CHAP 30

Short Story Series 9732

Fahmy Ahmad meletakkan cawan kopinya diatas meja sambil menatap telefon bimbitnya ditangan. Dia merenung mesej yang diterimanya dari anak buahnya yang mengatakan mereka diekori oleh orang yang tak dikenali dan membuatkan mereka sukar untuk kembali ke tempat mereka. Fahmy Ahmad memicit kepalanya perlahan, niatnya untuk memberitahu kepada Inarra Noura menjadi terbantut apabila muka Natasha terjenggul dipintu biliknya.
“Woi, busy tak? Aku nak cakap sikit” Sergah Natasha.
“Kalau aku busy pon kau cakap jugak kan?” Soal Fahmy Ahmad sambil meletakkan telefonnya dimeja.
“Hehe, aku nak tanya pendapat kau lah. Baju apa yang sesuai untuk pergi ke kenduri kahwin?” Soal Natasha sambil menggaru tengkuknya yang tak gatal sambil menayangkan giginya.
“Soalan apa kau tanya ni, baju kurung laa apa lagi.” Jawab Fahmy Ahmad selamba.
“Maksud aku untuk kenduri kahwin yang high level gitu, macam mewah mewah.” Tanya Natasha lagi.
“Baju kurung jelah aku tahu. Eh kau ni salah tanya orang, cuba kau tanya Naina. Yang kau tanya aku dah kenapa bendul?” Kata Fahmy Ahmad sambil mengetap giginya.
“Naina keluar, sebab tu aku tanya kau, dalam masa yang sama nak jugak aku tahu taste lelaki ni macam mana. Tu pun salah ke?” Kata Natasha dengan nada suaranya mengendur.
“Okay sorry sorry, aku dah cakap tadi, eloknya baju kurung la, nampak manis. Sesuai laa dengan kau. Kau nak attract attention siapa ni ngok?” Tanya Fahmy Ahmad sambil menyengetkan kepalanya. Natasha hanya tersenyum simpul apabila mendengarkan kata kata Fahmy Ahmad.
“Alah kau ni, macam baru kenal aku semalam pulak kan. Takkan lah kau tak tahu aku nak usha siapa. Dia sorang je yang aku minat. Takde orang lain der.” Kata Natasha selamba.
“Zack? Kau ni macam takde orang lain dalam Malaysia ni kan? Dia jugak kau kejar. Tak serik ke kena reject? Bawak bawak la move on Tash oii, sampai bila kau nak tunggu dia” kata Fahmy Ahmad bertubi tubi. Natasha hanya mengejek cara percakapan Fahmy Ahmad, dia sudah lali dengan kata kata Fahmy Ahmad yang satu itu. Baginya usaha tangga kejayaan, tangga tak ada, boleh guna lift, kalau lift rosak boleh cari escalator. Yang bukan bukan laa falsafah perempuan ni.
“Kau relax jelah mat, nanti dia mesti bukak jugak pintu hati dia kat aku, wait and see ea brader, anyways, thanks for your advise and suggestion tadi. Aku nak keluar pegi shopping. Byee nyahhh!!” Kata Natasha sambil berlalu keluar dari bilik Fahmy Ahmad tanpa menutup pintu.
“Takde adab punya manusia, tutup pintu balik la woi !” Jerit Fahmy Ahmad. Natasha memusingkan badannya semula dan kembali ke daun pintu bilik Fahmy Ahmad.
“Sorry lah brader, ter’exited’ pulak. Sorry yee.” Kata Natasha sambil menarik daun pintu Fahmy Ahmad dengan kuat. Fahmy Ahmad mengurut dadanya dan menggelengkan kepalanya dengan kelakuan manusia yang bernama Natasha Raiya Abdul Karim tu. Bukan sehari dua dia kenal. Dah cukup masak dengan perangainya yang tak ingin beralah dalam apa jua kemahuan dia. Apa yang dia nak, dia akan usaha untuk dapatkan. Fahmy Ahmad tersedar dengan lamunan dia dan kembali memandang skrin telefon bimbitnya. Dia hanya merenung dengan pandangan kosong kerana terlupa dengan pekerjaan yang dia ingin lakukan sebentar tadi.
“Tak guna punya Tash, kan aku dah lupa nak buat apa tadi.” Kata Fahmy Ahmad sendirian. Dia yang lupa, salahkan orang lain pulak.

Riuh rendah rumah Puan Irdina pagi itu dengan suara suara ahli keluarganya, masing masing berkumpul diruang tamu selepas sarapan pagi dan mereka berlanjutan berbual diruang tamu rumah tersebut. Didalam keriuhan itu terdapat satu manusia yang masih tidak dapat melihat kelibat manusia yang ingin dia lihat. Siapa lagi kalau bukan Zack Aariz, berusaha keras bangun awal semata mata ingin melihat Inarra Noura, kalau dia sendirian dirumahnya, takde maknanya dia nak bangun seawal pukul 6.30 pagi semasa dia tidak bertugas. Matanya meliar mencari gerangan manusia itu.
‘Sekaki jugak rupanya dia, jenis bangun lambat, ngam dah tu’ detik hatinya perlahan. Dalam dia leka melayan perasaan sendirian ditengah keriuhan itu, tiba tiba Puan Irdina menegur seseorang dari arah tangga rumahnya.
“Morning anak mummy, Baby nak makan ke?” Soal Puan Irdina sambil berjalan kearah Inarra Noura.
“Morning mummy, baby dah makan tadi, Cik Anan dah bawak naik ke bilik.” Balas Inarra Noura sambil membawa beg galasnya dan meletakkan di tepi pintu utama rumahnya.
‘Ceh, patut lah tak turun makan, breakfast on the bed rupanya, uish, high maintenance ni, koyak aku’ Zack Aariz bisik sendirian apabila mendengarkan perbualan anak beranak tu.
“Ni dah balik sana, tahu tak jalan nak balik kerumah ni balik nanti?” Soal Irfan Nathan penuh maksud tersirat sambil menghirup kopi panasnya.
“Kau relax je, aku still ingat jalan nak balik sini, so aku akan balik bila aku rasa nak balik.” Balas Inarra Noura selamba. Terpancar muka tak puas hatinya dengan soalan abangnya itu.
“Tahu lah dah selesa duduk sana, ingat kau tu masih tanggungjawab aku.” Bidas Irfan Nathan tidak mahu mengalah.
“Kalau aku tanggungjawab kau, takdenye kau nak bunuh adik sendiri kan?” Balas Inarra Noura senada. Irsyad Noah membuntangkan matanya manakala Puan Irdina terus memandang kearah Irfan Nathan yang terkaku di kerusinya. Mereka seolah olah tidak peduli dengan tetamu yang membatukan diri di ruangan tersebut. Qistina Haila juga kelihatan terkejut dengan apa yang didengarinya dan lantas dia bangun dan menghampiri ibu mertuanya.
“Ka…kau nak bunuh adik kau sendiri Ipan?” Soal Puan Irdina tergagap.
“No mummy, Ipan takkan buat macam tu, mummy jangan percaya dengan Noura. Dia memain je tu, kan dik?” Bidas Yulina menyelamatkan suaminya yang tidak berkata apa apa.
“Kau jangan masuk campur!” Jerkah Puan Irdina kepada menantunya. Terkulat kulat muka Yulina apabila dijerkah sebegitu.
“Let it be la mummy, baby tahu nak jaga diri macam mana. Cuma kalau jenazah baby dah sampai ke rumah ni, mummy tahu sendiri la kerjaan siapa, i’m just telling your earlier so tak perlu la mummy cari tahu siapa perlakunya kan. Dah jom abang, baby dah siap, and pandai pandailah mummy settle dengan anak kesayangan mummy yang dah jadi batu tu.” Kata Inarra Noura selamba seperti tiada apa apa yang berlaku. Irshad Noah memandang Irfan Nathan dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“Jadi apa apa dengan baby, kau aku sumbat dulu, adik tak adik. Hukum tetap hukum. Faham?” Kata Irsyad Noah kepada Irfan Nathan. Dalam masa yang sama dia juga hairan bagaimana Inarra Noura boleh tahu sedangkan Irfan Nathan hanya bercerita hal tersebut kepada dia sahaja.
“Zack, kau nak gerak sekali ke?” Tanya Irsyad Noah kepada Zack Aariz cuba untuk mengendurkan situasi yang tegang.
“Ha… ha’ah sekali laa, tapi aku naik motor la, takleh naik kereta dengan kau sekali.”balasnya yang baru tersedar dari lamunannya. Terfikir fikir dia dengan apa yang baru didengarinya sebentar tadi dan otaknya masih mecerna setiap butir bicara manusia yang berada didepannya.
“Takkan nak ikat motor kau atas bumbung aku, jomlah gerak. Dah sayang jom, gerak dulu mummy.”kata Irsyad Noah. Puan Irdina masih tidak mengalihkan pandangan dari Irfan Nathan. Puan Irdina hanya menghulurkan tangan semasa Irsyad Noah dan Qistina Haila ingin bersalam sahaja dan kembali merenung Irfan Nathan menunggu jawapan. Mereka beransur keluar dari ruangan tamu tersebut.
“Mummy nak Ipan explain kat mummy apa yang berlaku. Faham !” Jerkah Puan Irdina sambil berjalan mengekori Qistina Haila. Irsyad Noah hanya membatukan dirinya tidak berkutik.

Zack Aariz menyarungkan sarung tangannya dan bersiap untuk menunggang motorsikalnya semula manakala Karl masih terkial kial mencari arah menggunakan aplikasi penujuk arah di telefon bimbit miliknya. Irsyad Noah terperasankan hal itu menepuk perlahan bahu Karl.
“Dah ngape kau berkerut kerut muka? Ada apa apa ke?” Soalnya perlahan untuk mengelakkan perbualan didengari sekiranya ada sesuatu yang berlaku.
“Oh takdelah, aku tengah cari jalan nak ke highway balik. Berpusing pusing gak jalan dia ek.” Balasnya sambil menggaru dagunya yang tidak berjambang itu. Irsyad Noah lantas menepuk dengan agak kuat di tengah belakang Karl sehinggakan Karl terdorong sedikit ke hadapan.
“Kau punya bangang tu boleh simpan sikit tak samdol? Dah tu apa gunanya aku ni ha kalau takleh escort korang?” Kata Irsyad Noah melepaskan geramnya. Karl mengeliat kesakitan apabila diperlakukan sebegitu.
“Kalau ya pun jangan lah debik aku, aku report bomba karang, eh bomba kalau ada api. Ha aku report polis la macam tu, tapikan korang dah memang polis. Ahh lantaklah.” Kata Karl merapu sambil berusaha keras untuk mengusap tengah belakangnya. Zack Aariz hanya perhatikan gelagat mereka berdua. Dalam masa yang sama dia memikirkan cara untuk mengajak Inarra Noura untuk menjadi pasangannya untuk menghadiri majlis perkahwinan temannya itu, tiba tiba terlintas satu idea di kepalanya.
“Cad, aku nak tanya sikit boleh?” Katanya sambil berjalan menghampiri Irsyad Noah.
“Apa dia?” Soal Irsyad Noah kehairanan.
“Em ni kau escort kiteorang sampai ke tol je ke?” Soal Zack Aariz semula.
“Ha yelah, lepas dari tol pandai pandai la korang pecut. Kenapa kau tanya?” Soal Irsyad Noah
“Sekarang ni aku tengah bertanya, so kau jawab je dulu” balas Zack Aariz senada. Irsyad Noah hanya mengangguk.
“Alah susahlah la nak berkias cemni, aku nak hantar Inarra balik. Boleh?” Kata Zack Aariz. Irsyad Noah hanya tersenyum senget. Tiba tiba Karl mencelah.
“Adik Icad tu kepala batu ke? Kita mana ada helmet lebih weh.” Kata Karl. Zack Aariz dan Irsyad Noah serentak memandang kearah Karl dan kemudian berbalas pandangan semula. Irsyad Noah mengangkat keningnya menandakan dia juga terpikirkan hal yang sama. Zack Aariz tidak menjawab dan hanya menunjukkan kearah begnya yang telah diletakkan di atas motorsikalnya. Irsyad Noah hanya mengangguk kecil.
“Ha yelah, make sure dia selamat sampai.” Balas Irsyad Noah. Zack Aariz hanya melebarkan senyumannya. Zack Aariz lantas mengatur langkah ke arah Inarra Noura yang baru selesai meletakkan begnya di but kereta abangnya. Sedang elok dia menutup but kereta abangnya tiba tiba kehadiran Zack Aariz yang terpacul disebelahnya membuatkan dia sedikit terperanjat.
“Anything Mr Zack?” Soalnya dingin.
“Aku hantar kau balik, Icad ada hal dengan Qis, ambil beg baju kau ikut aku naik motor.” Kata Zack Aariz seolah olah memberi arahan.
“Eh apehal pulak. Kalau abang saya ada hal, dia patutnya bagitahu saya direct. Bukan guna posman” bidas Inarra Noura dan berura ura untuk masuk ke dalam kereta. Kemudian Irsyad Noah datang menghampiri mereka.
“Baby balik dengan Tuan Zack boleh? Abang ada hal la dengan kak Qis” kata Irsyad Noah. Qistina Haila menunjukkan reaksi pelik.
‘Hal apa pulak laki aku ni, rasanya macam tak ada plan’ detik hati Qistina Haila dan dalam masa yang sama dia cuba untuk memahami jalan kerja suaminya.
“Baby balik dengan grab jelah kalau macam tu.” Kata Inarra Noura sambil menutup pintu kereta semula dan berlalu ke belakang kereta.
“Tak payah membazir, nanti takde duit cari abang jugak, baby balik je dengan dia, jimat dan cepat sampai, okey?” Kata Irsyad Noah lembut. Bukannya dia sengaja untuk berbuat demikian, tapi jauh disudut hatinya dia cuba untuk membantu Zack Aariz mendekati adiknya yang satu itu. Risau juga kalau adiknya membujang dan dalam masa yang sama Irsyad Noah sedia maklum tentang latar belakang Zack Aariz. Jadi tiada timbul rasa kebimbangan jika manusia itu ingin menjadi adik iparnya. Yang penting dia sudah mengenali hati budi manusia yang satu itu. Innara Noura menghela nafasnya dan hanya mengangguk perlahan. Jika bukan disebabkan abangnya, dah lama dia pancitkan tayar motorsikal Zack Aariz. Biar padan muka dengan Zack Aariz tapi apakan daya, dia terpaksa memendam hasrat hatinya sahaja. Puan Irdina membuat reaksi hairan apabila Inarra Noura mengeluarkan semula beg galasnya dari but kereta Irsyad Noah dan lantas bertanya.
“Kenapa baby? Tak jadi balik ke?” Soalnya kepada Inarra Noura.
“Abang suruh baby balik dengan mangkuk ayun tu, abang ada hal.” Balasnya manja. Puan Irdina memandang kearah Irsyad Noah.
“Icad nak singgah office kejap untuk uruskan pertukaran Qis, sorry mummy.” Tipu Irsyad. Qistina Haila membuntangkan matanya. Bila pulak dia nak berpindah, ish makin teruk game suaminya hari ini.
“Kalau dah macam tu, bawak motor elok elok ya Zack, jangan laju laju, Inarra ni penakut.” Kata Puan Irdina. Zack Aariz hanya mengangguk kecil dan melemparkan senyuman senget kepada Inarra Noura.
‘Penakut konon, sebelum ni relax je aku tengok minah ni naik motor dengan aku, this girl really interesting, berapa banyak personality yang dia ada sebenarnya ni ek?’ Zack Aariz berbisik sendirian. Inarra Noura hanya membalas pandangan Zack Aariz dengan pandangan yang tajam dan perkara itu disedari oleh Zack Aariz dan dia mengenyitkan matanya membuatkan Inarra Noura mengalihkan pandangannya.
“Kalau dah macam ni, bila kita boleh gerak ya?” Celah Karl tiba tiba membuatkan mereka semua kembali bersiap untuk bertolak menuju ke Kuala Lumpur.

Sorry terlalu lama hanging, so enjoy yeah . XOXO

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience