutut,

Pintu bilik di buka dari luar, seorang lelaki berbadan gemuk menjenguk-jenguk di balik daun pintu yang terkuak

"Cik Suraya?,"

Hani Ismail bergegas berdiri, mengejutkan lelaki itu

"Kenapa Cik Suraya duduk kat situ, kenapa tak duduk kat kerusi?,"

Hani Ismail tersengih-sengih
"Ada barang terjatuh tadi,"
Jawab Hani Ismail segaja kelentong

Lelaki itu terangguk-angguk sambil melangkah masuk ke dalam bilik

"Saya Hamdan dari department sumber manusia,"

"Saya Suraya khalid,"

Hamdan tersenyum, tangannya menarik kerusi
"Duduklah Cik Suraya,"

Hani Ismail menarik kerusi, setelah duduk tingkahnya terus serba tidak kena, sekejap tangannya di atas meja, sekejap lagi ke bawah keliru sungguh ingin bertingkah seperti apa bila duduk di atas kerusi itu seumpama bos sedang duduk di hadapan orang bawahannya

"Cik suraya okay tak?,"

Hani Ismail terangguk-angguk
"Okay, okay,"

"Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah pada Cik Suraya kerana dapat jawatan nie,"

"terima kasih,"
Jawab Hani Ismail nadanya seakan tidak gembira

"Tadi bos saya ada beritahu saya supaya terangkan terlebih dahulu berkenaan jawatan nie, kalau Cik Suraya tak faham tanya je, boleh,"

Hani Ismail terangguk-angguk

"Okay, pertama sekali saya nak bagitahu Cik Suraya, jawatan nie adalah salah satu jawatan yang sangat penting dalam bangunan nie kerana setiap keputusan yang di buat oleh Cik Suraya akan mempengaruhi keuntungan dan kerugian syarikat,"

Dahi Hani Ismail berkerut
"Kalau penting sangat kenapa Encik Fuad bagi saya jawatan nie, bagilah kat orang lain?,"

Hamdan mengeluh pelan kemudian menarik kerusinya merapat pada meja

"Cik Suraya janganlah cakap macam tu, bukan senang tahu nak dapat jawatan nie, lebih-lebih lagi Cik Suraya cuma ada Spm je,"
Ujar Hamdan segaja mempelahankan suaranya

"Saya sedar saya cuma ada Spm, tapi saya tak pernah mintak jawatan nie,"

"Eh, Cik Suraya jangan salah faham ya, saya tak berniat nak rendahkan pendidikkan Cik Suraya, apa yang saya maksudkan tadi supaya Cik Suraya bersyukur,"

Hani Ismail mengangguk lemah, wajahnya kelihatan tiada semangat, Hamdan menarik nafas panjang bila melihat raut wajah Hani Ismail

"Pendidikkan memanglah penting, tapi jawatan nie lebih mementingkan kejujuran dan amanah, kalau ada pendidikkan tinggi pun tapi kejujuran dengan amanah tiada, tak guna juga, Staf sebelum nie semuanya ada PHD tapi tiada amanah semuanya kena pecat sebab terima rasuah,"

"Ha? terima rasuah?,"

Hamdan mengangguk
"Sebab perkerjaan Cik Suraya berhubung kait dengan syarikat-syarikat besar di luar yang inginkan projek-projek dari Teguh holding, kalau Cik Suraya nak tahu Teguh holding nie banyak kilang, banyak gudang seluruh Malaysia, semuanya nak kena selengara, tambah lagi jika Teguh holding nak bina kilang baru, mestilah syarikat-syarikat kat luar akan berebut,"

"Habis tu apa kena mengena dengan jawatan nie?,"

"Okay saya bagi contoh, selama lima tahun kilang A di selengara oleh syarikat B selepas lima tahun, walaupun bagus macam mana pun Syarikat B uruskan penyelangaraan Kilang A tetapi selepas lima tahun kontrak dengan Syarikat B tetap akan tamat sebab Teguh holding ingin bagi perluang kepada syarikat lain pula, So bila Teguh holding buka tender hanya ada enam kuota je di berikan kepada syarikat luar untuk dapatkan tander tu,"

"Maafkan saya Encik Hamdan, saya betul-betul tak faham, jawatan saya sebenarnya buat apa?,"

Hamdan mengeluh pelan
"Cik suraya kena selidik setiap tawaran yang di tawarkan syarikat-syarikat yang inginkan tander tu, Selidik kemampuan syarikat mereka, betul ke mereka ada pengalaman dalam bidang selengara, bagaimana kemampuan kewangan mereka, berapa ramai pakar-pakar selengara yang berkerja dalam syarikat mereka, dalam beberapa tahun, berapa ramai perkerja yang kena buang, yang kena pecat ataupun yang berhenti itu pun kena selidik punca semua tu belaku, lepas Cik Suraya dah selidik semua syarikat tu So pilihlan mana syarikat yang sesuai, lagi pun keputusan akhir tetap di tangan Encik Fuad dengan Datuk,"

Hani Ismail melopong, terkebil-kebil matanya memandang Hamdan

"Cik Suraya okay tak?,"

"Banyaknya kerja, matilah saya macam tu,"

Hamdan mengeleng-geleng kepalanya
"Kalau dah biasa nanti takdelah rasa banyak,"

Hani Ismail terus duduk menyandar, di pusing-pusing kerusinya sambil wajahnya di raup beberapa kali

Hamdan memeluk tubuh, bibirnya menyeget memerhati tingkah Hani Ismail

"Lupa saya nak tanya?,"
Hani Ismail kembali duduk menegak
"Pasal rasuah tadi tu, siapa yang bagi rasuah?,"

"Tentulah syarikat-syarikat yang berebut tander tu, siapa lagi,"

"Macam mana diaorang boleh kantoi?,"

"Itu saya tak tahu, sebab tu saya cakap tadi, kerja nie kena ada kejujuran dan amanah, syarikat dah bagi gaji besar tapi masih lagi ambil rasuah so apa guna ada pendidikkan tinggi,"

Bibir Hani Ismail tersengih-sengih
"Banyak sangat ke gaji untuk jawatan nie?,"

Hamdan terangguk-angguk
"Gaji pemulaan, 4500 ringgit, lepas tiga bulan gaji Cik Suraya akan di naikkan sebanyak 1500 ringgit total semua 6000 ringgit, syarikat juga akan sediakan kad patrol dengan kad tol, setiap tahun gaji akan naik ada bonus lagi, okaylah tu kan,"

Mulut Hani Ismail serta-merta ternganga luas, seakan tidak pecaya apa yang baru saja dia dengar

Handam hampir tergelak
"Janganlah over sangat Cik Suraya kalau terkejut pun,"

Hani Ismail cepat-cepat menutup mulutnya
"Biar betul, banyak ya gaji,"

Hamdan mengangguk
"Cik Suraya kena selalu ingat, setiap kali Cik Suraya pergi melawat syarikat-syarikat yang berebut tender tu, jaangan terima apa saja pemberian dari mereka, duit ke, bunga, coklat, jika diorang ajak gie makan, jangan ikut, walaupun mereka bagi name kad sekali pun, Cik Suraya jangan terima, semua tu bahaya, Cik Suraya kena tegas, ingat Cik Suraya, jawatan Cik Suraya nie umpama seorang raja yang sedang masuk dalam istana, Tan seri ke, Datuk ke yang tengah duduk kat atas akan turun sambut Cik Suraya,"

"Betul ke?,"

"Betullah buat saya nak tipu,"

Bibir Hani Ismail tersengih-sengih, tiba-tiba Sahaja dalam fikirannya membayangkan Zul Denial sedang berlutut di hadapannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience