Inarra melangkah masuk keruangan Jabatan Jenayah dengan wajah yang dingin, ibarat menempah tarikh kematiannya sendiri setiap kali dia masuk ke sini. Gara gara dia ingin bertemu dengan Irshad Noah terpaksa dia datang ke tempat itu. Mata mata yang memerhati dia bagaikan pandangan yang tajam sedangkan mereka sebenarnya terpegun dengan kecantikkan rupa paras yang dimiliki Inarra, matanya yang sepet seakan akan anak cina, pipi yang gebu dan tubuhnya genit dan rendang itu membuatkan orang tidak puas untuk menatap kecantikkan Inarra. Kemudian dia duduk di ruangan menunggu yang disediakan untuk menunggu abangnya keluar. Tidak lama kemudian, kelihatan Irshad Noah keluar dari pejabatnya sambil memandang telefon bimbitnya. Inarra lantas bangun dan menerjah kearah abangnya itu.
“Abang icadddddddd…..”sergah Inarra. Terhinggut bahu Irshad Noah apabila disergah begitu.
“Eh buat apa kat sini? Kau tak kerja ke?”soal Irshad Noah sambil mengurut dadanya.
“Harini kan sabtu, mestilah baby cuti, abang je kerja mengalahkan bangla. Bangla pon tahu cuti tau”balas Inarra sambil memegang lengan abangnya. Manja betul perempuan ini dengan abangnya itu.
“Lah yeke? Entahlah abang pon tak sedar. Ada apa datang sini. Mesti ada apa apa ni kan?”duga Irshad Noah.
“Saja je datang, nak ajak abang lunch berdua. Lama laa tak borak dengan abang.” Balas Inarra manja.
“Ha yelah, kita makan kat area sini je lah, abang ada hal lepas ni. Boleh?” Tanya Irshad Noah. Inarra memegang dagunya tanda dia berfikir.
“Okey, tapi abang belanja, baby belum dapat gaji lagi lah, yang ada ni pun untuk survive sampai gaji. boleh kan?” Tanya Inarra sambil melentokkan kepalanya di lengan abangnya.
“Takat mulut baby sorang, buaya seekor pun abang sanggup belikan” balas Irshad Noah sambil menolak kepala adiknya. Rimas dengan kelakuan Inarra yang mengada seperti budak kecil itu.
“Seekor je? Bagilah sekandang, boleh ajak main bola sekali”balas Inarra sambil mendepangkan tangannya.
“Banyaklah sekandang, kalau dapat seekor pon kau dah lari satu KL, inikan pulak nak sekandang” balas Irshad sambil menjentik dahi adiknya. Inarra berdecit perlahan sambil mengosok dahinya yang perit.
“Tak yah lah jentik kepala orang, bagitau mummy nanti.”kata Inarra mengecilkan matanya yang sedia kecil itu. Irshad Noah mengajuk gaya bibir Inarra tanda mengejek. Kemudian dia membelek semula telefon bimbitnya untuk menghantar pesanan kepada seseorang.
‘Aku lambat sikit, lunch dengan adik aku kejap’ Hantar.
‘Okey bro, kirim salam adik’ -Insp Zack
‘Ha yela’. Hantar.
Irshad Noah menyimpan telefonnya di poket seluar dan berjalan keluar bersama sama dengan Inarra menuju ke restoran yang berhampiran.
Mereka berdua berjalan masuk ke Oldtown White Coffee yang berdekatan dengan tempat kerja Irshad Noah dan memilih meja makan yang agak hujung untuk sedikit privasi. Itulah perangai mereka berdua sejak dahulu. Sukar untuk duduk dikhalayak ramai dan lebih sukakan privasi. Nama pun adik beradik, perangai mestilah kena sama. Setelah mereka berdua memilih makanan, mereka mula bertukar cerita, terpaksa lah Inarra ‘menggoreng’ abangnya untuk mengelakkan kegiatan dia terkantoi. Sedang mereka berdua rancak berborak. Tiba tiba bahu Irshad Noah ditepuk dari belakang.
“Eh abang Icad….”tegur lelaki itu, bersama dengan seorang perempuan cantik disebelahnya. Inarra mengangkat muka untuk melihat siapakah gerangan yang memotong cerita abangnya yang sedang rancak itu. Pantang betul Inarra apabila ada orang menyampuk sebegitu.
“Eh Tuan”kata Irshad Noah seraya bangun. Lelaki itu tanpa teragak agak duduk dikerusi yang kosong yang ada dimeja itu tanpa dipelawa. Perempuan cantik disebelahnya membuat muka kehairan sambil memandang Inarra dan Irshad Noah silih berganti dan dia juga turut menarik kerusi untuk duduk. Lagak mereka berdua seperti baru pulang dari menunggang motorsikal. Perempuan cantik itu nampak menarik dengan jaketnya yang berwarna hitam pink dan ditangannya memegang topi keledar berwarna sama seperti jaketnya.
“Duduklah, takpayah nak bertuan sangat dengan aku. Kita kat luar pejabat kan. Lupa? ”kata lelaki itu selamba. Irshad Noah duduk kembali. Inarra terkelip kelip memandang lelaki itu. Tiba tiba dia rasa kurang selesa.
“Sorry, eh Tash, kenalkan, ni adik aku, Inarra Noura, baby, ini kak Natasha”kata Irshad Noah kepada perempuan cantik itu dan Inarra. Natasha membuat muka lega dan tersenyum manis.
“Adik kau ke, aku ingatkan awek mana tadi, baru nak report kat Qis, Hai Arra, tak yah panggil kakak sangatlah ea, panggil Tash je”balas Natasha. Irshad Noah hanya membuat muka menyampah.
“Atau lebih senang kau panggil je dia makcik. Eh abang Icad ni, Dekat Tash je ke? Kat aku tanak kenalkan ke abang?” Perli lelaki itu kepada Irshad Noah.
“Baby, ni Inspektor Gadget nama dia Zack Aariz, Zack, ni adik aku, Inarra Noura” kata Irshad Noah kepada adiknya sambil membuat muka menyampahnya, lantas Zack Aariz menghulur tangannya untuk bersalam. Inarra hanya senyum nipis dan mengangguk sedikit mengabaikan salam yang dihulurkan. Zack Aariz menarik tangannya semula kemudian dia memandang ketapak tangannya.
“Kesian kau kan tangan, kena ‘reject’ tapi takpelah. Dah ‘rasa’ dah pun tangan dia,” katanya sambil menjeling kearah Inarra. Merah muka Inarra mendengarkan hal tersebut. Natasha yang dengar bertukar jadi kehairan.
‘Permainan apakah ini?’detik hatinya.
“Eh korang dah order ke? Kalau belum aku orderkan?”soal Irshad Noah untuk mengelakkan keadaan menjadi canggung. Zack Aariz menggelengkan kepalanya, begitu juga Natasha. Inarra memandang ketempat lain apabila waktu makan tengahari bersama abangnya diganggu oleh manusia bernama Zack Aariz.
“Jom Tash, ikut aku pergi kaunter, Zack kau nak makan apa? Aku orderkan terus” tanya Irshad Noah.
“Bedal laa, tolak batu, kayu dengan plastik je” balas Zack Aariz selamba. Irshad Noah hanya mengangguk. Kemudian Irshad Noah mengajak Natasha bangun untuk pergi ke kaunter. Walhal Natasha sendiri berat hati untuk tinggalkan meja. Tetapi atas desakkan Irshad Noah dia turutkan sahaja.
“Kau ada apa apa nak cakap dengan aku ke ?”soal Zack Aariz kepada Inarra selepas Natasha dan Irshad berlalu ke kaunter.
“Terima kasih” balas Inarra sepatah.
“Itu je? Kalau setakat terima kasih kau, kat ‘highway’ pon bersepah. Silap silap kejap lagi kau keluar dari sini pon kau dapat ayat terima kasih tu” balas Zack Aariz senada. Inarra hanya mengetapkan giginya.
“Terima kasih sebab tolong saya.”kata Inarra senafas dan kemudian dia menudukkan wajahnya.
“Clichè la ayat kau ni. Boleh lah dari tak ada. Asal kau tak tunggu aku hari tu?”soal Zack Aariz.
“Saya taknak susahkan awak. Lagipun cukuplah awak tolong saya tempoh hari”balas Inarra.
“Banyak tengok drama korea kau ni, Ke sebab kau tak nak aku tahu kau tinggal kat mana?”duga Zack Aariz. Inarra hanya memandang Zack Aariz dengan pandangan pelik.
“Kenapa awak nak tahu saya tinggal kat mana?”soal Inarra semula.
“Aku belum dapat jawapan aku, so aku takkan jawab soalan kau” kata Inarra. Inarra hanya menarik nafas perlahan, agak tercabar sedikit dengan kata kata Zack Aariz. Inarra tidak jadi untuk meneruskan perbualan kerana ternampak abangnya dan Natasha berjalan kearah mereka, dia terus mengalihkan pandangan dan berlagak seperti tiada apa apa.
“Aku ingat korang tolong masak kat dapur. Order pun lama ke?”kata Zack Aariz sejurus selepas Irshad Noah dan Natasha duduk di kerusi mereka.
“Ingatnya macam tu la tadi. Senang aku nak racun kau”balas Natasha selamba. Zack Aariz mencebikkan bibirnya mendengarkan kata kata Nastaha. Tidak lama selepas itu, makanan yang dipesan sampai ke meja mereka. Kemudian mereka bertiga berborak sambil menjamu selera dan menggangap Inarra tidak wujud disitu.
Share this novel