Bab 18

Humor Completed 55808

Teguh holding

Hani Ismail duduk menopang dagu sambil membelek Id kad pemberian Hamdan, katanya Id kad Staf dari department Analysis industrial berbeza dari Id kad Staf-staf department yang lain, jika ada staf yang melihat Id kad miliknya, mereka semua akan respect

Bibir Hani Ismail tersengih sumbing
"Apa yang bezanya, bukang buat dari emas pung,"

Telefon di meja di angkat, jam di skrin menunjukkan pukul 9.59 pagi

"Lapornya, Hmm..,"
Bisik hani Ismail, bibir menyenget, badan di angkat untuk duduk menegak, retinanya melirik-lirik ruangan bilik, perutnya saat itu sudah pun bergendang, memikirkan tiada kawan untuk menemaninya ke kantin membuatkan dirinya sedikit takut

"Alahai sedih betui aku nie..., makang pung nok bertemang,"
Getus hati Hani Ismail lalu bangkit dari duduknya, Id kad Staf di gantung di leher sebelum melangkah ke arah pintu

"Cik suraya nak pergi kantin ke,"
Tegur kamala bila melihat Hani Ismail keluar dari bilik

"Ah.. ah,"
Hani Ismail mengangguk
"Puan kamala, Cik lela, dengan Encik Faizal tak pergi katin ke sarapan?,"
Tanya Hani Ismail pula, berharap jika salah seorang dari stafnya ada yang mahu pergi ke kantin

Puan kamala menoleh memandang Lela dan Faizal sedang tersenyum

"Kami semua bawa bekal dari rumah,"
Jawab Faizal sambil menunjuk bekas makanan jenis bertingkat

"Ha? boleh bawa bekal ke?,"

Faizal, Lela dan kamala serentak ketawa bila melihat wajah terkejut Hani Ismail

"Bolehlah Cik suraya, kat luar tu kan ada pantry,"
Jawab Lela pula

"Kat mana?,"

Faizal terus bangun dari duduknya, tergesa-gesa dia melangkah ke arah pintu

"Belakang sana Cik suraya, jom pergi tengok,"
Kata Faizal sambil menahan daun pintu untuk Hani Ismail keluar

"Besar juga, sebab semalam saya ingatkan ini pejabat,"
Ujar Hani Ismail setelah masuk ke dalam pantry teletak di hujung department Analysis industrial, lengkap dengan kebinet, peti ais dan meja

"Lain kali kalau Cik suraya bawa bekal atau bungkus dari kantin, makan je kat sini,"

Hani Ismail terangguk-angguk,
"Okay, terima kasih ya encik Faizal,"

Pintu Lif terbuka setelah berhenti di tingkat satu, Saat Staf-staf Teguh holding ingin keluar dari lif, ada dari kalangan mereka sempat menjeling pada Hani Ismail namun Hani Ismail hanya membuat wajah bersahaja tidak menunduk atau malu, semuanya atas didikkan dari sharul iskandar mengajarnya supaya berani dan tegas

Hani Ismail berjalan menegak seakan sedang mendabik dada ke arah pintu kantin tanpa mengendahkan tatapan dari Staf-staf Teguh holding yang sedang berdiri di luar pintu kantin, bola matanya merayau melihat sekitar ruangan kantin, terdetik rasa kagum dengan keluasan kantin tersebut, namun bola matanya terpaku bila melihat seorang gadis berpakaian seragam biru sedang duduk bersendirian menikmati sarapan pagi

Bibir Hani Ismail mengukir senyuman, cepat-cepat kaki di ayun ke arah gerai-gerai yang menjual juadah untuk sarapan pagi

Tidak lama selepas itu

"Assalamualaikum,"
Sapa Hani Ismail pada gadis sedang makan bersendirian itu sambil membawa satu pinggan nasi goreng berlauk hati masak sambal dan satu piring di penuhi beberapa jenis kuih muih

"Waalaikummusalam, eh kak suraya,"
Fazura tersenyum setelah mendongak bila melihat hani Ismail berdiri di sebelah kirinya

"Boleh kak duduk?,"

"Eh, tentulah boleh,"

Hani Ismail cepat-cepat menaruh sarapannya di atas meja
"Tunggu kejap ya kak nak pergi ambil air,"

Selang beberapa saat, dua gelas milo ais di taruh di atas meja

"Satu nie untuk Fazura,"

"Eh, kak suraya nie, tak payahlah,"
Fazura sedikit terkejut bila Hani Ismail menaruh milo ais di depannya

"Kak nak belanja, sebab fazura tolong kak semalam, Kuih-kuih nie pun kak beli untuk Fazura,"

Wajah Fazura tampak sedikit malu sehingga kepalanya menunduk

"Fazura?,"

Fazura sekadar mengangguk pelan namun tidak mengankat mukanya

"Tak baik tahu, kalau kita asyik menunduk kat orang, padahal kita nie sama-sama je manusia, takde yang lebih, takde pun yang kurang,"

"Saya nie cleaner je kak, kalau semua meja dalam kantin nie penuh, diorang lebih rela makan berdiri dari duduk dengan saya,"

Hani ismail diam seketika, wajah fazura yang sedang menunduk di tatap simpati lalu dia memanjangkan leher membisikan sesuatu di telinga Fazura

Fazura serta merta mengankat muka, matanya membulat bila melihat Hani Ismail

"Betul ke kak?,"

Hani Ismail tersengih-sengih bila mengangguk

"Baik ya majikan kak Suraya,"

"Baikkan,"

Fazura mengangguk
"Dia ada hati dengan kak Suraya ke?,"

Hani Ismail sengaja membuat raut sedih
"Tak Fazura, dia langsung tak suka pada kak,"

"Habis tu, perasaan kak Suraya pulak macam mana, kak Suraya suka tak kat dia,"

Hani Ismail membulatkan matanya
"Bukan setakat suka je, tapi kak dah tergilakan dia, sampai kak pun dah hampir gila,"

Fazura ketawa kuat begitu juga dengan Hani ismail, gelak tawa mereka berdua telah menarik perhatian Staf-staf yang berada di dalam ruangan kantin serta merta memandang ke arah mereka

"Wow.. happynya,"

Fazura yang masih ketawa pantas berubah air mukanya, bila bola matanya melihat susuk tubuh lelaki ber-blazer biru berdiri di belakang Hani Ismail

Hani Ismail terpinga-pinga hairan bila melihat Fazura tiba-tiba diam dan terus menunduk, dia menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang menegur tadi namun tiada, dalam masa yang sama Kedengaran bunyi kerusi di sebelahnya di tarik, bibir yang masih melirik senyuman terus sahaja menoleh untuk melihat

"Hom.. hom.. hom..,"
Bagaikan gugur jantung hani Ismail bila melihat lelaki yang sedang duduk di sebelahnya

"Apa yang hom.. hom?,"
Tanya lelaki itu garang nadanya

"Tak.. tak.. takde apa-apa,"
Hani Ismail terus menunduk terketar-ketar tangannya memegang sudu dan garpu, manakan tidaknya jika yang sedang duduk di sebelahnya itu lelaki paling biadap dalam bangunan Teguh holding

Tingkah Hani Ismail dan fazura sekali lagi menarik perhatian Staf-staf di ruangan kantin, ada yang ketawa pelan, ada yang berbisik-bisik sambil tergelak, lucu bila melihat dua orang gadis yang ketawa tadi seperti sedang membeku di tempat duduk masing-masing

"Duit lebih semalam ada lagi tak?,"
Tanya Farid Husin pada Fazura

"Ada lagi,"

"Tunggu apa lagi, macam biasalah, aku dah lapar nie,"

Hampir ternganga mulut Hani Ismail mendengarnya, kepala yang sedang menunduk di miringkan sedikit untuk melihat Fazura dan Fazura pula membalas dengan mengerut hidung saat memandang hani Ismail sebelum kakinya di ayun mahu membeli sarapan pagi untuk farid Husin

"Woi..?,"

Hani Ismail tidak membalas, matanya di pejam rapat berpura-pura tidak mendengar panggilan dari Farid Husin

"Woi, kau pekak ke, buat-buat pekak, kau tak dengar ke aku panggil,"

"Dengar, dengar,"

"Habis tu angkatlah kepala kau atau kau nak aku tolong angkatkan?,"

"Tak.. tak,"
Pantas saja hani Ismail mengankat kepalanya, duduk menegak seakan membeku

Farid Husin mengecilkan mata, memerhati muka Hani Ismail sebelum melihat Id kad yang tergantung di leher gadis itu

"Kau rupanya, buah hati si Sharul,"

"Eh mana ada, kawan biasa je,"
Jawab Hani Ismail, merah padam wajahnya kerana malu

Farid Husin tersenyum senget
"Makanlah, tak usah takut dengan aku, aku bukan makan orang,"

"Memanglah kau tak makang orang, tapi kau makang perasaang orang,"
Bisik Hani Ismail dalam hatinya sambil terangguk-angguk

**

KL sentral

Restoran Al-Angsar terletak di tingkat bawah block 2 Kl Sentral, di hadapan pintu masuk kelihatan Sharul iskandar sedang melangkah masuk ke dalam restoran itu bola matanya merayau mencari seseorang sebelum dia melihat seorang lelaki berkemeja putih sedang melambai ke arahnya

"Awal betul kau ajak aku makan tengahari,"
Kata Sharul iskandar sambil tangannya menarik kerusi

Zul Daniel melihat jam di tangannya
"Awal apa ya, sekarang dah jam12,"

"Aku selalu lunch pukul 1.30,"

"Satu jam setengah je apa bezanya,"

Sharul iskandar tersengih sambil memandang seorang pelayan wanita sedang menghampiri meja

"Macam biasa Ke Encik Sharul,"
Tegur pelayan wanita itu

"Yes, semua lebih tahu,"
Jawab Sharul iskandar seperti sudah biasa makan tengahari di restoran itu

Pelayan wanita mengangguk dengan bibir tersenyum, Selepas mengambil order dari Sharul iskandar, dia terus berlalu pergi

"So sekarang nie kenapa kau nak jumpa aku, ada hal penting ke?,"

Zul Denial mengeluh pelan, dahi luasnya di usap-usap pelan
"Mulanya aku nak jumpa kau sebab satu hal je, lepas aku jumpa daddy aku, dah jadi dua hal,"

"Penting ke?,"

Zul Denial mengangguk kemudian meletakkan kedua tangannya di atas meja

"Aku rasa Sharul, Mirah dah ada..?,"

Sharul iskandar berdengus kuat membuatkan Zul Denial terdiam

"Kau tahu ke?,"

Sharul iskandar mengangguk
"Petang semalam, lepas aku balik, dia datang office aku, nak cari kerja,"

"OMG,"
Berkerut dahi Zul Denial
"Dia ada call aku, minta aku duit, yes dari dulu lagi aku boleh bagi dia duit, itupun kalau dia serahkan Lily pada aku, tapi bila aku tanya pasal Lily terus je dia matikan phone, tapi kau jangan salah faham dengan aku Sharul, aku mengaku apa yang belaku pada Mirah salah aku juga, tapi aku dah setuju nak kahwin dengan dia, keluarga aku pun dah setuju, masalahnya dia ajak aku kahwin kat Thailand, of courselah aku tak setuju,"

Sharul iskandar terangguk-angguk, kenyataan yang pahit sudah lama dia telan bila adik sepupu yang di amanahkan makciknya untuk di jaga kerana mahu berkerja di KL berubah sifat hanya kerana tergilakan kawan baiknya itu,

"Aku pun hairan sharul, selama empat tahun nie, macam mana dia besarkan Lily, yang buat aku lagi hairan, time covid dia langsung tak call aku,"

"Kau pernah cari dia ke?,"

"Of courselah Sharul, kau ingat aku nie jahat sangat ke?,"

Saat Sharul iskandar ingin membuka mulutnya, retinanya terpandang pelayan wanita tadi sedang membawa hidangan yang di order ke mejanya

"Ini dia Encik Sharul, nasi ayam dara dengan Jus apel,"
Kata Pelayan wanita itu sambil menaruh set makanan tengahari Sharul iskandar di atas meja

"Alhamdulilah, terima kasih,"
Ucap Sharul iskandar

"Menu baru ke, tak pernah tengok pun,"
Tanya Zul Denial sambil memerhati hidangan di pinggan Sharul iskandar menarik perhatiannya

"Ah.. ah, nie menu baru,"
Jawab pelayan wanita itu

"Kalau gitu bagi saya satu, tapi biasa je tau tak nak lebih,"

Pelayan wanita itu mengangguk, seperti biasa bibirnya tersenyum sebelum beredar

"Janganlah makan dulu Sharul, tunggulah aku punya sampai, barulah syok makan sama-sama,"

"Tadi tak nak order,"

"Hish manalah aku tahu ada menu baru,"

Sharul iskandar mengeleng
"Ha kat mana tadi kita berhenti?,"

"Pasal cari Mirahlah,"

"Dahlah pasal Mirah tu Denial, aku dah malas nak fikir pasal dia lagi, dia hidup ke, mati ke, itu hal dia aku malas nak ambil tahu,"

Zul Denial diam sejenak, wajah kawan baiknya itu di renung seketika
"Kau marah aku ke sharul?,"

"Buat apa aku nak marah kau, dia yang cari kau, dah berbuih mulut aku nie larang, dah beratus kali aku dah bagi nasihat, tapi dia degil jugak, Ah! pergi mam-lah,"
Jawan Sharul iskandar tinggi nadanya seakan begitu kecewa dengan adik sepupunya itu

"Okaylah kita lupakan pasal tu dulu, nie sharul, hiss?,"
Zul Denial meraup wajahnya, lagaknya itu seakan serba salah untuk meneruskan perbualan

"Cakap jelah,"

"Aku harap kau jangan salah faham Sharul, kalau bukan kerana masalah syarikat daddy aku, aku pun tak nak berbual dengan kau pasal kerja,"

"Apa masalahnya?,"

"Nie.., kau ada dengar tak tentang pembinaan kilang baru kat perak?,"

"Siapa yang nak bina?,"
berkerut dahi Sharul iskandar kurang faham pertanyaan kawan baiknya itu

"Teguh holdinglah, siapa lagi,"

Sharul iskandar tidak terus bersuara, sekali lagi retinanya terpandang pelayan wanita tadi sedang membawa hidangan tengahari untuk Zul Denial

"Kita makan dulu, nanti kita sambung,"

Zul Denial mengangguk

Sharul iskandar kelihatan begitu berselera menikmati hidangan tengaharinya namun bola matanya sekali sekala melirik memandang Zul Denial, bibirnya tersenyum nipis seakan ada sesuatu dalam otaknya saat itu sedang merancanakan sesuatu

Setelah mereka berdua selesai makan, Sharul iskandar duduk menyandar, wajah Zul Denial di tenung dengan bibir menyenget membuatkan kawan baiknya itu terpinga-pinga hairan

"Kenapa kau pandang aku macam tu Sharul, takut pulak aku,"

"Aku dengar dari Hani, kau marah dia, betul ke?,"

Zul Denial sedikit tersentak dengan pertanyaan Sharul iskandar

"Aku tak bermaksud nak marah dia Sharul, dia macam nak game aku, sekejap cakap sepupu kau, lepas tu mengaku sebagai orang gaji, mana satu yang betul,"

Sharul iskandar dapat melihat keadaan Zul Denial seperti cacing kepanasan

"Kalau ya pun kau marah perlu ke kau maki dia,"

"Wait.. wait Sharul, I think there is a misunderstanding, aku takde maki dia okay, sumpah memang takde,"

"Tapi dia cakap kat aku, kau maki dia waktu kau nak keluar dari kafe,"

Zul Denial terus bangun dari kerusinya, dahinya di usap-usap keras

"I'm not swearing at her, tapi pada Rina, kebetulan time aku nak keluar dari kafe tu aku nampak Rina, time tu aku memang ada gaduh dengan dia,"

"Betul ke?,"

"OMG Sharul, tak akanlah aku nak tipu, apa kata kau beri nombor Hani, biar aku minta maaf kat dia,"

"Okay.. okay aku pecaya, duduk, orang tengah tengok tu,"

Zul Denial terus duduk, wajahnya di raup lagi kelihatan jelas kulit wajahnya yang putih sudah memucat

Sharul iskandar diam sejenak, otaknya mula ligat untuk meluahkan rencananya
"Baru-baru nie aku ada dengar Teguh holding ada lantik staf baru dalam department Analysis,"

"Department Analysis?,"

Sharul iskandar mengangguk
"Tak akan kau tak tahu, function department tu?,"

"Yes i know, tapi kenapa kau beritahu aku?,"

Sharul iskandar mengusap-ngusap dagunya
"Aku rasalah, tapi aku belum pasti lagi, kemungkinan staf baru tu akan uruskan hal berkenaan dengan pembinaan kilang baru tu,"

Dahi luas Zul Denial berkerut
"Okay, tapi dia tahu ke bila tarikh tander tu akan keluar?,"

"Itu kau kenalah tanya dia, jangan tanya aku,"

"Aku mana kenal,"

"Kau tak kenal ke?,"

Zul Denial mengeluh berat
"Manalah aku kenal,"

"Bukan ke baru-baru nie kau dengan girlfriend kau ada bergaduh dengan dia,"

"Bila?,"

"Cuba kau ingat balik, time girlfriend kau ada appointment kat Salon Mama aku, dia ada bergaduh dengan seorang perempuan,"

Tiba-tiba Zul Denial menepuk tangannya dengan kuat sehingga memeranjatkan pelanggan-pelanggan yang berada di dalam restoran namun berbeda dengan reaksi sharul iskandar, wajahnya tampak tenang

"Yes.. yes i remember that beautiful girl, OMG perempuan tu ke Sharul?,"

Sharul iskandar mengangguk bibirnya tersenyum senget, senang sungguh hatinya bila melihat wajah teruja Zul Denial

"Kau tahu tak nama dia Sharul?,"

"Wait Denial, kenapa kau teruja sangat?,"
Sharul iskandar berpura-pura bertanya walaupun hakikatnya dia sudah lali dengan sifat playboy kawan baiknya itu

Bibir di gigit, tangan pula di ayun seperti baru memenangi jackpot, Zul Denial tidak menyangka jika Sharul iskandar mengenali perempuan yang sering bermain di fikirannya sejak kebelakangan ini

"Sebab aku dah jatuh cinta dengan dia,"
Tanpa segan silu Zul Denial membuat pengakuan pada Sharul iskandar

"Habis tu girlfriend kau macam mana?,"
Sharul iskandar mengeleng

"For your information Sharul, aku dah putus dengan dia sebab aku dah tak tahan dengan perangai bangang dia tu, pantang ada perempuan cakap dengan aku, dia nak serang sampai sepupu aku Si shila tu pun dia pergi serang, so I'm done dengan perempuan tiga suku tu,"

"Waktu bercinta memuji-muji, bila putus menghina, Denial, Denial,"
Sindir Sharul iskandar

"Hey pleaselah don't say that,"
Balas Zul Denial, wajah terpinga-pinga, bibir tersengih-sengih seakan mengerti maksud sindiran Sharul iskandar

"Minggu depan birthday kau kan?,"

Zul Denial mengangguk
"Kau nak datang ke?,"

"Of courselah tak,"

"Habis tu kenapa kau tanya, kalau tak nak datang,"

"Nanti kau bagi satu kad jemputan pada Fatin letak nama Suraya Khalid,"

"Suraya Khalid?,"


Setelah berbual panjang dengan Zul Denial, Sharul iskandar terus kembali ke pejabatnya,

Pintu Lif terbuka, Saat Sharul Iskandar melangkah keluar, retinanya terpandang kelibat anak kecil berlarian di balik pintu kaca Syarikatnya, giginya di getap geram, kakinya terus di ayun laju ke arah pintu

Jam besar di dinding pejabat energy telecommunications menunjukkan pukul 1.15 tengahari, waktu rehat bagi semua staf energy telecommunications, Pejabat saat itu hampir kosong, Najwa yang sedang terkejar-kejar anak kecil tadi serta merta terkejut tidak menyangka majikannya akan masuk ke dalam pejabat lebih awal, begitu juga dengan Fatin sedang asyik berbual dengan seorang perempuan berambut panjang hampir paras pinggang terus berdiri bila melihat Sharul iskandar

Wajah sharul iskandar tampak bengis bila memandang perempuan tinggi lampai, kulit hitam manis wajah persis anak mami belah utara berdiri di sebelah Fatin

"Abang Sharul?,"
Mirah menegur

"Kau masuk sekarang!,"
Herdik Sharul iskandar mengejutkan Fatin dengan Mirah

Fatin mengusap dahinya, dia juga seperti Najwa tidak menyangka jika Sharul iskandar akan masuk pejabat lebih awal

"Aduhai, Pergi jelah masuk Mirah,"
Bisik Fatin pada Mirah, wajahnya tampak cemas bila melihat Sharul iskandar dalam keadaan marah dan merasa bersalah kerana membenarkan Mirah masuk ke dalam pejabat walaupun sudah di larang majikannya

Mirah mengerut wajah nak tak nak dia terpaksa menurut, badannya yang ramping jelas kelihatan mengigil-gigil ketakutan saat membuka pintu bilik Sharul iskandar

Meja di hempuk dengan kuat, kerusi pula di tendang bila Mirah menutup pintu

"Berani betul kau masuk dalam pejabat nie, kau ingat kau tu siapa!,"
Herdik Sharul iskandar sambil mencekak pinggangnya

Mirah hanya menunduk, tubuhnya semakin kuat mengigil, pertanyaan Sharul iskandar tidak berani di jawab

"Tengoklah keadaan kau sekarang, dulu waktu kau datang dari kedah macam perempuan solehah, sekarang nie dah macam perempuan murahan dah takde harga, kau tak malu ke?,"

Mirah terus mengankat muka, begitu terkilan dengan hinaan Sharul iskandar

"Sampai hati abang cakap tu pada Mirah, Mirah nie sepupu abang,"

Dalam keadaan marah Sharul iskandar melangkah menghampiri Mirah, jari telujuk di angkat tepat di muka Adik sepupunya itu

"Apa kau cakap sundal, cuba kau ulang balik,"

Mata Mirah membulat, geram sungguh bila mendengar perkataan sundal muntah dari mulut Sharul iskandar

"Mirah nie aa...?,"

"Pak!!,"

Tubuh Mirah yang tinggi lampai terus terjatuh ke lantai bila pipinya terkena tamparan kuat dari tapak tangan Sharul iskandar, dalam keadaan yang masih mamai setelah di tampar, dia cuba mengagahkan diri untuk bangun namum sekali lagi Sharul iskandar menghanyun tapak tangannya tepat mengenai pipi kirinya

Satu raungan kuat kedengaran sehingga di luar bilik pejabat Sharul iskandar mengejutkan Fatin, Najwa dan beberapa Staf dalam ruangan pejabat saat itu, Najwa dan Fatin seakan tidak berani untuk masuk ke dalam bilik majikannya untuk melihat apa yang sedang belaku, Suara raungan di selang seli bunyi tangisan semakin jelas kedengaran

"Najwa, call Rajesh cepat, kalau tak mati Mirah tu nanti,"
Arah Fatin, wajahnya cemas sambil berdiri di depan pintu bilik Sharul iskandar

Najwa yang sedang duduk sambil menutup telinga anak kecil di ribanya cepat-cepat mengangguk

"Di sebabkan kau papa aku dan mak kau bertahun-tahun tak bertegur, sebabkan kau hubungan adik beradik terputus!, kau malukan keluarga aku di sebabkan nafsu bangsat kau tu, lepas tu berani kau cari aku, kau tak tahu malu ke?,"

Mirah yang masih meraung dengan tangis esak, hanya mampu mendengar,

"Kau nak kerja, aku bagi kau kerja, kau merungut muka kau hodoh, aku ubah kau jadi cantik, hanya di sebabkan jantan kau berubah jadi perempuan murahan,"

"Ya memang saya gilakan lelaki tu, tapi lelaki tu kawan abang, kenapa abang tak halang saya!,"

"Sial punya betina, berani kau salahkan aku!,"
Herdik Sharul iskandar, tangannya menyentap rambut adik sepupunya, Mirah menjerit

"Stop Sharul!,"

Seorang lelaki bertubuh tegap, tinggi lampai berkemeja hitam pantas memegang tangan Sharul iskandar cuba melepaskan tangan Sharul iskandar dari terus menyentap rambut Mirah

Sharul iskandar melepaskan tangannya, wajah lelaki itu di tatap berang

"Kau tahu apa si bangsat nie cakap kat aku, dia salahkan aku, sebab aku tak halang dia dari sukakan Denial, kau beritahu kat bangsat nie berapa kali aku nasihatkan dia, kau beritahu kat bangsat nie!! apa yang di cakap kat aku depan kau waktu dekat pub dulu, kau beritahu dia sekarang,"

"OMG Sharul, tolonglah sabar, Staf kat luar dengar,"

Sharul iskandar berjalan mundar-mandir, nafasnya kencang, perasaan geramnya pada Mirah masih lagi membara, entah kenapa hatinya begitu benci bila melihat wajah adik sepupunya itu

"Kau bawak dia keluar, kau humban je dia kat mana-mana, aku tak perduli,"

Perlahan-lahan Rajesh melangkah menghampiri Sharul iskandar, bahu kawan baiknya itu di gosok-gosok lembut

"Bro, you dah lupa ke kat luar tu, Lily dengar Mama dia menjerit, Mama dia menangis, you tak kesihan ke dengan anak mirah tu,"

Mirah duduk berlutut, tiba-tiba bersujud

"OMG, don't do that Mirah, ini salah!,"
Rajesh cepat-cepat mengankat tubuh Mirah daripada terus bersujud

"Abang Mirah minta maaf, mirah mengaku semua tu salah mirah, Mirah bukan sengaja nak malukan abang, keluarga abang, Mirah lari sebab ayah tiri mirah tak nak mengaku Mirah nie anak dia, selama nie mirah tak pernah beritahu abang macam mana hidup Mirah di kedah, Ayah tiri Mirah, adik-beradik Mirah, layan Mirah macam hamba abdi, Macam mana Mirah nak kahwin dengan Denial kalau keluarga Mirah sendiri tak nak mengaku Mirah sebahagian dari keluarga,"

Mirah diam sejenak, air mata yang membasahi hampir seluruh wajahnya di kesat mengunakan kedua tangannya

"Mirah berubah bukan di sebabkan Denial, Mirah berubah sebab tertekan, bila abang marah Mirah, sikit-sikit nak halau Mirah, nak pecat Mirah, salah ke Mirah sukakan Denial,"

"Kalau kau nak tahu, apa yang kau buat tu salah atau pun tak, kau pergi keluar, kau tengok muka anak kau, itulah hasil daripada perasaan kau pada Denial, itu sebab mengapa aku selalu marahkan kau,"

Mirah terangguk-angguk
"Ya Mirah mengaku semua tu salah Mirah, Tolonglah Maafkan Mirah,"

"Rajesh please, kau tolong bawa dia keluar, aku tak nak tengok muka dia,"

Untuk semua pembaca, Kisah Maid & Cinderella belaku pada saat yang sama dengan kisah Farid Husin dan Fazura (watak lelaki paling biadap) sebelum mereka berdua berkahwin,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience