CHAP 12

Short Story Series 9732

Pintu pejabatnya dikuak dengan kasar oleh seorang lelaki. Terangkat kepalanya seketika untuk melihatkan gerangan siapakah yang menganggu konsentrasinya untuk menyiapkan tugasannya. Melihatkan tubuh lampai lelaki tersebut terus dia bangun menunjukkan tanda hormat. Lelaki tersebut menarik kerusi dihadapannya dan duduk tanpa disuruh. Dia masih berdiri ditempatnya sendiri.
“Assalamualaikum Tuan !” Katanya
“Walaikumsalam, duduklah, aku ada benda nak bincang dengan kau ni.”arah lelaki yang tidak beradab itu. Dahlah masuk ke pejabat orang, buat macam pejabat sendiri pulak.
“Ada apa tuan, jarang tuan datang jumpa saya waktu macam ni. Selalunya ‘ngeteh’ kat luar je”kata dia.
“Aku ada beberapa benda nak tanya kau ni Cad, tapi sebelum tu, buang perkataan ‘Tuan’ kau sebelum aku pijak. Kita berdua je ni”kata lelaki itu. Irshad Noah hanya menyingai tersenyum.
“First, sejak bila kau ada adik perempuan? Kedua, apa kaitan adik kau dalam kes aku? Ketiga, kau boleh tolong aku buat background check?” Tanya lelaki itu senada.
“Okay aku jawab as per soalan kau. First, yes aku ada adik perempuan nama dia Inarra Noura. Kedua, kes apa yag kau maksudkan sebab sumpah aku tak faham. Ketiga, kau nak aku check siapa? Balas Irshad Noah.
“Aku cerita kau jangan terkejut. Adik kau kena culik, patutnya tugas aku dengan team tumpaskan sindiket dadah but then changes to selamatkan tebusan. Aku taktahu kenapa but aku follow jelah arahan, then pegawai atasan aku suruh jagakan adik kau sampai hari ini untuk buat statement but then semalam hotel yang aku kena bawak adik kau kena ambush dengan geng mana datang tah. So aku merayau satu KL dengan adik kau. Now adik kau ada kat IPK untuk bagi statement. So aku lari laa kejap jumpa kau.”terang Zack Aariz melebar. Tercengang Irshad Noah mendengarkan hal tersebut.
“Fuck, aku rasa aku tau geng mana. Proceed ke soalan ketiga. Kau nak aku check background siapa ni?” Soal Irshad Noah.
“One of my team,sebelum aku tahu yang aku kena ambush, ada something dekat makanan aku yang dihantar oleh salah sorang team aku. Aku nak kau check dia. Ada terlibat dengan mana mana geng atau tak. If yes i need to settle him.”balas Zack Aariz tegas.
“Nanti kau send detail dia. Before tu sajalah nak tanya. Settle cara biasa ke settle cara ‘luar biasa’ ni ?”tanya Irshad Noah.
“Yelah kau memang kenal aku semalam pun kan musibat ?”balas Zack Aariz tersenyum senget. Irshad Noah menyingai tanda faham. Ada satu sisi yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Inarra Noura menunggu diluar pintu IPK yang ditemani oleh seorang pegawai polis, dia memandang kiri kanan seolah olah mencari seseorang.
“Tuan saya nak tanya boleh ke? Siapa lelaki yang naik motor merah tu ya ?” Soal Inarra kepada pegawai tersebut.
“Eh ramai kat sini Cik yang pakai motor merah. Yang mana satu Cik? Soal pegawai tu semula.
“Saya lupa la tuan, tapi yang saya ingat dia warna merah lepastu besar”kata Inarra.
“Serious la saya nak cakap Cik. Ramai kat sini yang guna motor macam tu”Balas pegawai itu semula. Inarra membuat wajahnya yang hampa kerana tidak mendapat jawapan yang dia inginkan. Tiba tiba sebuah kenderaan berhenti dihadapannya. Keluar seorang lelaki yang memakai sut biru laut dan tali leher kemas dilehernya. Dia membukakan pintu untuk Inarra. Inarra mengucapkan terima kasih kepada pegawai tersebut dan masuk ke keretanya. Kemudian kereta itu meluncur pergi. Tidak lama kemudian, motorsikal berwarna merah masuk ke perkarangan IPK tersebut. Pegawai yang menemani Inarra tadi menunjukkan tanda hormat kepada penunggang motorsikal tersebut.
“Tuan!”
“Dari mana sajalah kau ni”soal lelaki itu setelah menanggalkan topi keledarnya.
“Saya baru lepas temankan sorang awek tuan!”Balas pegawai itu sambil mengeraskan suaranya sedikit.
“Awek mana pulak kau ni? Jarang kau cakap ada awek melainkan dia betul betul ‘awek’.’Balas lelaki itu.
“Ada laa tuan, dia baru lepas bagi statement pasal kes tuan semalam. Apa laa tuan ni, mesti lupa laa tu. Banyak makan kerengga ke tuan”balas pegawai itu.
“Jap jap jap. Yang mangsa culik tu ke din?”Tanya lelaki itu.
“Ha laa tuan. Tuan yang bawak dia kesini, tuan yang lupa.”balas pegawai yang bernama Hairuddin itu.
“Cis meleleh, terlepas aku nak hantar dia balik rumah”balas lelaki itu.
“Alah tuan, takkan tak sempat ambil nombor kot tuan. Lambat laa tuan ni. Kalau saya tu dah mendapat dah tuan.”balas Hairuddin.
Lelaki itu hanya mencebirkan bibirnya. Bukan dia tak tahu yang Hairuddin tu terkenal dengan perangai segannya dengan perempuan. Macam manalah dia boleh claim dirinya yang boleh mendapatkan nombor perempuan. Sembang dia melangit betul.
“Dah lah kau, sembang je lebih. Tapi sampai sekarang takde awek gak aku tengok. Kau punya sembang, boleh melombong jela.”bidas lelaki itu. Hairuddin hanya tersenyum sumbing mendengarkan kata kata lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience