CHAP 22

Short Story Series 9732

Inarra Noura berjalan dengan selamba keluar dari pintu lift, dengan tangan sebelahnya dipoket seluar menunjukkan seperti dia berjalan didalam mall, kemudian dia berjalan melewati meja meja eksekutif dengan riak yang bersahaja, hampir kesemua pekerja yang melihat Inarra Noura bingkas bangun dan memberikan pandangan yang penuh hormat. Hanya mereka yang berada di jaatan itu sahaja yang tahu status jawatan Inarra Noura disitu ianya tak lain tak bukan adalah pemilik syarikat tersebut. Mereka semua menyapa Inarra dengan ucapan selamat pagi. Inarra Noura hanya mengangguk dan terus melangkah ke biliknya. Sampai sahaja dipintu bilik, Inarra Noura teringat sesuatu kemudian dia berpatah balik.

“Fahmy mana? Saya tak nampak dia pun?” Tanya Inarra Noura kepada salah seorang pekerjanya.
“Saya rasa tuan Fahmy keluar tadi, cik ada apa apa yang disampaikan ke? Saya boleh tolong” balas gadis yang memakai tanda nama ‘Sarimah’ itu.
“Buat setakat ni belum lagi, cuma kalau dia dah balik suruh dia masuk, dan satu lagi, awak staff baru ke?” Soal Inarra Noura.
“Ya saya cik, baru 2 bulan disini, tapi cik boleh tunggu disofa sebentar sebelum tuan Fahmy balik” jawab gadis itu dengan nada yang agak sombong dan menunjuk ke arah sofa yang berdekatan dengan cermin tingkap di sudut.
“Oh takpe, saya tunggu dia kat dalam” balas Inarra Noura memusingkan badannya.
“Tapi cik, Tuan Fahmy tak benarkan siapa siapa masuk ke biliknya” balas Sarimah.
“Sejak bila bilik saya jadi ‘bilik’ dia?” Balas Inarra Noura menoleh tepat kepada Sarimah. Kelihatan Sarimah memancarkan muka yang tidak berpuas hati. Salah seorang pekerja yang ternampak drama tersebut berlari menuju ke arah mereka.
“Maafkan saya cik, silakan masuk cik. Saya akan uruskan dari sini” balas pekerja tersebut. Inarra Noura hanya memandang kearah pekerja tersebut.
“I give you 5 minute to settle down” kata Inarra Noura
“And you, goodluck for your future” balas Inarra Noura kepada Sarimah sambil senyum. Sarimah hanya menelan air liurnya. Pada awal dia bekerja, dia menyangka bahawa Fahmy Ahmad ialah pemilik syarikat tersebut. Dengan hasil bantuan orang dalam, dia berjaya mendapatkan jawatan sebagai Pembantu Peribadi kepada Fahmy Ahmad. Dan tidak menyangka bahawa tekaannya salah. Mereka memandang Inarra Noura masuk ke biliknya.
“Sally, I rasa you better jumpa HR, they will explain kat you” kata pekerja tersebut. Sarimah hanya terkebil kebil.
“I rasa I takde buat salah apa apa, kenapa kena jumpa HR pulak, and dia siapa nak masuk bilik tuan Fahmy tanpa kebenaran?” Balas Sarimah apabila kembali ke dunia nyata.
“Just go Sally. Jangan panjangkan cerita kat sini” Kata pekerja itu. Sarimah membuat muka cemberut dan berlalu pergi untuk berjumpa dengan HR.
‘Here we go. Another bad day will come’ detik hati pekerja yang cuba menyelamatkan keadaan.

Inarra Noura memandang sekeliling biliknya dengan tenang. Kemudian dia berdiri dihadapan tingkap cerminnya melihat pemandangan diluar. Dari jauh kelihatan menara berkembar KLCC, tiba tiba kedengaran ketukan perlahan dari luar pintu biliknya, tanpa disuruh, pintunya terbuka dari luar. Fahmy Ahmad berjalan masuk dengan memegang segelas kopi Starbucks disebelah tangannya manakala tangannya yang lagi satu disorokkan dibelakang badannya. Dia meletakkan cawan dimeja Inarra Noura dan kemudian berdiri berdekatan dengan meja menunggu Inarra Noura memulakan bicara.
“Firstly, settlekan 3 manusia yang ada dalam syarikat ni. 2 dari bahagian keselamatan, 1 it’s your secretary. Secondly I need to see their resume as soon as possible and aku nak tahu macam mana dia orang boleh terlepas masuk. Third, zoom meeting kejap lagi aku nak kau lead. I’m just listening from beside. And fourth. Aku lapar” kata Inarra Noura perlahan. Fahmy Ahmad tersenyum kecil mendengar permintaan terakhir Inarra Noura. Kemudian dia meletakkan Beef Pie kegemaran Inarra Noura diatas meja. Inarra Noura memusingkan badannya menghadap Fahmy Ahmad dan kemudian dia duduk di kerusinya. Sambil tersenyum seperti seorang kanak kanak mendapat gula gula dia mencapai Beef Pie nya dan membuka kertas pembalutnya. Fahmy Ahmad mencapai kerusinya dan duduk dihadapan Inarra Noura tanpa disuruh.
“As you wish my lady. Kau makan dulu, aku settlekan permintaan kau sekarang.” Kata Fahmy Ahmad.
“Okay. And thanks” balas Inarra Noura dengan mulutnya yang penuh. Fahmy Ahmad hanya mengangguk dan senyum ke arah Inarra Noura. Fahmy Ahmad bangun dan keluar dari bilik Inarra Noura. Ketika Inarra Noura sedang leka mengunyah, dia terpandang satu sampul berwarna hitam dibawah bekas yang berisi pen. Dengan tidak teragak agak dia mencapai dan membuka untuk melihat isi sampul tersebut.

‘TOGETHER WITH THEIR FAMILY DAMIAN & ELIZA INVITE YOU TO THEIR WEDDING CEREMONY’
‘TUESDAY’
‘FEBRUARY 20TH 2020’
‘AT 4PM IN THE AFTERNOON’
()

Inarra Noura berhenti mengunyah melihat nama yang tertera dikad undangan tersebut. Dia menyandarkan kepalanya di kerusi dan matanya masih menatap lama di kad undangan tersebut. Hilang seleranya apabila melihat nama yang tertera. Terimbau kembali kenangan demi kenangan yang telah lama dia padamkan dari ingatannya. Dia mengelamun jauh sehinggakan tidak menyedari yang Fahmy Ahmad duduk dihadapannya sambil memandang ke arah Inarra Noura. Terpacar riak suram diwajah Inarra Noura ketika itu dan hal itu membuatkan Fahmy Ahmad terasa sedikit janggal. Dia bangun perlahan lahan dan meninggalkan Inarra Noura bersendirian didalam pejabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience